Ahad, 13 Januari 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


#KL112 : Laungan "Merdeka Rakyat" 2013

Posted: 13 Jan 2013 07:53 PM PST

#KL112 : Rakyat Mula Sedar Kelemahan Sistem Negara - Anwar

Posted: 13 Jan 2013 07:52 PM PST

#KL112 : SEJARAH BARU MALAYSIA DARI DUA ZAMAN 1957 - 2013

Posted: 13 Jan 2013 07:45 PM PST









#KL112 : Himpunan KL112 Tidak Sampai 50,000 Peserta + Hapus Kuasa Melayu + Kacau Bilau + Tarik Dana Negara Asing?

Posted: 13 Jan 2013 07:33 PM PST

Video Himpunan KL112 Himpunan KL112 Tidak Sampai 50,000 Peserta + Hapus Kuasa Melayu + Kacau Bilau + Tarik Dana Negara Asing?
Jikalau sebelum ini kita ada mendengar amaran daripada yang dikeluarkan oleh Tengku Adnan Tengku Mansor yang mengatakan Himpunan KL112 ini lebih kepada tindakan Pakatan Rakyat yang tertekan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Dan yang menariknya lagi, Tengku Adnan ada mengatakan Himpunan KL112 ini sebenarnya lebih kepada nak dapat perhatian pihak asing yang membiayai perjuangan politik Pakatan Rakyat. Sampai begitu sekali? Pihak asing yang bagaimana? Itu kenyataan Setiausaha Agong Umno. Selepas selesai sahaja Ahmad Maslan pula tidak melepas peluang melontarkan pendapat dan pandangannya mengenai Himpunan KL122 kali ini. Apa kata beliau?
  • tidak memberi tekanan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN)
  • tiada apa yang perlu dibuktikan penganjur kerana perhimpunan sebelum ini gagal capai matlamat malah ada bertukar menjadi kekacauan.
  • himpunan KL112 dianjurkan untuk menyaingi program Jelajah Janji Ditepati anjuran BN yang berjaya tarik kehadiran ramai rakyat.
Melihat beberapa pandangan yang Ahmad Maslan pernah keluarkan di media termasuklah di LAPORAN BERITA KAMI DI SINI, kami sedikit pun tidak terkejut. Terbaru, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan KL112 akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini. Pandangan kali ini "lebih hebat & menakutkan".
Himpunan Kl112 Rais Himpunan KL112 Tidak Sampai 50,000 Peserta + Hapus Kuasa Melayu + Kacau Bilau + Tarik Dana Negara Asing?
Seperti biasa, kalau anda ada follow Twitter Rais Yatim, adakala bahasa yang dikeluarkan agak puitis. Termasuklah yang di atas ini. Antara Tweet yang dihantarnya di Twitter ada mengandungi amaran dan peringatan khususnya orang Melayu, di mana Himpunan KL112 yang telah selesai diadakan di Stadium Merdeka Sabtu lepas sangat berbahaya. Bahaya yang bagaimana? Ini kerana ia mampu menghapuskan kuasa Melayu di Malaysia. Sampai begitu sekali?
Dan Rais Yatim tidak melepaskan peluang untuk mempersoalkan bilangan peserta yang hadir dalam Himpunan KL112. Jikalau semasa berakhirnya Perhimpunan Bersih 3.0, Rais Yatim ada berkongsi DI SINI di mana anggaran yang diumumkannya hadir tidak sampai 30,000 peserta sahaja. Kali ini, Rais Yatim merasakan Himpunan KL112 tidak sampai 50,000 yang hadir.
P/S : Tidak lupa juga Menteri Pengajian tinggi sempat memberikan amaran kepada kalangan mahasiwa DI SINI dan juga Timbalan Menteri Pelajaran Fuad Zarkashi DI SINI turun memberikan amaran kepada kalangan guru dan pelajar DI SINI yang serta Himpunan KL112! Apa respon balas anda pula?

#KL112 : Himpunan Rakyat Vs Himpunan Beras

Posted: 13 Jan 2013 07:25 PM PST


#KL112 : EDISI SAKIT MATA DAN SAKIT JIWA

Posted: 13 Jan 2013 07:22 PM PST


#KL112 : SIN CHEW DAILY DAN SINAR HARIAN

Posted: 13 Jan 2013 07:18 PM PST


#KL112 Amaran: Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu

Posted: 13 Jan 2013 06:53 PM PST

#KL112 : Akhbar tonjol sikap berbeza

Posted: 13 Jan 2013 08:21 AM PST

Himpunan Kebangkitan Rakyat yang menarik penyertaan lebih 100,000 orang di Stadium Merdeka dan kawasan sekitarnya semalam merupakan perhimpunan paling besar anjuran pembangkang sejak beberapa lama.
Berbeza dengan perhimpunan besar yang dihalang polis sebelum ini, ia juga merupakan perhimpunan pertama yang berlangsung dengan aman dan lancar.

kl112 coverage 130112 nstIa secara umumnya dilaporkan secara negatif oleh akhbar pro-kerajaan berbahasa Inggeris dan Melayu namun akhbar harian berbahasa Cina memberi laporan yang positif.

Akhbar New Sunday Times melaporkan perhimpunan itu di muka depan dengan tajuk "Memang tak bertanggungjawab" (Simply irresponsible) dan turut menampilkan gambar yang tak berkaitan.

Gambar yang ditonjolkan di ruang paling atas menunjukkan seorang wanita mengintai dari celah pintau kedai – kemungkinan menunjukkan bahawa beliau memandang kumpulan peserta perhimpunan.

Gambar kedua pula menunjukkan sampah yang bertaburan di atas jalan manakala gambar ketiga menunjukkan kanak-kanak berbaju-T kuning terlelap di atas basikal.

Tiada gambar yang menunjukkan suasana perhimpunan di muka depan.

kl112 coverage 130112 starAkhbar Sunday Star pula mengambil sikap lebih neutral dengan tajuk besar "Bebas insiden" (Incident-free).

Laporannya menyatakan tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa perhimpunan dan polis turut menjaga keamanan.

Ia turut melaporkan bahawa penganjur melanggar tiga syarat perhimpunan – membawa kanak-kanak, membawa kain provokatif dan menghimpunan lebih 30,000 orang di Stadium Merdeka.

Akhbar itu turut menonjolkan pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di pentas utama bersama timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang berucap.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menggunakan tajuk utama "Penganjur langgar syarat" dan tajuk kecil "Polis berjaya kawal himpunan pembangkang" di muka depan.

kl112 coverage 130112 utusanDalam intisarinya, akhbar tersebut menyebut polis bertindak dengan "bijaksana" namun peserta melanggar syarat dengan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dan juga "sepanduk menghasut dan boleh membawa kepada perpecahan dan permusuhan".

Ia juga menyebut dakwaan satu blog bahawa peserta dibayar RM200 hingga RM700.

Muka depan itu dihiasi gabungan tiga gambar ibu bapa bersama anak masing-masing dengan kapsyen "Undang bahaya".

Akhbar Berita Harian pula langsung tidak menonjolkan apa-apa berhubung perhimpunan berkenaan di muka depannya.

112 rally newspaper 130113 02 malay and englishSebaliknya, ia hanya menampilkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menyelesaikan krisis air dalam satu perhimpunan di Semenyih.

Gambar menunjukkan Najib bersalaman dengan penyokong juga ditampilkan di muka depannya.

Tajuk besarnya di muka depan hari ini adalah berhubung amaran oleh penasihat Majlis Agama Islam Johor berhubung tindakan membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah "Allah".

#KL112 : Terima kasih PDRM

Posted: 13 Jan 2013 08:20 AM PST

Amin Iskandar@Black

Sehingga saat tulisan ini ditulis, perhimpunan Himpunan Kebangkitan Rakyat atau KL112 yang disokong Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan kerajaan (NGO) berjalan dengan aman.
Angka rasmi dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pada pukul 2.45 petang melalui akaun Twitter @PDRMsia mengatakan lebih kurang 80,000 orang memenuhi Stadium Merdeka.
Setakat ini janji Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semasa bertemu dengan penganjur dan pemimpin PR untuk menjadikan Himpunan Kebangkitan Rakyat sebagai "peristiwa bersejarah" masih lagi boleh dipercayai.
Janji pengerusi program KL112 Mohamad Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS bahawa perhimpunan akan berjalan dengan aman juga setakat ini masih ditunaikan.
Terasa janggal kerana kali ini masih belum ada gas pemedih mata dan meriam air.
KL112 membuktikan masalah tidak akan timbul jika terdapat kerjasama dari PDRM dan peserta perhimpunan.
Terima kasih harus diucapkan kepada PDRM kerana berani membenarkan perhimpunan aman berlaku dan demokrasi baru buat Malaysia.
Tanpa kerjasama dari PDRM tidak mungkin ini berlaku.
Beberapa orang pemidato dalam Stadium Merdeka sudah mengucapkan terima kasih kepada PDRM.
PDRM layak menerima pujian.
Diharapkan keamanan dapat dikekalkan sehingga tamat KL112.
Sehingga kini, media antarabangsa seperti siaran TV Al-Jazeera masih belum mempunyai berita yang dapat disiarkan kerana perhimpunan berjalan secara aman.
Tidak seperti perhimpunan kita tahun ini dan tahun sebelumnya dimana ianya menjadi perbualan dunia bukan kerana berita yang baik, tetapi berita yang memalukan.

#KL112: Polis mula siasat penganjur

Posted: 13 Jan 2013 08:16 AM PST


KUALA LUMPUR - Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat Himpunan Kebangkitan Rakyat, anjuran Pakatan Rakyat, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.
Dipetik Bernama, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.
Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.
Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.
Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Mengulas lanjut, Zainuddin berkata, rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.
Penganjur mendakwa lebih 100,000 orang menyertai perhimpunan semalam.
Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi.
Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad.

#KL112 : Perarakan Peserta HKR 112

Posted: 13 Jan 2013 08:02 AM PST

#KL112 : TV3 Putar Belit Himpunan Kebangkitan Rakyat 112

Posted: 13 Jan 2013 08:00 AM PST

#KL112 : Himpunan 112 - Your Say

Posted: 13 Jan 2013 07:54 AM PST

#KL112 : Perarakan dari masjid negara ke stadium negara

Posted: 13 Jan 2013 07:51 AM PST

#KL112 : Pakcik ni masih gagah berjalan salute habis

Posted: 13 Jan 2013 07:50 AM PST

#KL112 : Moments of Himpunan 112

Posted: 13 Jan 2013 07:49 AM PST

#KL112 : Di luar stadium ribu ribang anak muda

Posted: 13 Jan 2013 07:47 AM PST

#KL112 : Those Little Moments During Himpunan 112

Posted: 13 Jan 2013 07:42 AM PST

#KL112 : AMARAN TEGAS DAN KERAS DARI RAKYAT!!!!....TIPU PRU, RAKYAT BANGKIT HUMBAN KAMU!!!!!

Posted: 13 Jan 2013 05:07 AM PST



#KL112: Sokongan BN tak terjejas..ha..ha..sekor lagi pengampu yang dah nak dipadamkan..!!!!

Posted: 13 Jan 2013 04:31 AM PST


 #KL112: Tahniah semua! MIRI - Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka anjuran parti pembangkang semalam tidak menghakis sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Presiden Parti Rakyat
Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
  
Beliau berkata, anggaran kehadiran 50,000 hingga 60,000 peserta pada perhimpunan itu tidak boleh dijadikan ukuran tentang sokongan yang diterima pembangkang.
  
"BN tidak perlu takut, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada Kabinet pada 1998, perhimpunan serupa dihadiri 50,000 hingga 60,000 peserta, tetapi sokongan terhadap BN tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah rumah kebajikan untuk warga tua kelolaan pihak swasta di sini, menjelang sambutan perayaan Tahun Baharu Cina, di sini hari ini.
  
Chin, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata, daripada mengadakan demonstrasi jalanan, adalah lebih baik sekiranya pakatan pembangkang cuba turun padang untuk memberi penjelasan kepada orang ramai tentang kemampuan mereka.
  
Read More / Baca Lagi >>

Himpunan #KL112 hapus kuasa Melayu, kata Rais Yatim...kesian anak yatim nie..!!!!

Posted: 13 Jan 2013 04:28 AM PST


SHAH ALAM - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

PR menggunakan platform itu menaikkan 'mood' menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan bila-bila masa dari sekarang.

PRU13 perlu diadakan menjelang akhir April ini.

Malah dalam mesej terdahulu, Rais mempersoalkan rancangan penganjur yang mahu menghimpunkan sejuta orang.

"Mananya yang satu juta nak himpun di stadium tu? 50,000 pun tak smpai," katanya lagi.

Kedua-dua mesej itu menerima kritikan daripada penyokong dan pengikut PR.

Menjawab kritikan itu, pagi ini Rais berkata, "Gunalah medium Twitter ini dengan berhemah. Berhujah secara profesional bukan guna emosi dan pak turut."

#KL112 : Syabas Mohd Sabu

Posted: 13 Jan 2013 04:26 AM PST

Saya masih mahu menulis tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka semalam kerana kejayaannya menarik sejuta rakyat untuk berkumpul di dalam dan di luar Stadium bersejarah itu. Pertamanya saya ingin mengambil kesempatan kepada sahabat saya Hj Mohamad Sabu kerana berjaya mengetuai jawatankuasa yang telah berjaya menyempurnakan himpunan itu dengan begitu berjaya dalam sejarah politik negara.
Tidak juga lengkap jika kita tidak mengucapkan syabas kepada pihak Polis yang telah menjaga keselamatan perhimpunan itu. Keadaan aman ini juga telah membuktikan yang menjaga perhimpunan dengan jujur adalah baik dan menjauhi dari melakukan provokasi seperti yang dilakukan pada perhimpunan-perhimpunan yang terdahulu adalah perkara terpuji dan ia sedikit sebanyak memperbaiki imej PDRM dari kaca mata rakyat bukan sahaja dari dalam negara tetapi juga baik dari segi pandangan masyarakat antarabangsa. .
Saya juga mengucapkan syabas kepada PAS kerana mempunyai unit amal yang sangat berkesan untuk menjaga keselamatan peserta perhimpunan kerana memang di ketahui umum. PAS adalah parti yang begitu berpengalaman yang telah membentuk dan membina unit amalnya yang bekerja dengan jujur dan ikhlas untuk mempastikan perjalanan apa-apa program parti itu berlaku dengan lancar.
Read More / Baca Lagi >>

#KL112 : Instead of brickbats, police praised for restraint at rally

Posted: 13 Jan 2013 04:22 AM PST

The Royal Malaysian Police force earns endless praise from the public and key leaders from both the opposition and BN for exercising restraint during the KL 112 rally yesterday - file pic
KUALA LUMPUR, Jan 13 — In the aftermath of the "KL112" rally, it is the Royal Malaysian Police (PDRM) that has come under the spotlight, earning endless praise from the public and key leaders from both the opposition and Barisan Nasional (BN) for exercising restraint during the event.  Beginning yesterday, PDRM's social network pages were inundated with messages of gratitude from people thanking the force for carrying out their duties well despite the massive 45,000 turnout at Stadium Merdeka for the Himpunan Kebangkitan Rakyat rally.
Twitter user Mohd Aidil Mansor even labelled PDRM as "the best police force in the world", adding to the many other thank you notes from others.
The response was a far cry from the scorn and biting criticism that PDRM received after the violent clashes that plagued previous rallies in the capital.
"Thank you for all your tweets. PDRM appreciates your views, opinions and appreciation," said the official PDRM Twitter account today.
MPs across the political divide also expressed their gratitude over the handling of the event, with Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Hussein giving full credit to Inspector-General of Police (IGP) Tan Sri Ismail Omar and his team.
"So many people are appreciating the role of PDRM in tackling the rally yesterday. Kudos and congratulations to all the police force!" Prime Minister Datuk Seri Najib Razak tweeted today.
"Previously, after every rally, the police will (only) be tired, hungry and thirsty like us. Now they also smile like us," PAS' MP for Shah Alam Khalid Samad tweeted.
Read More / Baca Lagi >>

HISHAM MUST APOLOGIZE & RESIGN: The people at peaceful rally have proved you wrong - Gobind

Posted: 13 Jan 2013 04:20 AM PST

Tens of thousands of Malaysians gathered today at Stadium Merdeka. Contrary to what the Minister of Home Affairs would like to believe, there was no unrest, no chaos and no violence which would go down in history to yet again mark this day with the likes of earlier demonstrations in the city.
HISHAM MUST APOLOGIZE & RESIGN: The people at peaceful rally have proved you wrong - GobindThe police were not required to assemble in thousands in the city. They did not have to stand in line in the sun up against their own fellow Malaysian's. The water canons didn't have to be used. Not only that, there were no arrests. There was no make shift police station specifically set up to house the thousands of people arrested. There was no need for the police to send out teams of investigating officers who would need to work tirelessly taking down statements from all those arrested.
There was also no need for lawyers to be lined up outside these stations all night waiting for access to those detained. There was no need for the families of those detained to worry about their safety not knowing their whereabouts or what was to happen to them next.
There were no incidents in which anyone was injured. There was no overturning of cars, no scenes of persons being shot at by water canons or running in fear or being chased or beaten by the police.
There were no scenes of people, old or young, drenched with chemically laced water, with their eyes swollen, having difficulties breathing. There were no reported incidents of people dying on the streets.
All in all there are no news reports published to the rest of the world wherein we the people of Malaysia are depicted as criminals who run riot in our own country in need of attack from our own police.
There are no scenes of drenched streets, closed businesses and destruction of public property.
The people have proved Hisham wrong
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: