Selasa, 1 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


GANGNAM AMBANK STYLE KAH! KAH! KAH!

Posted: 01 Jan 2013 05:19 AM PST

Gempar !!! Pelajar Tidur Macam Sardin, Sampai 20 Orang sebilik

Posted: 31 Dec 2012 06:00 PM PST


Kejadian berlaku di Sibu, Sarawak.

Gambar : Sekumpulan pelajar sekolah di anggarkan kira-kira 20 orang [dalam gambar] sedang tidur, lelaki dan perempuan dalam satu bilik yang sempit...

Apa yang berlaku?

Awal tahun ini diberitakan bahawa bangunan kayu iaitu hostel yang menempatkan pelajar2 ini telah runtuh. Kejadian itu menyebabkan 5 pelajar perempuan cedera teruk, dan 13 mengalami kecederaan di tubuh badan mereka.

Sekolah tersebut ialah SK Punan Ba in Belaga. Hampir setahun berlalu namun bangunan mereka masih tidak siap. Tahun ini [2012] mereka telah melalui hari2 yang teruk [waktu persekolahan], di mana tidur di bilik yang sempit, bila hujan, mereka basah disebabkan bumbung bocor, tiada bantal, selimut apatah lagi terpaksa bersabar dengan kehadiran nyamuk.

Persoalannya, sampai bila pelajar2 ini harus berhadapan dengan suasana seperti ini?

Apakah langkah2 untuk menyediakan keadaan yang selesa untuk mereka benar2 memakan masa yang sangat panjang?

Untuk perhatian anda, ada sebahagian dari mereka tidur di quarters pengetua dan sebahagian lagi di quarters cikgu. Dan gambar ini merujuk kepada quarters guru. Jika quarters guru pun "seperti ini" bagaimana pula keadaan nya dengan hostel para pelajar ini agaknya?

Tolong la berbuat sesuatu untuk ubah keadaan mereka.
Artikel rujukan : http://www.theborneopost.com/2012/12/05/packed-like-sardines/

kachipemas



Tiada ulasan: