Merah Hitam |
Pejuang rakyat dan mahkamah juga jadi mangsa ISA? Posted: 04 Jan 2013 11:17 PM PST 1 Ogos 2009 dipilih untuk mengajak rakyat satu Malaysia menyatakan pendirian mereka terhadap akta tahan tanpa bicara ISA. Lebih 50 tahun akta itu diguna oleh pihak berkuasa untuk mengawal kebangkitan rakyat yang mahukan keadilan. Ramai yang telah di zalimi. Mereka mengsa ISA ini datang dari pelbagai lapisan bangsa dan keturunan. Dari mantan Presiden PAS Allahyarham Dr Burhanudin Helmi, Lee Ban Chen hingga lah pada anak-anak berusia seawal 16 tahun, iaitu para pelajar yang belajar ugama di Pakistan.....pernah di masukkan ke penjara tanpa perlu di bicarakan terlebih dulu, oleh akta ini. Gerakan MansuhkanISA yang dianggotai oleh NGO dan parti politik menggerakkan rakyat untuk hadir ke himpunan aman tersebut Kami bertiga(aku, Nashita dan Aiman) adalah sebahagian dari jutaan rakyat Malaysia yang tidak sanggup lagi melihat rakyat negara ini terus-menerus di tindas dan ditakut-takutkan oleh penguasa ISA.Pasti ramai lagi yang tidak rela melihat pemimpin yang sedang berkuasa menggunakan ISA sebagai perisai utama supaya membolehkan mereka terus-menerus mencuri,merompak dan menghabiskan hasil bumi Malaysia ini untuk diri mereka dan kroni.....Jika kami tidak bertindak membuang ISA ketika itu, apa lagi yang tinggal untuk generasi anak-anak kami dikemudian hari? Walaupun mereka yang terlibat dengan Himpunan Anti ISA 1 Ogos ini mencecah lebih 500,000 orang, namun kami bertiga yang menjadi "mangsa pilihan". Kami di tahan lebih awal, walaupun ketika itu kami tidak berada di medan himpunan, lebih tepat lagi, kami bertiga belum sempat untuk berada di himpunan tersebut.Kami telah dikurung hampir 3 jam di sebuah trak polis! Lebih 600 para demonstran di tahan ....tapi mereka semua di lepaskan. Tapi kami bertiga bersama 26 OKT yang lain, telah di beri satu caj oleh mahkamah dan dibicarakan......... Dari 29 Orang Kena Tahan (OKT), kami lima wanita iaitu kak Salmah MT Keadilan , Kak Yati juga MT Keadilan, Aiman Athirah Ketua Penerangan Muslimat(PAS) Pusat, Nashita seorang peniaga Tuperware dan aktivis rakyat serta aku (ketika itu isteri tahanan ISA) telah di "pilih" oleh pihak berkuasa untuk di tangkap dan dibicarakan. Manakala 26 OKT yang lain terdiri dari kumpulan anak muda yang datang dari Johor, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka....Mereka juga sama seperti kami berlima, tidak sempat pergi ke Himpunan tapi telah ditangkap dan terus di caj di mahkamah. Saya rasa, mahkamah juga turut di mangsakan oleh penguasa ISA.......................... |
You are subscribed to email updates from Merah Hitam To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan