Selasa, 29 Januari 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


[Wajib Baca] Mengapa Selangor Enggan Salurkan Perbelanjaan Modal kepada SYABAS, Ke Mana Dana Awam RM700 Juta Dibelanjakan oleh SYABAS? Baca!

Posted: 29 Jan 2013 12:06 AM PST



[Selangorku] SHAH ALAM 26 JAN : Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) didakwa mengunakan dana awam untuk kepentingan sendiri dan tidak untuk tujuan menjaga kepentingan rakyat dalam urusan membekalkan air secukupnya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini menunjukkan kegagalan Syabas memberikan perkhidmatan kepada masyarakat berikutan tindakan sepatutnya dilakukan, tidak dilaksanakan.

Menurutnya, seharusnya Syabas memberikan perkhidmatan kepada rakyat termasuk memastikan semua peralatan dalam keadaan baik.

"Tiga tahun lepas, dia belanja hampir RM700 juta bukan membetulkan paip tetapi dia membeli kereta, membaiki rumah pejabat. Pejabat tidak boleh membetulkan paip.

"Jadi duit rakyat digunakan untuk perkara yang tidak sepatutnya," katanya dalam ucapan meraikan jentera pilhanraya Ijok dan Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Menteri Besar berkata, Syabas juga sudah diberikan peruntukan secukupnya termasuk memperoleh hasil pendapatan tinggi daripada orang ramai.

Maka itu, katanya tindakan Kerajaan Negeri tidak menyalurkan perbelanjaan modal (Capex) tidak harus dipersoalkan.

"Kalau Syabas tidak ada duit untuk membaiki paip air, buat apa kita suruh dia buat kerja. Setiap bulan dapat beratus juta duit kutipan, ke mana duit itu pergi," katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri perlu diberi hak dalam perkara itu dan rakyat perlu bertindak membetulkannya dengan menukar pentadbiran negara.
 
 
P/s: Duit bil air tibai, duit rakyat pun tibai....!
 
 
 

TG Nik Aziz Rela Hati Lepaskan Nasharuddin Mat Isa

Posted: 28 Jan 2013 10:57 PM PST



[SH] KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini tidak menghalang bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa daripada menyertai mana-mana parti lain dan dengan rela hati melepaskannya.

Di sebalik apa yang berlaku terhadap Nasharudin, Nik Aziz berkata, terpulang kepada beliau untuk menyertai parti lain.

"Itu dia punya pasallah, saya sebut kelmarin kepada wartawan orang laki bini lagikan bercerai. Padahal kita nak sambut bini (isteri ) itu dengan sembelih lembu, palu gong gendang lah, selawat kepada Nabi, tetapi  boleh bercerai. Ini kerana parti (Ini kan pula dalam parti).

"Dalam syarikat ekonomi dia (pengurusan) buang rakan kongsi dan apa sekali, kita hidup atas dunia ini ada peraturan. Islam adalah disiplin seratus peratus dunia akhirat. Islam adalah cara nak selamatkan dunia," katanya kepada media.

Terdahulu beliau merasmikan Bengkel Pakar Ternakan Lebah Kelulut di Min House Camp, Kubang Kerian yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Desa dan Bioteknologi negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.


 P/s: PEDAS!!!



[Gambar] Imej Hantu Gergasi Dirakam di Jeddah

Posted: 28 Jan 2013 08:22 PM PST



Seorang pelajar kejururawatan Arab mendakwa berjaya merakamkan imej yang disifatkannya sebagai "hantu gergasi". Pelajar itu mendakwa objek yang bergerak laju itu dirakam secara tidak sengaja ketika dia merakam suasana malam di kawasan berdekatan pantai di Gulf Kingdom.

Ibrahim bin Abdullah Al Aini, pelajar kejururawatan di sebuah kolej swasta di barat Laut Merah di pelabuhan Jeddah, berkata dia berjalan di kawasan berdekatan pantai pada malam minggu. Dia kemudiannya merakam gambar bulan dengan menggunakan kamera telefon bimbit.

"Saya memfokuskan kamera telefon bimbit ke arah bulan dan kemudiannya merakamkan gambar ... tiba-tiba satu objek bergerak laju dan berjaya dirakam oleh kamera saya ... Imej itu benar-benar menakutkan kerana kelihatan seperti hantu gergasi," katanya dipetik oleh Sabq, akhbar harian berbahasa Arab. -DCM/Emirates







"Banglo itu milik saya"- Bekas Pengarah Siasatan jenayah Bukit Aman

Posted: 28 Jan 2013 05:23 PM PST



[SH] IPOH – "Ya, memang itu banglo milik saya." Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

"Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

"Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu," katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

"Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?" dan "Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.

"Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?"

Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.

"Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana," katanya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

"Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.

"Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka," katanya.

P/s: Lampu hijau sudah diberikan. Apa tunggu lagi SPRM? Kalau mahu siasat, siasat juga harta pemimpin BN!


Tiada ulasan: