Pahang Daily Online |
- Panas: Anak Mahahtir Anjurkan Pesta Maksiat Ketika Dia Sibuk Cakap Soal Masa Depan Melayu Dan Islam !!
- Panas: Fitnah Bapa Kemerdekaan Negara, Dengarkan Kenyataan Tunku Abd Rahman Siapakah Dr.Mahathir!
- Panas: Projek IC, "Mahathir N The Geng" Perlulah Di Dakwa Kerana Tergamak "Jual Kedaulatan" Negara !
- Jom Dengarkan 'Listen, Listen, Listen!' Versi Remix !
- Panas: Afdlin Shauki Mungkin Kena "Gam", Gara-Gara Gunakan Isu "Listen, Listen" Di Final Maharaja Lawak
- Panas: Gunakan Imej "Orang Agama", Ramai Kecewa Kenyataan "Jozan", Di Final Maharaja Lawak Mega !!
Posted: 20 Jan 2013 05:39 AM PST |
Panas: Fitnah Bapa Kemerdekaan Negara, Dengarkan Kenyataan Tunku Abd Rahman Siapakah Dr.Mahathir! Posted: 20 Jan 2013 01:38 AM PST Ramai yang terkejut apabila mantan Perdana Menteri, Dr.Mahathir Mohamad tiba-tiba membuat tuduhan melulu mengatakan "Bapa Kemerdekaan Negara", Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj (foto) telah terlibat memberikan taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka. Kenyataan yang dibuat oleh Mahathir itu adalah bertujuan untuk menutup isu penglibatan beliau sebagai "mastermind" projek IC di Sabah yang sedang disiasat oeh Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) sebenarnya. Mahathir menjadi serba salah apabila saksi-saksi utama siasatan kes tersebut mendakwa orang kanan beliau seperti Aziz Shamsuddin dan Megat Junid terlibat secara langsung dengan skandal ini. Mahathir bimbang rakyat akan melihat beliau sebagai "pengkhianat negara" maka itulah dia gusar andainya Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Oleh itu beliau rela lakukan apa saja bagi memastikan UMNO BN akan terus berkuasa. Oleh kerana kenyataan Mahathir terhadap Tunku ini dibuat ketika Tunku sudah tiada lagi di dunia ini, maka biarlah video di bawah ini menjawab segala persoalan yang diperkatakan oleh Mahathir. Biar rakyat yang menilai kenyataan "Bapa Kemerdekaan Negara" ini. Ingatlah, "lampu ajaib" kini berada di tangan rakyat jelata, gunakan akal untuk memilih kerajaan yang lebih bertanggungjawab bagi kehidupan yang lebih aman dan selesa di masa akan datang. Mahathir boleh cakap apa saja pasal Tunku Abd Rahman sebab beliau sudah tiada di atas muka bumi ini. Namun, sedarkah rakyat banyak benda yang dilakukan oleh Mahathir untuk merosakkan UMNO serta seluruh rakyat Malaysia. |
Panas: Projek IC, "Mahathir N The Geng" Perlulah Di Dakwa Kerana Tergamak "Jual Kedaulatan" Negara ! Posted: 19 Jan 2013 09:40 PM PST Pendedahan terkini oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr.Mahathir Mohamad bahawa zaman Tunku Abd Rahman jadi Perdana Menteri pun sudah berlaku malah lebih terik "Projek IC" berlaku jelas sekali menunjukkan bahawa seluruh rakyat Malaysia tidak boleh percaya dan bergantung harapan lagi kepada UMNO Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negara ini. Kenyataan Mahathir itu timbul selepas terbongkarnya dalang-dalang yang terlibat dengan "Projek IC Sabah" selepas Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) melakukan siasatan mereka baru-baru ini. Nama Mahathir serta proksi-proskinya iaitu Aziz Shamsuddin dan Megat Junid telah disebut oleh beberapa orang saksi. Ini membuktikan bahawa isu tersebut memanglah wujud dan bukan sekadar omongan kosong atau "fitnah" semata-mata seperti yang didakwa oleh kerajaan selama ini. Paling mengejutkan Mahathir dengan "tidak rasa bersalahnya" mencadangkan agar ditubuhkan juga Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Paling membimbangkan, jika inilah dakwaan Mahathir makanya kini berjuta-juta warga asing telah mendapat kerakyatan di negara ini. Jika dulu, mungkin tujuannya adalah untuk bekerja dan membangunkan negara ini. Namun, kini rasanya ia lebih dasyat lagi. Demi kuasa, maka UMNO BN sanggup lakukan apa saja. Maka, tidak hairanlah kita projek IC terus berlaku hingga ke hari ini. Tambah teruk lagi apabila ia mendapat kerjasama Kementeria Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apa makna semua ini?. Bukankah ia jelas untuk membolehkan warga asing mengundi BN pada setiap kali pilihanraya. Walau pun Mahathir mendakwa, mereka yang dapat IC di Sabah boleh mengundi parti mana sekali pun dan kerajaan tidak mengarahkan mereka undi BN. Namun, dari sumber dalaman yang diperolehi ternyata mereka yang dapat IC ini "wajib"undi BN" jika tidak mahu IC mereka akan ditarik balik. [Inilah yang berlaku di negara kita sekarang. Ribuan warga asing Myanmar, Kemboja, Thailand, Filipina, Indonesia, Bangladesh dan sebagainya kini mendapat IC dan akan mengundi BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 tidak lama lagi. Paling bahaya, Mahathir dan Aziz Shamsuddin "master mind projek IC Sabah" kini masih hidup dan sudah pasti boleh melakukannya lagi. Malah, ada maklumat panas mengatakan Aziz Shamsuddin kini jadi "kepala" projek IC di Pahang yang berpusat di Temerloh. Maknanya, mereka semua ini masih melakukan kerja jahat tersebut. Apakah rakyat boleh berdiam diri lagi?. Bukankah ini pengkhianatan terhadap negara ini dan mereka yang bertanggungjawab harus di bawa ke muka pengadilan. Kerakyatan mereka wajar dilucutkan dan ditahan dibawah undang-undang ISA. Oleh itu, rakyat wajar membuat laporan polis terhadap Mahathir dan Aziz Shamsuddin sekarang. Jika tidak, sudah pasti masa depan negara ini akan terus tergadai dibuat oleh mereka berdua!. Apakah kita yakin semua itu tidak berlaku kali ini. Jika dua PM boleh berbuat demikian untuk keka berkuasa, maka hari ini sudah pastilah PM terpaksa melakukan demikian untuk terus berkuasa selamanya]. |
Jom Dengarkan 'Listen, Listen, Listen!' Versi Remix ! Posted: 19 Jan 2013 08:49 PM PST |
Posted: 19 Jan 2013 07:26 PM PST Berita panas yang baru kami terima mengatakan Pengarah Filem dan Pelawak popular tanahair Afdlin Shauki kemungkinan besar akan berhadapan dengan tindakan tegas oleh kerajaan, susulan beliau menggunakan isu panas "Listen, Listen, Listen" semasa membuat lawak di pentas final Maharaja Lawak Mega 2012 bersama Harun Salim Bachik dan Nabil Jumaat lalu. Ramai yang terkejut apabila apabila Adflin mengunakan perkataan tersebut ketika berlawak. Malah lebih mengejutkan lagi beliau juga menggunakan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, salah seorang ahli panel pada forum "Seiringkah Mahasiswa dan Siswi dengan Politik" di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok baru-baru ini. Video berkenaan yang telah mempopularkan Sharizah Zohra dan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di IPTA terbabit iaitu K.S Bawani. Bawani menjadi sebutan ramai apabila klip video yang menunjukkan dia sedang berhujah itu mula tersebar luas di laman-laman web, blog dan juga twitter. Tindakan Sharifah Zohra yang melarang Bawani daripada terus berhujah dengan berkata "listen, listen, listen..." sebanyak 11 kali tanpa henti telah mendapat kritikan ramai. Persoalannya, apakah Afdlin dan Boboi sedar akibat tindaka mereka itu boleh menimbulkan kemarahan kepada pihak kerajaan?. Ini kerana kes "listen,isten,listen" dilihat telah mencemarkan imej kerajaan yang dilihat menekan mahasiswa untuk bersuara. Selama ini cerita berkenaan sengaja disembunyikan, namun selepas tersebar video tersebut ia menyebabkan mahasiswa kini bangkit untuk mempertahankan hak mereka. Afdlin mungkin mendapat sokongan padu penonton terutamanya mereka yang menyokong Pakatan Rakyat dalam adengan ini. Namun, besar kemungkinan ia tidak digemari oleh pihak kerajaan dan sudah pasti satu tindakan drastik akan dilakukan terhadap beliau agaknya. Namun, harus diingat Afdlin dan Harun Salim Bachik adalah antara sebahagian artis yang telah menyertai UMNO dua tahun lalu. Makanya, tindakan mereka ini sengaja cuba untuk memalukan UMNO sebenarnya. Soalnya, apakah wajar mereka dikenakan tindakan, hanya sekadar melakonkan semula aksi panas terbabit sedangkan pelawak lain labi dasyat apabila mengayakan aksi "orang ugama" untuk menghiburkan penonton?. Apapun, sama-sama kita nantikan apakah benar makumat ini atau sebaliknya!. Tahniah kepada Afdlin kerana berani menampilkan lawak "isu semasa panas" seperti itu. Sesiapa yang tidak sempat menyaksikan adengan tersebut sila tonton video yang dipaparkan ini. |
Panas: Gunakan Imej "Orang Agama", Ramai Kecewa Kenyataan "Jozan", Di Final Maharaja Lawak Mega !! Posted: 19 Jan 2013 06:16 PM PST Kemenangan Jozan dalam program Maharaja Lawak Mega 2012 mencetuskan kontroversi apabila Zizan sekali lagi dilihat mempersendakan imej "tokoh agama" untuk dijadikan bahan lawaknya. Jika di Kuala Terengganu, mungkin ia boleh diterima kerana penampilan aksi "ustaz" itu lebih menjurus kepada gaya "Ustaz Azhar Idrus" di mana Zizan pernah menjadi tetamu pendakwah terkenal itu dalam satu majlis Ambang Tahun Baru di Shah Alam dulu. Kini, Zizan walau pun cuma menaikkan imej "ulamak" di mata rakyat, namun ramai pihak yang tidak bersetuju dengan aksi tersebut. Soalnya, kenapa pihak Astro boleh membenarkan imej "ulamak" dijadikan bahan lawak oleh peserta Maharajalawak Mega?. Sebelum ini, dalam rancangan Raja Lawak, kumpulan Sepah juga dilihat menggunakan bahan agama untuk dijadikan lawak. Mereka menampilkan gaya pengacara rancangan "Semanis Kurma TV9" iaitu Ustazah Nor Bahyah Mahmood. Sepah berjaya menjadi juara Raja Lawak walau pun menampilkan aksi-aksi tersebut. Namun kini Zizan pula menampilkan aksi "orang agama" menjadi Juara Maharajalawak Mega 2013. Persoalannya, wajarkah imej tokoh agama dijadikan bahan lawak?. Zizan mula mengayakan aksi tersebut selepas pasagannya Johan tidak dapat beraksi ketika siaran langsung dari Kuala Trengganu baru-baru ini. Ketika di Trengganu, mungkin ia tidak menimbulkan persepsi yang terlampau buruk, kerana Ustaz Azhar berasal dari negeri itu sebenarnya. Namun, pada kasi final malam kelmarin, jelas sekali cubaan memperlekehkan imej ulamak dan tokoh agama seperti sengaja dibuat-buat. Malah, Johan dengan bangganya mendakwa "dah lama tak pukul orang berjanggut". Kenyataan yang dibuat oleh Johan yang menampilkan imej Awie jelas sekali satu penghinaan terhadap orang agama. Walau pun "rock" tidak ada mana-mana orang agama yang diajak bertumbuk oleh golongan terbabit. Johan juga cuba mengaitkan Awie dengan imej "samseng", hinggakan golongan agama pun mahu diajak bertumbuk. Bukankah ini satu tindakan yang tidak wajar. Johan dan Zizan harus lebih berhati-hati dalam membuat lawak jenaka walau pun mereka mahu mengejar kejayaan memenangi wang ringgit yang ditawarkan penganjur. [Diharap, semua ini akan menjadi pengajaran kepada pihak berkenaan agar lebih berhati-hati selepas ini. Tindakan menggunakan imej agama dalam lawak jenaka, walau pun ia untuk suka-suka namun agak keterlaluan. Malah, kumpulan Shiro juga dilihat menghina "tanah kubur" apabila berjoget dan menyanyi di situ (walau pun ia hanya khayalan mereka). Malah, Shiro juga ada menyebut "kerja gali kubur kerja mulia, sebab kerja dengan orang mati... orang mati tak mintak apa-apa dari kita". Ini satu kenyataan yang tidak wajar sebenarnya. Ia satu perbuatan yang jelas memalukan umat Islam. Kenapa pihak Astro tidak menghalang adengan sebegini?. Melawak ada kalanya perlu, namun lawak yang menghina adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak boleh dimaafkan. Meniru aksi tokoh agama melawak ketika menyampaikan kuliah berbeza dengan membuat lawak untuk mencari keuntungan duniawi. Oleh itu, usahlah gunakan agama untuk tujuan melawak kerana ia boleh menimbulkan kontroversi dan persepsi buruk dikalangan orang bukan Islam terhadap agama itu sendiri secara keseluruhannya. Maka, semua pihak ambillah ikhtibar di atas kejadian ini agar ia tidak akan berulang lagi nanti]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan