Kelab Greenboc |
- Ahli Ekonomi Ramal Pakatan Rakyat Menang PRU 13!
- [BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak
- Jangan Takut Sertai HKR 112, Tangkap Siapa Yang Cuba Halang & Provoke
- [EDISI TERDESAK] Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM
- [BERGAMBAR] SYABAS Perlu Beri Penjelasan & Bayar Pampasan
- Pembangkang M’sia Dinafi Liputan Bersih & Adil – J/K Pemerhati Muslim Amerika
- [KECOH] Ada Babi "Masuk" Mahkamah Majistret
Ahli Ekonomi Ramal Pakatan Rakyat Menang PRU 13! Posted: 11 Jan 2013 01:05 AM PST Pakatan Rakyat (PR) akan menewaskan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 menurut perkiraan Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Azrul Azwar Ahmad Tajudin. Dalam laporan The Straits Times Singapura, perkiraan Azrul mendapati BN hanya mampu menang diantara 97 heingga 107 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan yang dipertandingkan, tidak mencukupi untuk menubuhkan kerajaan. Tetapi ini juga bermakna PR hanya menjadi kerajaan dengan majoriti tipis, jauh dari apa yang pernah dinikmati oleh BN satu masa dahulu. Penemuan ini dianggap paling mungkin dalam pembentangan dilakukan oleh jurubank itu di Regional Outlook Forum, Singapura semalam dengan mengambilkira faktor kaum dan demografi. Kemudian, Azrul meramalkan kejatuhan akibat dari kemenangan PR, dengan pasaran saham bersedia untuk bertindak balas secara "spontan" serta tempoh lanjutan ketidakstabilan dilihat. Beliau juga tidak menolak kemungkinan "sabotaj ekonomi" oleh perniagaan dan perkhidmatan awam yang berkait dengan BN. Kerajaan BN masih mempunyai masa untuk melakukan sesuatu bagi menjamin kemenangan melawan pembangkang paling tersusun pada PRU yang mesti diadakan selepas akhir April tahun ini. Dalam Bajet 2013, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelbagai pemberian yang memberikan manfaat dalam usaha mendapatkan sokongan menjelang PRU. Ini termasuklah pemberian pusingan kedua RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan rendah, pengembangan pemberian tersebut kepada golongan muda belum berkahwin berpendapatan bawah RM3,000 sebulan menerima sebanyak RM250. Awal minggu ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan pemberian tersebut dijadikan tetap dan dinaikkan kepada RM1,000 jika BN menang PRU. Bantuan lain termasuklah voucher buku RM500 dan rebat untuk telefon pintar sebanyak RM250 bagi pelajar. Populariti Najib jatuh dua mata peratusan dari 65 peratus pada November kepada 63 peratus baru-baru ini dalam tinjauan terbaru oleh badan tinjauan bebas Merdeka Center. Pusingan sebelumnya pemberian BR1M telah meningkatkan sokongan untuk Najib, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah yang merupakan penerima utama. Tetapi "Himpunan Kebangkitan Rakyat" yang disokong PR esok memberikan risiko terhadap kerja-kerja BN, sepertimana perhimpunan Bersih 28 April 2012 dikatakan menjadi sebab menagapa Najib tidak mengadakan pilihan raya mengejut tahun lalu. Najib mempunyai pilihan untuk mengadakan pilihan raya 2013 bila-bila masa sebelum 27 April, dimana Parlimen akan dibubarkan dan secara automatiknya pilihan raya akan dijalankan. |
[BERGAMBAR] 2 Daripada 7 Tahanan Yang Lari Mati Ditembak Posted: 10 Jan 2013 10:15 PM PST Bukit Mertajam - Dua suspek dipercayai antara tujuh tahanan yang meloloskan diri semasa dibawa untuk prosiding ke Mahkamah Butterworth Isnin lalu mati ditembak di Kampung Padang Ibu, Guar Perahu jam 1 tengah hari tadi. Dua suspek itu ditembak sepasukan anggota polis yang mengejar mereka selepas berbalas tembakan di tepi tali air kampung berkenaan.kibat insiden itu kereta yang dinaiki suspek terbabas dan terhumban ke dalam tali air berkenaan. Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar yang mengetuai pasukan khas memburu tahanan terbabit berkata, kedua-dua penjenayah itu ditemui menaiki sebuah kereta jenis Proton Perdana dan cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. "Polis kemudian melepaskan tembakan pada tayar kereta itu yang menyebabkan pemandunya hilang kawalan sebelum kereta itu terhumban ke dalam sungai dan kemudian berlaku tembak menembak," katanya kepada Bernama. Polis masih belum dapat mengesahkan identiti penjenayah yang ditembak mati itu. Katanya, bertindak atas malumat awam, polis juga menyerbu kawasan hutan di kampung berkenaan dan ternampak kelibat beberapa lagi penjenayah terbabit tetapi mereka sempat melarikan diri. Terdahulu itu, polis menerima maklumat awam mengenai seorang daripada penjenayah itu didapati membeli bekalan makanan di sebuah stesen minyak di Lebuhraya Kulim-Butterworth dekat sini pada pukul 2 pagi. Abdul Rahim berkata polis terus melancarkan operasi memburu lima lagi lelaki terbabit hingga ke sempadan Kedah tetapi percaya mereka masih berada di kawasan ladang kelapa sawit itu. Dalam kejadian pukul 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada tahanan berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor, manakala tujuh lagi melarikan diri ke sekitar kawasan ladang sawit di Ara Kuda.
|
Jangan Takut Sertai HKR 112, Tangkap Siapa Yang Cuba Halang & Provoke Posted: 10 Jan 2013 07:20 PM PST Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan Kuala Lumpur: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti. Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad. "Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya. Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain. Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi. "Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR. Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi. Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka. Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara. "Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti. "Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya. Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO. - Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali. - Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong. - Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang. - KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman - Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.
Ulasan GB Perhimpunan HKR 112 adalah sah, dan dibenarkan undnag-undang. Tiada sebab lagi untuk mana-mana pihak mempertikaikannya termasuk pihak-pihak yang melakukan laporan polis untuk menyekat kebangkitan rakyat ini bersama dengan pihak media pencacai yang cuba memberikan imej buruk terhadap "perhimpunan bersejarah" ini. Para peserta diminta menjaga disiplin. Pengelaman yang lalu membuktikan wujudkan agen provokater yang cuba membuat onar, kita sama-sama pastikan jika ada terjumpa perlakua dan tindakan provokater yang cuba berlagak samseng ini, maka hendaklah ditahan dan diserahkan kepad apihak berkuasa. Sama-sama kita doakan agar perhimpunan berjalan dengan aman dan selamat serta dihapuskan segala mereka yang berniat jahat yang cuba menghalang dan menggagalkan HKR 112 ini. |
[EDISI TERDESAK] Perkasa & Pemuda UMNO Hantar SMS Ugutan Kepada SAMM Posted: 10 Jan 2013 04:30 PM PST HKR: SAMM terima SMS ugutan Perkasa & Pemuda Umno Samseng Umno menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan kepada semua ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), ekoran takut dengan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Sabtu ini. Perkara itu didedahkan Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Shariful Azmir Mustafa. Menurutnya, SMS itu diterima tiga hari lalu oleh pimpinan tertinggi SAMM seluruh negara. "Beberapa hari lalu, aktivis dan ahli SAMM diganggu dengan SMS berbaur ancaman dan ugutan daripada pihak yang menamakan diri mereka Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno untuk halang dan timbulkan provokasi agar perhimpunan bertukar menjadi pertumpahan darah," jelasnya kepada pemberita. SMS yang diterima itu, antaranya berbunyi "Kami akan halang himpunan haram dari malam lagi. Kami Perkasa, Pekida, Pemuda Umno dan 80 NGO lagi akan tunggu di d/merdeka dari malam lagi. Jangan jadi pengkhianat negara". "Ternyata regim usang ini sedang menghayati zaman akhir pemerintahan mereka dengan melakukan provokasi, sabotaj dan menggunakan samseng upahan untuk menakut-nakutkan rakyat," katanya selepas menyerahkan sejambak bunga kepada Timbalan Ketua Balai IPD Dang Wangi, M Nazir, di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam. Menurut Shariful Azmir, SAMM tidak melaporkan perkara tersebut kepada polis kerana menyifatkan tindakan bacul samseng Umno itu sebagai isu remeh. "Kita tidak akan lapor polis kerana mahu fokus kepada HKR di Stadium Merdeka 12 Januari ini. "Tidak perlu kami layan provokasi kerana kami sudah terbiasa dengan sikap samseng Umno," katanya. Penyerahan bunga tersebut sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan polis ke HKR secara aman menjaga keselamatan rakyat. Bagaimanapun, M Nazir yang berlagak sombong menolak untuk menerima risalah dan brosur mengenai pesanan kepada pihaknya supaya tidak menzalimi rakyat, sebaliknya menyatakan tugas mereka menjaga 'keselamatan' rakyat. |
[BERGAMBAR] SYABAS Perlu Beri Penjelasan & Bayar Pampasan Posted: 10 Jan 2013 07:28 AM PST Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dituntut memberi penjelasan berhubung krisis air yang melanda sebahagian besar penduduk di kawasan Ampang, Pandan dan Cheras baru-baru ini. Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mengetuai pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan pagi ini yang turut disertai ahli-ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) serta wakil persatuan penduduk kawasan terlibat. Menurut Zuraida, 60, 000 penduduk di kawasan berkenaan terjejas teruk ekoran krisis air tersebut, lebih-lebih lagi mereka yang menetap di rumah flat kos rendah. Pihak Syabas dikemukakan enam tuntutan iaitu menjelaskan masalah sebenar rumah pam di Wangsa Maju yang didakwa gagal berfungsi sehingga mengakibatkan bekalan air terputus di kawasan berkenaan. Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail juga dituntut memberi penjelasan dan memohon maaf kepada penduduk berhubung krisis air itu. Mengapa berlarutan? "Pihak kami meminta penjelasan dari Pengerusi Syabas mengapa krisis air yang dikatakan boleh ditangani beberapa hari akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina? "Besar harapan kami sekiranya pihak Syabas terutama pengerusinya memohon maaf secara terbuka kepada mereka yang terlibat. "Memandangkan pengerusi Syabas menjangkakan krisis air akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina,maka kami ingin mengetahui pelan tindakan yang disediakan kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang," katanya ketika ditemui di luar Ibu pejabat Syabas pagi ini. Beliau yang juga Ketua Wanita PKR, turut menuntut jaminan dari Syabas agar perkara seumpama ini tidak berulang. Ujar beliau, disebabkan para penduduk yang terlibat berpendapatan sederhana dan rendah maka wajar untuk sebuah dana khas bencana disalurkan kepada mangsa. Zuraida berkata, terdapat golongan berpendapatan rendah terpaksa mengikat perut ekoran tiada wang untuk membeli makanan, menghantar baju ke dobi sepanjang krisis air in berlaku. Selepas pertemuan kira-kira sejam itu, Zuraida memberitahu, Syabas memberi jaminan bahawa satu lencongan air sedang dibina dan dijangka beroperasi Isnin depan. Lencongan ini katanya, memberi fokus kepada flat kos rendah yang mengalami gangguan. Satu kaedah penjadualan air akan dilakukan oleh Syabas bersama-sama kerajaan negeri bagi mengatasi krisis air sehingga Tahun Baru Cina. "Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sudah meluluskan pembinaan lencongan, walaupun kapasiti air bukan seperti biasa. "Dengan pembaikan pam itu, daripada 100, 000 orang terlibat kini hanya 28, 000 sahaja yang terlibat," katanya Zuraida. -FMT
|
Pembangkang M’sia Dinafi Liputan Bersih & Adil – J/K Pemerhati Muslim Amerika Posted: 10 Jan 2013 05:33 AM PST Pembangkang Malaysia dinafi mendapat liputan adil dan bersih di saluran media kerajaan, menurut wakil Jawatankuasa Pemerhati Pilihan Raya Muslim Amerika, Dr Inayat Malik. Sedangkan katanya, kebebasan media merupakan isu terbesar yang perlu diberi perhatian bagi menjamin pilihan raya bersih dan adil. Tegas Inayat, sangat penting untuk semua parti politik memiliki akses yang bebas dan adil kepada media penyiaran dan bercetak. "Kami perhatikan di Malaysia, parti pembangkang dinafikan liputan yang adil di media penyiaran dan bercetak arus perdana. "Media (arus perdana) hanya cerminkan satu sudut pandang. Sudut pandang berbeza sangat kurang…Pandangan berlawanan harus diberi peluang untuk disuarakan," kata Pengerusi Bersama Dialog Antara Agama, Islamic Society of North America (ISNA) itu. Beliau berkata demikian pada sidang media berkenaan hasil misi pencarian fakta berkaitan reformasi dan penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, di sebuah hotel di sini hari ini. Hadir sama, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. Inayat bersama dua lagi wakil lain dalam lawatan ke Malaysia bagi memerhati proses pilihan raya Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Menurutnya, mana-mana pihak wajib melakukan sesuatu untuk memastikan media bebas. "Mungkin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), menteri atau pemerintah…(Yang penting) mana-mana pihak perlu buat sesuatu," kata Inayat. ISNA yang ditubuhkan pada 1982 adalah organisasi masyarakat Muslim terbesar di Amerika Utara. Wakil lain yang turut ke negara ini adalah Ahli Jawatankuasa Pilihan Raya dan Demokrasi ISNA, Dr Mirza Baig dan Konsul ISNA, Mazen Asbahi. Perkara lain yang turut menjadi perhatian mereka adalah tahap integriti daftar pengundi SPR dan peranan kerajaan untuk menjamin keadilan dan menghalang salah guna jentera kerajaan sepanjang tempoh pilihan raya. -KD |
[KECOH] Ada Babi "Masuk" Mahkamah Majistret Posted: 10 Jan 2013 03:17 AM PST Alor Gajah - Suasana pekarangan tempat letak kenderaan Mahkamah Majistret di sini, kecoh seketika apabila muncul seekor babi jantan yang sesat dipercayai dari hutan berhampiran. Kejadian itu disedari beberapa pekerja mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi semalam, apabila melihat seekor haiwan berwarna kelabu gelap berlari sambil menyondol pagar kawat. Saksi yang juga pelawat mahkamah, Ahmad Harun, 52, berkata, sebaik tiba di bangunan mahkamah, dia ternampak babi itu sedang tidur dalam longkang di hadapan bangunan mahkamah sebelum bangkit dan keluar. "Ketika naik ke tingkat satu, saya terkejut melihat babi itu sedang tidur dalam longkang berdekatan bangunan dan keluar beberapa minit kemudian sebelum memanjat tebing pagar kawat. "Kemudian saya lihat babi itu berlari di sepanjang tepi pagar sambil menyondol untuk mencari laluan keluar, namun gagal sebelum berpatah semula sehingga disedari pekerja kantin mahkamah," katanya. Menurutnya, keadaan agak kecoh kerana pekerja kantin dan orang awam bimbang akan disondol babi itu yang mengganas sebelum seorang kakitangan mahkamah menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Perhilitan. Sementara itu, Ketua Skuad JPAM Alor Gajah, Ismail Zulkefeli Ahmad berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, babi itu masih berlari di tepi pagar. Menurutnya, babi itu mula mengejar anggota JPAM dan orang awam, namun tergelincir tetapi berjaya bangun sebelum naik ke atas tebing pagar berkenaan. "Pergerakan babi itu mula perlahan mungkin disebabkan kepenatan selepas berlari untuk mencari jalan keluar dan anggota mengambil meletakkan sangkar di atas tebing yang menjadi laluannya. "Namun selepas melihat pergerakan babi itu kembali berlari laju, anggota JPAM meletakkan sangkar di hadapannya dan berjaya memerangkapnya, namun babi itu meronta sehingga sangkar terbalik sebelum jatuh ke bawah," katanya. Katanya, disebabkan rontaan kuat, besi penutup sangkar tercabut sehingga memberi ruang kepada babi itu keluar dan mengejar anggota sebelum naik ke tebing di tepi pagar. Sementara itu, anggota Perhilitan, Mohd Razak Sadikon berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, beliau melihat babi itu semakin agresif sehingga memaksa pihaknya menembak kaki haiwan berkenaan. "Tembakan pertama mengena di bahagian badan dan kaki babi itu mengakibatkannya terjatuh ke bawah sebelum tembakan kedua dilepaskan ke bahagian kepalanya," katanya. Katanya, akibat tembakan itu, babi berkenaan mati. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan