DUNIACACAMARBA |
- Suspek Juvana Kes Rogol & Campak Wanita di India Tarik Keluar Usus Mangsa Guna Tangan
- Isu Kalimah Allah: Dr Maza Lontar Persoalan yang Menarik
- Wanita Tangkap Suami Tiduri Anak Saudara
- Kerana Gambar Bogel, Lelaki Jadi Mangsa Ugut, Pemuas Nafsu Wanita
Suspek Juvana Kes Rogol & Campak Wanita di India Tarik Keluar Usus Mangsa Guna Tangan Posted: 09 Jan 2013 05:19 AM PST Berita ini memang tidak sedap dibaca, namun Foxnews yang memetik berita daripada Hindustan Times melaporkan suspek juvana kes ini yang berusia 17 tahun merupakan antara yang paling ganas dan kejam berbanding dengan suspek yang lain. Hal ini berdasarkan maklumat yang mendakwa remaja itu memukul mangsa sebanyak dua kali dan menarik keluar usus korbannya dengan menggunakan tangan kosong. Remaja itu juga dikatakan mencadangkan mangsa dicampak keluar dari bas yang sedang bergerak laju. Pihak polis New Delhi mendedahkan bahawa suspek juvana yang namanya dirahsiakan oleh polis merogol mangsa sebanyak dua kali, iaitu ketika mangsa masih sedar dan ketika mangsa tidak sedarkan diri. Menurut laporan Hindustan Times, pegawai polis kes ini mendedahkan, "Dua orang suspek merupakan pelaku yang paling kejam - Ram Singh, suspek utama dan suspek juvana." "Kedua-dua mereka merogol mangsa sebanyak dua kali. Singh merupakan orang pertama yang merogol mangsa, diikuti suspek juvana dan kemudiannya Akshay. Apabila mangsa tidak sedarkan diri, Singh dan suspek juvana merogol mangsa buat kali kedua." - DCM/Foxnews/Hindustan Times Laporan Berkaitan: [Foxnews] Gruesome details have emerged about the fatal gang rape of a 23-year-old woman in India last month, with a report that the youngest of the woman's six attackers—believed to be a juvenile-- was the most brutal, according to a report in the Indian newspaper Hindustan Times. The paper reported that a charge sheet on the case suggests the juvenile suspect assaulted the female student twice and pulled out her intestines with his bare hands. The juvenile—who Delhi police have not identified while they determine his exact age—also wanted to strip the victim naked and throw her off the moving bus. Police say the young man subjected the woman to sexual abuse once when she was conscious, and again after she was beaten so severely she lost consciousness. Police are treating the suspect as a juvenile based on school information, while waiting for a physical report to confirm his age. While the five other male adult suspects have been charged and may face the death penalty, if the sixth suspect is a juvenile, he could receive a more lenient sentence by law. "Of all the persons in the bus, two had engaged in the most barbarism — Ram Singh, the main accused in the case, and the juvenile," an officer told the Hindustan Times. The victim and her male friend boarded the bus Dec. 16, after seeing a movie. When the bus took a different route, the friend argued with one of the alleged attackers before an altercation ensued. Police said the juvenile and another suspect hit the male victim in the head with an iron rod which they later inserted into the woman's body, resulting in severe organ damage. The woman and her companion were thrown off the bus after the brutal attack. The female victim spent ten days in a New Delhi hospital, where doctors treated her for massive internal injuries. She was later flown to a Singapore hospital specializing in multi-organ transplants, where she died on December 29th. A hearing on the charges is expected Saturday as part of a new fast-track court developed this week to handle rape cases in New Delhi. The attack sparked anger and thousands took to the streets across India, demanding stricter laws and police reform in crimes against women. P/s: Gila kejam! Apabila berlaku kes jenayah sekejam ini, orang yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukuman mati turut menyeru suspek dikenakan hukuman mati. Sekurang-kurangnya mereka kini faham sebab sesetengah negara melaksanakan hukuman mati. Laporan awal di sini. | ||||
Isu Kalimah Allah: Dr Maza Lontar Persoalan yang Menarik Posted: 09 Jan 2013 04:00 AM PST P/s: Blogger Manjung Mari membangkitkan isu anggota bukan Islam memakai topi TLDM yang ada tulisan Allah dan Muhammad di sini apabila memberikan respons terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain seperti yang dititahkan oleh Sultan Selangor dan persoalan yang dilontarkan oleh Dr MAZA di atas. Bagaimana dengan topi atau beret anggota polis dan tentera? Rasanya kedua-duanya juga ada tulisan Allah dan Muhammad. Berita yang TM salin dan tampal dari laman Pas (dipetik dari SelangorKini) berbunyi "Sultan Salahuddin selaku Ketua Agama Negeri merujuk Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 dan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 10 Jun 2008 yang telah memutuskan bahawa lafaz "Allah" merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau dimasukkan dengan agama-agama bukan Islam yang lain." Dalam hal ini, TM lebih bersetuju dengan pandangan Presiden PAS seperti dipautkan di sini. Cuma persoalan yang berbangkit ialah isu penyalahgunaan kalimah tersebut yang mungkin digunakan untuk mengelirukan orang Islam. | ||||
Wanita Tangkap Suami Tiduri Anak Saudara Posted: 08 Jan 2013 06:34 PM PST
[HM] Kuala Lumpur: Luluh hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya sedang tidur bersama anak saudaranya berusia 25 tahun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar Baru Sentul, di sini, kelmarin. Lebih menyedihkan apabila mangsa adalah individu yang menjaga dan membesarkan anak saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam nahas jalan raya. Difahamkan, suami wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima tahun lalu, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin. Menurut isteri berkenaan yang mahu dikenali sebagai Tipah, 42, dia membesarkan anak saudaranya itu sejak berusia 15 tahun. "Anak saudara saya itu menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan raya," katanya. Katanya, skandal suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila mendapati suami tiada di sisinya. "Saya kemudian menjalankan periksaan dan mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah," katanya. Menurutnya, susulan kejadian itu, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang mengenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku menjalin hubungan sulit sejak lima tahun lalu. "Bagi mengelak mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya mencadangkan kepada suami untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara lain tetapi dihalang. "Akibatnya, saya pula dibelasah suami bagi menutup hubungan sulit mereka. Saya cedera di kaki dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah suami," katanya. Berikutan kejadian itu, Tipah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan. berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Ps: Gila! | ||||
Kerana Gambar Bogel, Lelaki Jadi Mangsa Ugut, Pemuas Nafsu Wanita Posted: 08 Jan 2013 05:06 PM PST
[HM] Kampar: Seorang pemuda diburu kebimbangan dengan tindakan bodohnya yang menyerahkan gambar bogel kepada wanita yang baru dikenali tidak sampai 12 jam, menyebabkannya menjadi mangsa peras ugut selain dipaksa melakukan hubungan seks dengan suspek. Mangsa yang hanya dikenali sebagai Wong, 20, mendakwa menjadi mangsa wanita itu selepas berkenalan melalui laman sosial. Dia yang berasal dari Kranji, di sini, mengenali wanita itu melalui laman sosial VChat awal minggu lalu sebelum saling bertukar maklumat dan berbual di Internet. "Ketika itu kami membuat perjanjian untuk saling bertukar gambar bogel masing-masing hanya sekadar untuk berseronok. "Bagaimanapun, selepas saya menyerahkan gambar bogel saya kepadanya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya sebagai pertukaran," katanya. Menurutnya, dia bimbang gambar bogel berkenaan disalahgunakan wanita terbabit jika ia disiarkan di Internet, malah dia lebih khuatir jika perkara itu diketahui ahli keluarganya. "Walaupun saya merayu kepada wanita berkenaan supaya menyerahkan kembali gambar itu, wanita terbabit memberi pelbagai alasan tidak munasabah," katanya. Menurutnya, wanita terbabit menghubunginya dan mengarahkan datang ke bandaraya Ipoh untuk berbincang selain memaksa memuaskan nafsu. Dia mendakwa wanita terbabit turut memaksanya membayar wang RM500 jika tidak mahu gambar bogel itu disebarkan melalui Internet. "Saya tambah tertekan apabila seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada wanita terbabit tiba-tiba menghubungi saya sebelum memarahi kerana mendakwa saya sengaja menghantar gambar lucah kepada anaknya. "Dia mengugut akan membuat laporan polis selain turut mengeluarkan pelbagai kata-kata kecaman. Saya tambah tertekan dan hampir membunuh diri kerana terlalu takut," katanya selepas membuat aduan kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kranji, Chen Fook Chye di sini, semalam. Menurutnya, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kampar, di sini, selain membuat pemeriksaan jika ada individu tertentu yang membuat laporan berhubung gambar bogelnya. P/s: Sila ambil pengajaran! Laporan Berkaitan: Gambar Bogel Jerat Diri Mangsa yang mahu dikenali sebagai Wong, 20, berkata, dia mengenali wanita tersebut beberapa hari lalu sebelum bertukar maklumat dan berbual di internet. Katanya, dia tertarik untuk mengenali wanita terbabit yang mempunyai wajah persis artis Hong Kong berdasarkan gambar profilnya. "Ketika berbual, kami berjanji untuk saling bertukar gambar bogel sekadar untuk berseronok. Selepas saya serahkan gambar bogel saya, wanita terbabit enggan menunaikan janji menghantar gambar bogelnya pula. "Bimbang perkara ini diketahui oleh ahli keluarga, saya merayu kepada dia untuk serahkan kembali gambar itu tetapi dia beri pelbagai alasan tidak munasabah," katanya selepas membuat aduan kepada Adun Keranji, Chen Fook Chye di sini. Menurutnya, wanita terbabit mengarah untuk bertemunya di Ipoh dan memaksa membayar wang berjumlah RM500 jika tidak mahu gambar bogelnya disebarkan melalui internet. "Wanita terbabit turut memaksa saya memuaskan nafsunya jika mahu gambar saya dikembalikan. Tidak berakhir di situ, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa bapa wanita terbabit. "Lelaki itu mendakwa saya sengaja hantar gambar lucah pada anaknya selain mengugut membuat laporan polis. Saya tertekan dan takut," katanya. Wong berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Kampar setelah tidak tahan dengan ugutan wanita terbabit. "Saya bimbang gambar bogel saya akhirnya tersebar di internet. Saya menyesal dengan tindakan tidak bijak saya ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan