Blog-list Malaysia |
- 'Himpunan Shamsidar' - Pembaca Berita Yang Tolol
- Kerana FGV Wang KWSP Dan KWAP Rugi RM75 Juta
- HKR - Tujuh Lokasi Pergerakan Ke Stadium Merdeka
- Tangkapan Rasuah - Penjelasan Sebenar Pembantu TKM P. Pinang
- 'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami' - Pemandu teksi
- Islam Akan Mati Jika Umno Mati...
- Polis letak 27 syarat ketat kepada penganjur HKR
- Penganjur tolak syor polis, tetap di Stadium Merdeka
- Selamat Hari Lahir Tok Guru..
- Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun
'Himpunan Shamsidar' - Pembaca Berita Yang Tolol Posted: 11 Jan 2013 12:51 AM PST Cuba anda lihat muka pembaca berita dalam video di bawah ini baik-baik. Apa agaknya perasaan mereka ketika membaca berita bodoh, sedangkan mereka tahu dan sedar ia merupakan berita bodoh? Menuntut Pilihanraya Adil & Bersih Bebaskan Tahanan ISA Memartabatkan bahasa ibunda Menuntut Pendidikan Percuma Selamatkan Kg Warisan & Tradisi Selamatkan Alam Sekitar Pulangkan Royalti Minyak Selamatkan Felda |
Kerana FGV Wang KWSP Dan KWAP Rugi RM75 Juta Posted: 11 Jan 2013 12:26 AM PST PKR mendakwa, dua dana pencen - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) - secara kolektif mengalami kerugian atas kertas yang dianggarkan RM75 juta akibat membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV). Pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR, Wong Chen berkata ini kerana dana pencen tersebut telah membeli saham FGV walaupun penganalisis pasaran secara amnya tidak mengesyorkannya sejak 9 Ogos tahun lepas. - Mkini Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot? PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu. Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak. "(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham. "Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP," katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN. Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan. "KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik. "KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV," katanya lagi. - keadilandaily.com/ |
HKR - Tujuh Lokasi Pergerakan Ke Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 08:28 PM PST Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat meminta para pesertanya supaya berkumpul di tujuh lokasi untuk bergerak ke Stadium Merdeka sebelum perhimpunan Sabtu ini bermula. Menurut arahan terbaru pihak penganjur perhimpunan tersebut, tujuh lokasi tersebut dan pemimpin masing-masing adalah seperti berikut: Masjid Universiti Malaya Nurul Izzah Anwar (PKR) Ng Suee Lim (DAP) Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia) Brickfields Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0) S Arutchelvan (PSM) Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar KLCC Datuk Husam Musa (PAS) Datuk Teng Chang Kim (DAP) Mazlan Aliman (ANAK, PAS) Jalan Sultan Ishak Surin (Muafakat) Tan Kok Wai (DAP) Pasar Seni Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) Teresa Kok (DAP) Elizabeth Wong (PKR) Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia) Masjid Negara Azmin Ali (PKR) Muhajid Yusof Rawa (PAS) Khalid Samad (PAS) Beliau berkata mereka yang mahu mendiri gerai untuk menampung keperluan peserta hanya dibenarkan beroperasi di stesen monorail Maharajalela, sekitar Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dan stesen LRT Hang Tuah. Apabila stadium sudah penuh, yang lainnya dikehendaki duduk di luar stadium. Beliau juga menggesa semua peserta supaya bersopan semasa menghadiri perhimpunan. "Ini adalah satu perhimpunan aman. Sila elakkan semua bentuk provokasi. Jangan cetuskan kekacauan," katanya. http://dppwm.blogspot.com/2013/01/7-lokasi-bergerak-ke-stadium-merdeka.html |
Tangkapan Rasuah - Penjelasan Sebenar Pembantu TKM P. Pinang Posted: 10 Jan 2013 06:02 PM PST SAYA adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi. Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:- 1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut; 2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah; 3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I). 4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi. Sekian penjelasan saya. Zainal Abidin bin Saad Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang |
'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami' - Pemandu teksi Posted: 10 Jan 2013 04:45 PM PST MOHD. Syahrir Abdul Aziz (kiri) menunjukkan laporan polis bagi membantah Himpunan Shamsidar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSEKS/WAHIDAH ZAINAL Itu antara tulisan dalam poster dibawa sekumpulan ahli Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) semasa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini. Laporan itu dibuat bagi meminta pihak berkuasa mengambil tindakan menghalang penganjur Himpunan 12 Januari meneruskan rancangan berarak dan mengadakan perhimpunan di Stadium Negara pada Sabtu ini. Timbalan Presiden Petekma, Mohd. Syahrir Abdul Aziz berkata, beliau yang mewakili 37,000 pemandu di teksi di Lembah Klang tampil membuat laporan polis mendesak supaya perhimpunan itu dihalang kerana bimbang kehadiran peserta berarak di jalanan akan menjejaskan mata pencarian mereka. - Utuseks Malaysia |
Islam Akan Mati Jika Umno Mati... Posted: 10 Jan 2013 06:21 AM PST |
Polis letak 27 syarat ketat kepada penganjur HKR Posted: 10 Jan 2013 05:15 AM PST KUALA LUMPUR 10 Jan: Walaupun mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman, namun pelepasan oleh pihak bekuasa itu umpama wayang apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat. Menurut Pengarah HKR, Mohamad Sabu, syarat-syarat tersebut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736). "Setelah berbincang dan berdialog dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dengan kita untuk berhimpun secara aman. "Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman," kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi. Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah: 1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam. 2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis. 3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka. 4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan. 5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan. 6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka. 7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736. 8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan. 9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar. 10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam. www.keadilandaily.com/ |
Penganjur tolak syor polis, tetap di Stadium Merdeka Posted: 10 Jan 2013 05:08 AM PST Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menyarankan penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat supaya menyemak semula hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi mengadakan perhimpunan tersebut 12 Januari ini. Sebaliknya, beliau mencadangkan penganjur menggunakan Stadium Bukit Jalil memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT dan memenuhi keperluan aspek keselamatan. "Ini kerana Perbadanan Stadium Merdeka telah meletakkan syarat utama agar perhimpunan tersebut disertai tidak boleh daripada 30,000 orang peserta berdasarkan kapasiti stadium yang hanya boleh menampung jumlah tersebut. "Dengan sasaran penganjur untuk mengumpul seramai 1 juta peserta, maka secara logiknya perhimpunan tersebut adalah lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. "Stadium Nasional Bukit Jalil adalah lebih sesuai dan selesa memandangkan ia mampu menampung kapasiti yang lebih besar dengan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT serta memenuhi keperluan dari aspek keselamatan," katanya dalam satu kenyataan petang ini. Dilaporkan pihak pengurusan Stadium Merdeka bersetuju membenarkan penggunaan stadium tersebut dan penganjur bersedia untuk mematuhi syarat dan peraturan seperti mana diputuskan dalam pertemuan hari ini. Mohmad membuat saranan tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada jam 5 petang ini. Sebelum itu, pihak penganjur telahpun mengadakan perbincangan dengan OCPD Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berhubung syarat dan persediaan perhimpunan itu diadakan di Stadium Merdeka. Dalam kenyataan itu juga, Mohmad berkata beliau difahamkan permohonan untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil pernah dibuat oleh penganjur pada Oktober lalu manakala di Stadium Merdeka pada Disember lalu. Tambahnya, beliau dimaklumkan kedua-dua perbadanan stadium tersebut memberi kelulusan terhadap permohonan penganjur. "Pihak penganjur adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan perhimpunan anjuran mereka berlangsung dengan aman termasuk memilih lokasi perhimpunan yang sesuai dan relevan," katanya. Pengerusi penganjur, Mohamad Sabu ketika dihubungi lewat petang ini bagaimanapun tidak berganjak dengan keputusan untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Stadium Merdeka. "Tetap di Stadium Merdeka," kata timbalan presiden PAS itu kepada Malaysiakini, ketika diminta mengulas saranan polis Kuala Lumpur. Kenyataannya melalui SMS itu bagi menegaskan kenyataan anggota jawatankuasa penganjur, Tian Chua pagi ini yang turut berkeras demikian. Tian Chua berkata demikian susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada malam semalam yang mencadangkan supaya penganjur mengguna Stadium Bukit Jalil kerana lebih "sesuai dan selamat" serta "tidak menyusahkan rakyat". |
Posted: 10 Jan 2013 03:41 AM PST Salam Hari Lahir. Hari ini tepat 10hb. Januari 2013 adalah ulang tahun kelahiran Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Nik Abdul Aziz Nik Mat) merangkap Menteri Besar Kelantan. Ulang tahun ini adalah yang ke 82 tahun. Hadiah dari rakyat Malaysia sebagai hadiah istemewa Hari Lahir kepada TGNA ialah "kami akan beri penuh semangat Himpunan 1 Juta Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini di Kuala Lumpur" "1Juta Sokongan tiada berbelah bahagi kepada TGNA." TAKBIR!! Harap sesiapa berkeinginan untuk memberi ucapan sebagai hadiah istimewa sempena hari kelahirannya dgn harapan di samping itu dapat menghadirkan diri di Kuala Lumpur 12 Januari ini nanti. Takbir!! (TGNA adalah Bapa Rakyat Malaysia) |
Kalau kita mahukan lanun, kita akan dapat lanun Posted: 10 Jan 2013 03:31 AM PST Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan. Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara 'relative' di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu. Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang. Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika. Di negara kita khususnya pihak yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakan berkuasa seolah-olah kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk dibaca oleh pihak yang ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak. Dalam pada memberikan tuduhan yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang 'political mileage' yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya. Itu di Kementerian Pertahanan sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan kroni membina 'empire' kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan. Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa. Kita tidak kisah sama ada Musa Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang dibongkarkan oleh pelaksana pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum diketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak tidak diketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa sebarang tuduhan terhadap beliau. Kenapa ada pihak yang dibawa kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini memungkinkan beliau dihalau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah dengan cepat dan deras. Isu yang disebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan kuasa yang tersangat hina dan buruk. Kita juga ingin tahu kenapa Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara 'installment' dan beransur-ansur? Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishammuddin yang sedang berkuasa senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka? Saya menulis isu ini kerana saya sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya. Justeru kita bertanya, adakah rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat). Ini samalah seperti saya yang membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu. Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang telah dicuri oleh penjual petai itu. Di mana-mana dalam UMNO kini, penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar. Pencuri-pencuri harta rakyat ini terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu pula. Begitulah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta rakyat negara ini masih banyak. Kali ini pemilihan kita ialah di antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi. Rakyat boleh memilih satu di antara dua itu. Semasa pilihan raya nanti undi akan dikira dan dijumlahkan. Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu. Selama 5 tahun kita akan perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambil alih kuasa kerajaan itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan