Ahad, 6 Januari 2013

Era Pasca

Era Pasca


EDISI MENGUNGKIT: Najib & Rosmah Kaki Main BOMOH?!

Posted: 05 Jan 2013 10:54 AM PST

Mungkin korang masih ingat pasal satu kes dimana Najib dan Rosmah dikaitkan ngan BOMOH HINDU? Sengaja aku ungkit kembali kerana tanpa aku sedari, ramai yg masih x tahu kes nih. Bila dibawa ke ceramah, maka meloponglah rakyat mendengar.. Akuan bersumpah dari Mr Thagarajoo bertarikh 22 Ogos 2008 dan disahkan oleh Peguam Mohan S Maniam di KL. Malu aku ada PM macam ni..

Mr. Thagarajoo dari Bandar Kinrara Puchong, Selangor yang pernah berkhidmat dengan Datuk KS Nallakaruppan dan kemudiannya berkerja sebagai pemandu kepada Datuk Kenneth Eswaran telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor telah menjadikan berbomoh (bomoh Hindu) sebagai amalan mereka. Datuk Kenneth Eswaran adalah rakan akrab kepada Datuk Seri Najib Razak..

 


Antara apa yang dinyatakan oleh Thagarajoo dalam 'akuan bersumpah'nya ialah:


  • Beliau sendiri (atas arahan Datuk Kenneth) yang membawa bomoh bernama Mr. Ji berbangsa India dan beragama Hindu ke rumah Datuk Seri Najib untuk upacara berbomoh mengikut amalan Hindu. Bomoh tersebut didatangkan khas dari Kerala, India.
  • Bomoh tersebut bukan sekali ke rumah Najib tetapi banyak kali.
  • Antara kaedah berbomoh yang dilakukan di dalam rumah Najib termasuklah yang memerlukan Najib dan Rosmah duduk di tengah-tengah sementara Mr. Ji menjalankan upacara menteranya (mungkin dengan berjampi mengelilingi Najib dan Rosmah) yang menggunakan segala peralatan berunsur kepercayaan agama Hindu. Kemudiannya Najib dan Rosmah akan dimandikan dengan susu lembu oleh bomoh tersebut.
  • Menurut Thagarajoo, setiap kali amalan Hindu ini dilakukan ke atas Najib dan Rosmah, beliau hadir sama.
  • Semasa pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2007, Thagarajoo telah memandu Mr. Ji ke Pusat Pembuangan undi untuk menjalankan aktiviti menteranya bagi menjamin kemenangan calon Barisan Nasional dari MIC, K. Partiban.
  • Thagarajoo penuh yakin amalan berbomoh Hindu ini masih diteruskan oleh Najib dan Rosmah. Malahan beliau yakin Mr. Ji turut dibawa ke Permatang Pauh.
  • Datin Seri Rosmah pernah meluahkan rasa bimbangnya kepada Datuk Kenneth sekiranya Datuk Seri Abdullah Badawi berkahwin dengan Jeanne. Datuk Kenneth kemudiannya memberi jaminan dia akan meminta bantuan bomoh Hindu itu untuk menghalang perkahwinan Abdullah dengan Jeanne.


Seperti biasa, semua ni TAKKAN disiasat. Malah Ulama UMNO, MUFTI UMNO, Jamil Khir, Hassan Akidah dan juga Ibrahim Ali masih berdiam diri... KENAPA? Ini kerana ada nama..

NAJIB RAZAK dan ROSMAH MANSOR..

ASTAGAFIRULLAH!!!




COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Tiada ulasan: