Kerabu Bersuara ® |
- Sejarah Kejahatan UMNO - Peristiwa Lubuk Merbau 1985
- Gambar TG Nik Aziz Melawat Ustaz Azizan Di Kediaman MB Kedah
- Live Kuliah Ustaz Azhar Di Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang
- TG Nik Aziz Melawat Karpal Singh Di Pulau Pinang
- TG Nik Aziz Berada Di Pulau Pinang Walaupun Tidak Sihat
- Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya
Sejarah Kejahatan UMNO - Peristiwa Lubuk Merbau 1985 Posted: 27 Jan 2013 07:18 AM PST Sejarah Kejahatan UMNO -Peristiwa Lubuk Merbau 1985 Peristiwa Lubuk Merbau 1985 berlaku apabila seorang jentera pilihan raya PAS bertembung dengan penyokong UMNO di Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,negeri Kedah. Ketika itu kedua-dua belah parti sedang sibuk berkempen dalam Pilihan raya kecil Padang Terap 1985. Lebih kurang 2 km dari tempat ceramah Ustaz Fadhil itu adalah ceramah UMNO dan penceramahnya ada Ketua Pemuda UMNO iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diadakan di Balai Raya Felda Lubok Merbau. Dua petugas bergelimpangan di dalam longkang. Salah seorang daripadanya telah dibawa ke hospital dan telah meninggal dunia. Beliau adalah Othman Talib. Rupa-rupanya beliau telah dipukul atau dihentak diatas kepalanya, walaupun tidak berdarah tetapi hentakan itu adalah sangat parah. Suhaimi Said dan Syed Ibrahim, iaitu AJK PAS Pusat yang juga seorang peguam, telah pergi ke Balai Polis Lubuk Merbau untuk membuat laporan polis. Antara mereka yang hadir ialah Man Kadir (Pak Jabit) dan Pak Harun. Buku bertajuk 'Peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau' dan 'Peristiwa bergambar Felda Lubuk Merbau' telah diharamkan. Penulis dua buku ini Suhaimi Said telah ditahan di bawah ISA.[1] Antara mangsa dalam tragedi Felda Lubuk Merbau pada 18 Januari 1985 ialah : Ibrahim bin Tahir - ditetak dengan senjata tajam Nasir bin Muhammad- dipukul dengan besi di kepala Shamsuddin bin Sulaiman - ditetak dua liang di kepala dan ditikam di muka dan dahi. Ayub Mat Shah - dihentak dengan bata dan ditikam dengan botol pecah dan dipukul dengan kayu. Ahmad bin Tahir - dipukul dengan kayu,dibaling dengan batu-bata di muka. Osman bin Talib - retak di kepala dan terbunuh. Sehingga kini, kes tersebut tidak dapat diselesaikan.[2] Pada di parlimen, ahli parlimen Mamat Ghazalee Abdul Rahman minta penjelasan tentang "Peristiwa FELDA Lubok Merbau" semasa Pilihan raya Kecil Padang Terap baru-baru ini, mengapa peristiwa tersebut berlaku, berapa ramai orang yang terlibat, dan berapa mangsa-mangsanya. Tidakkah peristiwa tersebut menjadi amaran terhadap kemungkinan ancaman daripada anasir-anasir tidak diingini kepada proses pilihanraya umum akan datang. Apa tindakan-tindakan untuk menjamin proses pilihanraya umum di negara ini berjalan licin, aman tenteram tanpa huru-hara. Datuk Nik Aziz Nik Mat pula minta Menteri Dalam Negeri menjelaskan sebab-sebab yang menghalang pihak polis tidak bertindak mencegah peristiwa serangan liar oleh segolongan samseng di Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah pada 18 Januari 1985 terhadap petugas-petugas Pilihanraya PAS sehingga berlakunya beberapa orang luka parah dan seorang darinya mati akibat kejadian itu,oleh kerana sehari sebelumnya laporan (report) telah dibuat kepada petugas di Balai Polls Naka iaitu sebagaimana Naka PC. Report No. 98 j 85 dengan disertakan satu salinan surat ugutan bertulis oleh orang-orang yang bercadang untuk melakukan tindakan itu telah ada dalam pengetahuan pihak polls sama ada pihak polis telah diarah sesuatu menyebabkan pihak polis tidak berani untuk mencegah kejadian itu daripada berlaku.[7] Pada 1985, Nik Aziz Nik Mat melahirkan rasa kecewa kerana pihak polis lambat bertindak sehingga Ustaz Othman Talib terbunuh dan Pak Ayub cedera di Felda Lubuk Merbau. Orang ramai semakin gelisah terhadap kecekapan sistem keadilan di negara ini. Menteri Datuk Radzi Sheikh Ahmad menjelaskan bahawa penyiasatan 'Inquest' telah dijalankan pada 30 Mac 1986. Pemimpin DAP , Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan kerajaan yang menahan 9 orang mahasiswa yang menonton video mangsa tragedi Lubuk Merbau pada Januari 1985. Mahasiswa tersebut dikenakan tindakan di bawah AUKU.[8]- Oleh Penulis Bebas link yang berkaitan- 1-Felda Lubuk Merbau,Padang Terap,Kubang Pasu,Kedah http://ms.wikipedia.org/ http://ms.wikipedia.org/ http://ms.wikipedia.org/ http://ms.wikipedia.org/ 2-Pilihan raya kecil Padang Terap 1985 http://ms.wikipedia.org/ 3-Pergerakan Pemuda UMNO,Mohd Najib bin Abdul Razak http://ms.wikipedia.org/ http://ms.wikipedia.org/ 4-Akta Keselamatan Dalam Negeri (Malaysia) http://ms.wikipedia.org/ 5-Peristiwa Lubuk Merbau 1985 http://ms.wikipedia.org/ 6-Nik Abdul Aziz bin Nik Mat http://ms.wikipedia.org/ 7-Mohd Radzi Sheikh Ahmad http://ms.wikipedia.org/ |
Gambar TG Nik Aziz Melawat Ustaz Azizan Di Kediaman MB Kedah Posted: 27 Jan 2013 06:29 AM PST Zam Zamani Mohd Zain YAB. Tuan Guru M.B Kelantan mengunjungi YAB. Menteri Besar Kedah di kediamannya sebentar tadi. |
Live Kuliah Ustaz Azhar Di Masjid Al Firdaus Bandar Baru Selayang Posted: 27 Jan 2013 06:00 AM PST |
TG Nik Aziz Melawat Karpal Singh Di Pulau Pinang Posted: 27 Jan 2013 03:00 AM PST POLITIK Nik Aziz sambut ulangtahun kelahiran di rumah Karpal Jan 27 2013 Dalam satu perkembangan mengejutkan, mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengunjungi pengerusi DAP Karpal Singh di Pulau Pinang. Nik Aziz tiba di kediaman Karpal pada kira-kira jam 3 petang dan meluangkan masa selama 20 minit di kawasan yang meriah dengan sambutan Thaipusam, di Jalan Scotland. Dalam kunjungan itu, Nik Aziz turut memotong kek sebagai tanda ulangtahun kelahirannya ke-82, sambil disaksikan pemimpin DAP, PAS dan PKR. Karpal yang gembira dengan kehadiran Nik Aziz itu berkata beliau terkejut kerana pemimpin PAS itu tiba 30 minit lebih awal. "Kehadirannya memberi mesej yang kuat bahawa kesatuan kami tetap utuh walau dengan apa yang telah berlaku. "Kami memahami dan menerima perbezaan antara satu sama lain," katanya.-mkini Puak macai akan cakap TG Nik Aziz ikut kiblat Karpal pula la lepas Anwar. Hahahahahaha |
TG Nik Aziz Berada Di Pulau Pinang Walaupun Tidak Sihat Posted: 26 Jan 2013 10:28 PM PST YAB. Tuan Guru sedang memberi kuliah zohor di Masjid Jamek Batu Uban Pulau Pinang. |
Puluhan ‘hantu’ muncul di Bukit Gasing, Petaling Jaya Posted: 26 Jan 2013 06:31 PM PST PETALING JAYA, 27 JAN: Satu demi satu bukti wujudnya pengundi hantu di Selangor terbongkar apabila seorang pemilik rumah mendedahkan beliau menerima 28 surat daripada Barisan Nasional (BN) walaupun tidak mengenali pengirim surat itu. Bukti terbaru itu sekaligus mengukuhkan laporan dan aduan orang awam, NGO dan Pakatan Rakyat mengenai ratusan ribu pertambahan pengundi berdaftar yang meragukan. Dalam satu sidang media, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, antara yang mengejutkan ialah terdapat 37 nama orang yang tidak dikenali didaftar menggunakan alamat itu apabila disemak dalam daftar pemilih. "Kami mahu tanya Najib dan penyelaras BN Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed adakah ini pengundi hantu mereka? "Dengan pembongkaran itu, BN umpama "menyumbat gol sendiri," katanya kepada media. Turut hadir pada sidang media itu ialah ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San dan Setiausaha Politik kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Kasthuri Patto. Menurut beliau, pendedahan itu jelas menunjukkan wujudnya motif politik BN. Apabila ditanya samada insiden itu mungkin disebabkan kesilapan teknikal, beliau yang juga Setiausaha Organisasi DAP Selangor berkata, jika ianya sekadar satu atau dua kesilapan, itu masih boleh diterima. "Tapi mana mungkin sebanyak 28 kesilapan berlaku serentak? Apabila kita buat semakan dan penelitian, nama itu telah didaftarkan pada 2012 lalu ketika Rang Undang-undang Daftar Pemilih suku pertama dimansuhkan. "Lagipun pemilik tidak pernah sewakan rumah itu kepada sesiapa dan beliau menetap di situ sudah lebih 30 tahun," jelasnya. Justeru, beliau mendesak agar SPR mengambil tindakan secara serius apa lagi negara dikejutkan dengan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang asing tanpa izin yang diberi kad pengenalan di Sabah. Satu MyKad, dua nombor pengenalan Kasthuri Patto pula mendedahkan satu kes yang berlaku di Petaling Jaya membabitkan seorang penduduk bernama Jensen, 25, yang mendedahkan kewujudan dua nombor berbeza pada kad pengenalannya. "Di bawah nombor MyKad beliau satu lagi nombor pengenalan tertera dalam kurungan. "Apabila disemak, nombor itu adalah milik seorang pengundi yang lahir pada 1961 di Segambut. Bagaimana boleh jadi begini sedangkan pemilik lahir pada 1988. Bagaimana boleh ada dua nombor pengenalan dalam satu MyKad? soal beliau. Tambahnya, sudah lebih 10 tahun NGO bersama parti oposisi mendesak SPR membersihkan daftar pemilih di Malaysia. "Pada 2004, kita pernah desak Pengerusi SPR meletakkan jawatan sebab banyak keraguan dalam daftar pemilih, sekarang sudah tahun 2013, masih tak ada perubahan. "Najib kata nak buat transformasi tapi tak ada apa yang berubah. Adakah ini merupakan satu lagi kes janji tidak ditepati? ujarnya. – Roketkini.com |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan