Isnin, 14 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


INI DIA TANDA PILIHANRAYA MAKIN HAMPIR

Posted: 14 Jan 2013 07:45 AM PST


KADAR TOL KESAS TURUN 10-40 SEN

Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuat kuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini.Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

"Sebanyak 298,000 pengguna lebuh raya (kadar sehari) ini akan menikmati kadar penurunan itu dan ia tidak akan naik sehingga tahun 2016," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan pusingan U bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Kesas di sini hari ini.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Shaziman berkata penurunan yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya Kesas kendalian Kesas Sdn Bhd itu akan memberi kesan positif kepada penduduk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitar.

Beliau berkata kadar tol Lebuhraya Kesas sepatutnya naik sehingga RM3 (bagi kenderaan Kelas 1) pada Januari 2012 tetapi atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara itu tidak dilaksana kerana kenaikan itu akan menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

"…kerana kenaikan sehingga RM3 itu ditangguh, kerajaan terpaksa membayar RM86 juta kepada syarikat konsesi iaitu 80 sen untuk setiap kenderaan pada tahun 2012," katanya.

Beliau berkata sejak Najib menerajui kepimpinan negara, beberapa lebuh raya menstruktur semula kadar tol, antaranya Projek Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Cheras-Kajang yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga manakaka plaza tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di tutup terus.

"Kerajaan akan terus berbincang dan menyakinkan syarikat konsensi mana-mana lebuh raya untuk menstruktur semula kadar tol mereka selepas kajian mengenai tambahan trafik sesebuah lebuh raya itu dibuat," katanya.

Sementara itu, Shaziman meminta syarikat konsesi Lebuhraya Kesas menyiapkan pembinaan pusingan U bertingkat di kawasan USJ Summit lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan iaitu Mac 2014 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Projek pusingan U bertingkat itu dibuat untuk melegakan kesesakan lebuh raya yang kini mencecah sehingga 9,500 kenderaan satu jam pada waktu puncak.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, kami mengeluarkan peruntukan RM25 juta untuk projek itu pada Oktober 2011," katanya.

'Bawa anak ke himpunan langgar Akta Kanak-Kanak'.. - Khark Ptui...

Posted: 14 Jan 2013 01:22 AM PST


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon kesal kerana kanak-kanak dibawa menyertai perhimpunan Shamsidar anjuran parti pembangkang Sabtu lepas.

Ibu bapa sepatutnya bertindak sebagai pelindung anak-anak, bukannya mendedahkan mereka kepada bahaya dengan membawa mereka ke perhimpunan seperti itu kerana situasi boleh menjadi tidak terkawal, katanya.



"Ia menyalahi Akta Kanak-Kanak 2001...kalau kita tengok anak dalam stroller, umur tak sampai setahun pun mereka bawa. Lagi satu anak-anak itu juga dipakaikan lilit kepala dan baju dengan lambang-lambang tertentu seperti menggunakan anak-anak sebagai alat untuk kepentingan peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bas kepada Persatuan Rumah Kebajikan Rita, di Putrajaya hari ini.



Dalam perkembangan lain, Noriah berkata sebanyak RM400 juta diperuntuk tahun ini untuk program 1AZAM yang bertujuan menyediakan peluang pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah melalui pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan pekerjaan.


Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2010 sehingga akhir tahun lalu, seramai 100,934 peserta menyertai program itu melalui empat saluran iaitu AZAM Kerja, AZAM Tani, AZAM Niaga dan AZAM Khidmat.

Pemberian bas bernilai RM150,000 itu merupakan projek di bawah inisiatif Anjung Damai iaitu bagi menaik taraf, membaik pulih serta mempertingkat perkhidmatan rumah perlindungan.

Persatuan Orang Buta Kuala Selangor dan Bengkel Seri Sembilan, Negeri Sembilan masing-masing turut menerima van manakala Rumah Kanak-Kanak Taiping, Perak menerima bantuan baik pulih bangunan pada majlis itu.


bloglistpolitik



TERSERLAH KEBANGANGAN RAIS YATIM

Posted: 13 Jan 2013 05:08 PM PST

#KL112 : Kebodohan Rais terserlah jika kenyataannya dibandingkan dengan kenyataan pakar Matematik ini..



Meskipun dilaman Twitter miliknya beliau ada menulis "gunalah medium twitter ini dengan berhemah. berhujjah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut", namun apa yang terserlah adalah sebaliknya.



Pemimpin re-cycle yang dilantik sebagai Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan oleh Najib Tun Razak menyerlahkannya dalam laman Twitter miliknya bila beliau mengulas tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat.



Kerana geram dan sakit hati beliau menulis "Mananya yg 1 juta nak himpun di stdium tu? 50k pun tak smpai."



Hujahnya jelas amat tidak proffesional dan penuh emosi, sedangkan beliau menyatakan sebarang teori atau fakta bagi menyokong hujahnya.



Oleh kerana hanya berpandukan emosi, hujahnya itu menyerlahkan kebodohannya jika dibandingkan dengan kenyataan Pakar Matematik terkenal Prof. Dr. Shahrir Md. Zain.



Prof. Dr. Shahrir Md. Zain menulis di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut.



"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu.



"Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.


"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer).



"Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir.





Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kuranya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas.



Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)."



Lagi gambar-gambar yang memperlihatkan lautan manusia seperti di atas sila lihat di ( SINI )



Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan.



"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan Tv1 sejak malam tadi - lihat videonya di ( SINI )





Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir.



Alasan Polis untuk mengurangkan jumlah tersebut mungkin untuk mengurangkan malu yang bakal Najib perolehi jika Himpunan Kebangkitan Rosmah anjurannya di Tesco hanya berjaya mengumpulkan sekitar 15,000 orang dengan terpaksa disediakan imbuhan berupa beras dan berbagai lagi - sila lihat di ( SINI )



 Info tentang kenyataan dari pakar matematik di atas datangnya dari Penang Insight

darisungaiderhaka

Tiada ulasan: