MiLo SuaM |
- Cium tangan Pak Lah, Ustazah Mashitah langgar Fatwa Kebangsaan
- Ustazah Mashitah jawab hukum beliau salam cium tangan Pak Lah?
- Krisis air Selangor, laporan bodoh TV3 kaitkan Projek Langat 2
- Program Merdeka Rakyat di Kota Samarahan, Sarawak
Cium tangan Pak Lah, Ustazah Mashitah langgar Fatwa Kebangsaan Posted: 07 Jan 2013 01:16 AM PST TINDAKAN Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim yang dilihat cuba mempertahankan perbuatannya mencium tangan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah sebelum ini jelas sekali memakan diri rujuk sini ~ Mashitah Beliau nampaknya cuba memutar belitkan hukum apabila terkena batang hidung sendiri. Bila sendiri yang salam dan cium tangan bukan mahram, maka nampaknya hukum "harus" cuba digunakan untuk menghalalkan tindakannya. Gua tak mahu ulas tentang ilmu, dan hujah beliau di dalam menghalalkan tindakannya bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah sebelum ini. Apa yang gua nak tunjuk di sini ialah berkenaan fatwa kebangsaan yang telah dikeluarkan tentang perkara ini. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-79 yang bersidang pada 6 - 8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi (wanita bukan mahram). Muzakarah telah memutuskan bahawa pada prinsipnya hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi adalah haram. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu yang sukar dielakkan, ianya dibolehkan tetapi dalam keadaan terkawal supaya tidak dijadikan budaya dalam masyarakat Islam ~ e-Fatwa Apakah yang terlalu memaksa Ustazah Mashitah sampaikan beliau terpaksa mencium tangan Tun Abdullah Badawi? Adakah kepalanya akan dipancung sekiranya tidak mencium tangan Pak Lah? Kalau pun terpaksa salam, kenapa mesti sampai cium? ReJaM© "Nak ikut Fatwa Kebangsaan atau Fatwa Mashitah? " |
Ustazah Mashitah jawab hukum beliau salam cium tangan Pak Lah? Posted: 06 Jan 2013 09:33 PM PST SEBELUM ini kecoh di internet dan facebook serta twitter tentang penyebaran gambar, Ustazah Umno, Dr Mashitah Ibrahim sedang bersalam dan mencium tangan Tun Abdullah Badawi bekas Perdana Menteri Malaysia sambil diperhatikan oleh Menteri Agama, Jamil Khir. Hari ini tersebar pula satu gambar yang dipetik dari salah sebuah artikel di Sinar Harian tentang soal jawab berhubung perkara itu yang ditulis oleh Dr Mashitah Ibrahim. Dalam artikel di ruangan soal jawab "Anda musykil Dr Mashitah jawab" itu, beliau membincangkan tentang hukum bersalaman dan mencium tangan di antara lelaki dan wanita bukan mahram. Antara isi penting yang dinyatakan ialah, Ulama berbeza pendapat tentang hal ini. Namun jika berjabat tangan disertai dengan perasaan ghairah dan boleh mendatangkan fitnah maka hukumnya adalah haram, tulis beliau. Jadi apakah hukum beliau bersalam dan mencium tangan Pak Lah, lelaki yang bukan mahramnya? Adakah haram, harus, sunat, ataupun wajib? ReJaM© "Lu fikirlah sendiri.... " Peringatan Penting! Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 Tarikh: 12 Januari 2013 Tempat: Bandar Kuala Lumpur (Stadium Merdeka) Bapak segala himpunan, Bapak segala bantahan! Bersama sejuta rakyat Malaysia |
Krisis air Selangor, laporan bodoh TV3 kaitkan Projek Langat 2 Posted: 06 Jan 2013 07:19 PM PST KEPUTUSAN bekalan air berlaku di beberapa tempat di Selangor iaitu di sekitar Lembah Klang baru-baru ini akibat bodoh tadbir Syarikat Bekalan Air Selangor, SYABAS. Krisis air ini dilihat menunjukkan betapa lemahnya SYABAS di dalam menangani masaalah kerosakan pam air mereka. Berpuluh tahun uruskan air namun masaalah kerosakan pam tidak dapat dibendung. Lebih lucu pam air simpanan "back up" juga dikatakan tidak dapat berfungsi untuk menangani kerosakan pam utama sehingga mengganggu bekalan air kepada lebih 60 kawasan di sekitar Lembah Klang. Media arus perdana TV3 pula cuba menyalahkan kerajaan negeri Selangor meskipun punca terputusnya bekalan air ini adalah akibat bodoh tadbir SYABAS, syarikat milik kroni Umno. Lebih lucu, TV3 cuba mengaitkan masaalah ini dengan projek kroni Umno, iaitu Projek Langat Dua yang akan menelan belanja lebih RM3 bilion duit rakyat jika dilaksanakan. Lihat laporan TV3 di bawah ini pada 5 Jan 2013 yang lalu. Mereka mahu rakyat percaya, dengan mengayakan pemimpin Umno melalui projek Langat Dua yang akan menelan belanja RM3 Bilion barulah krisis air Lembah Klang akan selesai. Ibarat power window tidak berfungsi, BN sibuk nak beli kereta baru, ini namanya membazir dan bodoh kah kah kah... ReJaM© "Kerajaan Selangor patut ambil alih SYABAS, jangan biar orang gila uruskan air... " |
Program Merdeka Rakyat di Kota Samarahan, Sarawak Posted: 06 Jan 2013 05:10 PM PST PROGRAM Merdeka Rakyat yang dianjurkan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sarawak berhampiran Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS semalam mendapat sambutan hangat daripada penduduk setempat. Orang ramai berpusu-pusu menghadiri program Merdeka Rakyat di kawasan mereka untuk mendengar sendiri ucapan yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Difahamkan menurut pengirim gambar, sekitar 3,000 hadirin membanjiri tapak ceramah. Ini menunjukkan rakyat Sarawak khususnya di sekitar Kota Samarahan, sudah bersedia untuk menumbangkan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud. Sokongan Rakyat Sarawak sangat penting untuk Pakatan Rakyat menawan putrajaya, hanya Sabah dan Sarawak terutama kawasan pedalaman sahaja yang masih menyokong Barisan Nasional. Dengan kata lainnya, Barisan Nasional hanyalah "jaguh kampung" kerana parti itu tumbang di kebanyakkan bandar-bandar seluruh Malaysia pada 2008. Barisan Nasional hari ini sekadar mengharapkan undi orang kampung dan penduduk pedalaman yang mudah diperbodohkan melalui media-media arus perdana seperti TV3 yang masuk ke rumah-rumah mereka setiap hari. Selagi rakyat boleh diperbodohkan, selagi itu BN berkuasa. ReJaM© "Kini rakyat sudah bijak, petanda BN bakal tumbang... " |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan