Rabu, 9 Januari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pampasan Keretapi Maut - DS Nizar berbohong!

Posted: 09 Jan 2013 08:30 AM PST

Kedutaan Jepun hari ini berkata pihaknya "tidak pernah mengesahkan" pemberian pampasan kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada warga Malaya yang menjadi buruh paksa membina 'Landasan Keretapi Maut'.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha kedua kedutaan Takaharu Suegami berkata pampasan wang RM207 bilion yang didakwa bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Itu, adalah di luar penglibatan dan pengetahuan kerajaan Jepun. Bacalah di sini

 Nampak seolah-olah Nizar bercakap bohong mengenai isu Pampasan Kereta Api Maut selama ini. Tapi apa yang kat bawah ini?


Ekoran kenyataan Takaharu Suegami diatas itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin kelmarin telah mendedahkan beberapa dokumen penting yang menunjukkan kerajaan Malaysia memang telah menerima wang sebanyak RM207 bilion dari kerajaan Jepun sebagai pampasan kepada rakyat Malaysia yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut Jepun. 

Dokumen itu berupa surat permohonan dari Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buroh Binaan Landasan Keretapi Siam ke Burma 1942-1946 (Persatuan) yang jelas menyatakan jumlah RM207 bilion yang dituntut itu.

Surat permohonan ini dibuat oleh Persatuan kepada Perdana Menteri pada 27 Julai 2011. Pendedahan ini dibuat Nizar dalam sidang media khasnya hari ini. 

Nizar juga menunjukkan kepada media dokumen pengesahan dari pelbagai kementerian dan jabatan serta pejabat Peguam Negara mengenai tuntutan itu. (Surat dari Jabatan Peguam Negara kepada Persatuan) 

Antaranya, Bahagian Pengeluaran, Kementerian Kewangan Malaysia dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Sukacita dimaklumkan bahawa tuntutan pengeluaran berjumlah RM207 bilion telah diangkat untuk tindakan dan kelulusan Kerajaan di mana prosesnya telah dimaklumkan ke Peguam Negara dan peringkat Kementerian Sumber Manusia." 

Surat bertarikh 29 Mac 2011 ini telah ditandatangani oleh Datuk Hajah Zalekha bt Hassan, Bahagian Pengeluaran Bayaran. Jabatan Peguam Negara pula dalam suratnya kepada Persatuan berkata, "Untuk maklumat, perkara tersebut perlu dirujuk kepada Kabinet untuk kelulusan. 

Nizar sebelum ini ketika berucap dalam Dewan Rakyat meminta Perdana Menteri menjelaskan tuntutan Persatuan ini namun tidak ada sebarang penjelasan dibuat mengenainya. 

Baru-baru ini, beliau ke Kedutaan Jepun untuk berbincang mengenainya. Wakil kedutaan mengesahkan beliau pernah mendengar mengenainya tetapi hanya mengesahkan pembayaran pernah dibuat tetapi tidak menyebutkan angkanya. 
Baca selanjutnya di sini 

Isa Samad : Najib, tolonglah aku!

Posted: 09 Jan 2013 05:51 AM PST

Dari dulu lagi orang dah bantah perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA (KPF) adalah haram dan tidak sah.Tapi diaorang ni degil! 

Najiblah yang paling degil dan tetap mahukan Isa Samad jadi Pengerusi KPF.

Berbekalkan surat Najib, maka Isa Samad pun melantik dirinya sendiri ke jawatan tersebut.Dia hanya ikut perintah dan kemahuan Najib!

Perlantikan ini bertentangan dengan akta kecil koperasi Malaysia kerana perlantikan itu sepatutnya dibuat dalam mesyuarat agung dan bukannya dalam mesyuarat lembaga. 

Paling memalukan lagi, Isa melantik dirinya sebagai pengerusi ketika pengerusi yang ada Datuk Dzulkifli Wahab tidak ada iaitu sedang menunaikan umrah di Makkah. 

Isa Samad menduduki sidang mesyuarat perlantikan diri beliau sendiri? Jelas sekali ianya bertentangan dengan Akta SPRM 2009. Isa bukannya ahli koperasi tersebut, bahkan juga tidak layak untuk menjadi ahlinya kerana dia bukannya peneroka atau pun kakitangan Felda. 

Isa Samad ini hanyalah pegawai kontrak , sebab itu perlantikan beliau sebagai Pengerusi KPF dipertikaikan. 

Siang tadi, Hakim Zaleha Yusof membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei tahun lalu - Keahlian kontroversi Pengerusi Felda, Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur .

PM Najib nak sorok mana muka dia kali ini? Najiblah yang kemaruk sangat mahukan Isa Samad ni jadi Pengerusi KPF itu dulu. Konon nak balas budi baik Isa Samad yang telah menolong menyelamatkannya dari satu skendal ditangkap berkhalwat dengan seorang artis wanita terkenal di Port Dickson suatu masa dulu. 

Ceritanya ada banyak kat internet…. disini dan juga di sini Macam-macam ada….

Ramuan Ubat Kuat Untuk Lelaki

Posted: 09 Jan 2013 12:00 AM PST

Yo Omak Oi! Biar betul! Ramai buruh pendatang Filifina ketagih dengan arak ramuan baru . 

Mereka mendakwa ramuan yang diadun bersama arak ini memberikan mereka kekuatan jantina dan buah pinggang! 

Ramai penduduk tempatan tumpang seronok kerana dapat sedikit wang lebih kerana membekalkan bahan utama ramuan tersebut untuk buruh pendatang tersebut.  


Ramuan utama tersebut adalah 'biawak'! Harga seekor biawak yang beratnya bawah 3 kilogrammes adalah antara RM20 dan RM30 seekor. Korang ada ker? 

Biawak itu akan dimasukan hidup-hidup ke dalam balang berisi arak dan diperapkan terlebih dahulu sebelum dijual dengan kadar RM5 satu gelas. Ada siapa mahu?

Kavita Kaur patut beritahu Baginda Sultan....

Posted: 08 Jan 2013 08:19 PM PST

Sultan Sharafuddin, Sultan Selangor, sebagai Ketua Agama Islam ingin membuktikan bahawa beliau adalah benar-benar penyelamat agama Islam di Selangor lalu mengumumkan pengharaman orang bukan Islam di negeri ini daripada menggunakan perkataan "Allah". 

Langkah itu diambil kerana baginda merasakan, Islam terancam bila penganut agama lain mahu menggunakan kalimah Allah sebagai tuhan mereka. 

Apakah Baginda selama ini tidak tahu bahawa Agama Sikh menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka? 

Cerita selanjutnya di sini

Ramai yang tidak percaya bahawa Baginda tidak menyedari hakikat mengenai penggunaan 'Allah' dalam agama Sikh ini memandangkan Baginda diketahui agak rapat dengan Kavita Kaur. 

Tidak mungkin, Baginda sebagai ketua agama Islam tidak pernah berbual-bual atau bertanya tentang tuhan, agama anutan kenalan baiknya, Kavita Kaur itu. 

Dalam satu kenyataan, Presiden Majlis Gurdwara Malaysia (MGC), Jagir Singh berkata  bahawa langkah untuk menghalang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan "Allah" dalam teks agama akan menjadi sekatan ke atas Sikh daripada mengamalkan agama mereka. 

Bahawa perkataan 'Allah' adalah merupakan sebahagian daripada teks asal Suci Sikh Sri Guru Granth Sahib Ji dan Allah telah digunakan berkali-kali dalam teks asal untuk merujuk kepada maha kuasa, kehadiran, belas kasihan dan berbelas kasihan satu Tuhan, kata Jagir. 


Kita harap, Kavita Kaur boleh tolong jelaskan perkara ini kepada Ketua Agama Islam negeri Selangor ini dan maklumkan juga bahawa : 

Sebuah Mahkamah Tinggi pada Disember 2009 telah membenarkan perkataan "Allah" tidak terhad kepada orang Islam sahaja dan Gereja Katolik mempunyai hak perkataan itu untuk diterbitkan dalam seksyen Melayu akhbar mingguan, Herald mereka. Sumber

Tiada ulasan: