Ahad, 13 Januari 2013

dollah yankee

dollah yankee


Nak lari mana?!

Posted: 13 Jan 2013 04:35 AM PST


5 haribulan, cerita Najib kena 'stroke' keluar ... dalam masa 2 hari saja selepas cerita itu Najib dengan tangkas dan begitu cepat sekali meng'counter'kan cerita itu menafikanya ...
Jangan dengar khabar angin, saya sihat - Najib

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan khabar angin kononnya beliau diserang strok ringan seperti yang didakwa oleh beberapa blog sejak minggu lalu.
Perdana Menteri dalam nada ceria sebaliknya berkata, beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan khabar angin.
"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi, tolong jangan percaya," katanya sambil disambut dengan tepukan.

Tapi ... cerita dari Deepak towkey karpet pula ...

 Pertama, dakwaan Deepak melibatkan keluarga Najib, yang mana dia mendakwa telah membayar sejumlah wang yang tidak didedahkan untuk campurtangan perdana menteri bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu projek kementerian pertahanan pada 2005 yang bernilai RM100 juta sewaktu Najib merupakan menteri pertahanan.

Kedua, hubungkait Deepak dengan kes pembunuhan berprofil tinggi Altantuya.
Katanya, Deepek telah meluahkan kekesalan melibatkan diri dalam rancangan membuatkan penyiasat persendirian P Balasubramaniam membuat Akuan Bersumpah (SD) kedua, menarik balik SD pertama yang mengaitkan Najib dengan warga Mongolia Altantuya. Di dalam satu wawancara Deepak mengatakan yang beliau terlibat dalam kes Bala bagi membantu "keluarga perdana menteri. 

...sampai hari ini dia kunci mulut dia !

dollah yankee -
orang di Selangor pula sampai hari ini tak tahu siapa parti pembangkang di negeri mereka..



Tahniah abang Mat!

Posted: 12 Jan 2013 10:59 PM PST

Tahniah kepada Pengarah HKR#112 Saudara Mat Sabu ...


12 Januari 2013 akan tercatit sejarah yang tersendiri sepertimana 'pokok demokrasi' di Ipoh. 
Ini lah hari dimana rakyat telah bangkit untuk berhadapan dengan kerajaan yang mengamalkan permainan politik yang zalim.

Kematian Ahmad Sarbani, A.Kugan,Teoh Beng Hock,Altantunya Sharibu yang hancur di bom, rasuah kapal selam scorpene yang beratus-ratus juta, Skandal Bank Bumiputera (sampai kena tutup kedai), rantai,beg birkins dan cincin yang sampai dua tiga puluh juta, 40 juta yang dibawa masuk secara haram dari Hong Kong, NFC dengan lembu-lembu dan projek bela lembu dalam kondo, Deepak dan Ketua Wanita umno Selangor dalam projek pusat puspahanas, beratus billion wang yang dibawa keluar secara haram, guna duit dan kemudahan untuk rakyat pada majlis anak nak bertunang dan anak nak konvo. SPR(Suruhanjaya Pilhan Raya) yang dah jadi salah satu umno bahagian,  skandal kamera AES, menyamun harta negara melalui pos malaysia yang diperbadankan, pelabuhan-pelabuhan yang diperbadankan, konsesi lebuhraya, khidmat air yang diswastakan, menyalah gunakan duit petronas untuk jamin keluar individu-individu yang bermasalah dalam perniagaan. 

Kalau nak cerita lagi memang sampai esok pun tak boleh habis ! 

Ini lah harinya dimana rakyat telah bangun dengan suara keramat mereka!

dollah yankee -
semuanya aman dan tiada masalah, jadi betul lah apa orang cakap yang semasa Bersih dulu kekacauan bermula dari kumpulan yang pakai baju kuning tapi pakai but polis ... 

Tiada ulasan: