Generasi Pewaris Khilafah |
| Majlis Pelantikan Organisasi Sekolah 2013 Posted: 27 Jan 2013 05:25 AM PST Assalamualaikum .. salam mesra Ketahuilah sesungguhnya kita bukan pilihan sesiapa tetapi ALLAH telah memilih kita untuk menjadi khalifah dan pelaksana segala amanah. Salam Perjuangan buat semua |
| Sambut Hari Lahir Di Rumah Rakan Posted: 27 Jan 2013 05:03 AM PST Bagi menyatakan kesatuan dan hubungan erat dalam Pakatan Rakyat, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang. (Karpal menyambut kedatangan TG Nik Aziz di rumahnya - foto Malaysiakini) TG Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland, lapor wartawan Malaysiakini di Pulau Pinang, Sosan Loone. Tuan Guru Nik Aziz dalam rangka lawatan ke Pulau Pinang untuk memenuhi beberapa program anjuran PAS di negeri itu.Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek yang disediakan Karpal sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR.Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal. "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku."Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya./hrkh |
| You are subscribed to email updates from Minda Assirkami To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan