Selasa, 22 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pas: 7 janji BN tiru projek Kelantan

Posted: 22 Jan 2013 03:47 PM PST

KL TODAY

 

KOTA BHARU: Tujuh projek besar diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin tidak lebih dari meniru program yang dirancang dan dilaksana oleh Kerajaan Negeri Kelantan, kata Datuk Husam Musa.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan  ini berkata, Kerajaan Pusat sepatutnya merealisasikan projek-projek yang diumumkan itu sejak dahulu lagi dan bukannya meletakkan syarat ia akan dilaksanakan untuk penduduk Kelantan sekiranya Barisan Nasional (BN) merampas negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Menurutnya, rakyat Kelantan layak menerima lebih daripada apa yang diumumkan kerana janji-janji itu adalah sebahagian daripada perkara yang pernah disebut pada PRU12 lima tahun lalu.

"Kenapa perkara itu tidak dilaksanakan dahulu lagi dan akan dilakukan jika BN menangi, rakyat sendiri boleh menilainya apa yang dinyatakan ketika lawatannya itu adalah meniru apa dilakukan di Kelantan.

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama, kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya kepada pemberita hari ini.

Husam yang juga Naib Presiden Pas berkata, sewajarnya rakyat Kelantan tidak boleh diberikan hak yang lebih rendah daripada apa yang sepatutnya mereka peroleh sejak dulu lagi.

"Sebagi contoh, Najib sebenarnya lebih wajar membina lebuh raya tersebut dulu lagi kerana Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu (KB) itu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) dan diluluskan semua dalam RMK9," katanya.

Beliau mencadangkan Perdana Menteri supaya memberi tumpuan kepada projek lain seperti pembinaan benteng di Sungai Golok dan pemberian status lapangan terbang antarabangsa untuk Kelantan.


Perdana Menteri dalam lawatannya kelmarin mengumumkan tujuh projek besar, yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan jika mendapat mandat pada PRU13 akan datang.

Projek terbabit merangkumi pembinaan Lebih Raya Kuala Krai-KB, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain, adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara dan menjanjikan untuk menyelesaikan masalah air.

Husam juga kecewa kerana Najib tidak mengumumkan sama ada tuntutan royalti minyak tidak diumumkan dibayar secara tanpa penangguhan dan hanya memaklumkan jawatankuasa khas sudah ditubuhkan.

Peguam cadang tarik balik saman AES

Posted: 22 Jan 2013 03:44 PM PST


 
KL TODAY

KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Zulhazmi Shariff berpendapat pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara tergesa-gesa adalah kerana desakan oleh syarikat pembekal kamera tersebut bagi mendapat balik modal yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Beliau yang ditemui di mahkamah hari ini turut mempersoalkan tindakan pihak pendakwaraya yang mewakili Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sehingga sekarang belum menyerahkan dokumen yang berkaitan dengan saman AES mengikut apa yang telah dijanjikan sebelum ini.

Malah jelas beliau, alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaraya bahawa dokumen tersebut tidak dapat diserahkan adalah kerana terdapat masalah teknikal juga membuktikan AES ini belum bersedia sepenuhnya untuk pelaksanaan.

"Hari ini merupakan kali ketiga penangguhan yang dimohon oleh pihak pendakwaraya kepada mahkamah bagi tujuan penyerahan dokumen dengan alasan belum bersedia.

"Malah pihak pendakwaraya juga turut memberitahu selain belum bersedia pegawai yang mengendalikan dokumen tersebut juga tidak ada dan juga masih terdapat masalah teknikal," jelasnya kepada Harakahdaily.

Zulhazmi yang hadir ke mahkamah hari ini bagi tujuan mengambil dokumen berkaitan saman AES seperti yang diarahkan oleh mahkamah, namun ia ditangguhkan pada satu tarikh yang lain.

Tarik balik saman

"Kalau pihak pendakwaraya belum bersedia untuk memulakan pendakwaan, saya desak agar semua saman yang dikeluarkan dan kes tersebut perlu ditarik balik.

"Malah alasan yang diberikan iaitu masalah teknikal, saya ingin mengetahui apa masalah teknikal yang belum dapat diselesaikan dari awal hingga sekarang, perkara ini perlu dijelaskan segera," katanya.

Tambah beliau lagi, jika masalah teknikal belum dapat diselesaikan dan ini membuktikan AES ini sebenarnya masih lagi peringkat kajian dan tidak boleh dilaksanakan.

Zulhazmi turut memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara yang mengarahkan saman AES ini dibekukan sementara adalah bersifat politik untuk kepentingan kerajaan yang sedia ada.

"Sebab itu kita minta pelaksanaan AES ini ditangguhkan dulu sepenuhnya sehinggalah satu kajian yang lengkap diperolehi, kita tidak mahu pelaksanaan AES ini memberi bebaban kepada rakyat.

"Apa yang kita tahu walaupun Peguam Negara mengarahkan pembekuan sementera tetapi pihak JPJ masih lagi menerima bayaran pengguna jalanraya jika mereka hadir ke JPJ untuk menyelesaikan saman tersebut," tambah beliau lagi.

Sebanyak 21 kes saman AES dikendalikan oleh KASE melibatkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan ia tidak termasuk di mahkamah Sepang, Putrajaya dan juga Kajang.

Daripada jumlah kes tersebut pihak beliau belum lagi menerima sebarang dokumen berkaitan seperti yang diarahkan oleh mahkamah.

Tuntutan ibu bekerja

Posted: 22 Jan 2013 03:40 PM PST

Oleh Norhayati Yusof



Saya ingin berkongsi pengalaman dan perasaan sebagai seorang ibu yang bekerja tentang isu kemudahan untuk wanita bekerja. Kita semua ada anak-anak, malah ada yang sudah besar dan kini berkeluarga dan bekerja. Saya juga pernah melalui peranan ibu bekerja.

Bantuan kewangan bulanan

Bagi ibu yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan, apakah kemudahan yang kerajaan  sediakan untuk menjaga anak-anak mereka?  Kalau seorang anak memerlukan penjagaan RM250 sebulan, bagaimana jika ada dua atau tiga anak? Ke mana hilangnya penat lelah bekerja bagi si ibu?

Di Britain, setiap anak akan diberi bantuan automatik RM200 setiap bulan. Kalau tiga anak, ibu mendapat RM600 sebulan bantuan dari kerajaan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pusat penjagaan anak-anak yang disediakan majikan atau kerajaan. Mengapa ia tidak dilaksanakan di Malaysia?

Takkanlah pemberian BR1M sebanyak RM500 setiap pilihanraya atau setiap lima tahun boleh membantu keluarga?

Cuti bersalin

Kita amat bersyukur kerajaan Malaysia telah memberikan cuti 3 bulan kepada wanita bersalin. Tetapi apa yang saya nak tegur adalah siapa yang nak menjaga kami selama satu bulan pertama selepas bersalin?

Suami hanya diberikan cuti seminggu bagi penjawat awam manakala pekerja swasta diberi cuti 3 hari sahaja. Sepatutnya, paling kurang suami patut diberi cuti 2 minggu untuk ibu bersalin biasa dan sebulan bagi ibu yang menjalani pembedahan cesaerian.

Apabila anak kami bersalin baru-baru ini, saya dan suami saya yang menjaganya selama sebulan lebih. Suaminya hanya diberi cuti 3 hari sahaja. Anak saya terpaksa menanggung jahitan yang banyak berikutan pembedahan dan dia juga sedang menyiapkan tesis ijazah sarjananya.

Saya ingin mencadangkan bahawa wanita diberi kebenaran mengambil cuti bersalin dua minggu sebelum tarikh kelahiran yang dihisabkan doktor. Saya amat kasihan melihat rakan-rakan guru yang naik turun tangga sekolah seperti saya dahulu apabila mengandungkan anak kelima.

Saya bernasib baik semasa mengandung anak pertama dan kedua kerana masa itu saya tidak bekerja sepenuh masa. Semasa mengandung anak ketiga dan keempat, saya mengikut suami belajar di Scotland.

Saya berpengalaman naik turun tangga sekolah bagi anak kelima sahaja. Selalunya dua minggu atau seminggu sebelum bersalin merupakan masa yang sangat kritikal bagi ibu-ibu yang mengandung.
Kalaulah diberi cuti pada  masa itu, alangkah bahagianya ibu-ibu ini. Tak kan kita nak biarkan wanita menanggung siksaan sebegitu rupa.

Syarat bersara pilihan

Sebagai seorang wanita, kita bukan sahaja bertanggungjawab terhadap suami dan anak-anak kita tetapi kita harus menjaga ibu bapa kita yang telah tua. Ini adalah tanggungjawab keluarga, agama dan masyarakat.

Kalau dulu wanita boleh bersara pilihan umur 45 tahun dan mendapat pencen pada setiap bulan,  malangnya, kini syarat itu telah dimansuhkan. Mengikut pekeliling baru, penjawat awam yang dilantik bekerja selepas 1 April 1991, jika mereka memilih untuk bersara pilihan, mereka tidak akan menerima pencen bulanan.

Pencen bulanan akan diberi apabila mereka ini mencecah umur 56 tahun. Perkara ini terjadi pada diri saya sendiri. Saya telah bersara pilihan umur 48 tahun kerana untuk menjaga ibu bapa saya yang telah tua. Tetapi saya diberitahu bahawa saya akan menerima pencen bulanan saya hanya bila saya mencecah umur 56 tahun.

Saya rasa ini adalah dasar yang kejam. Tidakkah kerajaan bersyukur bahawa saya memilih untuk menjaga ibubapa saya dan tidak membebani belanjawan kerajaan?

Kenapa aniayakan kami yang sedia berkhidmat untuk suami atau ibu bapa yang sakit? Apakah ibu bapa dan suami kita semua tidak akan jatuh sakit? Apakah kita semua sihat dan boleh bekerja sehingga umur 60 tahun?

Jika kerajaan yang ada enggan melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat, khususnya kepada wanita dan ibu, kita perlu memilih kerajaan yang lebih prihatin. Bukan sahaja kerajaan yang baru perlu menjaga dan menghormati hak wanita, ia juga wajib menjaga pendidikan anak-anak kita.

Kita harus memilih kerajaan yang menghargai wanita yang berkerja dengan skim pekerjaan yang lebih baik dan berperikemanusiaan agar bukan sahaja diri, malah ibu bapa serta anak-anak dapat dijaga dengan baik. – Roketkini.com

Penulis adalah guru Bahasa Inggeris yang telah bersara pilihan dan kini melibatkan diri dengan penulisan serta penerbitan buku.

Bakar Bible satu cadangan “bodoh” – Dr Ariffin Omar

Posted: 22 Jan 2013 03:38 PM PST




Roketkini.com

 KUALA LUMPUR: Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Dr Ariffin Omar berpendapat cadangan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk "bakar Bible demi penyedaran" adalah satu cadangan paling bodoh dan tidak masuk akal.

Menurut beliau, tindakan Ibrahim itu adalah satu perbuatan yang berbahaya terhadap keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

"Dia sudah melampau, kenapa pihak berkuasa tidak mengambil ambil tindakan ke atas Ibrahim

"Kalau isu yang sama dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), sudah tentu mereka sudah diambil tindakan," ujar beliau.

Katanya, kenyataan Ibrahim mengenai isu kalimah Allah itu sengaja dimainkan untuk mengelirukan masyarakat negara ini demi kepentingan politik.

"Apa dia tidak fikirkah, ketika British mentadbir Tanah Melayu, berapa ramai orang Islam memeluk Kristian? Berapa ramai orang Melayu masuk sekolah mubaligh dan aliran Inggeris? Tapi tak masuk Kristian pun.

"Dia juga tak sedar agaknya, yang menterjemah Bible ke dalam bahasa Melayu itu pun orang Islam iaitu Munshi Abdullah," katanya yang juga Pensyarah di Universiti Pertahanan Nasional (UPN).

Dr Ariffin berkata, umat Islam negara ini harus sedar terhadap bahaya dan sentimen agama yang dimainkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, kenyataan Presiden Perkasa itu "mengandungi unsur jenayah".

"Najib tidak boleh berdiam diri terhadap gesaan Ibrahim itu kerana ia akan menghancurkan konsep 1Malaysia yang dijaja Najib sendiri, dan membuktikan pengkritik beliau betul apabila mengatakan konsep seumpama itu semata-mata bermotifkan politik," ujar beliau. – Roketkini.com

Nik Aziz mahu artis manfaatkan bakat

Posted: 22 Jan 2013 06:49 AM PST

Oleh Dinsman


Sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Tok Guru Nik Abdul Aziz Menteri Besar Kelantan mencadangkan satu agenda baru untuk dibuat di Kota Bharu, iaitu agenda yang belum pernah dibuat sebelumnya bagi menyambut hari mulia itu, dan agenda baru ini melibatkan artis-artis dan selebriti yang ramai menyertai parti PAS akhir-akhir ini.

Telah beberapa kali disuarakan oleh beberapa pihak mengenai artis-artis pelakon dan penyanyi yang apabila masuk PAS mereka disambut dan diraikan di sana sini, dan mereka diminta berceramah atau bersyarah di depan umum, tidak berlakon atau menyanyi, seolah-olah mereka sudah meninggalkan bidang yang bakat mereka di bidang itulah asalnya menyebabkan mereka menjadi mereka, iaitu insan seni yang dikenali dan diminati ramai.

Demikianlah selalunya. Banyak orang atau pihak yang menyuarakan atau menyatakan tak puas hati terhadap sesuatu. Tetapi jarang ada orang atau pihak yang mahu tampil menganjurkan atau melakukan sesuatu yang relevan dengan apa yang disuarakan itu, termasuklah hal artis-artis yang ramai menyertai PAS ini. Rupa-rupanya Tok Guru Nik Aziz jugalah yang tampil dengan idea dan cadangan melakukannya.

Bagi memanfaatkan kehadiran ramai golongan artis pelakon dan penyanyi itu, Tok Guru Nik Aziz mencadangkan supaya dilakonkan suatu kisah atau peristiwa di zaman Nabi, dan Tok Guru Nik Aziz sendiri telah memilih peristiwa yang difikirkannya sesuai untuk tujuan tersebut, iaitu peristiwa menantu Rasulullah saw, Abul 'As (yang berkahwin dengan Zainab puteri sulung baginda) yang pada mulanya enggan menyahut seruan Islam tetapi kemudian telah membuat kejutan di kalangan orang-orang kafir Quraisy dengan mengisytiharkan dirinya memeluk Islam di hadapan mereka.

Mendengar rancangan ini diceritakan oleh Wan Nik (Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kelantan) di Kuala Lumpur baru-baru ini, saya jadi terharu. Tidak menduga bahawa perkara seperti ini pun harus datang daripada 'orang tua' itu juga. Mengajak artis-artis berkumpul bagi menjayakan sebuah program yang boleh ditonton oleh orang ramai. Pun tidak ada orang lain yang boleh menggerakkannya. Mesti Tok Guru Nik Aziz juga yang melakukannya!

Saya terharu, sangat gembira dan dalam masa yang sama berasa sedih juga. Sangat gembira kerana Tok Guru Nik Aziz mengemukakan suatu idea yang begitu berani dan bererti dalam dunia seni-budaya yang menjadi bidang perjuangan saya.

Juga sangat gembira kerana saya boleh menganggapnya sebagai suatu sokongan dan dokongan daripada Tok Guru Nik Aziz terhadap perjuangan saya dan rakan-rakan dalam Seniman Paksi Rakyat, lebih-lebih lagi pada waktu yang Paksi sedang berasa direndahkan oleh pihak pimpinan politik tertentu (yang membuat keputusan semula mengurangkan bajet ke atas keputusan yang telah dipersetujui sebelumnya).

Dan dalam masa yang sama saya berasa sedih juga kerana masih tidak ada orang lain selain Tok Guru Nik Aziz yang mampu tampil dengan idea seni-budaya yang begitu berani dan radikal. Sepatutnya idea yang berani begitu datangnya daripada orang muda. Apalagi ini bidang seni-budaya, yang menyentuh dunia artis-artis di kalangan orang muda. Di mana perginya tenaga-tenaga muda di dalam PAS dan Pakatan Rakyat?

Tidak mengapalah. Apa pun, saya bersyukur dengan perkembangan terbaru ini. Mengikut cerita Wan Nik, perkara ini masih di peringkat awal perancangan. Tetapi katanya Tok Guru Nik Aziz sudah menyebut nama-nama seperti Bob Lokman, Hairi Othman, Abby Abadi, Aishah dan beberapa orang lagi, bahkan juga Sasterawan Negara A Samad Said, yang diharapkannya boleh menyumbang ke arah menjayakan rancangan tersebut.

Saya tidaklah begitu teruja sangat dengan kemungkinan akan menonton artis-artis tersebut berlakon teater. Pada tahun 80-an dulu lagi saya sudahpun terlibat dengan artis-artis berlakon teater apabila pelakon-pelakon asal filem "Esok Untuk Siapa" semuanya melakonkan semula watak-watak mereka dengan cara dan gaya teater, dalam pementasan "Esok Untuk Siapa – dari filem ke teater".

Artis-artis yang terlibat dalam teater arahan saya waktu itu ialah Jins Shamsuddin, Noor Kumalasari, Ogy Ahmad Daud, Latiff Ibrahim, Norizan, Umi Kalthum dan S Romai Noor.

Sekarang apa yang menjadikan saya teruja ialah penglibatan Tok Guru Nik Aziz itu sendiri dalam dunia teater. Seorang tokoh politik dan tokoh ulamak. Dalam usianya yang begitu lanjut pula! Dan dia bercakap mengenai perkara ini, perkara seni-budaya ini, pada waktu orang-orang lain khasnya orang-orang politik tengah sibuk bercakap soal politik dan pilihanraya umum ke-13, dan soal Pakatan Rakyat akan menawan Putra Jaya.

Ketika orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai tokoh-tokoh pembawa masadepan Malaysia yang baru itu sedang sibuk dengan hal-hal politik dan ambilalih kuasa sebuah negara, sehingga tidak ada waktu walaupun sekejap untuk bercakap atau berbincang soal seni-budaya, tiba-tiba Tok Guru Nik Aziz seorang yang dari kalangan tokoh-tokoh itu juga, mengajak para artis, seniman dan budayawan untuk sama-sama bekerja menjayakan sebuah pementasan teater, sempena sambutan Maulidur Rasul.

Oh alangkah absurdnya, dan Avant-garde sungguh! Apakah teater yang dirancangkan itu akan menghasilkan sebuah karya yang hebat atau tidak – itu satu soal lain. Apabila saya menceritakan perkara ini kepada Kassim Muhamad, dia juga teruja dan bertanya bagaimana Paksi mungkin dilibatkan? (Saya pun tak tahu).

Ya, seperti yang diceritakan oleh Wan Nik, perkara ini masih di peringkat awal perancangan. Namun kita maklum Maulidur Rasul tarikhnya sekitar 24 Januari. Tidaklah lama lagi. Hanya dua minggu sahaja lagi. Mungkinkah dihasilkan sebuah "teater yang teater' berdasarkan kepada cerita di kalangan anggota keluarga Rasulullah saw itu?

Sama-samalah kita nantikan perkembangannya!

Peniaga Telok Kemang boikot kedai ‘tak siap’ kerajaan negeri

Posted: 22 Jan 2013 06:26 AM PST

Oleh Aisha Geoffrey

KUALA LUMPUR : Peniaga sekitar Pantai Telok Kemang, Port Dickson memboikot kedai 'tak siap' yang disediakan Kerajaan Negeri Sembilan, setelah mengusir dan merampas kedai mereka sebelum ini bagi tujuan pembangunan.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Pantai Telok Kemang, Shaharuddin Abu Talib berkata, kedai tersebut hanya dibangunkan menggunakan tiang kayu tanpa dinding dan pintu.

"Kedai dah siap tapi tak ada dinding, pintu mahupun keperluan asas lain. Cuma tiang dari kayu dan bumbung disediakan. Sebab itu, peniaga boikot tak mahu berniaga di situ," jelas Shaharuddin ketika dihubungi.

"Kedai yang terdedah sebegitu mengundang pelbagai risiko, antaranya pencuri, vandalisme, dan bencana alam seperti ribut dan sebagainya," katanya.

Menurut Shaharuddin, peniaga terbabit kini meneruskan perniagaan berpayungkan khemah simbol memboikot kedai berkenaan.

"Kami 100 peratus membantah projek pembangunan yang tidak teratur seperti ini," tegasnya.

Peniaga berhimpun di perkarangan Parlimen 1 November lalu membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka dari kawasan itu untuk projek pembangunan.

November lalu, 100 wakil peniaga sekitar pantai berhimpun di perkarangan Parlimen bagi membantah kezaliman kerajaan yang mengusir dan 'menutup periuk nasi' mereka untuk projek pembangunan.
Tanah di sekitar pantai ditambak dan sebahagian besarnya dijadikan milik peribadi beberapa individu.

Kerajaan negeri juga rakus merampas tanah dan menghalau peniaga tanpa sebarang notis, seterusnya meluluskan projek di kawasan itu.

Tabur pengundi baru taktik BN untuk tawan Selangor – Zuraida

Posted: 22 Jan 2013 06:19 AM PST

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : Kemunculan pengundi baru yang mendadak di Selangor dengan sejumlah besarnya tidak dapat dikesan, membuktikan komplot Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan Umno BN akan berterusan bagi merampas negeri itu.

Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor, Zuraida Kamaruddin berkata, taktik lapuk SPR itu akan dipatahkan dengan kerjasama rakyat yang mahukan pilihan raya bersih dan adil.



"Sehingga kini, kita masih menggunakan Sistem Menang Pilihan Raya (Sismep) untuk mengesan pengundi hantu. Proses culaan tetap berjalan hingga ke hari ini bagi memastikan senarai pengundi dapat dikesan," kata Ketua Wanita KEADILAN itu.

"Rakyat diperlukan untuk bersama-sama menjadi sukarela sebagai pemerhati pada hari mengundi. Kalau ramai yang berkawal, SPR dan polis atau pihak bersekongkol dengan Umno BN takut untuk menipu," katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendedahkan peningkatan luar biasa jumlah pengundi baru di Selangor mencecah 450,000, manakala 130,000 pula tidak dapat dikesan berdasarkan alamat yang didaftarkan.

Ekoran itu, Anwar yakin SPR akan mengulangi penipuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang memberi contoh kes di kawasannya.

"Masalah itu akan tetap berlaku walaupun SPR menafikan. Sebab itu kami di Ampang ada kumpulan 'ghostbuster' bagi mengenal pasti pengundi hantu.

"Di Ampang ada 15,000 pengundi baru, tapi setakat ini ada lebih 1,000 pemilih yang kita tidak dapat kesan. Usaha mencari masih diteruskan sehingga pilihan raya," jelasnya.

Sokongan wanita Melayu Selangor terhadap Pakatan naik 5 peratus

Posted: 22 Jan 2013 06:15 AM PST

Oleh Sidiqin Omar

KUALA LUMPUR : Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sokongan wanita Melayu Selangor terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu naik lima peratus dari 48 peratus pada Februari 2012 kepada 53 peratus.

Menurutnya, tinjauan yang dikhususkan di Selangor itu dibuat sebuah agensi bebas kajian pemasaran, namun tidak menamakan syarikat tersebut.

"Sebanyak 53 peratus wanita Melayu dan golongan suri rumah berpuas hati. Peningkatan ini memberi mesej jelas bahawa golongan wanita mendapat kefahaman polisi dan dasar yang dibawa Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).



"Ini merupakan antara hasil gerak kerja Wanita KEADILAN yang giat mempromosi dan memberi penerangan kepada golongan wanita dan suri rumah di akar umbi," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Zuraida berkata, Wanita KEADILAN percaya golongan wanita yakin dasar AWM yang membela dan mengangkat martabat wanita serta ketulusan kerajaan Selangor melaksanakan pelbagai program demi menjaga kebajikan dan mendahulukan rakyat.

"Fenomena peningkatan sokongan bukan sahaja di Selangor, malah di seluruh negara," kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu lagi.

Siaran langsung Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi

Posted: 22 Jan 2013 06:05 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi berlangsung di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini, malam ini tanpa kehadiran Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen.



Bagaimanapun, mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani; Pakar Perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Mazlee Malik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), hadir.

Forum ini anjuran Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan INSTEF.

Fenomena Listen, Listen, Listen menggemparkan negara selepas satu klip video yang menyaksikan Shafifah Zohra menghina Bawani kerana membawa isu pendidikan percuma, tersebar baru-baru ini.

Untuk ikuti siaran langsung Forum Kebebasan Akademik & Hak Asasi  di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor, (Radio) KLIK INI atau (Video) KLIK INI.

Saham Felda menjunam, tuntut Umno BN bertanggungjawab

Posted: 22 Jan 2013 02:44 AM PST

Oleh Arif Juhani

KUALA LUMPUR : Sejak disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) 28 Jun lalu, Felda Global Ventures Holdings (FGVH) gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan.

Terbaharu, saham FGVH dilaporkan menjunam mengikut Indeks Komposit Kuala Lumpur semalam dan akhirnya tutup di bawah harga IPO pada RM4.42 semalam.

Ini adalah julung kalinya FGVH ditutup di bawah harga IPO walaupun sebelum ini pernah mencecah ke paras RM4.52 dalam dagangan harian.

Semalam, FGV juga merekodkan harga terendah RM4.36 sebelum ditutup pada RM4.42. Kejatuhan ini menyebabkan para peneroka dan lain-lain pelabur rugi besar.

Mengulas isu ini, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said mendesak pemimpin Umno BN dan Felda bertanggungjawab atas kerugian tersebut.



"Isa Samad, Ahmad Maslan dan Najib Razak mesti bertanggungjawab. Mereka gagal memahami kerisauan peneroka, sekaligus membuktikan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' gagal," katanya keyika dihubungi.

"Pakatan Rakyat memberi amaran tentang kerugian ini sebelum FGVH disenaraikan, tetapi Umno BN anggap ingatan Pakatan hanya bermotif politik.

"Kerugian ini bukan sahaja mengorbankan kepentingan peneroka tetapi masa depan generasi kedua dan negara," ujar Suhaimi.

Bagi menangani masalah ini, Suhaimi berkata, Pakatan tekad untuk memansuhkan Felda Holdings selepas memerintah di Putrajaya dan menyerahkan 850,000 ekar tanah kepada generasi kedua dan ketiga peneroka seperti dijanjikan dalam Buku Jingga.

"Ahmad Maslan dulu menempelak Pakatan kononnya pengagihan tanah Felda menyebabkan Felda hilang punca pendapatan. Sekarang adakah situasi saham FGVH memberi keuntungan kepada peneroka?" soalnya.

Beliau menggesa peneroka yang berangan-angan menjadi jutawan Felda agar melihat realiti dan berhenti bermimpi.

Laporan polis hanya taktik ugutan & gangguan – Azrul Azwar

Posted: 22 Jan 2013 02:43 AM PST

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata, laporan polis yang dibuat Bank Islam ke atasnya adalah taktik ugutan dan gangguan.

"Ini hanyalah taktik ugutan dan gangguan terhadap saya. Saya tidak melihat mengapa perkara ini bertukar menjadi kes polis.

"Saya menegaskan dakwaan yang terkandung dalam laporan polis dibuat oleh majikan saya bukannya tentang apa-apa kesalahan jenayah.


"Paling penting, ia hanya satu perkara sivil yang kini merupakan subjek siasatan dalaman antara majikan saya dan diri saya," katanya dalam kenyataan kepada Keadilan Daily.

Bank Islam sebelum ini membuat laporan polis terhadap Azrul atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Jabatan Sumber Manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam, dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.

Laporan bertarikh 18 Januari itu menyebut Jamilah mendakwa Azrul menyalin dokumen 'sulit dan sensitif' terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak ketiga.

Apa "Merit" Yang Muhyiddin Ada Dianugerahkan "Doktor Kehormat"?

Posted: 22 Jan 2013 02:34 AM PST


KELAB GREENBOC

Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek

KUALA LUMPUR: Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini.

Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya.

Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka.

Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta.

Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai.

Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia.

Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua (gambar) dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011.

Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu.

Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui "International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)" dengan nilai RM22.9 juta.

Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.

Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta.

Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester. -HD


USSA: Ijazah kedoktoran untuk TPM berasaskan merit


Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) menjelaskan bahawa ijazah kedoktoran yang dianugerahkan kepada Menteri Pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan berasaskan merit dan tiada kena mengena dengan projek daripada kementerian pelajaran.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri menerima ijazah kehormat itu pada 17 Januari lalu kerana memajukan sukan melalui program "satu murid, satu sukan".

"Anugerah itu amat wajar dan patut diperolehinya," kata presiden dan CEO USSA Dr Thomas P Rosandich seperti dilaporkan The Star hari ini.

Katanya, akademi itu sudah lama ingin memberi anugerah berkenaan kepada Muhyiddin tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kesibukan timbalan perdana menteri.

DAP sebelum ini mempersoalkan sama ada anugerah kehormat itu merupakan sogokan kerana dakwaan menghanugerahkan kontrak bernilai RM22.9 juta melalui pihak ketiga.

Ia mendakwa, pihak ketiga itu merupakan satu syarikat yang dipengerusikan seorang pemimpin Umno.

- mk
Ulasan GB

Selepas Rosmah, Najib dan kini Muhyiddin... menerima Doktor Kehormat, sehingga selepas ini, penganugerahan ijazah kehormat menjadi begitu hyina dan meloyakan.

Apa "merit" yang Muhyiddin ada di bidang kesukanan sehingga pihak USSA menganugerahkan Doktor Kehormat kepadanya kalau bukan kerana telah memperolehi projek RM22.9 juta wang rakyat negara ini?

Dan apabila bercakap soal "merit", apakah Muhyiddin sendiri yang meminta USSA mengeluarkan kenyataan tersebut kerana sebelum ini Muhyiddinlah yang kerap menggunakan ungkapan tersebut? Contohnya apabila Emrail Sdn Bhd dan dan Zabima Engineering Sdn Bhd diberikan kontrak Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara bernilai RM2.2 bilion yang dianugerahkan kepada seorang peguam Umno yang lansung tak da pengalaman didalam projek lebuhraya, Muhyiddin kata "ia berdasarkan merit"!

Mohamad Sabu: Tiada pergeseran antara PAS dan PKR

Posted: 22 Jan 2013 02:30 AM PST

 
Menurut Timbalan Presiden PAS itu dakwaan PAS enggan menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang pada pilihan raya umum ke- 13 sengaja ditimbulkan.



PETALING JAYA: PAS menafikan dakwaan kononnya wujud pergeseran antara PAS dan PKR ekoran tindakan ramai ahlinya keluar daripada 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' di Stadium Merdeka pada 12 Januari lalu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dakwaan bahawa PAS enggan menerima Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri jika Pakatan menang pada pilihan raya umum ke- 13 sengaja ditimbulkan.

Tegas beliau orang ramai khususnya ahli PAS setia menunggu sehingga himpunan tersebut selesai.

"Dakwaan bahawa (ahli PAS) keluar adalah tidak benar.Lebih-lebih lagi ketika beliau (Anwar) memberikan ucapan. Saya tidak pasti bagaimana mereka mendakwa seperti itu.

"Saya lihat sendiri mereka tunggu sehingga habis ucapan semua pemimpin di dalam stadium tempoh hari. Malah jika alasannya kerana Anwar jadi PM sehingga timbulkan implikasi ahli-ahli sehingga mereka keluar ketika ucapannya itu tidak benar. PAS terima Anwar sebagai PM," tegas beliau.

Beliau yang juga Pengerusi #HKR112 berkata,  PAS kekal dengan persetujuan yang dibuat dalam Pakatan Rakyat, bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika gabungan itu menang dalam pilihan raya umum nanti.

Dilaporkan hari ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mahu PAS mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tindakan ramai ahlinya keluar daripada himpunan tersebut ketika Anwar memulakan ucapan.

Timbalan Menteri Pelajaran mendakwa berlaku pergeseran antara PAS-PKR selepas enggan menerima Ketua Pembangkang sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan menang pilihan raya umum kelak.

Sambil merujuk kepada siaran akhbar The Straits Times Singapura sebelum ini, didapati gambar berkenaan diambil dari sudut belakang yang memaparkan stadium berkenaan kosong ditinggalkan peserta.

Ketika Muktamar PAS tahun lalu pimpinan PAS di beberapa negeri memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon paling layak menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan bukannya Anwar.

Isu tersebut menjadi buah mulut antara parti gabungan dalam Pakatan walaupun DAP sebelum ini turut memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Turut baca:

PAS dan DAP jangan menyusahkan sesama sendiri

' 7 Janji’: Rakyat Kelantan takkan tertipu

Posted: 22 Jan 2013 02:27 AM PST

Jamilah Kamarudin

Janji tersebut merupakan satu penghinaan kerana ia berulang namun tidak pernah ditunaikan BN sejak dulu lagi. 



KUALA LUMPUR: Rakyat Kelantan tidak akan mudah percaya dengan '7 Janji' yang ditabur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas tampuk pentadbiran daripada kerajaan PAS semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti.

Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, janji tersebut merupakan satu penghinaan kerana ia berulang namun tidak pernah ditunaikan BN sejak dulu lagi.

"Rakyat Kelantan tak makan umpan, dia makan pancing.

"Mereka bijak berpolitik, sikit pun tak rasa seronok dengan janji manis Najib," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Katanya, janji tersebut hanya satu perkara sia-sia jika dibandingkan dengan nilai tuntutan royalti minyak yang perlu dibayar Pusat kepada rakyat Kelantan berjumlah RM12 bilion.

Beliau berkata Najib sebaliknya hanya cuba mencedok idea kerajaan negeri untuk membina sendiri projek mega dengan hasil wang royalti minyak sekiranya berjaya diperoleh.

Idea itu menurut Husam termasuk pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan stadium yang sebelum ini dijadikan projek kerajaan negeri.

'Lebih rendah'

"RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan, jumlahnya itu tidak sampai RM12 billion.

"Taraf hak rakyat Kelantan tidak seharusnya diberikan lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat," katanya.

Husam berkata, Najib sepatutnya melihat perspektif lebih besar mengenai masalah yang dihadapi penduduk Kelantan, seperti membina

benteng di Sungai Golok bagi mengelakkan banjir besar berlaku hampir setiap tahun.

Begitu juga dengan pemberian status lapangan terbang bertaraf antarabangsa serta kemudahan pelabuhan pendaratan gas dan petroleum yang boleh memacu ekonomi Kelantan, katanya.

Najib semasa lawatannya ke Kelantan Ahad lalu mengumumkan tujuh projek mega yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan.

Projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Turut baca:

Kelantan percaya wujud telaga minyak di daratan

7 janji Kelantan: Kenapa sekarang?

Posted: 22 Jan 2013 02:23 AM PST

KL TODAY

 

Pas menyifatkan janji-janji kepada negeri Kelantan yang diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai tidak ikhlas dan hanya ingin meraih undi rakyat di negeri itu.

Naib Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, segala janji sedemikian bukanlah perkara baru malah ia hanya janji kosong menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Menurutnya, sepatutnya, kehadiran perdana menteri itu bukan lagi menambah janji sebaliknya melunaskan banyak perkara tertunggak untuk negeri berkenaan.

"Rakyat Kelantan tidak sedaif itu untuk menelan semua janji yang ditaburkan. Janji sedemikian tidak ikhlas kerana beliau sudah terdesak untuk membubarkan Parlimen dalam sedikit masa lagi.

"Jika beliau benar-benar ikhlas, lunaskan dahulu pembayaran royalti kepada rakyat Kelantan bukan dengan pembinaan stadium dan sebagainya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, tidak perlu ditubuhkan jawatankuasa khas bagi isu berkenaan memandangkan ia adalah perjanjian terus di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Saya hairan mengapa perlu ada jawatan kuasa khas? Ia secara jelas, kerajaan persekutuan mahu melewat-lewatkan pemberian hak yang sepatutnya diterima rakyat Kelantan.

"Jika benar-benar beliau prihatin, sudah lama dibina lebuh raya Gua Musang yang mana sering kali menghadapi kesulitan menjelang musim perayaan, bukan pada waktu sekarang," katanya.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menjelaskan penderitaan yang dialami rakyat Kelantan sudah lama.

"Kerajaan persekutuan sering kali menafikan hak negeri. Apabila sudah hampir PRU13, beliau hadir dan menambah janji tanpa melunaskan dahulu 'hutang-hutang' lama kepada negeri.

"Kerana itu, saya katakan, rakyat Kelantan tidak mudah menelan janji-janji kosong seperti itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, rakyat negeri itu optimis bahawa janji perdana menteri itu hanyalah tidak lebih daripada 'gula-gula' untuk menyedapkan telinga dan hati Barisan Nasional (BN).

"Inilah usaha terdesak yang dilakukan BN dan Umno setelah pelbagai usaha selama ini gagal menambat hati rakyat Kelantan.

"Selayaknya beliau menjelaskan dahulu hutang tertunggak seperti yang pernah ditabur sebelum ini ketika Pilihan Raya Kecil di Manik Urai dan Galas iaitu pembinaan jambatan dan kemudahan jalur lebar," katanya.

Katanya, dengan tujuh janji baru itu, Najib dilihat telah berjaya menambah koleksi janji terhadap rakyat Kelantan tanpa ada satu yang dilunaskan.

"Begitulah kesungguhan BN dan Umno yang berterusan cuba menawan hati rakyat.

"Mungkin sebelum ini, janji yang ditabur di negeri-negeri lain berjaya memikat, tetapi tidak kepada rakyat Kelantan yang sudah masak dengan helah begini, katanya.

Kelmarin, Najib mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan sekiranya mendapat mandat rakyat negeri itu.

Bank lelong tembaga bukan emas

Posted: 22 Jan 2013 02:21 AM PST

KL TODAY
 
 

Seorang wanita bingung memikirkan selonggok emas bermutu rendah yang dibelinya ketika lelongan awam oleh sebuah bank sebenarnya tembaga bukan emas bernilai ribuan ringgit seperti didakwa.Zuraini Yaacob, 44, berkata, dia ke sebuah bank di daerah itu untuk membeli emas yang kononnya bermutu rendah yang dilelong dengan harga RM20,000 pada petang 26 Mei 2011.

Menurutnya, selepas selesai urusan pembelian, dia ke sebuah kedai emas di Kota Bharu, Kelantan, pada jam 10 malam hari sama, untuk melakukan ujian bagi mengetahui jumlah kandungan emas dalam barang kemas itu.

"Saya terkejut apabila pemilik kedai emas berkenaan memberitahu barang kemas yang saya beli itu bukan emas bermutu rendah, tetapi tembaga semata-mata yang tiada nilai untuk dijual.

"Saya hairan bagaimana bank berkenaan boleh melelong barang kemas itu sebagai emas bermutu rendah (kerana dicampur dengan tembaga) sedangkan ia langsung tidak mengandungi emas.

Bekas Exco Tidak Bayar Hutang Pilihan Raya RM140,000

Posted: 22 Jan 2013 02:15 AM PST

MSO

Masa minum di restoran Sudut Cahaya berhampiran bangunan PAS di Jalan Dato' Pati Kota Bharu tengah hari semalam saya berjumpa dengan kawan lama, bekas wakil rakyat PAS yang kini sudah jadi veteran namun masih aktif berkerja untuk kelangsungan PAS. Dia bolehlah saya anggap sebagai adviser parti secara tidak rasmi.

Bekas wakil rakyat ini pernah menjadi pegawai khas kepada Menteri Besar Kelantan. Pengambilan beliau itu untuk satu masa sudah pasti sebagai penasihat politik kepada Nik Aziz dan juga menyeliakan pegawai-pegawai muda lantikan politik kepada MB.

Dalam kesempatan itu banyaklah yang sempat kami bicarakan. Beberapa sejarah PAS yang sebelum ini tidak pernah didengari oleh generasi hari ini juga terungkit sama. Ralik juga mengenang nostalgia. Paling emosi di dalam perbualan semalam ialah bagaimana kekaguman beliau kepada Tokguruku Nik Abdul Aziz.

Baginya Tokguru tidak ada satu dan dua di dunia ini. Justeru dia mahu Tokguru menjadi spiritual leader sampai ke akhir hayatnya. "Ana mahu tengok apa yang berlaku kepada Khomeini di Iran dulu, di mana seluruh lapisan rakyat menghormati dan menyanjungi diri Imam Khomeini sampai ke saat akhir. Begitulah juga cita-ciata ana terhadap Tokguru Nik Aziz," tuturnya sambil tidak dapat menyembunyikan perasaan sebaknya.

Saya memahami kenapa dia beremosi sangat. Biarlah saya bercerita kisah ini dilain masa.

Apa yang hendak saya dedahkan dalam posting ringkas ini, ialah mengenai seorang bekas Exco di Selangor telah mengambil wang dari bekas wakil rakyat ini tetapi tidak melunasinya sampai ke hari ini. Ianya bukan banyak sangat hanya RM140,000.00 saja.

"Anta baik tak dengan dia (bekas Exco)," tanya bekas wakil rakyat berkenaan menduga saya mengenainya.

"Kenapa, ana tidak berapa kenal dengan dia, kenapa"? soal saya lagi suspen.

"Masa pilihan raya 2004 dia memerlukan wang untuk belanja pilihan raya. Jadi ana tidak ada pilihan lain memberikan dia wang. Tahun 2008 sekali lagi dia meminta wang jadi ana beri atas dasar persahabatan. Tidak banyak RM180,000. Dia sudah bayar RM40,000 jadi masih ada RM140,000." ceritanya sambil menunjuk beberapa SMS yang dihantar olehnya kepada bekas Exco berkenaan dan balasan dari bekas Exco itu yang berjanji untuk melunasinya.

"Dia berjanji nak bayar, tetapi sampai sekarang habuk pun tadak," katanya. "Saya nak tanya anta apa hukum kalau orang tidak bayar hutang," tanya beliau.

"Setahu saya salah dan berdosa apa lagi kalau dia mampu. Meminjam tetapi enggan membayar sedang ia mampu, bagi ana satu penipuan secara profesional!" kata saya. Wakil rakyat itu tercengang dan menyuluh ke dalam anak mata saya dalam-dalam.

"Kalau boleh anta bagi tahu, ana ni bukan baik sangat, dan tidaklah bengkeng sangat...," katanya terhenti disitu. Saya memahami dengan ayat-ayat yang tergantung itu. Kebetulan saya mengenali dia sejak tahun 70-an.

Apa yang menimbulkan masalah kepada bekas wakil rakyat berkenaan wang yang diberikan itu wang amanah, yang diserahkan kepada saya untuk menjaganya. Jadi tidak moleklah kalau amanah disalah gunakan.

Saya tidak nak komen panjang, hanya berharap kepada bekas Exco yang berhutang itu, silalah jelaskan hutang tidak baik buat-buat lupa. Bayar dan datanglah kawan saya itu seperti mana anda datang sewaktu hendak berhutang dulu.

Jangan kita hanya petah berbicara, manis mulut sewaktu hendak berhutang tetapi jadi terkunci mulut apabila sampai waktu membayarnya. Tidak ada guna kita bercakap fasal iman, fasal dakwah, fasal Islam, fasal ancaman Kristianisasi tetapi kita sendiri berpolot dengan hutang.

Saya ingin bagi petua agar bekas exco itu tidak melupai hutang dan kawannya itu. Sebelum turun ke rumah, bacalah Bismillah...dan sebelum melangkah ingatkan mana-mana hutang yang tidak bayar. Turunlah dari rumah dengan niat, akan berusaha untuk menjelaskan hutang. Turun dari rumah dengan azam, dengan tekad dan dengan iltizam hendak bayar hutang.

InsyaAllah kalau ini diamalkan, kalau ini dipraktiskan dan kalau ini dilaksanaklan, anda tetap akan mengingati apa-apa hutang yang membelenggu diri anda. Ingat juga terbelenggu dengan hutang yang tidak akan direda seolah-olah kita meletakkan batu besar di atas belakang kita, seolah-oleh kita meletakkan bukit dan gunung atas belakang kita. Seluuruuuuuuhhh hidup kita tidakakan aman.

Oh rupanya ada hutang kalau di lihat kepada kehebatan cakap seolah satu sen pun tidak terhutang dengan sesiapa.

DAP diminta segera serah penyata tahunan kepada ROS

Posted: 22 Jan 2013 02:02 AM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

PUTRAJAYA— DAP mempunyai 20 hari lagi untuk mengemukakan penyata tahunan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) selepas mengadakan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada 12 Dis lepas bagi membantu siasatan berhubung dakwaan wujud penyelewengan dalam pemilihan itu.

Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata mengikut Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966, sesebuah pertubuhan berdaftar termasuk parti-parti politik perlu mengadakan mesyuarat agung dan mengemukakan penyata tahunan yang juga mengandungi penyata kewangan dan senarai anggota jawatankuasanya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat itu.

"Hari ini hari ke-40, ibu pejabat DAP belum kemukakan (penyata tahunan). Jadi kita tak boleh cakap banyak selagi tidak dapat penyata tahunan ini kerana kita hanya tahu soal pemilihan ini dari akhbar sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pada 12 Dis lepas, DAP mengadakan pemilihan CEC dan mengumumkan keputusannya tiga hari selepas itu.

Bagaimanapun mereka kemudiannya mengakui berlaku beberapa kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan itu dan membuat pembetulan.

Abdul Rahman berkata sehingga kini pihaknya menerima lima aduan mendakwa berlaku penyelewengan dengan dua aduan dibuat di Seremban dan tiga lagi di Putrajaya.

Bagaimanapun, katanya, ROS akan menentukan kedudukan mereka yang mengemukakan aduan itu sama ada mereka benar-benar anggota DAP atau tidak kerana menurut Seksyen 18 (C) Akta Pertubuhan 1966 hanya anggota-anggota pertubuhan sahaja yang berhak membuat aduan.

Sehubungan itu, beliau berkata mereka yang membuat aduan diminta datang ke pejabat ROS minggu ini dan mengemukakan bukti berkenaan, sebelum aduan itu disiasat.

"Memorandum yang dihantar itu pun hanya beritahu ada manipulasi. Jadi kita rayu pada mereka, (kalau) ada maklumat yang mereka katakan ada (penyelewengan), datanglah. Kalau tak datang tak boleh nak buat apa-apa," katanya.

Katanya ROS juga tidak menolak kemungkinan untuk memanggil pemimpin-pemimpin tertinggi DAP untuk membantu siasatan. — Bernama

Saksi terakhir kes Kugan akui lihat mangsa dipukul

Posted: 22 Jan 2013 02:00 AM PST

TERKINI

KUALA LUMPUR-- Saksi terakhir dalam kes tuntutan kematian dalam tahanan A. Kugan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya hari ini mengakui ada melihat mangsa telah dipukul tetapi tidak mencatat dalam diari balai kerana tidak menyangka perkara buruk akan berlaku.

Dalam sesi pendengaran hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Lans Korperal Mohd Haizan Hamid, 31, memberitahu dihadapan Hakim V.T. Singham bahawa telah melihat defendan V Navindran memukul Kugan dalam bilik soal siasat tetapi beliau kemudiaannya telah menghalang tindakan Navindran tersebut.

"Semasa saya masuk ke dalam bilik, saya melihat Navindran sedang memukul Kugan.

"Kemudiaan saya telah menarik beliau daripada terus memukul," kata Mohd Haizan semasa menjawab soal balas daripada peguam Ramesh Sivakumar yang mewakili Navindran.

Walaubagaimanapun, Mohd Haizan mengakui telah melakukan kesilapan kerana tidak mencatat insiden tersebut dalam diari balai atas alasan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan menimpa keatas mangsa.

"Selepas insiden tersebut, saya ada bertanya Kugan tentang keadaannya dan dia menjawab tiada apa-apa.

"Saya tidak jangkakan keadaan buruk akan berlaku dan saya akui kesilapan kerana tidak mencatat insiden dalam diari," tambah beliau semasa memberikan keterangan saksi hari ini.

Haizan merupakan salah seorang saksi yang mengawal bilik siasatan semasa kematian mendiang Kugan dan berkata setiap insiden serta syif pertukaran anggota mesti dicatat dalam diari balai.

Haizan turut mengakui tindakan tersebut menyalahi prosedur tetapi menafikan ia bertujuan untuk menyembunyikan sesuatu yang buruk daripada dilaporkan.

"Selepas insiden dalam kes Kugan, sehingga ini tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan keatas saya.

"Saya tidak berniat untuk sembunyikan apa-apa, lagipun saya sudah bertanya Kugan tentang keadaannya dan dia kata dalam keadaan baik," kata Haizan yang tidak mempunyai rekod buruk sepanjang lima tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu lagi, saksi tersebut juga menafikan mendapat arahan daripada Ketua Polis Daerah Subang Jaya (Allahyarham) ACP Zainal Rashid Abu Bakar supaya memilih daripada kalangan 14 anggota polis yang terlibat dalam kes Kugan untuk dijadikan kambing hitam seperti didakwa oleh Narvindran sebelum ini.

Menurut Haizan, Zainal Rashid memanggil satu perjumpaan tidak rasmi dengan kesemua anggota yang terlibat dalam kes tersebut semata-mata untuk melihat mereka yang terlibat.

"Ketua Polis Daerah panggil semua anggota kerana untuk melihat anggota yang terlibat dalam kes tersebut.

"Tiada perbincangan atau arahan daripada beliau supaya seseorang perlu dipilih untuk bertanggungjawab dalam kes kematian Kugan. Saya tidak bersetuju berlaku perbincangan," kata beliau lagi.

Sesi hari ini merupakan yang terakhir dalam perbicaraan kes saman RM100 juta oleh ibu Kugan, N. Indra ekoran kematian anaknya Kugan yang ditahan pada 15 Januari 2009 kerana disyaki dalam kes curi kereta mewah dan ditemui mati di Balai Polis Taipan USJ pada pukul 11.40 pagi, 20 Januari 2009.

Pada 13 Januari 2012, Indra selaku pentadbir harta pusaka Kugan, menamakan Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor; bekas Konstabel V. Navindran; wakil pentadbir harta mangsa, Zainal Rashid Abu Bakar; Ketua Polis Negara (KPN) dan kerajaan Malaysia masing-masing sebagai defendan pertama hingga kelima.

Indra selaku plaintif mendakwa pihak defendan telah cuai serta melanggar kewajipan statutori mereka iaitu memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya dalam keadaan baik semasa dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Jan 2009.

Navindran didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 11 Jun lalu dan dihukum penjara tiga tahun kerana menyebabkan kecederaan parah ke atas Kugan.

Mahkamah menetapkan 28 Februari sebagai tarikh untuk pengurusan kes tuntutan oleh ibu Kugan ini sebelum menetapkan tarikh keputusan.

Bank Islam buat laporan polis kedua terhadap Azrul

Posted: 22 Jan 2013 01:53 AM PST

TERKINI

 
 
KUALA LUMPUR— Bank Islam mengesahkan telah membuat laporan polis kedua ke atas Ketua Ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin hari ini kerana menemui satu lagi bukti baru Azrul melanggar polisi dalaman syarikat perbankan tersebut. 
 
Dalam satu kenyataan, Bank Islam menyatakan punca laporan polis tersebut adalah sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surat tunjuk sebab yang dihantarnya lalu.

"Dalam menjalankan siasatan ke atas perlanggaran ini, pihak Bank menemui bukti keatas kesalahan lain yang menyebabkan kami untuk membuat laporan polis pada 18 Januari 2013.

"Semasa siasatan lanjut, pihak Bank melancarkan satu lagi laporan polis hari ini," kata Bank tersebut tanpa menjelaskan kesalahan terbaru yang dilakukan oleh Azrul tersebut.

Bank Islam juga mengulangi pendirian bahawa penggantungan Azrul tidak mempunyai kaitan dengan pembentangannya pada satu persidangan ekonomi serantau di Singapura yang lalu.

Pemegang saham terbesar dalam Bank Islam Malaysia adalah Lembaga Tabung Haji, sebuah badan berkaitan kerajaan yang menguruskan urusan umt Islam untuk menunaikan Haji.

Laporan polis pertama oleh Bank Islam menuduh Azul memiliki minit mesyuarat lembaga pengarah tanpa kebenaran, menyerahkan kepada pihak ketiga dan menyalin dokumen sulit tersebut untuk diserahkan kepada pihak ketiga. 
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan pihaknya telah menerima laporan kedua tersebut pagi tadi dan memberitahu pihaknya dalam siasatan ketika ini.

"Ya, kami sudah terima laporan polis daripada Bank Islam ke atas Azrul pagi tadi.

"Saya tidak boleh dedahkan lagi mengenai kes tersebut, tapi kami akan siasat dengan bukti dan keterangan yang diberikan," tambah Zainuddin.

Akibat daripada pembentangan Azrul Azwar di Singapura tidak berapa lama dahulu, majikannya telah menggantung tugas beliau atas alasan menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

Azrul Azwar dua minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times mengenai pembentangan ketua ekonomi, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil kira faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Azrul juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN.

Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu?

Posted: 22 Jan 2013 01:41 AM PST

Staff Berita Semasa 
Mahathir Tunku Abdul Rahman Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu?

Sesekali ada baiknya timbul isu seperti ini agar kita boleh singkap semula sejarah Tanah Melayu selepas merdeka tahun 1957. Pada pandangan kami, Suruhanjaya Diraja (RCI) ini telah membuka "can of worms" di atas penubuhan Malaysia itu sendiri. Sekiranya dibincang dengan lebih mendalam, konsep ketuanan Melayu itu sebenarnya tidak ada. Sebab apa?

Definisi Melayu dibuat dan termaktub dalam perlemabagaan, tidak ada "physical features" merujuk Melayu itu sendiri seperti Cina dan India. Sesiapa sahaja mempunyai peluang untuk menjadi Melayu menurut perlembagaan Malaysia.
Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau, Bangla, Indon…semua boleh menjadi Melayu.
IC Rahman Tanah Melayu Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Tun Dr Mahathir lebih suka mengambil pendekatan untuk mencari salah orang lain berbanding menilai semula kesilapan diri sendiri dengan cara menyalahkan Tunku Abdul Rahman. Hakikatnya, bangsa Cina, India diberikan kerakyatan kerana ia merupakan perjanjian dan syarat untuk membolehkan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957. Tanah Melayu mahu merdeka, mesti menerima syarat yang dikenakan oleh Bristih. Apatah lagi pada masa itu, parti UMNO lebih suka mengadakan rundingan dengan pihak Bristish

Jikalau anda semua mempelajari sejarah yang dibukukan di peringkat sekolah kita semula dimaklumkan seperyi di bawah ini :
  • Apabila merdeka : Ia merupakan usaha dan jasa UMNO
  • Tetapi melibatkan isu memberikan kerakyatan : Ia hanya salah Tunku Abdul Rahman, bukan salah UMNO. Adilkah begitu?
Tetapi Tun Mahathir jangan lupa seperti bait-bait perkataan yang pernah Tun Mahathir ungkapkan sebelum semasa ucapan pengulungan Presiden, Perhimpunan Agung UMNO pada 23 Jun 2001 yang berbunyi :
"Melayu Mudah Lupa"
 
Tun Mahathir perlu mengakui jika tidak kerana Tunku Abdul Rahman menerima kerakyatan bangsa Cina dan India pada masa itu jugalah, masakan bapa beliau Mohamed Kutty boleh diterima menjadi rakyat Malaysia. Yang mana Tun Mahathir Mohamed sendiri bertindak membuang nama Kutty daripada Mohamed. Kalau tidak buang, tidak dapatlah status bumiputera.
Adakah Tunku Abdul Rahman telah melakukan kesilapan besar kerana memberikan kerakyatan kepada bapa Tun Mahthir yang berasal dari Kerala, India?
Kenapa Tun Mahathir masih lagi mahu mempertikaikan keputusan raja-raja Melayu yang telah sama-sama bersetuju dengan British untuk memerdekakan Malaya pada masa itu? Tunku Abdul Rahman yang juga merupakan Presiden UMNO pada masa itu terpaksa akur  dan hanya mengikut syor dalam laporan Suruhanjaya Reid, yang kemudiannya dimasukkan ke dalam Bahagian III dalam perlembagaan persekutuan. Konsep kontrak sosial yang antara lainnya termasuk penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu untuk status kerakyatan orang Cina dan India. Menerimanya demi untuk melihat tanah Melayu merdeka.
  1. Mengapa Tun Mahathir mahu suruhanjaya diraja dibentuk untuk menyiasat pemberian kerakyatan kepada pendatang asing ketika pentadbiran perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman?
  2. Adakah Tun Mahathir beranggapan bangsa Cina & India yang ada di Malaysia ini menerima kerakyatan itu dengan cara tidak sah & tidak bermoral? Adakah begitu?
TunKu Abdul Rahman Merdeka Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Tun Mahathir Mohamad, Tunku Abdul Rahman sudah lama pun meninggal dunia. Kawan baik Tun Mahathir iaitu Tan Sri Megat Junid Megat Ayub yang dikaitkan dengan skandal projek IC Sabah (KLIK SINI) ini juga telah meninggal dunia. Yang telah pergi, biarlah. Usahlah….disebut-sebut. Yang masih tinggal inilah, gunakan ruang yang ada untuk beramal dan menghabiskan sisa-sisa hidup dengan berbuat baik kepada orang ramai.
Tun Mahathir bagi kami negarawan ulung, ada sumbangan dan jasanya, kami akui. Tetapi cukuplah. Masa, ruang dan peluang sudah diberikan selama 22 tahun. Mahu apa lagi?
Kami bersetuju dengan pendapat pakar perlembagaan negara, Profesor Aziz Bari yang mahu majlis raja-raja campur tangan dalam soal ini. ApA yang dilakukan oleh Tun Mahathir sangat berbeza dengan tindakan Tunku Abdul Rahman. Tun Mahathir :
  1. memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.
  2. Sebab Tun Mahathir bertindak begitu? 200,000 pendatang asing Muslim itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.
  3. "Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," kata Tun Mahathir

Beza Tunku Abdul Rahman VS Tun Mahathir

Kerakyatan Malaysia Rahman Mahathir VS Tunku Abdul Rahman : Tubuh Suruhanjaya DiRaja (RCI) Siasat Isu Kerakyatan 1 Juta Termasuk Cina & India di Tanah Melayu? 

Zaman Tunku bagi warganegara pada Cina dan India disebabkan mereka sudah tinggal lama di Tanah Melayu sehingga beberapa generasi dan mereka tiada tempat lain dan mengganggap Malaya tanah air mereka. Hidup mati mereka di tanah Melayu. Untuk kes Sabahan pula? Tiada sebab mengapa PATI patut diberikan hak mendapat warganegara. Atas sebab Islam sahaja? Selain daripada itu? Apa sumbangan mereka kepada negeri Sabah?

Alasan kononnya PATI ini telah tinggal lama di Sabah contohnya tidak boleh digunapakai. PATI ini bebas untuk keluar masuk Sabah, Filipina atau Indonesia dek kerana terlalu banyak "jalan tikus" dan sistem kawalan keselamatan yang lemah di sempadan.
  1. Projek IC ini bagi kami telah memperlekehkan perlembagaan negara.
  2. Kedua, mempermainkan undang-undang negara
  3. Ketiga, merosakkan sistem demokrasi negara
  4. Keempat, membahayakan keselamatan negara dan berlakunya ketidakseimbangan masyarakat
Pada zaman Tunku, kerakyatan diberikan sebagai salah satu isyarat kemerdekaan dan tekanan daripada British…pada zaman Mahathir tekanan yang ada ialah untuk ________________(jawapan untuk persoalan ini, kami pulangkan kepada anda untuk dijawab). Apa pandangan dan hujah anda pula mengenai isu kerakyatan di Malaysia yang meletus ketika ini?

P/S : Patutkah ditubuhkan Suruhajaya Diraja mengenai kerakyatan sebelum mereka?

Penduduk Pulau Indah Dapat Masjid Melalui Geran Selangorku

Posted: 22 Jan 2013 01:29 AM PST


masjid Al Qayyum pulau indah 01

PELABUHAN KLANG : Masyarakat Islam di Bandar Armada Putra, Pulau Indah di sini kini tidak lagi menghadapi masalah untuk beribadat apabila surau yang mereka guna selama ini telah dinaiktaraf kepada masjid.

Penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Suhaimi Mohamad Nor berkata surau tersebut telah dinaiktarafkan menjadi Masjid Al Qayyum bagi menampung keperluan penduduk di kawasan itu yang kini semakin bertambah.

"Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM 300,000 menerusi Geran Selangorku bagi membantu penduduk menyiapkan masjid itu dengan nilai keseluruhan RM 900,000.

"Kerja pembinaan dan menaiktaraf surau ini bermula pada akhir 2011 dan siap sepenuhnya pada pada akhir tahun lalu.

"Kini ia mampu menampung jemaah hampir 600 orang dalam satu masa berbanding sebelumnya hanya 300 orang," katanya.

Suhaimi berkata, pihaknya kini sedang dalam proses menyiapkan laluan masuk ke masjid itu.

"Kita membina jalan itu menerusi peruntukan disalurkan Kerajaan Negeri kepada Pusat Khidmat DUN. Anggaran kos pembinaan jalan raya itu adalah kira-kira RM 20,000," katanya.

Pengerusi Surau Al Qayyum, Saiful Izan Mohd Isa berkata, perancangan membina masjid di situ diusahakan kariah surau bagi menampung jumlah jemah yang kian bertambah.

"Kita merakamkan terima kasih kepada semua termasuk Kerajaan Negeri yang prihatin akan perkara ini," ujarnya.

Tak Tahan Gangguan Air, Warga Emas Tulis Surat Pada PM

Posted: 22 Jan 2013 01:27 AM PST


Pasangan Tak Dapat Air Pandan Jaya 01

PANDAN JAYA,: Semasa gangguan air di Lembah Klang tempoh hari, seorang warga emas, Muhamad Din, terpaksa bersaing dengan penduduk lain di pangsapurinya untuk mendapat sebaldi air daripada lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Meskipun tinggal di aras bawah Blok M2 Pangsapuri Pandan Jaya, kekuatan lelaki berusia 70an ini tidak cukup untuk beliau beratur panjang menunggu giliran dan berulang alik ke lori tanker.

Kesal dengan krisis itu, beliau menulis sepucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan susulan.

Muhamad terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak kelainan upaya (OKU).

"Saya susah betul bila air tiada. Isteri saya ada dirumah pula sakit pada ketika itu. Perihal air jangan dibuat main.

"Lori tanker memang ada tapi tak dapat. Saya pun tak larat nak angkat. Mujur orang ramai bagi ruang untuk saya ambil air dulu," katanya dengan nada sayu kepada TVSelangor dan pegawai Pejabatu DUN Cempaka yang bertemu beliau hari ini.

Muhamad antara setengah juta penduduk di Ampang, Cheras dan Gombak yang terputus bekalan air dari 29 Disember hingga ke 15 Januari.

Ia berpunca daripada kegagalan pam di rumah pam Wangsa Maju yang diuruskan Syabas.

Siasatan Jawatankuasa Pemantau Bekalan Air Selangor mendapati kegagalan pam tersebut adalah disebabkan Syabas tidak menyelenggaranya dengan baik.

Muhamad berharap masalah air tidak dijadikan modal permainan politik pihak berkepentingan kerana ia keperluan harian rakyat.

"Saya berharap ia (gangguan air) tidak berulang lagi."

Jelasnya, beliau menulis surat berkenaan secara peribadi tanpa melibatkan pihak lain.

Lebih menyedihkan, beliau menguruskan isteri tersayang yang bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan kini berada di Hospital Ampang.

Beliau menyara anak dan isterinya dengan bantuan wang pencen bekas tentera berjumlah RM1,000 sebulan.

Kutipan Zakat Selangor Meningkat Melebihi Sasaran

Posted: 22 Jan 2013 01:25 AM PST


Kutipan Zakat Selangor Meningkat Melebihi Sasaran 01

SHAH ALAM : Jumlah kutipan zakat harta dan fitrah di Selangor pada tahun 2012 melebihi sasaran, dengan jumlah kutipan sebanyak RM451 juta berbanding RM394.1 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd. Isa pada sidang media khas yang diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah di sini.

Menurut Adzib, jumlah kutipan ini melebihi daripada sasaran RM430 juta yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan kenaikan sebanyak 14 peratus dan perbezaan sejumlah RM59.6 juta.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM432.2 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM18.8 juta daripada zakat fitrah.

"Pada tahun 2012, LZS mengutip zakat harta sebanyak RM432.2 juta, berbanding RM376.1 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah kutipan zakat terbesar mengikut segmen disumbangkan oleh Zakat
Pendapatan (RM260.5 juta), diikuti Zakat Perniagaan (RM85 juta); Zakat Simpanan (RM30.5 juta);
Zakat KWSP (RM7.8 juta); Zakat Saham (RM7.8 juta); Zakat Emas dan Perak (RM2.1 juta); Zakat Harta (RM34.6 juta); Zakat Tanaman (RM2.6 juta), Zakat Ternakan (RM0.03 juta) dan Qada Zakat (RM1.4 juta).

"Jumlah pembayar zakat harta bagi tahun lalu ialah seramai 210,723 orang (meningkat 17 peratus) berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 44,488 orang merupakan pembayar baru di LZS," katanya.

Sementara itu, katanya, bagi tahun 2012, Mais melalui LZS telah mengutip zakat fitrah sebanyak RM18.8 juta, berbanding RM18 juta pada tahun 2011.

Tambahnya, LZS turut meletakkan sasaran kutipan zakat bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM470 juta iaitu kenaikan sebanyak 4 peratus berbanding pencapaian tahun lalu.

Katanya lagi, program pencarian fakir dan miskin yang dikenali sebagai Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) yang diperkenalkan sejak 2011 juga kini telah mendaftarkan seramai 932 keluarga untuk menerima pelbagai bantuan.

Dalam pada itu, LZS juga akan melaksanakan beberapa inisiatif baru pada tahun ini antaranya Klinik Bergerak dan Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor dengan kerjasama Kumpulan Perubatan Johor(KPJ).

"Manakala pusat jagaan warga emas yang bertempat di Jalan Kebun, Shah Alam itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan Jun tahun ini. Pusat jagaan ini akan memberi perkhidmatan penjagaan, perlindungan dan pemulihan bagi warga emas lelaki dan wanita," jelasnya.

Anwar pertimbang ambil tindakan ke atas Hasan Ali

Posted: 21 Jan 2013 04:17 PM PST

KeadilanDaily,


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum PKR itu dalam Utusan Melayu.

"Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam," kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

"Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan.

"Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan," jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

"Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas," tegasnya.

"Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya," kata Anwar lagi.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar – Hasan" mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Tiada ulasan: