. |
- Orang Kelantan Bukan Rakyat Negeri Beringin Rendang
- Karpal Singh Harus Memahami PAS
- Najib Sakit Kepala Dengan Gelagat Egois Mahathir
Orang Kelantan Bukan Rakyat Negeri Beringin Rendang Posted: 19 Jan 2013 08:23 PM PST ULASAN Najib Razak terus memperolok-olok dan mempermainkan rakyat Kelantan dengan mengulangi beberapa tawaran yang hendak diberikan kepada rakyat Kelantan sekiranya Umno berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Tawaran dan jani itu telah dibuat setiap kali dia memijak bumi Kelantan.
Janji atau tawaran lain ialah pembinaan sebuah stadium memandangkan perkembangan bola sepak di Kelantan kini memberangsangkan dan juga pembinaan rumah untuk rakyat sebanyak 3,000 unit. Beliau juga sekali lagi menjanjikan hendak menyediakan kemudahan air bersih di Kelantan yang didakwa oleh Umno, air Kelantan bermasalah. Tawaran untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini sesuatu yang tidak wajar dibuat oleh Najib atau dijadikan syarat sekiranya Umno menang di Kelantan baru hendak dilaksanakan. Sekiranya beliau seorang pemimpin yang memahami tanggungjawab dan amanah yang dipikul oleh seseorang khalufah tidak sepatutnya beliau menjadikan isu air yang merupakan aset semula jadi untuk rakyat sebagai modal politik. Suka atau tidak Najib perlu memberi peruntukan atau mengatasi masalah itu tanpa ada motif. Tidak sepatutnya aset atau anugerah Allah dipolitikkan. Namun... Tahukah Najib bahawa ada empat aset atau anugerah Allah yang tidak boleh diperdagangkan, iaitu tanah, udara, minyak dan air. Najib hari ini mengunjungi Kelantan dalam rangka berkempen menjelang pilihan raya. Janji atau tawaran lain ini merupakan tawaran baru, ialah pembinaan kampus khas untuk Universiti Teknologi Malaysia, (UITM) Kelantan, membina sebuah masjid bernilai RM5 juta dan memperkenalkan repaid di Kota Bharu. Setiap kali Najib menyebut segala tawaran itu hadiran yang memenuhi khemah di RTC Tunjung bersorak dan bertepok tangan bagaikan penduduk di negeri Beringin Rendang ketika menyaksikan skor board menunjukkan negeri mereka sudah menang dalam teka teki di antara Pak Belalang dengan Raja Pasai. Najib seronok melihat gelagat rakyat Kelantan dan terhibur dengan tepok sorak setiap kali beliau mengumumkan segala tawaran itu. Bagaimana pun kita yakin yang hadir di majlis Najib itu adalah kakitangan kerajaan yang celik huruf. Mereka yang dipaksa dan kedatangannya direkodkan. Mereka semua dipaksa dan murid sekolah dipunggah. Mereka itu sengaja menjadi diri mereka seperti penduduk Beringin Rendang kerana hendak menyedapkan hati Najib. Najib memperolok-olokkan mereka, mereka memperolok-olokkan Najib. Kalau Najib jujur dan ikhlas dia tidak hanya bermain dengan kata-kata dan memperolok-olokkan rakyat Kelantan dan melayani mereka bagaikan budak-budak. Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang yang buta huruf, malahan mereka celik huruf dan arif IT. Rakyat memahami masalah Najib dan juga sejauh mana wibawa Najib sebagai perdana menteri. Rakyat Kelantan juga tahu kes Altantuya dan mereka mengikuti dengan penuh minat pendedahan taukeh karpet Deepak Jaikhisan. Juga mereka mengetahui apa yang sedang bergelora didalam lautan Umno di mana 'jerung' bernama Mahathir kini sedang mengepong Najib agar masuk jaringnya. Apa yang Najib patut laukan ialah bukan memperolok-olok rakyat Kelantan tetapi terus melaksanakan apa-apa yang sepatut disegerakan. Misalnya masalah air yang didakwa bermasalah itu, stadium dan juga lebuh raya lebuh raya Kota Bharu - Kuala Krai perlu dibina hari ini juga. Apabila Najib berjanji dan memberi isyarat maka ia tidak ikhlas. Rakyat Kelantan yang sudah masak dengan politik dan tanggungjawab sebuah kerajaan tidak akan teruja. Begitu juga dengan pemberian wang RM100 kepada murid sekolah ia tidak akan mengubahkan keadaan kerana rakyat sudah tahu wang itu adalah hak mereka bukan hak Umno. Sesiapa pun yang menjadi kerajaan hak atau wang itu akan tetap diterima oleh rakyat bahkan jumlahnya mungkin lebih besar dari itu. Rakyat juga tidak begitu mengharapkan kepada semua tawaran itu dilaksanakan. Mereka tentu sangsi apakah UBN sempat melaksanakan atau tidak kerana Pakatan Rakyat juga kini sedang mengorak langkah untuk menerajui kerajaan Malaysia. Sudah pasti kalau PR menang dan menjadikan kerajaan mereka juga akan melaksanakan semua itu. Hari ini dengan perkembangan politik terkini, kecelaruan didalam Umno dan semakin meningkatnya sokongan rakyat Pakatan Rakyat, tenguk Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) minggu lalu, belum pasti lagi UBN dapat mengekalkan kekuasaan mereka. Tidak ada siapa yang boleh memberi jaminan yang UBN akan kekal memerintah. Jadi janji dan tawaran Najib itu tidak lebih dari angan-angan dari seorang taukeh yang sebenarnya dia sedang menuju ke lembah muflis tetapi tidak diketahui keadaan itu. Kesimpulannya janji dan tawaran Najib sudah difahami ia adalah tidak lebih daripada 'basabasi' dan modal pilihan raya saja dan tidak perlu dipegang sebagai sebuah janji akan ditunai. Najib hanya menanam tebu di bibir mulut. Seperti ditegaskan tadi kalau Najib ikhlas hendak membantu rakyat Kelantan binalah lebuh raya hari ini juga, atasilah masalah air hari ini juga dan buatlah stadium malam ini juga. Kenapa tunggu selepas pilihan raya? Rakyat Kelantan bukan penduduk negeri Beringin Rendang. [wm.kl.12:10 t/hari 20/01/13] | ||
Karpal Singh Harus Memahami PAS Posted: 19 Jan 2013 03:19 PM PST SESUDAH SUBUH Dalam demokrasi yang membenarkan kebebasan bersuara hatta kepada mereka yang gagap, sengau ataupun telor semuanya boleh bersuara. Itulah demokrasi yang difahami dan dituntut. Walaupun suara yang disuara itu jelas bertentangan dengan nilai diri ataupun wujud konflit tetapi kerana atas nama kebebasan ia boleh dilakukan.
Karpal mahu Majlis Syura Ulama atau PAS membuat keputusan selari dengan ketetapan Pakatan Rakyat berhubung penggunaan kalimah Allah. Pakatan Rakyat bersetuju perkataan Allah diguna pakai oleh semua dan ia boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Manakala majlis syura ulama pula memutuskan perkataan Allah boleh disebut oleh semua manusia tidak kira Islam atau tidak, kerana ia adalah hak semua. Tetapi Majlis Syura Ulama memutuskan perkataan Allah tidak boleh diterjemah ke dalam bahasa lain atas alasan terjemahan perkataan Allah dalam bahasa lain itu tidak menepati maksud yang terkandung dalam perkataan yang diterakan di dalam al Quran. Atas prinsip kebebasan demokrasi tadi atau kerana dibenarkan bersuara tadi Karpal Singh boleh bersuara. Ia tidak menjadi kesalahan. Namun Karpal Singh harus faham beliau hanya boleh mencadangkan, sama ada ia dipatuhi atau tidak terserah maklum kepada PAS. Majlis Syura Ulama membuat ketetapan itu bukan suka-suka tetapi berdasarkan keyakinan dan iman. Dalam hubungan ini saya melihat Karpal harus memahami kedudukan atau 'farak' di antara Pakatan Rakyat dan PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam. Ada perbezaan kepentingan dan sempadan mana yang boleh diikuti dan mana yang tidak boleh diakuri oleh PAS. Tidak semua apa-apa keputusan politik yang dibuat oleh Pakatan Rakyat khasnya dalam bidang berkaitan agama, budaya perlu dipatuhi noleh PAS. PAS ada pendirian dan pegangan tersendiri di dalam hal ini. Adapun mengenai strategi politik, pendekatan politik atau budaya politik PAS boleh menurutinya kerana demi kemenangan dan 'maslahat' bersama. Tetapi sekiranya ia sudah menyentuh soal kepentingan agama, atau perkara yang perlu dilindungi tercabar PAS ia tidak mungkin mendiamkan diri bahkan wajib bagi PAS menentang. Mengenai kalimah Allah itu ia bukan perkara kecil di sisi PAS sebagai parti Islam. Kehidupan manusia di Malaysia ini belum sampai ke dalam hakikat sebenarnya di mana kita ini semuanya berasal dari satu benih dan menerima bahawa semua agama itu adalah datang dari Allah. Tidak. Kita masih dibatasi dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad dan akidah masing-masing. Islam memiliki akidah yang murni dan itu menjadi pegangan PAS sejak dulu dan keabadiannya. Kalau Karpal atau sesiapa didalam Pakatan Rakyat memahami ini maka isu-isu berhubung agama tidak perlu 'diterak' untuk disesuaikan dengan ideologi dan cita-cita politik. Jangan memaksa PAS menggadai prinsip dan akidah agama di sini. Saya cukup bimbang kalau orang-orang seperti Karpal Singh kurang cermat membuat tuntutan kepada PAS, lantang bersuara mengenai hak-hak duniawi manusia akhirnya PAS tida mustahil akan 'mufarakah' dari Pakatan Rakyat. Bagi PAS bukan segala-galanya politik. Ingat, bagi PAS mereka meletakkan keredhaan Allah tiu mengatasi segala keredhan duniawi yang lain. Kalau PAs meletakkan kepentingan duniawi sudah lama PAS akan bergabung dengan Umno. [wm.kl.7:06 am 20/01/13] | ||
Najib Sakit Kepala Dengan Gelagat Egois Mahathir Posted: 19 Jan 2013 06:06 AM PST LASTIK MALAM Semasa berucap dalam majlis dinamakan Bicara Mahathir di bawah tajuk Masa depan Melayu dan Islam selepas PRU-13, anjuran Karangkraf, Mahathir Mohamad terus mempamirkan keegoaan dan sifat 'maksumnya' tidak mahu mengakui kesalahaan dan dosa-dosa politiknya masa silam kandati ia telah nyata bagaikan baris.
Di majlis itu dia tetap memperagakan dia adalah maha hebat, maha bijak dan maha pandai serta maha Melayu. Manakala orang lain adalah maha bodoh, maka dangkal dan maha haprak. Dari masalah yang timbul kini dan menyebabkan sesetengah orang Melayu menggigil untuk melihat masa depannya, beliau tidak sedikit pun mahu ralat apa lagi membuat apologi. Beliau tetap menyalahkan orang lain. Memanglah seroang yang sombong dan bongkok tidak akan mengaku yang tahinya busuk. Dia terus tunding dan tunding kepada semua orang. Atas sikap dan keegoanya itulah maka beliau mendapat gelaran MAHAFIRAUN. Mahathir barang kali merasai wajar dia merasa ego begitu dan dia hebat sehebat Firauan kerana berdasarkan kepada rekod-rekod 'jenayah' politik masa lampau yang begitu istimewa dan berjaya meletakkan beliau di puncak jaya. Saya tidak mahu menganologikan Mahathir sebagai Firaun, sebab Firaun adalah mahkluk yang disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Kejahatan Firaun digazet oleh Allah dan tidak terlawan olehnya. Kehebatan dan dosa Firaun tidak akan tertanding oleh sesiapa pun hatta Mahathir. Biarlah dalam melihat kehandalan Mahathir berpolitik dan mengalahkan banyak lawannya, saya gelarkan dia sebagai seekor Ox tua saja. Ox yang tidak pernah terkalahkan oleh mana-mana matador setakat ini. Sepanjang sejarah Mahathir turun ke gelanggang dia tidak merasai kekalahan sehingga ia benar-benar kalah. Dia adalah seekor ox yang berbiaa sekali, dan perasaannya itulah yang dirasai kini menjadikan dia ego, agah, hebat dan tidak pernah merasa takut dan tahu hormati kepada orang lain. Orang lain dipandangnya sebagai sampah, hina dina. Di sini ada sifat-sifat atau fiil kecil Yahudi atas diri Mahathir bila dia tidak mengikhtiraf orang lain. Dalam sejarah politiknya seorang demi seorang matador ditewaskan. Semua matador baik yang menyerangnya atau diserang kerana perasaan cemburu semua tewas kepadanya. Meskipun ada matador yang berjaya menghunjamkan lembing ke perutnya, namun dia masih boleh survive dan melawan balik hingga matador tertumus. Tokoh-tokoh yang suatu masa dulu gemilang dan mempunyai potensi besar untuk menjadi pemimpin negara seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah, Ghazali Shafei, Ghaffar Baba atau Anwar Ibrahim 'dibunuh' satu persatu ada yang jatuh dengan kaki keempat-empat ke langit. Kalau mereka ini adalah matador yang cuba berdepan dengan Ox, semuanya kalah dan tewas. Rekod itu menjadikan Mahathir agah dan besar kepala. Sampai ke hari ini dia merasai akan kehebatannya itu dan kehebatan itu menjadikan dia optimis. Dia jadi terlupa kepada satu hari dia pernah menangis bagaikan budak rindukan coklat di hadapan ramai. Dia lupa. Selalunya seeorang yang merasakan dia besar dia lupa kepada sejarah kecil begitu, dan para pengkagumnya pula tetap mendewa dan mengkultuskan dia sebagai tetap hebat. Tangisan itu adalah tangisan politik. Hari ini dia masih mahu menjadi jaguh. Dia merasakan dia penting dan diperlukan. Bahkan negara ini dan Umno merasakan memerlukan dia untuk menjadi pawangnya. Peluang yang diberikan ini menjadikan Mahathir kian merasa dia penting dan kepalanya semakin besar. Najib Razak yang bertanggungjawab memberi peluang tentu merasa talat dan sakit kepala melihat telatah Mahathir. Mahathir kini sebagai ox tua yang diberi kuasa bangkit turut merembas Najib. Secara peribadi saya tidak merasa hairan dengan kejayaan dan kehebatan yang dicapai Mahathir dalam menjatuhkan pesaingnya dalam partinya, atau pun mengagalkan parti lawan dalam pilihan raya. Sebagai seorang yang tidak mengambil sifat-sifat kepimpinan Rasulullah s.a.w. akan jadi seperti itu. Mahathir tidak bersungguh mengambil sifat; siddik, amanah, tabligh dan fatanah seperti mana yang menjadi pakaian Rasulullah s.a.w.. Kalau Mahathir mengambil sifat-sifat itu dia tidak akan dipertikaikan dan kecemerlangannya tidak berbaur dengan kemunkaran. Kerana beliau tidak mengambil kesemua sifat itu secara holistik, maka beliau bersedia menerima pakai konsep matlamat menghalalkan cara. Mahathir tidak kira apakah kaedah digunakan itu bertepatan dengan syariat Islam atau tidak, yang penting ia dapat mencapai natijahnya. Di dalam Islam bukan begitu, sesutau pekerjaan baik itu hendaklah dimulakan dengan niat yang baik. Di dalam Islam tidak boleh memakan bangkai untuk kenyang kerana ia adalah kaedah dan hukumnya, kena sembelih, kecuali dharurat? Tetapi tidak dengan Mahathir. Itu projek IC palsu di Sabah adalah satu contoh terbesar kejahatan dan kaedah buruk diguna pakai oleh Mahathir. Contoh ini akan digunakan pakai dan akan dilekat dalam kitab sejarah politik Mahathir. Saya tidak pasti apakah projek IC palsu ini adalah digarapkan secara tulus dalam biografinya. Menerusi projek itu niatnya baik untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Pairin Ketingan kerana ia menyuburkan Kristian dan kegiatan kristinisasi di Sabah, tetapi dari prinsip demokrasi dan Islamnya salah sebab ia satu penipuan. Di dalam Islam konsep matlamat menghalalkan cara adalah salah. Bagaimana licit dan kejamnya Mahathir. Hari ini apabila agenda merampas Sabah menerusi kaedah tidak Islami dan bertentangan dengan prinsip demokrasi itu terdedah beliau tetap tidak mengakui. Dia berdolak dalih mahu menang dengan menunding kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman yang konon lebih banyak memberi IC kepada orang asing. Demikan huduh dan jahatnya Mahathir. Hari ini pula beliau makin keras untuk membela dirinya serta mahu orang melupai kejahatan dan dosa-dosanya dengan mengsyorkan supaya sebuah suruhanjaya di raja ditubuhkan untuk mengenal pasti berapa ramai jumlah orang asing yang mendapat IC sebelum merdeka. Pendedahan mengenai projek IC di Sabah itu sesuatu yang memalukan Umno dan kini ditanggung oleh Najib Razak. Dalam saat SPR cuba membela dan melindungi kerja-kerja jahat mereka, mendaftar pengundi hantu, tiba-tiba kejahatan Mahathir terdedah pula. Paling buruk lagi apabila Mahathir menegakkan benang basah dengan memburuk-burukkan orang yang sudah tiada lagi sebagai bahan penyamaknya. Saya baru faham kenapa dia menentang sangat pengistyharan ahli RCI yang diumumkan Najib tidak lama dulu rupa-rupanya dia hendak melindungi bau hampak kentut jenayahnya yang kian berladum. Orang bertanya kenapa Mahathir terus attaack Tunku, walaupun 'bapa kemerdekaan' itu sudah tiada lagi di dunia ini. Semua itu adalah kerana dendam Mahathir kepada Tunku. Serangan itu juga membuktikan Mahathir seorang pendendam yang tidak sudah. Najib kini sudah terperangkap dalam jerat yang dipasangnya sendiri kerana memberi peluang dan meminta Mahathir turun berkempen untuk Umno dalam pilihan raya ke-13. Baharu disedari pula Mahathir turun dan berkempen bukan untuk memastikan dia (Najib) kekal di kerusi PM sebaliknya mahu digantikan dengan Muhyiddin Yassin. Berbalik kepada Bicara Mahathir di Karangkraf yang berkerjasama dengan Astro Awani kemudian rakamannya disiarkan disaluran itu, suka saya mencadangkan kepada Karangkraf agar berbuat benda sama juga ke atas Anwar Ibrahim atau Abdul Hadi Awang. Selepas ini Karangkraf panggil Anwar berbicara kemudian Astro merakam dan menyiarkannya seperti mana dilakukan terhadap Mahathir. Dengan cara itu saja orang akan mengikhtiraf Karangkraf adalah pelupor kepada media bebas dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak atau individu di negara ini. [wm.kl.10:04 pm 19/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan