MIMPI SENJA |
- Umi Hafilda dengan Mat Pakistan nya ... mai la tengok
- [Artis] Pengarah ajak Zeehan teman tidor untuk dapat watak utama
- Remaja lalui 4 jam detik cemas bersama tahanan lolos di Bukit Mertajam
- Himpunan Kebangkitan Beras Sekampit Najib di Semenyih
Umi Hafilda dengan Mat Pakistan nya ... mai la tengok Posted: 13 Jan 2013 09:02 PM PST Ummi Hafilda Tangguh Bulan Madu Demi BN PETALING JAYA: Ahli perniagaan, Ummi Hafilda dan bakal suaminya, Dr Zaman Khan memutuskan untuk menangguhkan bulan madu mereka semata-mata untuk berkempen membantu Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang. Menurut Ummi, mereka membuat keputusan untuk menangguhkan bulan madu ke Eropah selepas beliau menerima banyak jemputan untuk memberikan ceramah politik di seluruh negara. "Pada 21 Januari saya perlu untuk memberikan ucapan pada satu majlis ceramah dan selain itu terdapat juga beberapa peristiwa lain yang saya perlu hadir. "Jadi kami memutuskan untuk menangguhkan bulan madu kami selepas pilihan raya umum untuk membantu memastikan kemenangan besar BN dalam pemilihan akan datang," katanya kepada The Star pada Ahad. Ahli perniagaan itu akan bernikah dengan warga Pakistan berkenaan pada 18 Januari ini. Menurut Ummi, beliau tidak menghadapi masalah terutama dalam melakukan persiapan menjelang perkahwinannya itu walaupun sibuk dengan urusan lain. "Alhamdullilah, saya gembira kerana persiapan perkahwinan hampir lengkap kerana sokongan keluarga saya, terutama ibu saya. "Saya perlu membuat persediaan dengan teliti kerana ramai orang ternama dan pemimpin negara dijemput untuk majlis perkahwinan ini," katanya, sambil menambah bahawa perkahwinan itu akan menggunakan tema 'Syurga Khayalan'. |
[Artis] Pengarah ajak Zeehan teman tidor untuk dapat watak utama Posted: 13 Jan 2013 10:32 AM PST SATU lagi berita yang mengemparkan industri hiburan tanah air menghiasi muka depan akhbar hari ini. Laporan menyebut, seorang artis baharu, Zeehan Husin mendedahkan budaya kotor dunia seni tanah air masih berlak apabila dia dikejutkan dengan permintaan seorang pengarah terkenal untuk menjadi peneman tidur semata-mata bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya. Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma, Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak permintaan tersebut. "Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon oleh pengarah itu," katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut. Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk tindakan termasuk disenaraihitamkan. Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu. Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat. Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan segelintir pihak. (MD) |
Remaja lalui 4 jam detik cemas bersama tahanan lolos di Bukit Mertajam Posted: 13 Jan 2013 02:32 AM PST 13 Januari 2013 BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja yang dijadikan tebusan oleh salah seorang tahanan yang lolos dalam kejadian Isnin lepas melalui detik cemas selama empat jam ketika 'bersama' dengan lelaki itu semalam. Mohd Khairul Anas Fazli, 20, berkata beliau dipaksa oleh tahanan itu, Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, untuk membawanya ke beberapa lokasi di sekitar Sungai Bakap dan Bukit Mertajam untuk menemui anggota keluarga dan kenalan lelaki itu. Menceritakan kejadian itu, katanya dia berada di rumah rakannya di Bukit Indera Muda sekitar 8.30 malam Sabtu sebelum didatangi lelaki berkenaan yang menendang pintu rumah. "Dia kenal kawan saya, sebab itu dia datang sana (Bukit Indera Muda). Dia datang dalam keadaan agresif dengan bertindak menendang pintu dan sebaik ia dibuka dia masuk bilik air sebelum meminta salah seorang daripada kami hantarkannya ke rumah kakaknya di Sungai Bakap. Bila kami tak mahu, dia ugut nak ambil motosikal saya," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Mohd Khairul berkata Mohd Khairulnizam bertindak menunggang motosikalnya dan membawanya ke Sungai Bakap melalui jalan Bukit Teh di Bukit Mertajam, tetapi dia tidak dapat ingat laluan selepas itu berikutan dikelilingi ladang kelapa sawit. "Tiba di Sungai Bakap, kakak dia (Mohd Khairulnizam) tiada di rumah. Selepas itu dia bawa saya ke rumah rakannya juga di Sungai Bakap, tetapi rakannya itu juga tak ada. Kemudian dia berpatah balik ke Bukit Teh, melalui Machang Bubok, seterusnya ke rumah rakannya di Bandar Perda dan Bukit Mertajam. Namun mereka juga tiada di rumah. "Sepanjang perjalanan, macam-macam perkara yang bermain di fikiran. Saya tak berani jerit minta tolong sebab takut dia buat sesuatu yang mungkin mengancam nyawa saya. Tetapi, sebaik tiba di Bukit Mertajam, saya mendapat akal dan minta untuk menunggang motosikal lalu bawanya ke Berapit dan beritahu dia di sana selamat jika hendak bersembunyi," katanya. Mohd Khairul berkata dia memberanikan diri untuk berbuat demikian selepas melihat lelaki itu seperti terdesak untuk menyembunyikan diri kerana enam hari menjadi buruan polis. "Saya sengaja buat helah dengan minta dia (Mohd Khairulnizam) main Internet dahulu di kafe Internet (Berapit) sebab nak ambil adik balik kerja dan berjanji untuk datang semula mengambilnya di sana selepas itu. Dia kata tak ada duit dan saya beri dia RM5. "Sebaik berjaya melepaskan diri, saya terus memecut motosikal ke balai polis (Kubang Semang) dan maklumkan kepada polis dia ada di sana," katanya. Sementara itu, Muhamad Shafiq Abdul Rahman, 18, berkata salah seorang tahanan iaitu Mohd Farid Akhtar, 24, datang ke kedai bapanya di Kampung Petani, di sini meminta makanan dan minuman sebelum ditahan polis di situ. Katanya lelaki itu dilihat berjalan kaki seorang diri kira-kira 8.30 malam dalam keadaan tidak bermaya serta tidak memakai kasut sebelum beberapa pelanggan yang ada di situ memanggilnya ke kedai. "Mereka tidak sangka dia merupakan tahanan yang dicari polis berikutan keadaan fizikalnya berbeza di dalam gambar yang diedarkan. "Kami hanya tahu dia tahanan selepas dia sendiri minta pelanggan di situ hantarnya ke balai polis berdekatan. Kami telefon polis dan mereka datang 15 minit kemudian. Sebelum itu, mereka (pelanggan) beri dia makan nasi lemak dan minta saya bancuhkan teh 'o' ais kepadanya," katanya. Muhamad Shafiq berkata lelaki terbabit turut memberitahu rakan tahanannya itu sudah membuat perancangan untuk melarikan diri sejak enam bulan lepas dan merancang akan terus ke negara jiran jika berjaya. Semalam, polis menahan Mohd Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohd Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini pada 1.15 pagi. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia. - Bernama Tahanan lolos: Polis ada petunjuk kedudukan 2 lagi diburu 13 Januari 2013 TASEK GELUGOR - Polis Pulau Pinang yakin dapat menahan dua lagi tahanan yang masih bebas dalam tempoh terdekat berikutan maklumat menunjukkan mereka dipercayai bersembunyi di sekitar Permatang Pauh. Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, dua tahanan itu, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, masih berada di sekitar kawasan operasi kerana tidak boleh keluar daripada kepungan polis. Selain itu mereka juga dalam keadaan lemah dan tidak mempunyai kenderaan, katanya. "Ops Kesan Gelugor masuk hari ketujuh hari ini dan saya yakin kita akan dapat menahan dua tahanan itu dalam tempoh terdekat kerana polis memperoleh maklumat tentang pergerakan mereka. "Beberapa penduduk kampung juga melihat kelibat mereka di Padang Cempedak malam tadi, bagaimanapun bila polis pergi ke tempat yang dimaksudkan dua tahanan terbabit telah melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Beliau turut meminta kerjasama anggota keluarga dua tahanan itu agar menghubungi pihak polis jika mereka dihubungi atau didatangi dua lelaki terbabit. "Dua tahanan ini berasal dari Pokok Tambang iaitu dalam kawasan operasi kita dan saya minta kerjasama anggota keluarga mereka agar memaklumkan segera kepada polis jika dihubungi. Saya tahu mereka memang berhubung dengan keluarga," katanya. Katanya operasi memburu dua tahanan itu turut disertai Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta rondaan lebih kerap di sekitar ladang dan hutan dalam kawasan berkenaan. "Sehingga hari ini operasi itu telah mencapai kejayaan 80 peratus dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat dan orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya tiga tahanan semalam," katanya. Sementara itu, beliau berkata Polis Pulau Pinang akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) membawa tahanan dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kejadian tahanan lolos tidak berulang. "SOP telah sedia ada dan anggota yang membawa sembilan tahanan pada hari kejadian tidak mengikutnya dan berlaku kecuaian kerana tidak membuat pemeriksaan secara terperinci terhadap tahanan. "Selain itu mereka (anggota polis terbabit) juga tidak menggunakan kenderaan yang sepatutnya dan selepas ini kita akan pastikan SOP itu dilakukan dengan lebih ketat dan dilaksanakan mengikut peraturan," katanya. Semalam, polis menahan Mohamad Farid Akhtar, 24, ketika meminta makanan di sebuah kedai makan di Kampung Petani, Kubang Semang pada 9 malam, manakala Mohd Shahrimi Mohd Noor, 28, menyerah diri di Pasar Awam Penanti pada 10 malam, sementara Mohamad Khairulnizam Abdul Rani, 26, ditahan dalam sebuah kafe Internet di Berapit, Bukit Mertajam di sini awal pagi ini. Dalam kejadian 9 pagi Isnin, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring. Dua daripada mereka berjaya diberkas semula berhampiran van polis itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor manakala dua lagi ditembak mati setelah cuba melarikan diri dengan sebuah kereta di Kampung Padang Ibu di Bukit Mertajam dekat sini pada Khamis. Dua tahanan yang ditembak mati ialah Mohd Fairuz Adam, 31, yang dikenali sebagai Joe Mafia dan Mohd Noor Mustafa, 28, juga daripada geng Joe Mafia.- Bernama |
Himpunan Kebangkitan Beras Sekampit Najib di Semenyih Posted: 12 Jan 2013 11:42 PM PST King Jason Aku Rembat Gambaq Hang Aku tengok gambar himpunan kebangkitan beras sekampit najib rosmah...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat aku pada gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macam kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya. Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu. Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin. Megah kah orang orang Semenyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ? Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau gua PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu ! Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi? Nie ha habuannya yang sampai bertolak-tolak bagai.. Himpunan sokong najib atau himpunan beras sekampit. .pakat-pakat kalih |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan