Jumaat, 11 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Kementerian Pengajian Tinggi sebar surat tipu tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Posted: 11 Jan 2013 12:49 AM PST

NAMPAKNYA satu demi satu usaha dilakukan untuk menggagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dijadual berlangsung di Stadium Merdeka esok.

Sepucuk surat daripada Kementerian Pengajian Tinggi, KPT yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KPT Datuk Ab. Rahim bin Md Noor yang dihantar kepada semua Naib Chancelor dan Ketua Exekutif IPTA dan IPTS jelas merupakan surat penipu.

Surat itu meminta pihak universiti agak menasihatkan para pelajar supaya jangan terlibat dengan perhimpunan haram, Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka esok. Namun hakikatnya Himpunan Kebangkitan Rakyat bukanlah himpunan haram.



Pihak polis sendiri telah bersetuju untuk bekerjasama dengan penganjur dan peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat. Malahan mereka telah menyediakan pas media, dan marshal untuk membantu melicinkan himpunan esok.

Selain itu pihak Stadium Merdeka juga telah meluluskan permohonan untuk menggunakan Stadium Merdeka bagi tujuan perhimpunan. Jadi kenapa surat dari KPT ini tulis himpunan haram?

ReJaM© "Sebenarnya pengirim surat yang haram jadah kah kah kah... "

Sumber: MMU Portal

Berita bodoh! Buletin Utama teruskan lawak Himpunan Shamsidar

Posted: 10 Jan 2013 10:36 PM PST

SEMALAM gua dah siarkan bagaimana Utusan Malaysia (sebut Utusan Syaitan) mencipta propaganda bodoh cuba menggagalkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 di Stadium Merdeka esok dengan menggelarnya sebagai Himpunan Shamsidar ~ Himpunan Shamsidar

Sedangkan Shamsidar tiada kaitan langsung dengan himpunan tersebut. Lagipun apa kejadah orang ramai nak berhimpun pasal Shamsidar? Nak suruh Shamsidar jadi Perdana Menteri Malaysia ke? Kah kah kah...

Apa yang lebih lucu, malam tadi Buletin Utama di TV3 suku turut menyambung cerita dan propaganda ini dengan menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung esok sebagai Himpunan Shamsidar.



Cuba anda lihat muka pembaca berita dalam video di bawah ini baik-baik. Apa agaknya perasaan mereka ketika membaca berita bodoh, sedangkan mereka tahu dan sedar ia merupakan berita bodoh?

ReJaM© yakin jika pembaca berita ini waras dan tidak hisap gam sebelum masuk bilik berita, mereka tahu bahawa Himpunan Shamsidar tidak wujud, ia hanyalah propaganda United Malays No Otak, Umno.


Himpunan Kebangkitan Rakyat telah dianjurkan berulang kali sebagai pemanas badan di peringkat negeri sebelum ini sila tanya pakcik google. Tiba-tiba Himpunan Kebangkitan Rakyat terakhir diubah oleh Umno jadi Himpunan Shamsidar kah kah kah...

ReJaM© "Pembaca berita TV3 pun sudah jadi pencacai Umno... "

Isu tangkapan kes rasuah pembantu khas TKM (1) Penang putar belit media

Posted: 10 Jan 2013 02:25 PM PST

SAYA adalah pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang.
 
Saya merujuk kepada laporan-laporan media baru ini yang merujuk kepada penahanan saya oleh SPRM atas satu dakwaan korupsi bagi kononnya menutup aduan gangguan seksual terhadap seorang pegawai tinggi.
 
Saya amat terkejut kesemua laporan media tersebut adalah lebih memfokus terhadap saya sebagai pembantu khas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang. Saya dengan ini ingin menegaskan seperti berikut:-
 
1) Saya tidak terlibat dalam apa-apa transaksi untuk menutup mana-mana aduan gangguan seksual dan tidak memberi mahupun menerima apa-apa wang atau ganjaran bagi tujuan menutup aduan gangguan seksual tersebut;
 
2) Pihak SPRM telah menangkap saya dan telah ditahan semalaman dalam lokap SPRM sebelum disoal siasat. Pada setiap masa siasatan, saya dirujuk dan disoal sebagai seorang saksi sahaja dan bukannya sebagai suspek atau pesalah;
 
3) Siasatan berkenaan dakwaan korupsi untuk menutup aduan gangguan seksual tersebut adalah melibatkan Bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah dan tidak melibatkan mana-mana pimpinan parti dari Pakatan Rakyat mahupun melibatkan Timbalan Ketua Menteri (I).
 
4)Memandangkan terdapat niat jahat serta kecenderungan berbaur politik dalam laporan-laporan akibat penangkapan saya yang telah menjatuhkan imej saya serta imej pimpinan parti saya, maka saya telah mendapatkan nasihat guaman dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang meneruskan fitnah terhadap saya tanpa sebarang justifikasi.
 
Sekian penjelasan saya.
 
Zainal Abidin bin Saad
Pembantu Khas 
Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang

ReJaM ~ Biasalah propaganda Utusan Syaitan, TV3 suku untuk PRU13

Peringatan Penting!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112

Tarikh: 12 Jan 2013
Hari: Sabtu
Tempat: Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Bersama sejuta rakyat bangkit membantah!
Sent from my BlackBerry®

SMS ugutan dari Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno tersebar

Posted: 10 Jan 2013 03:39 AM PST

SATU SMS berbaur ugutan dari Perkasa, Pekida dan Pemuda Umno tersebar ke laman twitter. SMS yang dikirim dari nombor +60162755061 yang mengaku sebagai Perkasa, Pekida, Pemuda Umno, dan 80 lagi NGO mengancam untuk mengadakan sekatan kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu ini.

Di bawah ini SMS yang dimaksudkan.



Kalau dsebelum ini, semasa Himpunan Bersih 3.0 ada juga persatuan silat katanya nak kerah ahli-ahli persatuan mereka difahamkan berjumlah lebih 1 juta untuk halang perhimpunan tersebut. Kononnya mereka nak belasah semua peserta Himpunan Bersih masa tu. Namun di hari perhimpunan, batang hidung pun tak nampak.

Bukan semua orang silat tu sokong Umno BN. Gua sendiri orang silat, tapi gua sokong Pakatan Rakyat. Malah kebanyakkan kawan-kawan gua yang merupakan pesilat dan juga ahli PESAKA (Persatuan Silat Kebangsaan) menyokong Pakatan Rakyat.

Orang nak berhimpun secara aman tak payahlah nak tunjuk samseng.

ReJaM© "Nak tunjuk samseng masuk Wresling lah kah kah kah... "

Penggunaan kalimah Allah dalam lagu negeri tidak perlu dijadikan isu - MB Selangor

Posted: 10 Jan 2013 01:29 AM PST

PENGGUNAAN kalimah Allah dalam lagu rasmi Negeri Selangor tidak perlu dijadikan isu kerana tiada unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah itu.
 
Penggunaan kalimah Allah hanya menjadi kesalahan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan seperti menghasut umat Islam untuk bertukar agama yang boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.
 
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata ini sejajar dengan  fatwa di bawah Seksyen  47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003(Pindaan 2010).
 
"wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan"
 
"Enakmen ini perlu dibaca dan difahami secara menyeluruh untuk mengelak sebarang kekeliruan," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, hari ini.
 
Beliau berkata,  DYMM Sultan Selangor adalah Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor dan kerajaan negeri sentiasa menghormati kuasa tersebut.
 
Dikeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
DATO' MENTERI BESAR SELANGO
Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan: