Blog-list Malaysia |
- Video Panas - Umno Buat Ceramah Depan Budak Sekolah..
- Sharifah Zohra 'Listen' Hanya Berani Depan Mahasiswa UUM Saja..
- TERKINI - Anwar Menang Saman Utusan RM50 Juta
- Edar Bible Kepada Pelajar Islam - Perkara Pelik Dan Ajaib Terjadi
- Umno Tergugat Angkara Mahathir
- Mat Sabu cuba kelirukan rakyat dan salahguna kuasa mahkamah
- Fitnah Raba - Papagomo Bakal Disaman Pasangan Ini
- Sharifah Zohra 'Listen' Maafkan Bawani.. Terbalik La Pulak.!
Video Panas - Umno Buat Ceramah Depan Budak Sekolah.. Posted: 21 Jan 2013 12:19 AM PST Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan dihadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah | ||
Sharifah Zohra 'Listen' Hanya Berani Depan Mahasiswa UUM Saja.. Posted: 21 Jan 2013 12:06 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan — Wanita "listen, listen, listen", Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, tidak akan menghadiri untuk berkongsi pentas dengan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS, dalam forum "Kebebasan Akademik dan Hak Asasi" esok. "Confirm Sharifah Zohra tak akan hadir," kata Ema Lee Abu Samah, ahli majlis tertinggi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), terhadap forum dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM. "Baru-baru ini Cik Yati yang juga penggerak SW1M ada terima panggilan dari wartawan menanyakan berkenaan email yang tersebar mengatakan presiden kami akan turut serta dalam sebuah forum anjuran SAMM tersebut. "Saya nak tegaskan itu tidak benar, Sharifah Zohra tidak akan datang," kata Ema Lee apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider. Apabila ditanya tentang mengapa presiden SW1M tidak mahu hadir ke forum tersebut, Ema Lee mengatakan sebabnya sudah dijelaskan oleh Sharifah Zohra (gambar) didalam klip video yang dimuat naik di laman Facebook SW1M. Ema Lee turut mengesahkan oraganisasinya membuat laporan polis terhadap beberapa ahli SAMM yang dikatakan menceroboh masuk pejabat mereka. "Sah memang kita ada buat laporan polis terhadap tiga lelaki yang memecah masuk ke pejabat kita dan buat sesuka hati seperti mengambil gambar dan guna cop pengesahan penerimaan kita," katanya. Dalam kenyataan terbukanya semalam, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau sudah memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja. "Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut," katanya. "Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka." Menurut beliau, penyebaran klip video tersebut adalah percubaan pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar. Persepsi negatif ini juga menurutnya menyebabkan orang ramai tidak melihat video yang mempunyai empat bahagian itu dan hanya bahagian terakhir menjadi "fenomena". "Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M. Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya. "Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik," katanya. Sharifah Zohra turut mempersoalkan mengapa sumpah pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti "listen, listen, listen". "Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga," katanya. Gambar Bawani diambilkan dari klip video. Klip video "listen,listen,listen" selama 24 minit itu memaparkan seorang Sharifah Zohra menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum kerana memberikan informasi yang tidak betul mengenai Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk Ambiga Sreenevasan dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan negara mampu untuk menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah Zohra turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah Zohra itu dan terus bercakap. Sharifah Zohra kemudian berkata "listen" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya. "Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah Zohra kepada Bawani. Tindakan Sharifah Zohra telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut sehingga menyebabkan berlaku apa yang digelar fenomena "listen, listen, listen". | ||
TERKINI - Anwar Menang Saman Utusan RM50 Juta Posted: 20 Jan 2013 09:13 PM PST KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia. Keputusan penghakiman itu diumumkan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini. Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Hakim Singham juga berkata, ia tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab, dan mengatakan defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan. "Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan," katanya. "Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif," kata Hakim Singham. -KD | ||
Edar Bible Kepada Pelajar Islam - Perkara Pelik Dan Ajaib Terjadi Posted: 20 Jan 2013 07:39 PM PST Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat
Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Kalimah Allah. "Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? "Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook? "Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara," katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam. Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan. Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang. Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan kitab tersebut kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. | ||
Umno Tergugat Angkara Mahathir Posted: 20 Jan 2013 05:46 PM PST Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mempersoalkan cadangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya satu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman. Katanya, parti BN dan Majlis Raja-Raja perlu meminta penjelasan Mahathir kerana cadangan tersebut bermaksud bahawa golongan terbabit menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah. "Lucu sekali, Mahathir, dalam cubaannya untuk menyelamatkan diri bagaimanapun menyusahkan Umno. "Bila dia kata Tunku melakukan jenayah yang sama, dia sebenarnya menjejaskan konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India. "Umno, MCA dan MIC tidak harus berdiam diri. Mereka perlu nyatakan pendirian. Mahathir secara tidak langsung menyatakan bahawa orang Cina dan India mendapat kerakyatan secara tidak bermoral dan tidak sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Bekas profesor undang-undang itu juga menyebut, wujud perbezaan ketara di antara apa yang dilakukan Tunku dan Mahathir. Maka, tiada keperluan untuk menubuhkan RCI seperti yang dicadangkan Mahathir kerana "berbanding Tunku, apa yang dilakukan Mahathir pada 1994 kelihatan seperti jenayah, dan lebih teruk, pengkhianatan kepada negara". Jelasnya, Tunku hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan. | ||
Mat Sabu cuba kelirukan rakyat dan salahguna kuasa mahkamah Posted: 20 Jan 2013 03:30 PM PST SHAH ALAM – Pemimpin Umno menyifatkan tindakan Pengerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112), Mohamad Sabu yang mahu mengadakan perhimpunan lebih besar, jika ada unsur penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sebagai tidak waras. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika benar berlaku penipuan dalam PRU12 pada 2008, BN tidak akan hilang dua pertiga majoriti. Katanya, PRU lalu menyaksikan pembangkang menang secara adil dan berjaya menguasai lima negeri. "Mat Sabu cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai provokasi dan sengaja memutar belitkan fakta. Secara peribadi, saya merasakan pembangkang sudah tiada isu yang mahu dimainkan menjelang PRU13," katanya. Menurut Idris, sekiranya perhimpunan lebih besar itu diteruskan juga setelah BN memegang tampuk pemerintahan kerajaan, mereka turut akan berhimpun. Katanya, perhimpunan tersebut bagi mendedahkan penyalahgunaan kuasa mahkamah oleh Mat Sabu untuk memenangi kes melibatkan beliau, sebelum ini. "Rakyat sudah bijak dan mereka boleh menilai perkara benar atau salah. Mat Sabu dinasihatkan agar tidak melakukan tindakan yang boleh mencemarkan imej parti Pas," katanya. - SinarHarian | ||
Fitnah Raba - Papagomo Bakal Disaman Pasangan Ini Posted: 20 Jan 2013 06:12 AM PST Rogol bergilir gilir? Mungkinlah kan kalau ianya berlaku ditempat gelap yang mana line clear. Tapi tentang video diatas ni Gua rasa lu orang boleh nilaikan sendiri mengikut pemikiran lu orang semua. Kalau Gua cakap lebih nanti pihak Pakatan kata Gua Fitnah, Spin dan sebagainya tapi Gua rasa lu orang faham kan apa mesej dalam video diatas ni. Apa pun paling untuk jantan baju kuning tu coz dapat Fone number budak perempuan gedik dalam video diatas. UNTONGLAH........ - Papagomo.com Ok.. habis part Fitnah Papa Gomo yang jijik tersebut.. kini Orang yang di tuduh tersebut telah tampil dan memberi laporan seperti berikut Laporan polis sudah dibuat REPORT NO 617/13 dibuat pada hari ini 20 januari 2013 terhadap pemilik blog ini..dinyatakan dengan tegasnya di sini lelaki brbaju kuning itu adalah suami saya dan prempuan yang bertukar handphone itu adalah saya..kami ambil gambar bersama2 di HKR112 yang lain2 adalah ahli keluarga saya..tiada adegan raba meraba2 seprti yang dinyatakan papagomo di dalam blog ini..kami akan mengambil tindakan susulan terhadap pemilik blog ini kerana memfitnah kami..sehubungan itu saya berharap agar sesiapa jua tidak memberi komen yang negatif dan yang mndatangkan spkulasi buruk terhadap kami tentang perkara di atas dan ianya sekali lagi dinyatakan ianya FITNAH! Face Book beliau di [SINI] Dipetik dari sini | ||
Sharifah Zohra 'Listen' Maafkan Bawani.. Terbalik La Pulak.! Posted: 20 Jan 2013 03:49 AM PST SHAH ALAM - Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini. Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja. "Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut. "Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar. Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi 'fenomena'. "Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M. "Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya. "Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik," katanya. Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti 'listen, listen, listen'. "Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga," katanya. Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan. "Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol. "Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak," katanya. Menteri Umno Belasah Sharifah Zohra SHAH ALAM - Sambil menyifatkan KS Bawani sebagai seorang yang "komited dan sopan", Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membidas Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang disifatkan beliau telah memperkecilkan mahasiswa undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu."Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM. "Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online. Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara. Nama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani tiba-tiba menjadi bualan hangat setelah klip video berdurasi sekitar 20 minit membabitkan mereka berdua tersebar luas di internet. Video menyaksikan Bawani yang sedang lantang berhujah cuba dihentikan oleh Sharifah yang akhirnya mengundang suasana tegang apabila Bawani enggan berhenti bercakap. Sharifah kemudiaannya mengulangi perkataan "listen" sebanyak 11 kali sebelum menarik pembesar suara itu daripada Bawani. Menurut Saifuddin, Sharifah Zohra tidak sepatutnya memperlakukan Bawani sedemikian rupa. "Saya kesal kerana insiden ini berlaku. Bawani sepatutnya dibenarkan menghabiskan percakapannya. Sharifah tidak sepatutnya menarik pembesar suara untuk menghentikan Bawani bercakap. Ada cara lebih baik daripada itu," ujar beliau. Beliau yang ada menghubungi dan bertemu sendiri dengan Bawani dan rakan-rakannya berkata, insiden seperti ini jika berterusan akan mewujudkan keadaan seperti "api dalam sekam". "Saya dapat menyelami perasaan mahasiswa berkaitan insiden ini. Sebelum ini, saya mendengar pelbagai aduan tentang kes-kes mahasiswa dan orang muda diperlekehkan, diperkecilkan atau terlalu dikawal oleh sesetengah pihak. Sebab itu insiden ini menggamit minat ramai mahasiswa dan orang muda," katanya sambil menyeru pelbagai pihak mengambil iktibar daripada insiden tersebut. Semalam, Naib Cancelor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak akur Bawani agak kasar ketika bertanyakan soalan, namun katanya, Sharifah Zohra boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah. "Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai. "Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," katanya. ~sinar harian |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan