DIALOG RAKYAT |
- Adiwira Najib
- SPR: Jangan demo lepas p'raya, elak tragedi 13 Mei
- JPN beri kerakyatan pada warga India guna SD palsu
- Rais: Pengiklanan menerusi SMS akan dikaji
- Pemimpin MIC tuntut IPCMC berikutan dengan kematian Sugumaran
- Transformasi akhbar Tamil (Bahagian 2)
- Di manakah semangat wasatiyyahmu, saudaraku?
- BN Kedah: Henti bercakaran sesama sendiri
- RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi
- Misteri William Yau Zhen Zhong Hilang & Ditemui Mati di Sungai Klang. Terkini William Yau Mungkin Didera?
- Polis tolak bedah siasat kedua, penyokong Sugumaran akan berhimpun di KDN
- Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis, kembarnya disimbah air panas
- Penduduk Kampung Padang Bual Tuntut Jaminan Keselamatan Dari Kerajaan
- Risalah, CD 'Fitnah' Diedarkan Pada Majlis Agih Bantuan RM100
- Pakatan Rakyat janji naikkan harga sawit
- Konvensyen Pakatan Rakyat pertengahan Februari ini
- RCI projek IC perlu diperluas ke Semenanjung – Fuziah
- Jika menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara – Anwar
- Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin
- PESANAN BUAT PERISIK TENTERA
- Pilihanraya 'predictable'. Umno pembangkang yang baik
- Isu Nasha: Saya tidak suka sebut keburukan orang lain, kata Nik Aziz
- Legenda badminton Eddy Choong meninggal dunia
- Video Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit tersebar.. Saksikan!!
- Ujian tapisan calon 'panaskan suhu' PRU13
Posted: 29 Jan 2013 03:47 PM PST Intro: Sebuah komik haram muncul secara tiba-tiba pada April tahun lalu. Seorang adiwira berpakaian lucu digambarkan terbang dan disambut gembira oleh penduduk pelbagai kaum. Budaya meraikan superhero bukan sesuatu yang baru tetapi siapakah adiwira sebenar? Masihkah anda ingat komik superhero (Inggeris) atau adiwira (Sanskrit) yang diedarkan secara percuma kepada pengetua dan penolong kanan pada April 2012? Khabarnya edaran dilakukan oleh jabatan pendidikan negeri tertentu semasa taklimat "Wacana Transformasi Minda". Malangnya, komik berwarna setebal 50 halaman itu adalah semacam "edisi terhad" dan tidak semua sekolah berpeluang membaca dan menghayati kehebatan Adiwira Najib yang muncul tiba-tiba – terbang, tentunya – untuk membantu pada saat orang ramai – pelbagai kaum, tentunya – memerlukan bantuan. Pada muka surat 38, orang ramai digambarkan memandang ke angkasa dan melaung "Hi! Superman" sambil melambai kepada Adiwira Najib yang sedang terbang rendah. Buku komik itu yang tidak mencatatkan nama pencetak khabarnya diterbitkan "MJ Publication Sdn Bhd" yang beralamat di Persiaran Barat, Ampang. Portal berita The Malaysian Insider (13 April 2012) melaporkan bahawa alamat penerbit tidak ditemui dalam direktori perniagaan dan carian menerusi Google Map juga gagal membuahkan hasil. Saya pula hanya menemui syarikat "MJ Publishing Sdn Bhd" (859920-X) yang menggunakan alamat berdaftar serta beribu pejabat di Petaling Jaya. Saya terasa gembira kerana komik Adiwira Najib sudah memenuhi salah satu kriteria superhero iaitu tempat kelahiran serta tempat tinggalnya menjadi misteri. Kementerian Dalam negeri (KDN) pun pasti tidak akan mampu mencarinya. Tentulah saya tidak merujuk kepada adiwira dalam cerita rakyat Melayu seperti Badang. Tambahan pula, mana ada kanak-kanak yang masih bangga menganggap Badang sebagai adiwira. Tidak juga saya merujuk kepada watak Hang Tuah iaitu orang Bugis yang dipercayai meninggalkan Sulawesi lalu berhijrah ke Melaka serta mencipta nama dalam sejarah, legenda dan mitos. Bagi anda yang meminati watak-watak adiwira seperti Superman, Batman, Spiderman, Iron Man, Captain America, Ben 10, Invisible Woman dan Green Arrow, pasti anda lebih tahu tentang pelbagai ciri keperwiraan yang wajib dimiliki watak-watak superhero. Ciri paling asas adalah bahawa seorang adiwira memiliki kuasa luar biasa serta menumpukan seluruh masa dan tenaga untuk melindungi orang awam. Demikianlah ciri adiwira sejak kelahiran watak Superman pada 1938. Memandangkan watak Adiwira Najib boleh terbang dan sentiasa muncul tepat pada masanya untuk melindungi "rakyat pelbagai kaum" maka watak itu memenuhi ciri asas adiwira. Sekurang-kurangnya murid/pelajar tidak akan ketawa membaca komik berkenaan yang mungkin telah dibawa pengetua dan penolong kanan untuk didermakan ke perpustakaan sekolah. Seorang adiwira juga memiliki kod etika dan moral yang amat tinggi. Dalam konteks Malaysia, saya kira, sekurang-kurangnya perlu memenuhi konsep "Islam Hadhari" yang diperkenalkan Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri. Pakaian pelik, senjata dan wahana adiwira Adiwira barat biasanya digambarkan sanggup menggadai nyawa dan keselamatan diri demi orang awam tanpa mengharapkan sebarang balasan. Sambil berpegang teguh pada kod moral, ramai juga superhero (barat) yang tidak menggunakan senjata api; khususnya dalam komik yang disasarkan kepada kanak-kanak. Adiwira Najib lulus sekali lagi kerana tidak digambarkan memegang sebarang senjata. Tidak juga ditunjukkan babak sebarang bahan letupan diikat oleh Adiwira Najib atau sekutunya pada tubuh watak wanita cantik. Tiada sebarang rasuah atau penipuan dalam urusan pembelian "wahana" (Sanskrit) atau kenderaan seperti kapal selam atau kapal angkasa atau kapal terbang atau motosikal yang digunakan oleh adiwira untuk pergi membantu orang ramai. (Adiwira Najib tidak memerlukan wahana kerana dia boleh terbang ke mana-mana tanpa perlu risau memikirkan kesesakan jalan raya, jalan berlubang dan penggunaan kad Touch N Go di plaza tol.) Hasil pengalaman membaca dan menonton kisah adiwira barat, saya dapati bahawa seorang adiwira perlu ada pakaian khas yang bertujuan menyembunyikan identitinya daripada dunia luar. Adiwira Najib digambarkan memakai pakaian yang lucu dan hanya akan sanggup dipakai sang badut yang mabuk. Apa-apa pun, secara tidak langsung, Adiwira Najib berjaya menyembunyikan identiti sebenar. Katakanlah watak itu – saya namakan "Najib" tanpa merujuk secara khusus kepada sesiapa – adalah seorang penjawat awam atau seorang politikus. Mustahil ada orang (termasuk isterinya) akan membayangkan watak Najib akan memakai pakaian sebodoh itu. Maka, apabila Adiwira Najib terbang dalam pakaian itu, tidak akan ada sesiapa yang boleh menduga bahawa dia adalah watak Najib itu tadi. Jika Clark Kent @ Superman boleh melakukannya, Najib @ Adiwira Najib juga boleh! Satu lagi tujuan adiwira barat memakai busana/kostum khas yang kurang selesa dan kurang praktikal adalah bagi melindungi kaum-keluarga daripada menjadi mangsa kekejaman musuh peribadinya. Atau bagi mengelakkan polis daripada menangkapnya; seperti kes Spiderman. Tambahan pula, masakan Adiwira Najib mahu orang ramai tahu bahawa dia sebenarnya makan gaji buta dan sekadar terbang ke sana ke sini untuk "mencari masalah". Kalau orang ramai – atau majikan – tahu kisah sebenar, tentu sudah lama dibuang kerja! Akan tetapi, mungkin juga Adiwira Najib adalah umpama Iron Man dan Captain Amerika. Satu dunia (bagi Amerika Syarikat, negara berkenaan adalah "satu dunia") sudah tahu siapa dirinya dan mengalu-alukan keadiwiraannya. Pada kulit buku komik yang diterbitkan secara haram itu (tanpa maklumat pencetak dan nama penerbit yang gagal dikesan), watak Adiwira Najib digambarkan menyerupai Perdana Menteri tercinta kita, Datuk Seri Najib Razak. Terdapat frasa "I wouldn't break your trust" ("Saya tidak akan menghancurkan nambikei anda"). Harap maklum bahawa jika anda tidak tahu makna "nambikei" maka anda tidak tahu apa-apa mengenai politik Malaysia. Apa-apa pun, timbul pula persoalan, apakah watak Adiwira Najib (bukan nama sebenar) dalam komik itu sebenarnya mewakili Perdana Menteri yang amat kita cintai itu? Betapa bangganya kita sebagai Bangsa Malaysia kerana selepas kecewa dengan Badang yang makan muntah dan Hang Tuah yang terlalu mengikut kata pemerintah, kini kita ada politikus yang boleh terbang seperti Superman! Siapa wira, siapa antagonis sebenar? Atau mungkinkah juga Adiwira Najib (rekaan) dalam komik itu adalah makhluk asing (alien) yang menyamar sebagai Datuk Seri Najib (sebenar) tanpa pengetahuan sesiapa, termasuk isteri dan keluarganya? Jika begitu, di manakah Perdana Menteri tercinta kita disembunyikan? Di mana? Di mana? (Agak dramatik, bukan?) Mungkinkah semua ini angkara musuhnya? Jangan kita lupa bahawa seorang adiwira tidak ada apa-apa makna jika tidak ada watak antagonis atau watak jahat yang menjadi musuhnya. Rujuklah mana-mana komik, kartun atau filem mengenai adiwira dan anda akan mengakui hakikat ini. Musuh ketat Adiwira Najib adalah manusia biasa iaitu seorang perompak yang sudah siap tertera frasa "Bad Man" pada baju yang dipakainya. Dia sekadar perompak biasa dan tidak digambarkan ada apa-apa kuasa seperti dimiliki Adiwira Najib. Polis sahaja sudah cukup untuk menangkapnya. Watak jahat ini mengikat mata dengan kain hitam seperti Zorro tetapi mujurlah dia tidak memakai pakaian lucu dan "mengaibkan kaum-keluarga" seperti dilakukan watak rekaan Adiwira Najib. Memandangkan watak "Bad Man" itu jahat, maka dia digambarkan seolah-olah seorang homoseksual. Pada halaman 31, misalnya, dia kelihatan mesra bersama-sama dua pemuda separuh bogel. Memang bijak tindakan pihak berkenaan mengedarkan komik ini kepada pengetua dan penolong kanan supaya mudahlah mereka mendidik murid/pelajar tentang Pendidikan Seks Sejenis di sekolah. Tentu juga sebagai tambahan kepada Garis Panduan LGBT yang hangat diperkatakan berikutan Bernama dan Utusan Online (12 September 2012) melaporkan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai berkata bahawa "tidak ramai dalam kalangan masyarakat yang memahami atau mengenali simptom LGBT, khususnya tanda-tanda awal terjebak". Secara tradisi, kisah adiwira tidak akan tamat dalam satu buku komik. Biasanya akan ada sequel (susulan), prequel (prekuel), spin-off (keluaran sampingan) dan reboot (but semula). Perhatikan sahaja kisah-kisah Superman, Batman, Spiderman dan Wonder Woman, misalnya, untuk memahami hakikat ini. Ada kalanya orang lain – atau penerbit lain – akan meneruskan kisah keperwiraan si adiwira itu dengan menampilkan plot dan musuh baru. Ada juga keadaan di mana kelemahan adiwira ditonjolkan dalam edisi khas. Dalam kes komik Adiwira Najib, tidak diketahui siapa pereka, pelukis dan penerbit sebenar. Maknanya, sesiapa sahaja berhak untuk "mengambil" watak fiksyen Adiwira Najib dan mengembangkannya. Dalam hal ini, saya paling tertarik pada komik yang dihasilkan oleh Johnny Ong pada 7 Mei 2012. Dalam versi ini, Adiwira Najib memakai busana baru yang kurang lucu. Dia tidak digambarkan terbang tetapi sudah "mendarat" dan sedang berpaut pada dahan pokok. Orang ramai kelihatan di bawah tetapi mereka tidak melaungkan "Hi! Superman" seperti sebelum ini. Sebaliknya mereka menuntut pilihan raya yang bersih! Agak ironik tetapi masih memenuhi kriteria perkembangan kisah watak-watak adiwira kerana "musuh" sebenar Adiwira Najib bukanlah watak fiksyen perompak kecil-kecilan yang memakai baju tertulis "Bad Man". Sebaliknya, "musuh" sebenar yang berjaya menumpaskan Adiwira Najib dalam komik ini adalah orang ramai, iaitu orang biasa yang tidak ada apa-apa kuasa istimewa; selain kuasa menuntut pilihan raya yang bersih. Demikianlah realiti dalam dunia komik adiwira di mana seorang superhero tidak semestinya mempunyai kuasa luar biasa untuk menyelamatkan negara daripada kemusnahan.-roketkini.com [* Uthaya Sankar SB adalah penggemar kartun dan komik sejak usia kanak-kanak.] | ||
SPR: Jangan demo lepas p'raya, elak tragedi 13 Mei Posted: 29 Jan 2013 02:57 AM PST MALAYSIA KINI Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengingatkan kesemua parti agar tidak meraikan atau membuat bantahan di jalan raya selepas keputusan pilihan raya diumumkan, bagi mengelakkan tragedi seperti 13 Mei 1969 berulang. Dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berbahasan Cina Oriental Daily yang disiarkan hari ini, Abdul Aziz berkata SPR mengambil teladan daripada tragedi tersebut dan memperkenalkan peraturan yang mengharamkan sambutan atau bantahan demikian. Katanya, pihak lain akan turut ke jalan raya dengan jumlah yang besar sehingga menyebabkan perintah berkurung terpaksa dikeluarkan. Abdul Aziz seterusnya menasihatkan semua parti politik agar mamatuhi peratus pilihan raya dan bekerjasama untuk memastikan kestabilan dan keamanan, tidak kira pihak mana yang menang dalam pilihan raya umum akan datang. Beliau juga mengingatkan BN dan pembangkang agar tidak menggunakan isu kaum dan agama semasa pilihan raya. Katanya, agama adalah perkara yang dekat di hati orang ramai dan ada yang sanggup menggadai nyawa demi agama mereka. Beliau turut meminta pihak yang menang dan juga yang tewas agar menerima pilihan pengundi dan tidak menyalahkan SPR. Katanya, lima kerajaan negeri bertukar selepas pilihan raya umum 2008 yang didakwanya menunjukkan kebebasan SPR. | ||
JPN beri kerakyatan pada warga India guna SD palsu Posted: 29 Jan 2013 02:55 AM PST Seorang warga India memperolehi kerakyatan Malaysia dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan hanya menggunakan akuan bersumpah (SD) palsu, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang Sabah di Sabah, diberitahu hari ini. Nur Mohd Ibrahim, yang berasal dari Tamil Nadu, India, berkata beliau datang ke Sabah pada tahun 1981 dan tidak lama selepas itu, dia memohon kad pengenalan biru atas gesaan rakan-rakannya dari Filipina di sebuah restoran. Bagaimanapun, permohonan pertamanya yang menggunakan SD palsu telah ditolak. Pada tahun 1983, dia mencuba nasib sekali lagi, dengan menggunakan kaedah yang sama, dan kemudiannya mendapat kad pengenalan biru. Ini adalah hanya dua tahun selepas dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia. SD itu menyatakan bahawa Nur Mohd dilahirkan di Kinarut, Papar. Nur Mohd memberitahu siasatan RCI bahawa dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1991 - lapan tahun selepas menjadi warganegara Malaysia. Menurutnya, dia telah mengundi sebanyak empat kali bagi kerusi DUN Likas. Pada tahun 2001, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan bahawa kemenangan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Yong Teck Lee di Likas, batal dan tidak sah kerana terdapat pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih. Yong memenangi kerusi itu dalam pilihan raya negeri Sabah 1999 dan keputusan telah dicabar oleh dua calon yang kalah. Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Muhammad Kamil Awang, yang mendedahkan beliau mendapat tekanan dari pegawai atasannya untuk menolak permohonan tersebut, berkata dalam penghakimannya bahawa contoh bukan warganegara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang didedah dalam perbicaran tersebut mungkin hanya sebahagian kecil sahaja daripadanya. | ||
Rais: Pengiklanan menerusi SMS akan dikaji Posted: 29 Jan 2013 02:48 AM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mengkaji sistem pengiklanan menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) ke telefon bimbit bagi memastikan pengguna tidak diganggu dengan pesanan yang tidak dilanggani. Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai menyatakan mereka tidak selesa dengan penyebaran iklan menerusi SMS, yang ada kalanya melibatkan pesanan mengandungi unsur-unsur berbentuk seksual. "SMS yang dihantar kepada pengguna telefon seharusnya tidak mengandungi pesanan berbentuk mendapatkan pasaran atau sebagainya," katanya semasa ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Kumpulan Peneraju Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi (NKEA CCI) di sini, hari ini. Rais berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan meneliti kandungan aduan yang diterima dan mengadakan rundingan dengan syarikat telekomunikasi bagi mencari penyelesaian masalah itu. Pada sidang media sama, Rais juga berkata pihaknya akan menilai semula harga muat turun lagu secara online bagi memastikan pemilik hak cipta dan penyanyi lagu berkenaan mendapat keuntungan berpatutan daripada transaksi tersebut. Selain itu, Rais juga meminta mereka yang terlibat dalam industri pengiklanan dapat mengetengahkan lebih banyak wajah Malaysia dan Asia pada papan iklan supaya ia seimbang dengan penampilan wajah Eropah di negara ini. "Kami minta supaya industri ini selain beri nilai-nilai pengiklanan, jugadapat memberi nilai budaya dan estatik pada papan tanda mereka dan adalah sesuatu yang wajar untuk kita melihat lebih banyak wajah Malaysia," katanya. Mengulas mengenai mesyuarat NKEA CCI, Rais berkata, lonjakan eksport dalam industri kreatif bagi 2012 mencatatkan peningkatan hasil kepada sebanyak RM12 bilion berbanding RM11 bilion pada 2011. Beliau berkata, perkembangan terbesar dilihat pada industri iklan yang mencatatkan keuntungan sebanyak RM10 bilion dan peningkatan juga dilihat pada eksport filem terdiri daripada drama, dokumentari dan animasi di mana RM1.85 juta telah dibelanjakan kepada 27 syarikat yang terlibat dalam industri itu. - Bernama | ||
Pemimpin MIC tuntut IPCMC berikutan dengan kematian Sugumaran Posted: 29 Jan 2013 02:41 AM PST TERKINI KUALA LUMPUR— Kerajaan seharusnya menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) berikutan dengan kematian pengawal keselamatan C Sugumaran dan dakwaan kematian lain dalam tahanan polis, kata pengarah strategi MIC S Vell Paari. Beliau mencadangkan kepada polis melaksanakan inkues untuk mengetahui kematian lelaki berusia 39 tahun itu, pada masa sama mengakui orang ramai mungkin tidak yakin dengan kebebasannya. "Hakikatnya inkues diperlukan kerana ia menunjukkan banyak perbezaan pandangan mengenai bagaimana Sugumaran mati," kata anak kepada bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu, yang mengirim email apabila ditanya pandangannya. "Tetapi inkues berdasarkan bukti dari proses yang dikatakan majoriti akan tercemar tidak akan diterima sebagai bebas dan adil. "Jadi pada pandangan saya penubuhan IPCMC adalah jalan terbaik. Bukan hanya menyiasat kematian Sugumaran, tetapi semua dakwaan kematian dalam tahanan polis," katanya, dan menambah ia merupakan janji bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. "Saya mahu kerajaan buat apa yang terbaik untuk negara," Vell Paari (gambar) memberitahu The Malaysian Insider apabila menerangkan mengapa beliau mahu penubuhan IPCMC. Minggu lalu, timbalan perdana menteri enggan memberi komen apabila ditanya mengenai penubuhan IPCMC selepas kematian Sugumaran — ditemui mati digari. Majlis Peguam, badan hak asasi manusia dan pembangkang menyeru IPCMC ditubuhkan bagi mereformasikan polis sejak tahun 2006. Jun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu parlimen kerajaan tidak bercadang menubuhkan IPCMC. Kematian Sugumaran dikaitkan dengan banyak lagi kes kematian yang didakwa melibatkan polis seperti kematian Chang Chin Te awal tahun ini, A Kugan dan R Gunasegaran pada 2009, serta kematian pelajar sekolah Aminulrasyid Amzah pada 2010 dan beberapa kematian dalam dua tahun ini. Kumpulan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penahanan Sewenang-wenang 2010 (United Nations Working Group on Arbitrary Detention 2010) melaporkan pada 2011 bahawa antara 2003 hingga 2007, terdapat 1,500 tahanan mati ketika ditahan pihak berkuasa. Vell Paari kemudian menambah, bedah siasat kedua ke atas Sugumaran mesti dilakukan oleh pakar yang dirasakan bebas oleh keluarga mangsa. "Bukan yang ada sekarang, pasukan yang dibawa luar dari hospital kerajaan atau mungkin dari luar negara. Pasukan yang keluarga bersetuju ia adalah bebas," katanya lagi. Khamis lalu, polis berkata bedah siasat dari Hospital Serdang mendapati Sugumaran mati kerana serangan jantung. Ahad lalu, peguam N. Surendran berkata polis belum membenarkan bedah siasat kedua ke atas Sugumaran walaupun bantahan pihak keluarga. Surendran yang juga naib presiden PKR, berkata keluarganya akan menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat polis di Bukit Aman bagi menuntut bedah siasat kedua dijalankan. Semalam, keluarga beliau dilaporkan menolak cadangan polis untuk mengadakan inkues dan mahu dakwaan bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis semalam berkata mereka kekurangan bukti untuk melancarkan siasatan pembunuhan tentang kematian Sugumaran, dan mahu pihak saksi tampil ke hadapan membantu polis menjalankan siasatan. Khamis lalu, saksi mendakwa anggota polis menggari lelaki berusia 39 tahun itu sebelum memukul beliau sehingga mati bersama 20 orang berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat Rabu lalu. Polis mendakwa mereka menggari Sugumaran dengan bantuan 10 orang ramai, dan beliau kemudian meronta-ronta selepas mengamuk dengan batang besi, dan menegaskan tiada siapa yang menyerang beliau. | ||
Transformasi akhbar Tamil (Bahagian 2) Posted: 29 Jan 2013 02:33 AM PST Akhbar-akhbar Tamil tetap menyiarkan berita yang menyentuh kaum India; asalkan bukan paparan positif mengenai Pakatan Rakyat. Perhimpunan Agung Ke-66 MIC pada 9 Disember 2012 membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) dan MIC sendiri menganggap dan melayan kaum India di Malaysia sebagai "deposit tetap" semata-bagi menjamin BN terus mendapat undi dalam pilihan raya. Saya pernah menyentuh perkara ini menerusi sebuah makalah bertajuk "Mahu Jadi Deposit Tetap?" (Projek Dialog, 14 Disember 2012). Tsunami politik yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 8 Mac 2008 berikutan Perhimpunan Hindraf dan kebangkitan kaum India selaku minoriti yang tertindas pada November 2007 nampaknya masih belum memberi pengajaran berguna kepada BN dan lebih-lebih lagi kepada MIC yang mendabik dada mengiktiraf diri sebagai satu-satunya parti politik yang layak mewakili kaum India. Selepas sekian lama menganggap kaum India sebagai "deposit tetap", apakah sikap dan pendirian Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak sudah berubah? Perkara ini akan turut diperhatikan menerusi ulasan beberapa laporan di akhbar Thina Kural, Nam Naadu, Makkal Osai dan Tamil Nesan keluaran 14-20 Januari 2013. Ulasan ini juga penting untuk meneliti apakah benar pandangan yang mengatakan bahawa sejak awal tahun ini, kelima-lima akhbar harian Bahasa Tamil sudah berubah menjadi "lidah rasmi" dan "alat propaganda" BN sedangkan sebelum ini, beberapa daripada akhbar berkenaan lantang bersuara secara objektif dan berani bagi mewakili suara kaum India sebagai kelompok minoriti. Akhbar Thina Kural (14 Januari 2013) menyiarkan dua berita utama yang secara khusus berkaitan BN. Kalau selama ini kaum India hanya dilihat dan dilabel sebagai "deposit tetap" oleh BN dan MIC sendiri, semasa menghadiri "Pesta Ponggal Sayangi Selangor PM Bersama Rakyat" di Klang pada 13 Januari lalu, Najib didapati sudah bermuhasabah. Pada kali ini, beliau menggelarkan kaum/pengundi India sebagai "harta besar" bagi BN. Lihatlah sendiri perubahan (transformasi minda) yang berlaku daripada "deposit tetap" (9 Disember 2012) kepada "harta besar" (13 Januari 2013) dalam ucapan seorang politikus. Sebagai seorang perunding media, saya sangat berharap wakil-wakil dalam MIC yang sebelum ini begitu teruja untuk turut menggelarkan kaum India sebagai "deposit tetap" – seperti dilaporkan Utusan Malaysia dan Berita Harian – akan turut mengikut "langkah bijak" Najib yang tiba-tiba mula mengiktiraf kaum minoriti yang tertindas, terpinggir dan teraniaya ini sebagai "harta besar". Halaman depan akhbar Thina Kural pada tarikh sama juga menyiarkan satu lagi berita berkaitan Najib dan mantera ajaib "Nambikei" yang sebenarnya sudah dijadikan bahan jenaka sebagai "tembikai" oleh anggota masyarakat. "Letakkan nambikei (keyakinan); banyak kami akan buat". Demikian tajuk yang dipaparkan bersama-sama foto Najib memakai kalungan bunga malai. Tentulah "kami" yang dimaksudkan adalah BN yang merupakan pembangkang di Selangor. Mungkin penasihat politik kepada Najib terlupa untuk membisikkan kepadanya bahawa kepercayaan dan "nambikei" perlu diperoleh (earn) dan bukannya diminta begitu sahaja. Sharifah Zohra terus dibidas Secara logik, kenyataan Najib juga sangat melucukan. Dalam PRU-12, "nambikei" sudah diberikan kepada BN untuk membentuk beberapa kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Lima tahun kemudian, BN masih mahu menagih "nambikei" yang berterusan dan tidak berbelah bagi. Bukankah lebih baik jika BN menilai diri sendiri dengan bertanya: "Apa yang sudah kami (BN) lakukan kepada rakyat selepas mendapat sedekah dan mandat untuk memerintah selepas PRU-12?" Akhbar Thina Kural pada 14 Januari 2013 juga disertakan sisipan khas 16 halaman bertajuk "PM Rakyat yang menepati janji". Hasil pemantauan, saya percaya bahawa sehingga Disember 2012, akhbar harian berkenaan tidak akan melakukan kerja-kerja mengampu sehebat ini; walaupun dengan alasan bahawa sisipan itu ditaja/dibayar sepenuhnya oleh pihak tertentu. Perubahan drastik yang ditunjukkan oleh kelima-lima akhbar ini – Tamil Nesan, Malaysia Nanban, Makkal Osai, Thina Kural dan Nam Naadu – menimbulkan pertanyaan sama ada akhbar-akhbar ini akan mampu untuk bertahan dengan sikap sama selepas PRU-13. Entah berapa lama lagi masyarakat India akan terus mampu menahan rasa meluat dan rasa mahu muntah membaca berita-berita yang berat sebelah dan merupakan propaganda terang-terangan terhadap pihak tertentu. Selain daripada berita bergambar mengenai sambutan Ponggal oleh MinnalFM (RTM), muka depan akhbar Nam Naadu (17 Januari 2013) turut memberikan ruang kepada berita paling sensasi pada waktu itu, iaitu berkenaan klip video Presiden Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin Albukhary @ Nikki Da Best menghina seorang mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM) dan aktivis sosial, Bawani KS. Tajuk besar memetik kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifudin Abdullah yang kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Sharifah Zohra. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin juga tampil membuat kenyataan menerusi Twitter pada 14 Januari 2013: "This Jabeen lady DOES NOT represent BN" (Wanita Jabeen ini TIDAK mewakili BN). Laporan penuh di halaman 3 juga mengenai isu sama. Tajuk utama "Deii Bawani … India Poo" (Hoi Bawani … Pergi India) adalah mengenai tindakan seorang ahli Wanita UMNO bernama Norhayati Saiddin menulis di Facebook. Wanita itu kemudian tampil memohon maaf pada 16 Januari 2013 dengan cara yang melucukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Kenyataan daripada Pengerusi National Indian Rights Action Team (NIAT; dulu 'National Interlok Action Team'), Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim juga disiarkan bersama-sama kenyataan Vell Paari, anak bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan beberapa individu lain. Ternyata isu klip video itu mendapat perhatian kesemua akhbar Tamil walaupun beberapa akhbar arus perdana Bahasa Malaysia dan Inggeris membisu seribu bahasa. Isu "Listen Listen Listen" turut mendapat tempat di akhbar Makkal Osai (18 Januari 2013) di mana kenyataan Norhayati memohon maaf disiarkan di muka depan. Laporan semuka penuh di halaman 2 juga mengenai isu sama. Kenyataan Mohan, Ratnavalli dan beberapa individu lain juga disiarkan. Turut menarik perhatian adalah kenyataan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Kebangsaan, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader yang mengesahkan bahawa Sharifah Zohra "sudah dibuang dari parti". Manakala di halaman 16, wawancara khas bersama Bawani yang menegaskan bahawa "saya bukan wanita yang akan terus tunduk apabila orang mengetuk kepala saya". Kerajaan negeri dipersalahkan Satu lagi berita penting di halaman depan akhbar Makkal Osai pada hari berkenaan adalah berkaitan kuil Sri Maha Mariamman di Bangi Lama yang khabarnya menerima notis daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) supaya tidak membunyikan loceng kuil selepas 6:30 petang. Sebenarnya, isu berkenaan masih berlarutan sehingga kini dan mengalami perubahan plot penuh twist hampir setiap hari. Apa yang pasti, T. Mohan selaku Ketua Pemuda MIC terus menyalahkan 'Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor' atas apa yang berlaku manakala ada pihak yang berpendapat bahawa ada sesuatu yang tidak kena dalam kes melibatkan notis yang dikeluarkan pada 17 Februari 2012. Akhbar Tamil Nesan (20 Januari 2013) memilih untuk menyiarkan berita bertajuk "Keganasan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor" di muka depan dengan mengangkat isu berkaitan kuil berkenaan. Ternyata bahawa bagi akhbar Tamil, tajuk utama di muka depan tidak semestinya berita terkini; sebaliknya berita yang paling sensasi serta sudah tersiar di media lain. Dalam berita berkaitan klip video "Listen Listen Listen" dinyatakan bahawa Sharifah Zohra perlu dibuang daripada UMNO. Saranan itu datang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mengadakan tunjuk perasaan aman di Brickfields, Kuala Lumpur pada hari sebelumnya. Perlu dinyatakan bahawa menurut kenyataan rasmi SW1M, wanita itu adalah ahli UMNO Selangor. Vell Paari juga muncul di muka depan dengan saranan supaya Presiden Perkasa, Ibrahim Ali dikenakan tindakan kerana terus-menerus mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menggugat keamanan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Pada masa sama, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menyelar kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad yang disifatkan memperlekeh serta mempersoalkan tindakan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman memberi taraf kerakyatan kepada kaum Cina dan India apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Ternyata bahawa akhbar-akhbar bahasa Tamil memang sentiasa prihatin dalam menyiarkan berita-berita yang ada kaitan dengan sentimen kaum India. Bagaimanpun, sekiranya Sharifah Zohra, Norhayati atau Ibrahim memegang jawatan penting dalam UMNO, tidak diketahui adakah liputan yang sama akan berani dibuat akhbar-akhbar berkenaan. Atau jika Bawani memegang jawatan penting dalam Parti Sosialis Malaysia (PSM). Ringkasnya, walaupun sentiasa akur pada usaha dan tuntutan menyiarkan berita-berita yang ada kaitan dengan kaum India, akhbar-akhbar harian Tamil ternyata sudah tidak berani atau berminat memberi liputan positif berkaitan Pakatan Rakyat (PR) sejak beberapa minggu lalu. Berita-berita mengenai kebangkitan rakyat menuntut pilihan raya yang adil, bersih dan telus menerusi Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) juga tidak dilaporkan. Ada juga akhbar yang tiba-tiba berubah 180 darjah sehingga menimbulkan tanda tanya tentang kemungkinan akhbar-akhbar Tamil mudah "dibeli" pihak tertentu. Rata-rata kaum India terus membeli dan membaca akhbar Tamil kerana mahu memberi sokongan terhadap usaha memastikan bahasa ibunda mereka terus segar di negara bertuah ini. Sama ada pembaca dapat terus bersabar dan menerima sahaja berita-berita propaganda yang berat sebelah dan mengatasi "kehebatan" Utusan Malaysia, hanya masa yang akan menentukan. Uthaya Sankar SB adalah penulis bebas dan pemilik tunggal 'Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya'. | ||
Di manakah semangat wasatiyyahmu, saudaraku? Posted: 29 Jan 2013 02:26 AM PST Semangat wasatiyyah yang ditonjolkan Nabi Muhammad saw tidak kelihatan di dalam kontroversi kalimah Allah. Sambutan Maulidur Rasul pada hari Khamis lalu diraikan dengan tema wasatiyyah tonggak kesatuan ummah. Namun di sebalik penekanan terhadap wasatiyyah, perkembangan mutakhir tidak menunjukkan semangat wasatiyyah. Ya, saya sedang berbicara berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengingatkan umat Islam bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah. Ini kerana apabila umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan, ia bersamaan dengan mempersekutukan Allah. Sebelum ini Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali menggesa umat Islam membakar Injil berbahasa Melayu, Al-Kitab. Nabi Muhammad telah membuktikan bahawa penggunaan gelaran tidak penting bak kata pepatah Melayu, jika ular menyusur akar sekalipun tak akan hilang bisanya. Perkara ini jelas terlihat dalam Perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani dalam tahun 628 diantara Nabi Muhammad yang mewakili masyarakat Islam dan masyarakat Quraisy diwakili Suhayl ibn Amr. Suhayl membantah apabila Ali ibn Abu Talib menulis mukadimah perjanjian dengan "Bismillah ir-Rahman ir-Rahim" dan berkeras untuk menggunakan Bismika Allahuma. Nabi Muhammad membenarkan pindaan dibuat sepertimana yang digesa Suhayl meskipun dibantah oleh sahabat-sahabatnya. Suhayl membantah buat kali kedua apabila Ali menulis Muhammaddur – Rasulullah kerana tidak mengetahui bahawa Nabi Muhammad ialah Rasul yang diturunkan Allah. Suhayl menegaskan bahawa Nabi Muhammad perlu dirujuk sebagai Muhammad ibn Abdullah. Ali tidak mahu lantas Nabi Muhammad menulis namanya, Muhammad ibn Abdullah. Hanya kerana Nabi Muhammad menulis namanya Muhammad ibn Abdullah tidak menyebabkan sifat-sifat kerasulannya hilang. Masyarakat Quraisy menggunakan perkataan Bismika Allahuma. Ia tidak membawa sebarang kekeliruan kepada masyarakat Islam ketika itu kerana mereka tahu perbezaannya. Allah turut berfirman di dalam dua surah Al-Quran yang menunjukkan bahawa umat Islam tidak akan terpesong sekiranya namaNya digunakan oleh bukan Islam. Surah yang saya maksudkan ialah surah al-Kafirun dan surah al-Zukruf ayat ke 87. Surah al-Kafirun Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Katakanlah: "Hai orang-orang kafir, Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku. Allah berfirmah di dalam Surah al-Zukhruf ayat 87 berbunyi: "Dan Demi sesungguhnya! jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)? | ||
BN Kedah: Henti bercakaran sesama sendiri Posted: 29 Jan 2013 02:17 AM PST Pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti. KULIM: Pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah mengingatkan ahli komponen supaya menghentikan sikap suka bercakaran dan berbalah sesama sendiri, sebaliknya menumpukan usaha meningkatkan kerja menguatkan jentera parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Beliau berkata para anggota parti komponen khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba antara mereka tetapi sewajarnya bekerja keras untuk kemenangan parti. "Angin perubahan kini bertiup kencang ke arah BN yang kini yakin akan dapat menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga Parlimen yang dimenangi pembangkang pada PRU-12 sekali gus membentuk semula kerajaan negeri kerana sebilangan besar kerusi berkenaan asalnya adalah hak BN," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang untuk aktiviti PDM Padang Serai di sini malam tadi. Katanya segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh hendaklah dilenyapkan demi menjayakan pilihan raya umum kelak. Sebanyak 43 PDM dalam kawasan berkenaan menerima bantuan tersebut. Turut hadir Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leung, Pengerusi Perhubungan MIC Negeri Kedah yang juga Penyelaras DUN Lunas S. Ananthan dan pemimpin parti komponen BN Bahagian Padang Serai. Lebih 300 anggota parti komponen hadir pada majlis itu. Ahmad Bashah menyampaikan bantuan RM1,000 kepada setiap PDM untuk kegunaan aktiviti awal kawasan berkenaan. Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata BN Kedah sehingga kini mengeluarkan sumbangan RM672,000 kepada 672 PDM BN di seluruh negeri berkenaan. Katanya bantuan sama akan terus diedarkan dari semasa ke semasa bergantung kepada kemajuan aktiviti yang dijalankan.Bernama | ||
RCI diberitahu petugas JPN terima RM1juta kerana benarkan pendatang mengundi Posted: 29 Jan 2013 02:04 AM PST Pegawai polis cawangan khas (SB) DSP Badaruddin Ismail yang bekerja di Kelantan memberi keterangan hari ini Ramli Kamaruddin menjual setiap resit dengan harga RM250 setiap satu sekitar 1993 dan 1995 kepada pendatang haram dari Filipina, India, Pakistan dan negara-negara lain. "Beliau (Ramli) beritahu dia melakukan perkara tersebut kerana wang," kata Badaruddin kepada RCI hari ini. Badaruddin yang pernah menyoal siasat Ramli, menegaskan Ramli memberitahunya, beliau melakukan perkara tersebut untuk keuntungan peribadi tanpa menerima arahan daripada pihak atasan. Ramli walau bagaimanapun, memberitahu RCI baru-baru ini, arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, bekas timbalan menteri dalam negeri telah memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit JPN, yang mempunyai nama dan nombor kad pengenalan sama dengan pengundi berdaftar, kepada pendatang. Ramli telah memberitahu sejumlah 200 resit JPN dikeluarkan bagi lima atau enam kerusi dewan undangan negeri, dimana kerajaan merasakan sukar untuk menang, sebelum pilihan raya negeri 1994. | ||
Posted: 29 Jan 2013 02:04 AM PST Comel budaknya. Tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi William Yau Zhen Zhong (6 tahun), apabila ditemui mati dalam keadaan reput di Kampung Sungai Sireh berhampiran sebuah jeti di Pelabuhan Klang. Pelik? Bagaimana tubuh William Yau boleh tercampak jauh sejauh itu? Terkini, Ketua Polis Subang mengesahkan selepas keterangan 30 saksi, budak yang hilang iaitu William Yau mengalami gangguan fizikal dan mental selain masalah tekanan. Mangsa juga sering dipukul dan dimarahi ibu-bapa. LIHAT VIDEO DI SINI Kroniknye juga kes William Yau Zhen Zhong ini. Seawal umur 6 tahun sudah ada tanda gangguan mental dek kerana deraan ibubapa sendiri. Kami benar-benar tidak sangka kes William Yau ini boleh pergi ke tahap seperti ini. Sebenarnya, ada sedikit kesangsian yang kami perhatikan di awal-awal berita kehilangan William Yau ini di mana terdapat 3 kesan parut iaitu kesan luka di dahi, di kepala ada dua parut. Nah…sekarang apa pandangan ahli politik seperti Lim Kit Siang? Masih lagi dengan pendirian yang sama? Ehem…. Kronologi Misteri Kes William YauSemacam pelik pula meneliti kronologi kes William Yau Zhen Zhong ini.
P/S : Jikalau dakwaan kes penderaan kes William Yau Zhen Zhong ini memang benar-benar wujud, adakah tragedi seperti ini telah pun dirancang daripada mula ataupun memang benar secara kebetulan? | ||
Polis tolak bedah siasat kedua, penyokong Sugumaran akan berhimpun di KDN Posted: 29 Jan 2013 01:56 AM PST Menurut peguam keluarga Sugumaran, N. Surendran, keengganan pihak polis membenarkan bedah siasat kedua menunjukkan pihak polis cuba melindungi mereka yang didakwa membunuh lelaki berusia 39 tahun itu. "Selepas berbincang dengan Superintendan Mokhtar dan ACP Ramli, polis menolak post-mortem kedua, dan untuk mengubah status siasatan kepada kes bunuh. Polis masih mahu mengadakan inkues. "Ini jelas satu tindakan yang mahu menutup kebenaran dan melindungi pembunuh," kata Surendran dalam sidang media selepas perbincangan dengan pihak polis di Bukit Aman hari ini. Sebelum itu 50 penyokong keluarga Sugumaran berhimpun sejak 10 pagi menuntut polis benarkan bedah siasat kedua dijalankan ke atas kematian beliau. Menurut Surendran, pihak keluarga mahukan penjelasan dari pihak polis mengenai kejadian tersebut, tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga empat jam sebelum mereka dibenarkan masuk ke Bukit Aman. "Mereka menuntut supaya wakil Ketua Polis Negara untuk turun ke bawah, tetapi polis enggan, dan mereka mahu 20 orang, yang terdiri daripada peguam, saksi dan ahli keluarga, tetapi polis hanya membenarkan lima orang ke dalam Bukit Aman," kata naib presiden PKR itu. Selepas perbincangan dengan pihak polis, akhirnya pihak polis membenarkan 15 orang untuk masuk ke dalam ibu pejabat bagi membincangkan tentang tuntutan mereka untuk mendapatkan kebenaran bedah siasat kedua. Surendran turut mengatakan bahawa satu majlis memperingati Sugumaran akan diadakan di hadapan ibu pejabat polis daerah Kajang pada jam 8 malam, dimana mereka akan membawa keranda dan lilin sebagai tindakan simbolik mengatakan pihak polis melindungi pembunuh Sugumaran. "Pada 4 Februari, akan berhimpun beramai-ramai di pejabat Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, dan kita tuntut (Datuk Seri) Hishamuddin untuk memandang serius isu ini," kata Surendran lagi. Turut hadir ialah ahli keluarga Sugumaran dan saksi yang melihat kejadian Sugumaran dipukul, dimana menurut saksi yang enggan namanya diketahui itu mangsa dipukul oleh empat orang anggota polis dan 20 orang ramai yang dikatakan semua berbangsa Melayu. "Bagaimana mereka menolak post mortem kedua sedangkan ada saksi yang melihat polis memukul Sugumaran hingga rebah," kata Latheefa Koya, seorang lagi peguam keluarga Sugumaran. Semalam, keluarga beliau dilaporkan menolak cadangan polis untuk mengadakan inkues dan mahu dakwaan bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Polis berkata mereka kekurangan bukti untuk melancarkan siasatan pembunuhan tentang kematian Sugumaran, dan mahu pihak saksi tampil ke hadapan membantu polis menjalankan siasatan. Khamis lalu, saksi mendakwa anggota polis menggari lelaki berusia 39 tahun itu sebelum memukul beliau sehingga mati bersama 20 orang berhampiran rumahnya di Batu 12, Hulu Langat Rabu lalu. Polis mendakwa mereka menggari Sugumaran dengan bantuan 10 orang ramai, dan beliau kemudian meronta-ronta selepas mengamuk dengan batang besi, dan menegaskan tiada sesiapa yang menyerang beliau. | ||
Pemuda Sabah pengsan dibelasah polis, kembarnya disimbah air panas Posted: 28 Jan 2013 10:15 PM PST Oleh Arif Juhani KUALA LUMPUR : Seorang pemuda Sabah berketurunan Bajau cedera parah dibelasah ala samseng oleh lima anggota polis hingga pengsan ketika ditahan jam 2 pagi di sebuah siber kafe di Telipok Ria, Tuaran, 19 Januari lalu. Peguam mangsa, Erveana Ansari Ali dalam kenyataan berkata, menurut seorang saksi, sekumpulan polis masuk ke kafe tersebut dan menangkap Asrul Nordin sebelum mangsa diheret ke satu sudut, digari dan dibelasah hingga pengsan. Menurut Erveana, dalam kejadian itu, bapa saudara mangsa yang dikenali sebagai Zul mendesak polis berhenti membelasah dan meminta penjelasan tetapi salah seorang polis, Inspektor Mazli menengking dan memberi amaran supaya beliau tidak masuk campur. "Mazli dan beberapa polis turut memukul dan menghalang ibu bapa mangsa yang cuba menghalang polis membelasah anak mereka," kata Erveana. Beliau berkata, tindakan ganas polis terhadap mangsa dipercayai ekoran raut wajah beliau serupa dengan kembarnya, Nazrul Nordin yang pernah ke Balai Polis Tuaran pada 16 Januari lalu. "Nazrul pergi ke balai polis untuk beri keterangan dan membuat pengecaman polis yang menuang air panas di belakang badannya ketika dalam tahanan semasa diberkas pada 6 Julai lalu kerana disyaki memecah masuk rumah. Tetapi tiada bukti mensabitkan beliau dengan tuduhan itu. "Asrul pula diberkas atas kesalahan penyalahgunaan dadah bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952," jelas Erveana. Mengutuk serangan tersebut, Koordinator Jingga 13 Sabah itu mendesak Kerajaan Persekutuan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas terhadap polis terlibat. "Polis bukan raja di Malaysia untuk bertindak sesuka hati tanpa mengikut peraturan kerana pernah berikrar menjaga keselamatan awam dan bertugas mengikut undang undang. "Mereka tiada hak untuk memukul rakyat sesuka hati dan membabi buta," tegasnya. Erveana berkata, rakyat Sabah kini berani bangkit untuk menuntut keadilan dan memerangi kezaliman polis. | ||
Penduduk Kampung Padang Bual Tuntut Jaminan Keselamatan Dari Kerajaan Posted: 28 Jan 2013 10:08 PM PST Wartawan Buletin BESUT - Penduduk Kampung Padang Bual dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut dekat sini meminta jaminan keselamatan daripada Kementerian Pertanian dan kerajaan Malaysia, agar memastikan kejadian banjir ekoran empangan Paya Peda yang pecah tidak berulang. Selain itu, menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hassan, penduduk juga menuntut pampasan kerana kerugian yang dialami oleh mereka akibat kejadian malapetaka yang menenggelami seluruh kampung itu. "AlhamduliLlah, kami telah betemu dengan penduduk, saya dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Padang Bual bahawa pihak Kementerian telah memberi respons yang positif diatas tuntutan mereka, "dimana mereka telah menuntut yang pertama adalah bayaran pampasan, dan yang kedua ialah jaminan keselamatan penduduk pada masa yang akan datang,"ujarnya ketika ditemui pada Sabtu 26 Januari. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung bagi menangani isu banjir besa yang telah melanda yang melanda pada 24 Disember lalu. [Lihat Video] Turut sama dalam lawatan tersebut adalah Exco DPPM Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu Zaidan Abdullah dan Ahli Jawatankuasa Lujnah Guaman PAS Terengganu Kamaruzaman A. Wahab serta Pengerusi Majlis Tindakan DUN Hulu Besut Shalahuddin Jaafar. Menurut Ustaz Nasruddin, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengadakan lawatan susulan ke Kampung Padang Bual, bagi meninjau perkembangan kehidupan penduduk setempat, setelah kunjungan kali pertama dilakukakan pada 30 Disember lalu. Oleh itu, beliau berharap pihak-pihak terbabit dapat mengambil langkah yang berkesan dan positif bagi membantu penduduk dan kampung tersebut yang mengalami kemusnahan harta benda dan juga kemudahan awam. Pihaknya, kata beliau, sentiasa bersdia meenghulurkan khidmat dan membantu para penduduk, termasuk menyediakan khidmat guaman sekiranya diperlukan. "saya kira perkara ini (tuntutan penduduk) telah berada dalam pengetahuan pihak Kementerian (Pertanian) atau pun KSU untuk mengambil tindakan yang berkesan dan positif, "bagi kami pihak Dewan Pemuda InsyaAllah bersedia pada bila-bila masa menghulurkan apa jua khidmat dan bantuan kepada penduduk kampung ini, termasuk menyediakan khidmat guaman,"jelasnya. Beliau memuji langkah-langkah yang telah diambil oleh penduduk kampung terbabit dan akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastkan segala tuntutan penduduk dipenuhi oleh pihak kerajaan. Berita Sebelum Ini; Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan?? Walaupun Bukan Empangan Yang Pecah; Kerajaan Mesti Bertanggungjawab Kes Empangan Paya Peda; Pemuda Tawar Khidmat Peguam | ||
Risalah, CD 'Fitnah' Diedarkan Pada Majlis Agih Bantuan RM100 Posted: 28 Jan 2013 10:03 PM PST Wartawan Buletin KEMAMAN - Ramai yang hadir pada program agihan bantuan awal sekolah anjuran Pejabat Pelajaran daerah Kemaman di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai dekat sini pada Ahad 27 Januari, rasa dukacita kerana majlis itu telah dicemari oleh kempen politik Umno dan Barisan Nasional (BN) Menurut Lip Woon Chan, 49, [gambar kiri] majoriti daripada 1,000 orang ibu bapa yang hadir, merungut sebaik keluar dari dewan tersebut selepas menerima wang RM100 yang diberkan oleh Pegawai Pelajaran daerah itu, Haji Suleiman Mohamed. Beliau mendakwa pihak pejabat pelajaran 'menutup mata' sengaja membiarkan majlis pendidikan itu dicemari oleh risalah yang bohong yang 'mencaci' pemimpin pembangkang khususnya Dato' Seri Anwar Inrahim dan Lim Guan Eng. "program itu program pendidikan, tak patut diedarkan risalah politik.......risalah 'kutuk' Anwar Ibrahim dan juga CD Lim Guan Eng, mula-mula dia edar kepada ibu bapa yang hadir lepas tu dia letak atas meja depan pintu masuk, "semua orang nampak bila masuk termasuk pegawai (pelajaran daerah) tapi dia 'tutup mata',"ujarnya ketika dihubungi hari ini. Beliau menegaskan, wang yang diberikan sebagai bantuan kepada para pelajar kepada tiga buah sekolah rendah pada majliss itu adalah duit orang ramai dan bukan duit Umno atau pun BN. Katanya, pejabat pelajaran tidak boleh samasekali mencampuradukkan antara tugas mendidik dan sekaligus menjadi 'agen' politik umno-BN. Berita terkait sebelum ini; | ||
Pakatan Rakyat janji naikkan harga sawit Posted: 28 Jan 2013 09:59 PM PST Oleh Ridzuan Shamsudin KUALA LUMPUR - Penurunan harga sawit yang berterusan sejak setahun lalu menjejaskan pekebun sawit dan peneroka Felda secara keseluruhan. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said berkata, satu mekanisme mengkaji dan menetapkan harga sawit boleh dilaksanakan Pakatan Rakyat. Katanya, dilema yang dihadapi pekebun kecil hari ini gagal diselesaikan oleh kerajaan kerana enggan berunding secara dua hala dengan Indonesia. " Harga sawit dan getah tertekan. Kos pengeluaran di Indonesia terlalu rendah. Jadi negara itu boleh jual sawit lebih murah. "Dalam hal ini Malaysia perlu turunkan kos sekiranya ingin jual sawit. Termasuk beberapa jenis cukai yang relatif tinggi berbanding negara pesaing," jelasnya. "Harga getah turut tertekan. Dulu RM6.80 sekilo sekarang RM3.80. Kita perlu menetapkan harga lantai dalam industri getah (bantuan akan diberi jika melepasi had harga tersebut)," katanya kepada Keadilan Daily. Suhaimi juga mengecam pelabur syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melabur dalam industri sawit di Indonesia. Katanya, mereka menanam sawit secara besar-besaran sehingga mengakibatkan lambakan. Bagaimanapun, jelas Suhaimi, syarikat besar masih memperolehi keuntungan berdasarkan saiz ladang berbanding pekebun kecil yang rugi teruk. | ||
Konvensyen Pakatan Rakyat pertengahan Februari ini Posted: 28 Jan 2013 09:57 PM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat bakal menganjurkan konvensyen menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) pada pertengahan Februari ini, kata Pengarah Stategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Menurutnya, penekanan terhadap aspek ekonomi serta permasalahan rakyat menjadi fokus utama pembentangan manifesto dalam konvensyen itu nanti. "Jawatankuasa Manifesto dan Dasar Pakatan Rakyat sedang giat melakukan persiapan akhir konvensyen serta meneliti kandungan manifesto," kata Rafizi kepada Keadilan Daily. "Kita memberi penekanan utama kepada aspek ekonomi, dan permasalahan rakyat. Ada antara perkara dalam manifesto tersebut yang sudah diisytihar sebagai dasar Pakatan dan ada lagi perkara baru yang akan kita umum nanti," jelasnya. Jawatankuasa tersebut dianggotai Rafizi sendiri, Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dari KEADILAN. Sementara PAS diwakili Ahli Jawatankuasa Kerjanya, Khalid Samad dan Naib Presiden, Datuk Husam Musa. Manakala Ronnie Liu dan Tony Pua mewakili DAP. "Kita belum ada tarikh tepat, yang pasti pada minggu ketiga Februari, kita akan umumkan," kata Rafizi lagi. Konvensyen ini merupakan kali keempat diadakan sejak 2010. Kali terakhir adalah pada 14 Januari tahun lalu di tapak Konvensyen Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar dengan memfokus dan memperincikan dasar utama Pakatan dalam tawaran Buku Jingga. | ||
RCI projek IC perlu diperluas ke Semenanjung – Fuziah Posted: 28 Jan 2013 09:49 PM PST KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pemberian kewarganegaraan kepada warga asing di Sabah perlu diperluas ke lain-lain negeri di Semenanjung, kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. "Siasatan tidak patut terhenti sekadar di Sabah pada tahun 90-an…Saya yakin ia berterusan sehingga sekarang dan bukan sekadar (berlaku) di Sabah. "Adakah modus operandi yang digunakan di Sabah merebak ke negeri lain, Selangor misalnya?" katanya ketika dihubungi. "Kita patut lihat isu ini dari zaman Dr Mahathir (Mohamad), Pak Lah hinggalah kepada Najib sekarang. Ini skop yang lebih besar dan perlu dibawa," kata Ahli Parlimen Kuantan itu lagi. Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menyarankan agar Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Razak turut disiasat kerana projek IC masih diteruskan di bawah pentadbiran mereka. Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail berkata, kerajaan kononnya sedia mengambil tindakan terhadap apa saja laporan RCI berkenaan pemberian kerakyatan secara haram. Mengulasnya, Fuziah berkata, kerajaan memang perlu bertindak tanpa rasa takut dan berat sebelah. "(Apatah lagi) Projek itu di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan libatkan pegawai Perdana Menteri (ketika itu)," katanya. | ||
Jika menang, Pakatan humban pemimpin rasuah ke penjara – Anwar Posted: 28 Jan 2013 09:46 PM PST KEADILAN DAILYKatanya, hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran negara. "Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah, kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara," katanya di depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin. Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin Pakatan. Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13). "Kita kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar. Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita ukhwah," katanya. Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13. "Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin dengan adil dan membela nasib masyarakat," katanya dipetik Sinar Harian. Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin. | ||
Iktibar Lawatan Najib Ke Gaza, Palestin Posted: 28 Jan 2013 09:43 PM PST MSO Dalam minggu ini ada dua lawatan dilakukan oleh tokoh besar politik negara ini. Satu lawatan ke luar negara melibatkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak, melawat ke Gaza, Palestin, kedua lawatan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Penang, Malaysia. Kedua lawatan itu membawa signifiken tersendiri dan ia bersifat politik namun tetap ada cebisan-cebisan kebaikannya.
Najib menghabiskan masa enam jam untuk melihat dengan mata kepala sendiri kesangsaraan dan kekejaman Israel terhadap Gaza dan penghuninya. Najib melahirkan rasa 'kemanusiaannya' dan menggali erti humaniti terhadap apa yang dilihat itu. Dalamn kunjungan itu beliau berjumpa dengan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh sempat bergambar dengan kanak-kanak menjadi yatim piatu akibat keganasan Israel laknatullah. Nampak juga dia berdoa di hadapan sebuah bangunan atau jentera rosak akibat keganasan Israel. Lokasi itu bagi menunjukkan betapa kejam dan ganasnya Israel. Lawatan Najib tentunya menggembirakan penduduk Palestin. Bagi rakyat Paletin lawatan Najib itu sebagai kesenimbungan kepada lawatan dan kunjungan ribuan rakyat Malaysia ke Gaza sebelum ini. Lawatan yang didambakan akan membawa sinar perdamaian dan keharmonian di bumi Palesatin? Sebenarnya sebelum Najib memberanikan diri ke Gaza sudah berbagai puak dan NGO serta individu yang berulang alik ke Gaza untuk memberi bantuan kepada umat Islam di sana. Jadi sebenarnya pemergian Najib ke Gaza bukan sejarah dan pertama kali rakyat negara ini, tetapi sudah yang entah ke berapa kali. Cuma sebagai perdana menteri, iya yang pertama. Kejayaan Najib menjejak kaki ke Palestin (mungkin tidak ditimbus debu) bukan sesuatu yang perlu diangkat sangat. Tidak kisah apakah sejarah atau tidak, tetapi apa yang hendak ditafsirkan dan diambil apakah hikmah di sebalik kunjungan Najib itu bagi rakyat Palestin khasnya. Apakah ia akan membuka ruang damai baru di sana. Apakah tindakan selanjut Malaysia dalam membawa damai di Palestin. Kalau pemergian itu hanya untuk merakam gambar di bumi Palestin untuk dijadikan poster pilihan raya ia tidak akan direkodkan sebagai jihad oleh Allah. Umum tahu pemergian Najib dikecam oleh presiden Palestin, Mahmood Abbas kerana Najib tidak sampai ke Tebing Barat, bandar atau pejabat parti Mahmood, Fatah. Mahmood lantas menyifatkan tanpa Najib sampai ke Tebing Barat sebagai datang untuk memecahkan rakyat Palestin. Pertikaian itu menyebabkan orang juga akan bertanya untuk apa sebenarnya Najib ke Gaza. Bagaimana pun tuduhan Mahmood itu dinafikan oleh Najib. Ketidaksampaiannya ke Tebing Barat kerana beliau tidak ada jaminan untuk terbang ke sana. Ruang udara di Tebing Barat tidak seaman ruang udara di Gaza. Ada munasabah dan logik juga alasan Najib itu. Najib tidak mahu memikul risiko yang belum tentu kesannya menguntungkan dirinya. Soal itu ia adalah persepsi dan pendapat Mahmood. Bagi rakyat Malaysia pula apa yang boleh dipelajari dengan kunjungan PM itu. Ini penting agar wang negara yang dibelanjakan untuk kunjuungan Najib bersama Rosmah Mansor itu tidak berlapuk begitu saja. Apakah harapan Najib berdoa untuk perdamaian di antara dua pihak yang memperjuangkan pembebasan Palestin, Fatah dan Hammas dapat diterjemahkan sebagai harapan Najib untuk Malaysia juga? Najib mungkin faham sewaktu dia melontarkan harapan dan bermunajat demikian di Gaza negara juga didalam keadaan tidak damai. Bahawa dua puak di buminya juga sedang bertelagah dan bergomol di antara satu sama lain. Bahawa keadaanya sendiri juga dalam terumbang ambing kerana di sini juga ada manusia berwatakan Israel. Umno parti Melayu yang diketuai oleh Najib sedang berbalah dengan PAS dan PKR parti Islam dan multi racial. Mereka saling berbalah untuk merampas kuasa dari Umno. Najib tidak terlupa itu dan akan terlupa walaupun ke mana beliau pergi. Apa lagi pemergiannya ke Gaza itu dalam mencari kekuatan untuk diri dan partinya juga. Beliau pasti ingat kerana dari satu sisi kunjungan beliau ke Gaza itu juga untuk memberi gambaran beliau seorang concern kepada soal perpaduan dan keselamatan. Justeru kalau benar begitu sekembalinya Najib dari melawat muzium penderitaan manusia itu, beliau harus melalukan sesuatu ke atas negaranya sendiri. Najib harus merawat keadaan kaum dan negaranya kini yang makin tenat. Kalau Najib menyeru dan berdoa agar Fatah dan Hamas bersatu demi Palestin maka beliau juga harus berdoa dan berusaha untuk keselamatan bangsa dan negaranya. Keinsafan Najib mengenai apa yang dilihat itu akan mempengaruhi dirinya. Sepatut begitu. Dalam konteks ini saya sebagai salah seorang warga negara ini amat berharap kunjungan dan kesedaran Najib atas apa yang terjadi di Palestin itu akan membawa beliau dan insafi juga terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Pergaduhan di antara Umno degan PAS dan PKR adalah satu bentuk peperangan dan bakal mezahirkan kesengsaraan di negara ini. Tidak mustahil nasib umat Melayu di negara ini juga akan jadi seperti rakyat Palestin akibat peperangan pilihan raya. Maka Najib harus sedar dan damaikan perbalahan ini. Najib harus mengajak semua orang melupai akan perebutan kuasa secara rakus dan kejam yang berlaku hari ini sambil memandang jauh ke depan meramal apa yang akan berlaku selepas peperangan kelak. Najib harus melihat di sana ada bunga-bunga api. Pilihan raya adalah bentuk peperangan di zaman moden ini. Ia tetap juga akan memberi kesan kepada rakyat negara ini. Bahkan peperangan menerusi pilihan raya lagi menyakitkian daripada peperangan secara fizikal. Hari ini Umno menjaja ke seluruh penjuru tanah air kalau Pakatan Rakyat memerintah negara ini akan dikuasai oleh orang Cina (DAP). Agama Islam tidak lagi akan bebas kerana agama Kristian akan megambil tempat. Kedudukan bahasa Melayu juga akan terancam. Walaupun itu adalah propoganda tetapi itulah antara kesengsaraan-kesengsaraan yang dibayangi oleh Umno dengan tujuan menakut-nakutkan hati orang Melayu. Jadi kalau Umno sudah merasai akan kesengsaraan itu Umno dan Najib kena bertanggungjawab menyelamatkan keadaan. Najib dan Umno harus melakukan sesuatu untuk menghindarinya. Caranya ialah Umno bersatu dengan PAS dan PKR sekali. Apa dimaksudkan di sinilah ialah Umno yang pure Melayu bergabung dengan PAS yang pure Melayu dan PKR yang sebahagiannya pure Melayu. Kenapa tidak diusahakan ke arah itu? Apakah tidak ada formula ini dalam minda Najib kerana beliau dan Umno itu tamak haloba? Umno bukan lahir dari wahyu nabi. Justeru apabila Najib enggan dan angkuh menolak persatuan bersama Nik Aziz, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim, menunjukkan apa dibayangkan Najib itu adalah propagnda saja. Bahawa petaka-petaka yang dibayangkan Najib itu yang kemudian dijaja oleh NGO 'penarik upah tarik kereta tidak jelas ansuran' itu hanya rekaan semata-mata. Ia hanya ilusi bukan satu realiti. Pernahkah kita mendengar Najib menyeru dan bersabda ke arah persatuan dan kerjasama? Pernah kita dengar Najib mengudang para pemimpin Melayu lain untuk berbincang mencari helah untuk bersama? Tidak dan tidak. Ini menunjukkan bayangan kesangsaraan yang dijaja itu tidak benar sama sekali. Dalam pada itu keenggan Umno mengambil inesiatif untuk memperkasakan Melayu itu juga menjelaskan kegoaan Umno dan Najib. Bertolak dari keadaan itu semua orang Melayu yang celit harus memahami kedudukan hari ini. Memahami bahawa laungan kesengsaraan yang bakal dialami Melayu sekiranya Umno tewas hanya ilusi dan kegerunan dari mereka yang berdosa sahaja. Janganlah mudah mempercayai kepada psywar yang ditaboo oleh Umno. Iya akan dapat diterima benar sekiranya Najib sedia melangkah ke mari dan menghulurkan salam perdamaian dengan Melayu sesama Melayu. Selagi Najib enggan psywar itu hanyalah umpan semata-mata. Mengenai lawatan Nik Aziz ke Pulai Pinang akan diulas selepas ini. | ||
Posted: 28 Jan 2013 09:29 PM PST WFAUZDIN NS ADA perisik tentera memantau facebook aku dan facebook KOBAT? Ohhh...aku tidak kisah kerana itu memang tugas dan tanggungjawab mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan dicop sebagai anggota tentera yang makan gaji buta. Cuma aku nak berpesan kepada rakan-rakan ku yang masih berkhidmat di dalam tentera ini terutamanya yang berada di dalam Kor Risik atau MIO. Laksanakan lah tugas dengan jujur dan amanah kerana Allah, dapatkan lah rezeki yang halal dan diberkati. Jauhi diri dari melakukan kerja-kerja mungkar dan zalim walaupun arahan itu datang dari pihak atasan kamu. Kena ingat, kita akan bersara juga satu hari nanti dan kita tidak boleh lari dari berada di dalam masyarakat awam apabila kita tidak lagi berkhidmat di dalam tentera. Jika kamu makan gaji hanya bertugas sebagai perisik tentera, lakukan lah tugas itu untuk negara tercinta. Jika niat kamu betul, percayalah, Allah akan bersamamu. Namun jika kamu mempunyai niat selain dari itu dan berniat untuk menganiayai orang lain, kamu tunggu sahaja masa untuk menerima akibatnya. Jangan mendabik dada sewaktu kamu dilindungi oleh uniform kamu, kerana tiba masanya kamu akan menanggalkan uniform keramat itu dan berada setaraf dengan aku seperti sekarang. | ||
Pilihanraya 'predictable'. Umno pembangkang yang baik Posted: 28 Jan 2013 09:26 PM PST MALAYSIA CHRONICLE Majlis Bekas Wakil Rakyat, MUBARAK, telah meminta pucuk pimpinan menamakan bakal menjadi Menteri Besar Selangor lebih awal.. Dalam temuramahnya dengan Presiden Mubarak, Tan Sri Aziz Abdul Rahman, Sinaran Harian on-line melaporkan yang Mubarak mencadangkan nama bakal menjadi Menteri Besar Selangor dinamakan lebih awal untuk mengelakkan ada beberapa orang yang berminat untuk jawatan itu tidak berasa hati dan kecewa jika nama calon MB itu diumumkan di saat akhir. Tan Sri Aziz mengingatkan ini sangat penting diambil perhatian kerana ramai yang berminat untuik menjadi Menteri Besar negeri Selangor itu. Jika diumumkan nama bakal Menteri Besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim dari Pakatan Rakyat maka ada banyak masa untuk menyelesaikan masalah yang berbangkit dari pengumuman bakal MB itu. Pihak pimpinan Persekutuan akan mempunyai masa untuk memberikan jawatan gantian kepada sesiapa yang tidak dapat menjawat jawatan MB itu sebelum pilihanraya diadakan. Sememangnya isu siapa yang bakal dinamakan sebagai Menteri Besar merupakan isu besar bagi Selangor jika BN berjaya kembali menguasai kerajaan negeri Selangor itu. Isu inilah yang menjadi masalah besar dan itu jugalah isunya kenapa kemungkinan BN gagal untuk merampas kembali kuasa dari PR di negeri terkaya dalam negara ini. Selain dari itu BN menghadapi masalah kerana pentadbiran Selangor yang lebih 'efficient' dari pentadbiran BN dahulu amat jelas sejak Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat dengan Menteri Besar nya Tan Sri Khalid Ibrahim sejak lima tahun yang lalu. Tidak payah disentuh kejayaan-kejayaan yang dicapai sejak lima tahun dahulu kerana rakyat Selangor sedang merasainya sekarang. Menteri Besar Selangor ini merupakan satu jawatan yang banyak memberi masalah kepada BN selama ini dan masa akan datang. Ramai yang berebut hendak menjadi MB Selangor dan banyak pemimpin yang kecundang politiknya kerana berebut jawatan itu dan gagal untuk mendapatkannya. Dr Hasan Ali yang mendapat nama ejekan sebagai Hasan Akidah itu menjadi mangsa kerana kegagalannya untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Sesungguhnya yang menjadi penyebab beliau menjadi celaru hari ini ialah kerana kegagalan beliau menjadi Menteri Besar dan tidak pula berjaya menahan perasaan kecewa beliau apabila tindakan dan usaha beliau untuk mendapatkan jawatan itu gagal. Bagi BN jika kita lihat senarai pemimpin BN yang sibuk bekerja untuk memenangi Selangor itu, tidak nampak pun seorang yang mampu untuk menyaingi Khalid Ibrahim. Itu kenyataan dan sangat tidak adil untuk dinafikan oleh mana-mana pihak dan oleh sesiapa pun. Jika Khalid diperlukan untuk di pusat PK tetap ada pengganti yang sukar disaingi oleh mana-mana calon BN untuk mengetuai kerajaan Selangor itu. Kalau ada pun nama yang jelas berkemungkinan yang terbaik bagi BN untuk di calonkan sebagai MB, ialah Noh Omar yang menjadi Timbalan Pengerusi Perhubungan Selangor Tetapi Noh Omar tidak mampu untuk menaikkan imej beliau sebagai pemimpin bersih kerana terlalu banyak isu yang sedang menyelaputi diri beliau sekarang ini. Isu-isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa di Kementerian Pertanian menjadi sebutan orang ramai di mana-mana, bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh negara. Mohamad Zain Mohamad, orang Melaka dan beliau merupakan calon MB yang akan 'jatuh sebelum berlepas' jika beliau dinamakan sebagai MB untuk menyaing Khalid Ibrahim. Untuk menamakan Mohd Zain merupakan tindakan yang akan membuatkan rakyat Selangor tertawa dan memudahkan rakyat untuk mengekalkan Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor tanpa berfikir lagi setidak-tidaknya sepenggal lagi. Selain dari nama-nama tadi siapa yang bakal di berikan tanggungjawab yang teramat besar untuk menyaingi Khalid Ibrahim atau sesiapa yang menggantikan beliau (Khalid) jika Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Putrajaya selepas pilihanraya nanti. UMNO ketandusan kepimpinan di mana-mana. Bagi UMNO, parti menghadapi masalah untuk meletak dan menamakan calon MB nya. Keadaan rumit ini bukan sahaja dialami oleh Selangor malahan ia juga di alami di Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. UMNO tidak mempunyai pimpinan untuk menjadi peneraju dalam kerajaan di negeri-negeri tersebut. Oleh itu cadangan yang dikemukakan oleh MUBARAK itu ada sedikit kebenarannya. Tetapi jika dinamakan calon itu lebih awal pun ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah kerana UMNO sudah kepupusan kepimpinan yang mampu mendapatkan penghormatan rakyat kerana pimpinan UMNO sejak 3 dekad yang lalu tidak pernah memberikan tumpuan untuk membina barisan kepimpinan yang bakal mewarisi kepimpinan yang sudah tidak lagi diterima rakyat keseluruhannya. Bagi saya dan ramai yang lain Selangor akan tetap berada di tangan Pakatan Rakyat malahan beberapa negeri lain juga bakal dipimpin oleh Pakatan selepas pilihanraya nanti. UMNO sudah terlalu lewat untuk memperbetulkan keadaan dan jika ada pun cara lain, caranya ialah untuk kesemua pimpinan UMNO di peringkat tertinggi berhenti dan digantikan dengan seorang yang lain yang tidak pernah terlibat dengan apa yang berlaku di dalam parti itu. DAN jika ia hendak dilakukan ia terpaksa dilakukan dalam tempoh sebulan ini. Jika tidak dilakukan keputusan pilihanraya adalah 'predictable'….UMNO akan kecundang….. Seperti yang saya nyatakan dalam tajuk posting saya semalam, ciri-ciri sebagai pembangkang itu sudah mula terbina di dalam BN. Maka lebih elok dilangsungkan sahaja ciri-ciri itu dan jadilah pembangkang yang baik selepas ini. Selama ini pun UMNO menuduh PAS dan DAP serta PKR itu sebagai pembangkang yang tidak baik, maka elok BN dan UMNO mengambilalih tugas sebagai pembangkang kali ini dan berikan tugas untuk menjadi kerajaan kepada Pakatan Rakyat. Sememangnya keadaan begitu. Pakatan Rakyat layaknya menjadi kerajaan dan BN pula layaknya menjadi pembangkang yang baik pula. Kerja bergilir ini adalah amalan yang baik. Apabila kerja dan tugas di gilirkan maka akhirnya kita akan dapat mempastikan yang mana satu yang lebih baik di antara dua atau lebih pihak yang ditugaskan menjaga kepentingan rakyat dan negara.-http://aspanaliasnet.blogspot.com | ||
Isu Nasha: Saya tidak suka sebut keburukan orang lain, kata Nik Aziz Posted: 28 Jan 2013 09:22 PM PST MALAYSIA CHRONICLE KOTA BHARU - Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan menyatakan kesalahan dilakukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau dilucutkan sebagai anggota Majlis Syura. Sebaliknya Nik Aziz mahu semua pihak memikirkan sendiri perbuatan dan sikap pemimpin itu terhadap parti selama ini. "Saya tidak suka sebut keburukan orang lain. Awak fikir sendiri mana boleh seorang suami ceraikan isterinya kalau tidak ada masalah. "Semua benda kena ikut kaedah, kalau di syarikat pekerja boleh dibuang jika buat hal, begitu juga pemain bola sepak boleh juga dibuang kalau tidak tunjuk prestasi baik, ini lebih-lebih lagi kalau bercakap soal Islam, lagi kena cermat," katanya di sini hari ini. Semalam, Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh mengesahkan Nasharudin digugurkan dari jawatan Majlis Syura, setelah didapati melanggar peraturan-peraturan berjemaah seperti yang ditetapkan parti.-sinarharian.com | ||
Legenda badminton Eddy Choong meninggal dunia Posted: 28 Jan 2013 09:20 PM PST KUALA LUMPUR - Legenda badminton negara yang pernah menjuarai perseorangan All-England sebanyak empat kali, Datuk Eddy Choong, meninggal dunia akibat sakit tua di Pulau Pinang hari ini. Choong, 83, menghembuskan nafas terakhirnya di pusat pakar LoyGuanLye, Pulau Pinang kira-kira pukul 3.00 petang selepas dimasukkan ke pusat perubatan swasta berkenaan sejak seminggu lepas. Kematian Choong disahkan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Kenny Goh yang dimaklumkan mengenainya oleh ahli keluarga mendiang. "Saya terkejut mendengar berita ini dan ia satu kehilangan besar buat BAM dan saya mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Selain menjadi juara empat kali acara perseorangan lelaki Kejohanan All-England edisi 1953, 1954, 1956 dan 1957 mendiang juga adalah ahli pasukan Piala Thomas Malaya pada 1955 yang berjaya mempertahankan gelaran berpasukan dunia itu. Pada 1958 pasukan itu tumpas kepada Indonesia.- Bernama | ||
Video Cybertrooper UMNO bergaduh kerana duit tersebar.. Saksikan!! Posted: 28 Jan 2013 05:15 PM PST ANAK SUNGAI DERHAKA Cybertrooper UMNO adalah kumpulan IT ahli UMNO dan penyokong UMNO yang dibiayai oleh UMNO untuk berkeliaran dalam Facebook dan Blog. Sesuai dengan nama trooper, satu jenis "pasukan" yang dipandu oleh beberapa upahan UMNO untuk meninjau dan mencari serta menyampaikan maklumat untuk tindakan UMNO seterusnya. Antara tugas mereka ialah membin blog dan berkeliaran dalam Facebook (FB) untuk menyampaikan maklumat tentang kebaikan dan kejayaan UMNO, menyerang PR dan parti dalam PR melalui blog dan FB Menyerang individu-individu dari PAS, PKR, dan DAP dengan peluru dan modal yang tidak masuk akal dan melampau sehingga kepada tahap merekacipta perkara tidak ada. Menimbulkan kekeliruan mengenai sesuatu isu yang dibangkitkan dalam media cetak dan media elektronik dengan mengeksploitasi blog dan FB. Mengalihkan tumpuan dan fokus rakyat daripada penyelewengan dan kepincangan UMNO dan pemimpinnya kepada isu lain melalui provokasi. Dan mengganggu dan mengacau diskusi blog dan FB yang dilihat membahayakan UMNO atau yang boleh menjatuhkan imej dan kredibiliti UMNO. Mereka dibayar oleh UMNO.. Mereka diajar dan dididik oleh UMNO dengan duit. Ada duit kerja jalan. Tak ada duit, boleh jalan. Kalau bagi sikit, kerja sikit. Kalau bayar tinggi, kerja tanpa henti. Bagi puak cybertrooper UMNO yang cari makan dalam FB dan blog, mereka tidak peduli soal fitnah dosa, hisab, dan neraka asalkan mereka dapat bayaran lumayan yang dijanjikan oleh UMNO. Setiap satu provokasi yang mendapat setiap satu "like" akan dibayar, jika banyak "like" maka besarlah bayarannya. Setiap satu provokasi yang mendapat reaksi dari orang, maka setiap reaksi itu dianggap sebagai berjaya menarik perhatian orang, dan akan dibayar oleh UMNO. Apa yang mereka lakukan ialah daftar dengan UMB, tabur fitnah, tunjukkan bukti mereka "berjaya" wujudkan fitnah dan mendapat "like" dan reaksi orang lain, dan kemudian tuntut byaran dari UMNO. Senang cari makan dan dapat pendapatan sampingan melalui kerja kotor dan fitnah. Apa agaknya hukum makan duit dengan kerja cybertrooper begini? Tetapi sampai bila UMO boleh bayar mereka? Sampai bila cybertrooper ini boleh terima upah yang sikit dan tidak berbaloi? Pastinya mereka akan bergaduh kerana dunia….bergaduh kerana duit…. LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI | ||
Ujian tapisan calon 'panaskan suhu' PRU13 Posted: 28 Jan 2013 04:06 PM PST HEBOH apabila beberapa nama dikatakan kantoi tidak lepas saringan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan disaran supaya tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)! Muka depan Sinar Harian pada Khamis, 24 Januari melaporkan dua menteri kantoi diikuti dua pimpinan tertinggi sebuah parti. Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang. Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN komited memastikan calonnya kali ini benar-benar bersih dan akan menyerahkan senarai nama calonnya untuk tapisan SPRM. Bagaimanapun, pendekatan itu tidak terpakai ke atas Pakatan Rakyat yang mempunyai mekanisme tersendiri dalam memastikan senarai calon yang dikemukakan bebas dari salah laku undang-undang. Pas berkata tapisan calonnya dilakukan sendiri oleh Majlis Syura Ulama Pas. Sementara DAP pula mempertanggungjawabkan Jawatankuasa Kerja Pusatnya mengikut garis panduan yang diguna pakai di peringkat antarabangsa untuk menapis calon parti itu. PKR pula mengesahkan pihaknya masih belum memperincikan berhubung perkara mengenai tapisan calon mereka. Dalam pada itu, kontroversi membabitkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, akhirnya terungkai apabila Majlis Syura mengesahkan keanggotaannya dalam majlis itu sudah digugurkan. Menurut Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh, tindakan itu kerana didapati melanggar beberapa peraturan badan tertinggi parti itu. Keputusan dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Nama Nasharudin menjadi sebutan apabila beliau membuat gesaan agar Pas mempertimbang semula keanggotaan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. Beliau juga mengingatkan parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata dan sehingga sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. Sepanjang minggu ini juga, isu kalimah ALLAH masih terus diperdebatkan. Menjauh daripada isu politik, Perdana Menteri Malaysia memberitahu, Malaysia dianggap sebagai antara beberapa negara yang menyinar dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu. Perkara itu katanya disuarakan oleh pemimpin pemimpin yang menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2013 di Davos, Switzerland yang berlangsung selama lima hari bermula 23 Januari lalu. Najib sebelum itu mengadakan lawatan kemanusiaan di Semenanjung Gaza sebelum berlepas ke Davos. Terbaru muncul cadangan daripada Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu) supaya diadakan satu forum yang mempertemukan ramai cendekiawan dan ulama Islam bagi mencari penyelesaian dalam isu kalimah ALLAH ini. Menurut Pengerusinya, Fathul Bari Mat Jahaya, forum itu bakal memperlihatkan perkara sensitif yang melibatkan soal akidah dalam agama bukan satu isu perlekeh dan perlu diselesaikan segera. Menurutnya, dengan penglibatan ramai cerdik pandai dan ulama, sudah pasti akan wujud jalan penyelesaian terbaik. Hiburan: Beberapa hari sahaja lagi pasangan ini bakal menamatkan zaman bujang dan bergelar suami isteri.Saat hati sedang berbunga menanti saat disatukan, siapa sangka kontroversi menyapa penyanyi dan pelakon Liyana Jasmay dan pasangannya, Fathuddin Mazlan ekoran gambar praperkahwinan mereka. Mana tidaknya, aksi 'mesra' yang tersebar luas di internet itu pula mengundang pelbagai kritikan dan tak puas hati pelbagai pihak kerana merasakan babak dalam gambar itu melanggar norma masyarakat timur. Ibu Liyana, Datin Habsah Simpon meluahkan perasaan kesalnya ekoran penyebaran gambar itu oleh jurugambar terbabit dan menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku apatah lagi gambar untuk koleksi peribadi. Namun bagi pemilik syarikat fotografi, CandidSyndrome International, yang menaja gambar sesi praperkahwinan itu, beliau sudah serik mahu bekerjasama dengan Liyana. Menganggap dirinya sebagai 'mangsa keadaan', Saiful Nang berharap dirinya tidak terus disalahkan kerana tiada sebarang perjanjian bertulis dibuat sebelum sesi fotografi berjalan. Sementara itu, misteri kehilangan wang RM50,000 dari akaun pelakon Lisa Surihani terjawab dengan penahanan seorang wanita bagi membantu siasatan. Wanita berkenaan merupakan seorang kakitangan bank yang telah membatalkan kad ATM Lisa Surihani sebelum membuat salinan baru dan melakukan pengeluaran berjumlah RM50,000 di Kuantan, Pahang sejak awal bulan ini. Selepas melakukan perkara keji tersebut, kakitangan bank wanita itu telah memohon untuk ditukarkan ke cawangan Sabah. Sementara itu, artis seberang, Irwansyah dan isterinya, Zaskia Sungkar antara yang ditahan ketika sedang berpesta dadah di Lebak Bulus, Jakarta Selatan, 20 Januari lalu. Selain itu, dua artis lain ialah Raffi Ahmad dan Wanda Hamidah yang ditahan bersama 13 lagi ketika sedang berpesta dadah di rumah Raffi. Mereka ditangkap sepasukan anggota Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia yang menyerbu rumah Raffi pada waktu Subuh setelah mendapat maklumat orang ramai. Negara pada 28 Januari bersedih apabila mendapat perkhabaran kematian legenda sukan badminton negara. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan pemergian mendiang Datuk Eddy Choong sebagai satu kehilangan besar buat negara. Anak kelahiran Pulau Pinang itu pernah menjuarai kejohanan All-England (acara perseorangan) sebanyak empat kali pada tahun 1953, 1954, 1956 dan 1957. Dia juga pernah menjuarai Terbuka Malaysia pada tahun 1957 dan 1960. Eddy turut tersenarai di dalam 'Badminton of Fame' pada tahun 1997. Dalam pada itu, berita gembira yang diterima jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bahawa beliau akan bergelar bapa tidak lama lagi menjadi dorongan semangat kepadanya untuk mencipta lebih banyak kejayaan. Mensyukuri nikmat diberi, Chong Wei akui dia perlu lebih bijak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Minggu lalu juga telah berakhirnya pusingan pertama piala FA. Walaupun masing-masing mempamerkan aksi menarik dan penuh semangat, rasa tidak puas hati di luar padang sama ada melibatkan pemain, pengadil, jurulatih atau penyokong tidak dapat dielakkan. Perlawanan antara Selangor dan ATM berakhir dengan insiden pukul memukul apabila penyerang Selangor, Afiq Azmi dikatakan melakukan provokasi. Pergaduhan tercetus antara pemain kedua-dua pasukan bermula selepas kad merah dilayangkan terhadap pemain tengah Red Giants, Shukur Jusoh yang kemudiannya ditarik balik. Antara pasukan yang layak ke perlawanan kedua ialah pasukan Terengganu, Pahang, Darul Takzim FC dan beberapa pasukan handalan lain. Dalam pada itu, perkembangan sukan antarabangsa menyaksikan satu saman difailkan ke atas bekas bekas pelumba basikal Lance Armstrong yang baru-baru ini mengaku pernah mengambil dadah menambah prestasi. Saman itu berjumlah AS$12 juta (RM36.2 juta). SCA Promotion mendakwa mereka telah mengambil insurans bonus ke atas Armstrong ketika dia memenangi gelaran Tour de France kali keempat, kelima dan keenam. Armstrong mengaku mengambil dadah bagi meningkatkan prestasi dalam tujuh kali penyertaan beliau dalam Tour de France. Perkembangan luar negara. Kedutaan Besar Malaysia di Algiers pada 26 Januari lalu mengesahkan seorang lagi rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang semasa krisis tebusan di Kompleks Pengeluaran Gas dan Minyak (OGPC) In Amenas, timur Algeria, terbunuh. Kementerian Luar dalam kenyataannya berkata mayat Tan Ping Wee telah dikenal pasti pasukan forensik melalui rekod pergigian serta pengesahan 'tatoo' oleh keluarga mendiang. Sementara itu isteri mendiang, Koh Siow Mun, 40-an, enggan ditemu bual kerana masih bersedih tatkala menerima perkhabaran kematian suaminya daripada Wisma Putra. Di Kaherah, 30 maut kerana membantah keputusan mahkamah Mesir semalam, yang menghukum mati 21 orang berkaitan rusuhan di stadium bola sepak awal tahun lalu. Laporan media menyebut penyokong-penyokong defendan cuba menyerbu penjara yang menempatkan mereka yang dihukum mati. Perkembangan itu memburukkan lagi keadaan di Mesir yang berhadapan dengan pertempuran antara polis dan penyokong kumpulan yang menentang kepimpinan Presiden Mohammed Morsi, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dan hampir 500 cedera. Dua anggota polis ditembak mati di luar penjara di Port Said manakala bangunan keselamatan kerajaan pula dibakar. Selain dua anggota polis 28 lagi maut. Antara yang turut terbunuh ialah dua pemain bola sepak iaitu bekas penjaga gol kelab al-Marsy, Tamir al-Fahlah dan pemain kelab Port Said, Muhammad al-Dadhawi. Di Barquisimeto, sekurang-kurangnya 50 telah terbunuh dalam satu rusuhan penjara di sebelah barat wilayah ini pada Ahad. Menurut seorang kakitangan hospital, rusuhan itu tercetus apabila media tempatan menyiarkan berita Pegawai Kanan Penjara, Iris Varela yang berkata, tentera telah dihantar ke Penjara Uribana untuk mengesan senjata. Pengarah hospital Ruy Medina memberitahu agensi berita AFP bahawa kira-kira 90 orang cedera, kebanyakannya akibat luka kerana tembakan. Kematian membabitkan tahanan, pengawal dan pekerja penjara. Sementara itu, seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah majlis pengebumian yang berlangsung di masjid pengikut Syiah, utara Baghdad serta mengorbankan 42 orang dan 75 yang lain cedera. Insiden itu berlaku pada 25 Januari. Menurut Datuk Bandar Tuz Khurmatu, Shallal Abdul, berpuluh mayat bertaburan di lantai Masjid Sayyid Al-Shuhada sejurus penyerang meletupkan dirinya. Sementara itu, lelaki yang dahulunya hanyalah seorang remaja kelas pertengahan yang dibesarkan di bandar Boston, Michael Bloomberg terpaksa mengambil pinjaman untuk membayar yuran tuisyennya di Universiti dan bekerja secara sambilan sebagai atendan tempat letak kereta kini berjaya menyumbang sebanyak AS$ 1.1 bilion (RM3.3 bilion). Universiti Baltimore pada 26 Januari mengumumkan bahawa Bloomberg telah menyumbang sebanyak itu. Beliau akan mencapai usia 71 tahun pada Hari Valentine bulan depan. Bloomberg memperoleh MBA dari Harvard Business School. Beliau telah diambil bekerja oleh firma Wall Street Salomon Brothers pada tahun 1966, lapor biografi beliau di laman web NYC. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan