Ahad, 20 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Foto Najib, Rosmah Dan Hasan Ali Pada Majlis Perkahwinan Ummi Hafilda

Posted: 20 Jan 2013 12:07 AM PST






Siasat Tunku Abdul Rahman - Mahathir Semakin Biadap Dan Mengarut

Posted: 19 Jan 2013 11:41 PM PST

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing, menerima kecaman pelbagai pihak termasuk pakar perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Menyifatkan kenyataan itu biadap dan mengarut, Aziz berkata, kewarganegaraan yang diberi oleh bapa kemerdekaan itu berbeza ketika Mahathir berkuasa sebagai perdana menteri.

"Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat sebahagian tuntutan dan persetujuan kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,"


"Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku,"

"Tunku mengenakan syarat tertentu yang sebahagiannya dimasukkan dalam peruntukan perlembagaan. Ia dilakukan secara terbuka, bukan mencuri-curi dan berselindung sebagaimana Mahathir,"

"Mahathir bukan sahaja biadab dan buta sejarah, tetapi mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang diakui oleh perlembagaan," tambah beliau.

Menurut pakar undang-undang ini, berbeza di zaman Tunku, kerakyatan diberi berasaskan kontrak sosial, dan syarat kewarganegaraan pula menjamin kedudukan istimewa orang Melayu.

"Kedudukan dan kuasa Majlis Raja-Raja juga diperkuatkan oleh isu tersebut. Ertinya, tolak ansur antara Melayu dan bangsa lain ketika kemerdekaan dirundingkan.

"Ia diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja," tambah bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ini.

Ketika ditanya sama ada kerakyatan diberi Tunku selepas merdeka sah mengikut perlembagaan, beliau berkata "Soal lama atau baru tak timbul; ia boleh diberi kepada sesiapa pun. Yang penting ia mengikut prosedur ditetapkan perlembagaan.

"Tidak timbul ia diberi selepas merdeka asalkan ia mengikut prosedur berkenaan dan telus. Almarhum Prof Ahmad Ibrahim (seorang ahli politik Singapura) sendiri pun jadi warga Malaysia selepas merdeka. Beliau orang Singapura. Perkara ini berlaku di seluruh dunia," tegas Aziz.

"Namun apa yang menjadi masalah dengan Mahathir adalah kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi.

"Seperti yang kita tahu dia sendiri nafikan sebelum ini. Baru sekarang setelah semua orang bercakap dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan, baru lah Mahathir mengaku. Tetapi seperti biasa, dia akan seret orang lain seperti Tunku," ujarnya yang turut menyentuh isu itu dalam bukunya, Malaysian Constitution: A Critical Introduction.

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2013/01/mahathir-biadap-mengarut-dan-buta.html


Muhyiddin Yasin Dapat Anugerah PHD Dari Akademi Sukan Amerika Syarikat

Posted: 19 Jan 2013 10:11 PM PST

Akademi Sukan Amerika Syarikat (USSA) menjelaskan bahawa ijazah kedoktoran yang dianugerahkan kepada Menteri Pelajara Tan Sri Muhyiddin Yassin diberikan berasaskan merit dan tiada kena mengena dengan projek daripada kementerian pelajaran.

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri menerima ijazah kehormat itu pada 17 Januari lalu kerana memajukan sukan melalui program "satu murid, satu sukan".


"Anugerah itu amat wajar dan patut diperolehinya," kata presiden dan CEO USSA Dr Thomas P Rosandich seperti dilaporkan The Star hari ini.

Katanya, akademi itu sudah lama ingin memberi anugerah berkenaan kepada Muhyiddin tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan kesibukan timbalan perdana menteri.

DAP sebelum ini mempersoalkan sama ada anugerah kehormat itu merupakan sogokan kerana dakwaan menghanugerahkan kontrak bernilai RM22.9 juta melalui pihak ketiga.

Ia mendakwa, pihak ketiga itu merupakan satu syarikat yang dipengerusikan seorang pemimpin Umno.



Ustaz Kazin - Harapanku Kecewa...

Posted: 19 Jan 2013 09:32 PM PST

Dalam senarai ameno, ostad Kazim bukan calon utama untuk DUN Manjoi.

Senarai ini dah bocor.

Ostad Kazim calon nombor 3 untuk DUN Manjoi.
Nombor 1 dan 2 orang baru.
Bukan YB Dato' Nazri.
YB Dato' Nazri terlalu baik untuk ameno jahat itu.

Maknanya harapan ostad Kazim untuk jadi ADUN Manjoi amat tipis.
Harapan pengikut setianya untuk jadi setiusaha politiknya juga amat tipis.
Kecuali calon nombor 1 dan 2 tetiba ghaib!

Baca seterusnya disini

Ibrahim Ali - Kita Bakor... Kita Bakor..

Posted: 19 Jan 2013 08:09 PM PST

Biskop kata kenyataan Ibrahim Ali 'berapi-api'

Biskop Katolik Dr Paul Tan Chee Ing berkata seruan presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."

Ketua gereja Katolik Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.


Katanya, ini juga merupakan waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi.

Beliau mengulas kenyataan MP Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today, yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris – Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.

Laporan itu menyebut, Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.

Ucaptama program tersebut disampaikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

http://www.malaysiakini.com/news/219440



PRU13 - Maklumat Dari Sumber Dalaman Umno

Posted: 19 Jan 2013 07:56 PM PST



Pemberian IC Palsu - Mahathir Mula Berdolak Dalik

Posted: 19 Jan 2013 06:33 AM PST

Dr M syor s'jaya siasat pemberian kerakyataan sebelum merdeka

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan.

"Saya hanya mencadangkan sahaja, dan tidak serius tentang itu
(melaksanakannya)...tetapi jika mahu menjalankan siasatan mestilah secara menyeluruh, ia tidak adil sekiranya hanya fokus kepada satu perkara sahaja dan tidak perkara lain.


"Terdapat perkara yang sama, saya hanya mahu menunjukkan perbandingan, saya bukan serius mengenainya tetapi saya memang menekankan apabila melakukan sesuatu perkara ia mesti adil," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada konvensyen 'Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang 2013' anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang di Dewan Utama, Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Permatang Pauh di Bukit Mertajam hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan terhadap tindakannya memberikan taraf kerakyatan kepada 200,000 pendatang asing di Sabah ketika beliau menjadi perdana menteri.

Katanya 200,000 pendatang asing itu telah berada di Sabah untuk satu tempoh yang lama iaitu lebih 20 tahun dan menggunakan bahasa Melayu dalam komunikasi serta mengamalkan budaya setempat.

"Dari segi perundangan mereka memang layak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Selain itu, katanya, pemberian taraf kerakyatan kepada sejuta pendatang asing di Persekutuan Tanah Melayu sebelum merdeka dilakukan Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj walaupun ia tidak termaktub dalam undang-undang ketika itu.

"Hal ini berlaku disebabkan orang Melayu pemurah dan bersedia untuk mengurangkan kuasa mereka, ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah kerana mereka memang berhak untuk mendapat taraf kerakyatan," katanya.

Konvensyen sehari anjuran PERKASA Pulau Pinang itu bertujuan membangkitkan motivasi dan kesedaran di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, khusus mengenai ekonomi dan pendidikan.

Antara objektif utama konvensyen sehari ini ialah menjadi salah satu platform utama percambahan minda membincangkan isu serta peluang ekonomi dan pelajaran orang Melayu Pulau Pinang dan menghasilkan resolusi dan pelan tindakan strategik hala tuju transformasi ekonomi dan pelajaran secara dinamik dan holistik yang sentiasa relevan dan kemaskini ke arah pembangunan dan kemajuan ekonomi serta pelajaran orang Melayu.

Tiga kertas kerja dibentangkan pada konvensyen itu.

Yang turut hadir ialah isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Yang Dipertua Perkasa Negeri Pulau Pinang Yusof Suhaimi Mohd Yatim.


PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia Dari Luar Negara

Posted: 19 Jan 2013 03:58 AM PST

KAJANG, 19 JAN: Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia berbanding Umno-BN.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakkan.

Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan.


Anwar menjelaskan di dalam program 'Dialog Bersama Anwar Ibrahim' di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif.

Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran.

"Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software).

"Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India.

"Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia.

"Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem," katanya.

Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia.

"Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih.

"Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi," ujar beliau lagi.

Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal.

Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara.


Tiada ulasan: