Selasa, 22 Januari 2013

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEMUA JADI NATO - NO ACTION TALK ONLY

Posted: 22 Jan 2013 07:27 PM PST



KAH KAH KAH
KAH KAH

KAH
kotak kecil duduk ditepi
anak bengali jual kelapa
bila katak dah pandai main api
braheng ali nak main gapo? 







----

PAK CIK YANG HEBAT TIBAI GEROMBOLAN

Posted: 22 Jan 2013 06:00 PM PST




NOTA:
ada mama datang dengan baju kuning
ada abang datang dengan baju R
kelmarin pak cik ini datang dengan bajhu PGU
kah kah kah




Tahniah!! aku betul kagum kat pakcik ni. Tanpa segan silu hadir menerima dana bantuan persekolahan di Sekolah Kg Nyor Paka Terengganu yang disampaikan oleh Adun Paka dengan memakai baju PGU, yess !! PAS Ganti Umno ~ 





-----

DUA EKOR ANAK ALI - MEMBAWA UNDI CHINA KE DALAM PAKATAN

Posted: 22 Jan 2013 05:30 PM PST



BAKAR JANGAN TAK BAKAR
anak ali dua ekor ini
adalah pembawa undi
bukan melayu
ke dalam pakatan rakyat
lagi heboh lagi baik
 Kalimah Allah: Hasan Ali gesa KDN tindak tegas

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam pengeluaran Bible berbahasa Melayu dan menggunakan... 20:07:57









-----

PUTAR PUNYA PUNTAR SATU EEE SUDAH SANGKUT

Posted: 22 Jan 2013 04:30 PM PST



  • KAH KAH KAH
  • KAH KAH KAH
  • KAH KAH KAH

  • woit... INI BERITA BAIK.... kah kah kah

  • kah kah kah....PUTAR PUNYA PUTAR.... EEE SUDAH SANGKUT...kah kah kah..



  • INI MADEY..opps... INI MUBARAK


  • Pengerusi BERSIH Sabah: RCI perlu sepina Mahathir
  • NONEBERSIH Sabah mahu semua tokoh kerajaan negeri dan 

  • persekutuan yang berkhidmat sewaktu berlakunya 

  • pemberian "warganegara-untuk-undi", termasuk bekas 

  • Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disepina oleh RCI 

  • siasat pendatang di Sabah

  • -----

LANCHAU LAAA KALAU NAJIB BERANI

Posted: 22 Jan 2013 06:30 AM PST




TIPU PILIHAN RAYA
TURUN JALAN RAYA
 
Gobind: PM tak boleh diam diri terhadap PERKASA
11:17AM Jan 22 2013
Gesaan PERKASA supaya umat Islam membakar Bible versi Bahasa Malaysia yang menggunakan kalimah Allah, telah mendorong beberapa pihak mempersoalkan ketiadaan tindakan oleh  Najib Abdul Razak terhadap perkara itu.

SITI NAJIBAH


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, Najib tidak lagi boleh berdiam diri terhadap gesaan Presiden PERKASA,Ibrahim Ali yang dianggap oleh pemimpin DAP itu "mengandungi unsur-unsur jenayah".

Sehubungan itu, beliau meminta Najib membuktikan keikhlasan
beliau ketika memberitahu rakyat Malaysia beragama Kristian bulan lepas bahawa kerajaan "tidak lupa" kepada mereka.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...LANCHOW NAJIB BERANI.... kah kah kah..

kah kah kah... SAMPAI KIAMAT TAK AKAN BERANI.... kah kah kah..

kah kah kah... LAGI KAN DEEPAK NAJIB TAKUT... kah kah kah..

kah ka kah...INI KAN PULA KATAK PURU.... kah kah kah

PERKASA: Gesa bakar Injil guna kalimah Allah demi 'penyedaran'
Presiden NGO pro-Melayu PERKASA  Ibrahim Ali menjelaskan bahawa beliau menyeru supaya membakar Injil berbahasa Melayu dengan kalimah Allah untuk menyedarkan pihak yang didakwanya cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, Ibrahim berkata seruannya itu juga bukan bertujuan untuk menyinggung perasaan penganut Kristian.

"Kita menghormati agama Kristian dan bukan niat saya menyinggung atau menyakiti oranglain. Kita banyak bertolak ansur.

"Namun apabila kita menyuarakan reaksi terhadap perbuatan pihak tertentu menyebarkan Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di Pulau Pinang, ramai yang melenting," katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Seruannya itu menerima tentangan keras dari pelbagai pihak, antaranya MP Puchong Gobind Singh Deo yang mempersoalkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu ini.

Gobind berkata Najib tidak boleh lagi berdiam diri dengan kenyataan Ibrahim yang didakwanya bersifat "jenayah" itu.

Katanya, Najib juga perlu membuktikan keikhlasannnya kepada golongan Kristian di Malaysia bahawa kerajaan "tidak melupai" mereka.
BRAHENG  ALI
menunggu najib
di pasir mas

----

SIFAT EEE YANG TAK MENGENANG BUDI

Posted: 22 Jan 2013 05:00 AM PST


KOMENTAR TUKAR TIUB:
dari zaman kerajaan melayu melaka lagi
makhlok jenis eee ini akan buat kerenah

jangan lupa keling kitul
jangan lupa keling mendeliar

dua ekor eee ini pengeluar fitnah dan tohmah



Troll Politics

Like This Page · about an hour ago 

Ayah Mahathir Pendatang Asing...!!!

Mahathir Sepatutnya Ucap Terima Kasih Kepada Tunku... Kalau kewarganegaraan itu tidak diberi kepada bapanya, mungkin hari ini Mahathir berada ditanah air bapanya iaitu di Kerala.

Ayah Mahathir adalah pendatang dari Kerala, Selatan India etnik Malayalam. Iskandar Kutty berhijrah ke Tanah Melayu dan memeluk Islam serta berkahwin dengan orang melayu dan menukar namanya kepada Mohamed.

-----

TIPU PILIHAN RAYA - TURUN KE JALAN RAYA

Posted: 21 Jan 2013 08:16 PM PST


TIPU PILIHANRAYA
TURUN
KE JALAN RAYA

 500 RIBU SATU AMARAN


Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 berjaya. Percubaan untuk mengagalkan telah gagal. Seramai 500,000  anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur untuk berhimpuan di Stadium Merdeka.  Saperti biasa media milik United Malays National Organisation akan membuat pelbagai kesah, lawak dan dongeng.

Dari awal lagi telah dijangkakan  Mat Remeh bin Temeh akan mempertikaikan jumlah yang hadir.  Sama ada 700 ribu atau 500 ribu tidak penting. Ini bukan peraduan congak.  Ini bukan peraduan  mengukur berapa kilo  berat badan Rosmah Mansor.  Yang  saheh dan penting ialah  500,000 warga – tua dan muda – anak semua bangsa telah turun ke Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013 untuk memperlihatkan keberanian mereka bangun melawan  United Malays National Organisation.

Manakala, Siti Temeh binti Lebai Remeh  telah memecah  urat kentot  berfikir untuk  menganjing HKR112.  Sayangnya, urat kentot si Minah ini hanya berkeupayaan untuk menamakan HKR112  ini dengan nama Himpunan Shamsidar. Lawak bodoh Himpunan Shamsidar  ini diberitakan telah menetas dari mulut Ketua Penerangan United Malays National Orgaisation.

Jika keupayaan fikrah Ketua Penerangan parti yang memerentah  hanya ke tahap  'himpunan shamsidar'  maka jelas negara Malaysia kita ini sedang berada dalam bahaya.  Percubaan bangang saperti ini adalah cermin muka untuk kita semua menyedari  bahawa negara kita kita sedang dikemudikan oleh Mamat-Mamat  Remeh bin Temeh  yang memiliki lubang kosong diantara dua telinganya. Paling menyedihkan ada diantara  Mat Remeh ini telah berjaya  menyamar sebagai Ketua Penerangan dan menjadi Menteri.

Justeru, mari kita lupakan  jumlah 500,000 yang datang. Apa yang wajib kita fahami ialah apa makna dan tanda dari kehadiran ini.

Saya telah merayau dari pekan ke  kampong untuk  mengelodak,  mengecar dan menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur. Hakikatnya hasutan saya itu berjaya. Tim menghasut  - dari parti politik, Ngo dan aktivis - telah berjaya menghasut orang ramai untuk turun ke Kuala Lumpur.  Saya tepok dada tanda puas hati. Tangan kanan saya bersalaman dengan tangan kiri saya.

Sebenarnya, saya tersenyum puas apabila melihat:  yang capek mamakai tongkat, yang pekak tertanya-tanya, yang buta diheret  teman, yang tua berkerusi roda, yang sesat melihat GPS, yang  Cun dihurung Balak,  Yang  Cool membawa spanduk  -  semua berjalan untuk memasuki Stadium Negara.

Biasanya sesiapa yang menyusun program akan merasa cuak dan berdebar-debar kalau-kalau tidak ramai yang datang. Saya juga merasa cuak dan bedebar-debar bukan takut orang tak datang tetapi saya gerun jika terlalu ramai orang  yang datang.  Saya akui disini jumlah 500,000 yang turun ke Kuaal Lumpur pada 12 Januari 2013 itu lebih dari mencukupi. Apa yang  menakutkan ialah  kita berhimpun dalam kawasan bertembok dan berpagar.

Saperti yang telah saya tuliskan dahulu,  bahawa ampohan orang ramai ini akan mengubah lanskap politik negara. Buktinya - kita terbaca bagaimana Muhyiddin dikatakan, pada hari Sabtu yang sama akan mengadakan Himpunan Di Raub. Tetapi berita ini hilang bagitu sahaja. Tak tahu hujung pangkal.  Tidak dipastikan jadi atau tak jadi.

Manakala si Najib pula telah  mangadakan Himpunan Di Semenyih di hadapan Dataran Tesco. Gambar resmi yang dikeluarkan, dari sudut semiotik – perhimpunan ini adalah  satu penghinaan kepada Orang India.  Utusan Malaysia   dengan bangga  tetapi bodoh telah memaparkan gambar Orang India sedang  berebut-rebut untuk mengaut beras hadiah dari Barisan Nasional.

Bayangkan betapa hinanya Orang India di Malaysia ini terpaksa  berebut-rebut menghulur tangan untuk mendapat satu kampit beras hancur. Ini sama saperti imej  ' kebuluran' dalam negara dunia ketiga yang selalu kita lihat digambarkan oleh media kaum imperialis.

Inilah perubahan lanskap politik yang saya maksudkan. Rakyat  memukul gendang  -  United Malays National Organisation terpaksa menari. Najib dan Muhyiddin Sabtu lalu telah menari mengikut rentak irama HKR112.

Pasti ramai yang akan bertanya kenapa kali ini tidak ada tembakan gas pemediah mata dan tidak ada semburan  cecair kimia?  Malah ada  anak-anak muda merasa HKR112 ini 'kureeeng cool' tanpa tembakan gas pemediah mata. Untuk anak-anak muda ini biar saya bersurah untuk membawa hikayat pejuangan jalan raya.


Jalan raya sebagai wadah perjuangan bukan satu yang baru. Turun berdemo ke  jalan raya ini bukan ombak politik baru di tanah air kita ini. Dizaman British lagi Hisbul Musliman, Parti Komunis Malaya, Parti Rakyat, API, KMM, PKMM, kesatuan buruh, anak pelajar, agamawan  telah mengunakan jalan raya sebagi kancah politik melawan penjajah. Malah United Malays National Organistion sendiri telah keluar berdemo di jalan raya untuk menentang penubuhan Malayan Union pada tahun 1946.

Wajib juga saya surahkan disini – ketika abang adik – kyusuk mendengar ucapan dari pemimpin Ngo dan Parti Politik -  sedarilah bahawa keselesaan berhimpun dalam Stadium Merdeka  Sabtu lalu adalah hasil dari perjuangan menuntut hak yang maha panjang. Ramai telah pecah kepala, buta mata, patah tangan, patah  kaki, dipenjara , malah ada yang telah ditembak mati  ketika berdemo.  Sabtu lalu adalah penyambungan perjuangan hak berdemo dan hak berhimpuan  di jalan raya. Hak ini ditulis jelas  dalam perlembagaan.  Tetapi selama 54 tahun  ini United Malays National Organisation telah menafikan Fasal 10 Hak Berhimpun yang tertera dalam   Perlembaaagn Malaysia.

Orang ramai telah ditakut-takutkan dari berani  keluar ke jalan raya. Belantan, chota, gas,  kimia, penjara dan mahkamh  telah digunakan untuk menakutkan orang ramai.  Bertahun-tahun orang ramai telah berjaya ditakut-takutkan. Malah orang ramai juga telah  ditakut-takutkan dengan konsep 'menggulingkan' kerajaan. Orang ramai ditakut-takutkan  dengan konsep 'menjatuhkan' kerajaan. Orang ramai dihantui dengan pelbagai undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk memastikan United Malays National Organisation akan terus berkuasa.

Tersenyumlah -  kerana semua ini hanya tinggal dalam buku sejarah. Hari ini tidak ada sesiapa lagi yang takut untuk menggulingkan kerajaan.  Tidak ada siapa lagi yang takut untuk berdemo di jalan raya.  Telah saheh turun ke jalan raya untuk  berdemo telah menjadi budaya politik kita.

Jumlah  500,000  adalah 500,000 yang mewakili  anak semua bangsa. Mereka telah bertekad dan bersetia dengan  membaca Deklarasi 12 Januari. Mereka telah berjanji untuk menghumbankan United Malays National Organisation  dan kuncu-kuncunya  jika Barisan Nasional menang dengan jalan menipu dalam PRU13 ini.

Amaran ini amat jelas terpampang besar  untuk dibaca oleh warga dalam stadium. Untuk yang tidak berada dalam stadium, untuk yang dirumah atau diluar negara  'Kain Rentang Amaran' ini boleh dilihat dalam puluhan rakaman gambar dan klip video  yang sedang mengampoh di alam maya.

Amaran: Tipu Pru Rakyat Bangkit Humban Kamu -  ayat inilah yang tersirat dan tersurat. Amaran ini tidak berselindung dengan kata-kata molok. Tidak berselindung dengan kata-kata diplomasi.  Amaran ini dinyatakan dengan  jelas dan terang. Amaran ini  ditujukan  kepada United Malays National Organisation. Inilah amaran HKR112.

Secara sedar. Secara bersopan. Secara hormat  orang ramai yang turun ke jalan raya telah memberi amaran agar mereka tidak lagi  akan ditipu saperti dalam pilihan raya yang lalu.

Amaran ini bukan pula akan menafikan hak dan tuntutan pelbagai Ngo. HKR112 secara sedar disusun untuk menjadi kemudi dalam penggumpulan kesemua kemarahan,  kesemua ketidak puashatian dan keresahan warga yang selama ini merasakan diri mereka  telah ditipu dan ditindas  oleh United Malays National Organisation.

Malah,  tuntutan dari Ngo-Ngo ini juga diajukan kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana para aktivis Ngo sedar kemungkinan kilang Lynas tidak akan ditutup masih ada walau pun kerajaan Pakatan yang berkuasa. Bagitu juga, para aktivis sedar bahawa kemungkinan tanah orang  kampong di Pengerang  akan terus dirampas   walau pun telah ada kerajaan baru. Kemungkinan ini wujud. HKR112 juga bertujuan untuk mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa – rakyat melihat dan memerhati.

PRU13 ini dijadikan sasaran induk  kerana telah jelas dengan bukti-bukti yang saheh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya sedang merancang untuk menipu.  Benteng akhir pertahanan United Malays Naztional Organisation ialah SPR. Menipu untuk mendapatkan undi hanyalah cara untuk Barisan Nasional menang.

 
Justeru, kita tidak perlu berselindung dengan  konsep ' non partisan' atau tidak menyebelahi mana mana pihak.  Untuk rakyat tertindas, untuk warga miskin, untuk rakyat yang tanah kampong halaman dirampas – untuk kesemua ini jelas dan terang mereka memihak – memihak bersama-sama sesiapa sahaja yang ingin menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.

Memang betul dan tepat di Malaysia tidak ada Arab Spring. Kita bukan Arab. Apa yang ada ialah Malaysian Durian.  Hari Sabtu 12 Januari yang lalu ialah  tanda 500,000 pokok durian sedang berbunga.  Jika dalam PRU13 ini rakyat ditipu sekali lagi oleh SPR maka yakinlah bunga bunga durian ini akan meledak.  Bunga durian ini bukan hanya 500,000 jumlahnya  - malah berjuta akan turun ke jalan raya.

Jangan tipu dalam PRU13. Ini amaran. Untuk pegawai SPR sebelum menjalankan projek tipu kerana mendapat  arahan   dari United Malays National Organisation – sila lihat  dahulu gambar-gambar dalam klip YouTube tentang  HKR112.  Bertenang dan fikirkan -  yang saya tulis ini bukan acaman. Tetapi satu janji. ( TT)


 
NOTA:
tulisan ini terlah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila
pukul talipon 03-22-72-40-45
  
  


------

TEKNIK PENIPUAN DI SABAH TELAH DIBAWA KE SELANGOR

Posted: 21 Jan 2013 07:59 PM PST





TIPU PILIHAN RAYA
TURUN KE JALAN RAYA


Kenyataan Akhbar , 22 Januari 2013

SRD SABAH: SPR dan Kerajaan Wajib Jawab

 Semua Tuduhan

BERSIH 2.0 terperanjat dengan tuduhan-tuduhan terbaru yang dibuat dihadapan Siasatan Suruhanraya DiRaja Sabah – SRD SABAH. Kenyataan-kenyataan dari bekas pegawai kerajaan yang menuduh Jabatan Pedaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  bersubahat memberikan status warga negara dan dokumen kerakyataan kepada beribu-ribu warga asing tanpa proses yang sah. Warga asing ini menjadi 'warga baru' untuk diletakan di kawasan-kawasan seluruh Sabah dengan tujuan untuk menambahkan lagi jumlah ' Pengundi Muslim'.

Kami sedar SRD SABAH masih berjalan. Walau bagaimana pun, BERSIH 2.0 menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjawab tuduhan-tuduhan ini dengan segera.

Orang ramai sedang menunggu jawapan  SPR  terhadap tuduhan-tuduhan ini.  Tuduhan-tuduhan ini amat berat.  Keyakinan orang ramai terhadap SPR amat rendah. Tuduhan-tuduhan baru ini semakin menghakiskan lagi keyakinan orang ramai terhadap SPR.  Tuduhan ini akan memperlekeh keupayan SPR untuk menjalankan pilihan raya.

Kami menyeru SPR untuk menjawab:
  
-        Bersihkan senarai pengundi. Sebelum  SRD SABAH  selesai, kita akui bahawa ini bukanlah kali pertama tuduhan dibuat  tentang senarai pengundi Sabah yang tidak diyakini. Pada tahun 2001, bekas ketua menteri  Sabah Yong Teck Lee telah mengosongkan kerusinya di ADUN Likas satelah Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu  membuat keputusan mengharamkan senarai pengundi Likas  yang penuh dengan 'pengundi hantu' dan pengundi bukan warga Malaysia. MERAP – the Malaysian Electoral Roll Analysis Project, yang dikepalai oleh Dr Ong Kian Ming, tahun lalu telah mempertikaikan  ketelusan  senarai pengundi Sabah. Ini sesudah lebih dari satu dekad kes Likas disebut di mahkamah Kota Kinabalu.

-        Sila beri pandangan yang serius terhadap tuduhan ini. SPR wajib dengan segera mengambil langkah untuk membersihkan senarai pengundi.


-        Menjalankan siasatan yang telus dan rapi tentang semua tuduhan-tuduhan ini. BERSIH 2.0  sedar bahawa  SRD Sabah tidak ada bidang kuasa untuk mengenal pasti siapa yang bertanggung jawab memberikan kerakyatan segera kepada warga asing. Juga  tidak ada keupayaan untuk mencadangkan hukuman terhadap orang-orang jahat ini. Atau menyelidiki apakah ganjaran yang diterima satelah membuat kerja jahat ini dan satelah mendapat kad pengenalan. Lagi pun, siasatan ini hanya terhad kepada Sabah.

Justeru, SPR wajib bekerja dengan kerajaan untuk memastikan pekerja SPR bebas  dari memiliki hubungan gelap dengan  gerombolan-gerombolan yang berkerja untuk mengeluarkan  kad pengenalan segera dan status kewarga negaraan segera. Pekerja SPR yang terlibat wajib dibawa ke pengadilan.
  
Semua tuduhan ini amat berat. Jika benar, maka ada lebih dari 100,000 pengundi hantu yang akan mengundi dan membuat pilihan. Kehadiran pengundi hantu ini akan memperlekeh sistem pilihan raya  Negeri dan Persekutuan. Keputusan pilihan raya ini amat-amat disangsikan. Dalam masa yang sama, BERSIH 2.0 telah menerima banyak laporan dari orang ramai tentang pekara yang sama berlaku diseluruh negara. 

Kajian dari MERAP menunjukkan pekara yang sama juga sedang berlaku di Selangor.

Justeri, kami menyeru SPR dan kerjaan untuk melancar siasatan sama ada 'Ops Durian Buruk'  telah juga diguna pakai di Sarawak dan di Semenanjung. BERSIH 2.0 menekankan disini  tentang masa yang amat singkat untuk membuat siasatan kerana pilihan raya umum akan sampai. Kami sekali lagi menyatakan kesediaan kumpulan masyarakt madani untuk membantu membersihkan senarai pengundi.

BERSIH 2.0 menyeru SPR dan kerajaan untuk memandang berat semua tuduhan-tuduhan ini. Pilihan raya yang bersih dan adil bukan hanya permintaan parti politik. Pilihan raya bersih dan adil ada hak semua warga Malaysia

Terima Kasih
 


---

PENCERAHAN PEMBACA - ORANG MELAYU DENGAN ALLAH

Posted: 21 Jan 2013 07:12 PM PST





JEMPUTAN
anak muda lipis
BENTA PAHANG


SATU BUKAN DUA DAN BUKAN TIGA

Matrojak :) Kapital/Huruf Besar pulak hujahnye.. Pada nama Allah itu sendiri sudah menerangkan AL itu yang satu, yang Esa, Yang tunggal yang tiada dua atau tiganya. yang tiad aberanak atau diperanakan. Kamu orang Islam disuruh mengucap Kalimah Shahadah tidakkah kamu fahami setiap maknanya? Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH?

 adalah juga tida tuhan yang disembah melainkan tuhan yang satu. Begitu hebatnya kalimah tuhan dia menafikan tiada tuhan kemudian memberikan pengecualian iatu dirinya. Tiada tuhan yang disembah kecuali tuhan yang satu atau Allah. on ORANG MELAYU DENGAN ALLAH
Anonymous
on 1/22/13
 
ALLAH TIDAK BERANAK
Abang TT pencerahan tentang kalimah Allah. Kalau dari segi bahasa dan akidah yang aku belajar sedikit sebanyak bahasa Arab, Al bermaksud yang satu, yang tunggal. Kalau Kristian nak guna ALLAH dah jadi tidak tepat terjemahannya. Sepatutnya kalau nak terjemah ke arab konsep trinity, 3 tuhan tu Tallah kot. 

Dalam Quran sebab banyak disebut ALLAH maka ianya telah menjadi seakan nama khas jadi biasanya tidak diterjemahkan sebagai tuhan yang satu atau tuhan yang tunggal. Lebih shortform dikenali sebagai ALLAH sahaja. Jadi biasanya Quran yang diterjemah dalam bahasa apapun mengunakan nama ALLAh sahaja. 

Memang Allah tu tungal yang satu tiada beranak dan diperanakan. Jadi ALLAH tu lengkap dan ringkas menerangkan sifatnya. Jadi itulah maksud dan makna Allah. Manakala dalam Kristian tidak mengunakan nama Allah kerana konsep sudah berubah maka "Lah" diterjemah sebagai tuhan atau God atau Lord sahaja. Tidak dijadikan sebagai nama khas iaitu ALLAH. Mari kita belajar bahasa arab dalam on ORANG MELAYU DENGAN ALLAH

KITAB INJIL PULAK
Aku Muskhil sebenarnye Orang nelayu ni malas membaca yang orang kritian nak terjemah ke bahasa melayu buat apa? Sape la nak baca Injil2 ni nanti jadi alas bungkus nasik lemak aje..

 Sampai nak terjemah tuhan jadi Allah pun buat apa? Bukan Allah tu nama KHAS? kalau manusia nama KHAS ni dia tak terjemah tetap akan pakai nama tu misalnya MAHATHIR tetap MAHATHIR takda pulak diterjemah jadi ex-prime minester atau mamak? Jadi dalam bible mana ada nama Allah tu? 

Jadi aku muskhil kenapa God dalam bahasa ingeris nak diterjemah jadi Allah pulak aisyeh.. Kat mana mereka belajar bahasa ni? Tapi kalau nak pakai tak salah pun kalau nak habaq Allah tu yang bagi Jesus kitab injil. yerla memang la Allah kan bagi Nabi Isa.. tu orang melayu faham le.. tapi kalau ikut kat penang ada 40 perkataan selain Allah termasuk masjid, surau dan lain-lain yang telah dicopyrightkan untuk orang Islam sahaja. on ORANG MELAYU DENGAN ALLAH
Anonymous
on 1/21/13
 
INI GOD PULAAAAAKKK
Woit TT tak nak explain ker???... takpe biar saya yang explain dgn stail sy.... siarkan tulisan ini jangan tidak siar...hahahahahaha... Ada beza diantara God ("G" huruf besar) dengan god ("g" huruf kecil)....perkataan God ("G" huruf besar) didalam bhsa Arab ialah Allah... dlm bhsa Melayu ialah "Tuhan" ("T" huruf besar)... yang mana "G" (God) atau "T" (Tuhan) yang huruf besar itu boleh diterjemahkan kpd Allah... yg tidak boleh diterjemahkan kepada Allah ialah perkataan god ("g") atau tuhan ("t") huruf kecil... 

Kekeliruan orang Melayu di Malaysia didalam isu ini mungkin kerana disebabkan prejudis dan merasakan mereka sahajalah berada dijalan yang benar, jika tidak mengapakah mereka tidak teliti betul2 kapital huruf awal didalam perkataan God dan Tuhan?? 

Memang benar orang Kristian mempercayai Triniti tetapi didalam masa yang sama mereka juga percaya Tuhan Yang Esa (yang dieja dengan kapital huruf besar diawal perkataan)... oleh itu mereka juga boleh guna istilah Allah... no sweatlah on ORANG MELAYU DENGAN ALLAH


GAMBAR INI DISIARKAN
untuk membunuh selera makan tengah hari ini
jangan makan banyak sangat
kah kah kah



----

Tiada ulasan: