DUNIACACAMARBA |
Debat PR-BN, Kerusi untuk Zambry Disediakan, Persoalannya.... Posted: 21 Jan 2013 08:25 PM PST Adakah Dr. Zambry berani menghadiri majlis tersebut dan seterusnya menjadi wakil BN berdebat dengan wakil PR? [SH] IPOH – Meskipun masih belum mendapat sebarang maklum balas secara rasmi, Jawatankuasa Teknikal Debat Darul Ridzuan yang berlangsung esok, tetap akan menyediakan kerusi khas untuk Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak. Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan. "Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini. "Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung," katanya pada satu sidang media, di sini, semalam. Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN. Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun. Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Memetik laporan sebuah akhbar tempatan, semalam Zambry dikatakan enggan melayan kerenah Mohammad Nizar untuk berdebat kerana menganggap pemimpin Pas itu tidak akan menerima apa sahaja penjelasan yang diberikan sama seperti isu projek hab bijih besi Vale di Teluk Rubiah, Lumut. Mengulas perkara itu, Jawatankuasa Strategik dan Isu Pas Negeri, Safarizal Saleh mahu, Adun Pangkor itu bertindak profesional sesuai dengan kedudukannya sebagai menteri besar. "Kita sudah menghantar jemputan secara rasmi dan sewajarnya mereka juga boleh memberikan jawapan secara rasmi," katanya. P/s: Harap-harap MB yang pernah mengajar TM di universiti dahulu tidak kecut seperti bosnya. |
[Video] "Anwar Pengkhianat Negara" Posted: 21 Jan 2013 04:45 PM PST [TMI] KUALA LUMPUR, 22 Jan — Sebuah klip video muncul di YouTube yang menunjukkan seorang lelaki dikatakan pegawai Biro Tata Negara (BTN) berucap kepada pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Pandan Indah agar mendapatkan sokongan keluarga mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan menendang keluar Pakatan Rakyat (PR) dari kerajaan negeri Selangor. Klip video empat minit setengah bertajuk "Anwar Pengkhianat Negara" dimuat naik di laman perkongsian video itu pada 9 Disember lalu diterbitkan semalam oleh penulis blog Anak Sungai Derhaka dan portal berita Harakahdaily. Kedua-dua memperkenalkan lelaki tersebut yang dianggap dari BTN, sebuah agensi kerajaan. Tiada pengesahan bebas tentang identiti lelaki itu walaupun peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan ahli politik tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di sekolah. Dalam video itu, pegawai tersebut merujuk penonton sebagai pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah dan kemudian merujuk mereka sebagai pelajar Tingkatan Enam. Bercakap dalam Bahasa Malaysia, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana menjemputnya memberi ucapan bertajuk "Anwar Pengkhianat Negara" yang disusuli dengan tepukan dan ketawa terbahak-bahak, termasuk komen bersifat menghina "dia dijemput dia kata". Lelaki yang dianggap dari BTN. — Gambar diambilkan dari video Lelaki, berpakaian baju F1 yang terkenal dikalangan pekerja agensi kerajaan, memberitahu pelajar Selangor dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000. "Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008. Saya berharap adik-adik semua beritahu kepada ibubapa bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor," katanya disambut dengan tepukan oleh hadirin. Beliau juga menyuruh pelajar memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu. "Jadi adik-adik yang tingkatan enam ni, sama-samalah kita bersama dengan kerajaan Barisan Nasional, yakinkanlah bapak ibubapa adik-adik bersama Barisan Nasional untuk kita terus menghentam Pakatan Rakyat," kata pegawai tersebut disambut dengan teriakkan "takbir". Klip video terbaru muncul seminggu selepas klip sebelum ini yang menunjukkan dewan penuh dengan mahasiswa menghadiri forum anjuran organisasi badan bukan kerajaan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), dilihat selari dengan BN. Dalam klip tersebut, Presiden SW1M Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskeen mencaci pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani kerana mempersoalkan pembentangan mengenai elemen anti kerajaan. SW1M dikritik hebat berkenaan dengan video klip tersebut sementara Sharifah Zohra menyalahkan pembangkang kerana menjadikan acara tersebut sebagai isu. Malaysia sekarang sudah membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun keatas untuk mengambil bahagian dalam politik selepas halangan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ditarik balik. Umur mengundi di Malaysia adalah 21 tahun keatas. Lebih kurang 25 peratus atau 3.3 juta daripada 13 juta pengundi berdaftar akan membung undi mereka buat pertama kali pada Pilihan Raya 2013. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk minggu lalu beliau akan membubarkan parlimen tidak lama lagi dan mengadakan pilihan raya sebelum mandat BN berakhir pada 28 April. BN sekarang mengawal 136 daripada 222 kerusi parlimen dan sembilan daripada 13 negeri di Malaysia selepas PR mencipta sejarah pada Pilihan Raya 2008. P/s: Hakikatnya tiada lesen rumah urut atau pusat hiburan baharu diluluskan oleh Pakatan Rakyat Selangor sejak 2008 (selepas menawan Selangor dalam PRU12). Baca di sini. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan