. |
- Belum Pilihan Raya Umno Johor Dan Bermasalah
- Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib
- Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah?
Belum Pilihan Raya Umno Johor Dan Bermasalah Posted: 24 Jan 2013 02:55 AM PST ANGIN TEBERAU Belum apa-apa Umno Johor sudah berdepan dengan kekalutan yang boleh menjejaskan kecemerlangan parti itu di negeri kelahirannya sendiri. Parlimen belum dibubar lagi sudah ada bilik gerakan Umno yang dilaporkan tutup. Apa jadi? Apakah ini menunjukkan tanda-tanda jelas bahawa Umno juga akan kehilangan Johor?
Angin Teberau yang berhembus dari Johor kini menghangatkan. Laporan menceritakan beberapa bilik gerakan pilihan raya yang dibuka oleh beberapa cawanagan Umno bahagian Pasir Gundang telah ditutup. Laporan ini agak menggemparkan. Penutupan itu bukan satu gimik atau gurauan tetapi ia serius. Penutupan itu katanya ada sangkut paut dengan sikap negatif MB Johor Abdul Ghani Othman kerana tidak memberikan hak milik tanah kepada mereka. Cawangan-cawangan dilaporkan terlibat ialah di kampung Senibong, kampung Pelentong Baru dan kampung Seri Makmur. Selain itu beberapa buah cawang di beberapa buah kampung di bahagian itu juga akan menurut kemudian. Sekurang-kurangnya ada tiga lagi cawangan yang bertindak menutup bilik gerakan mereka. Pengesahan penutupan bilik gerakan itu dibuat sendiri oleh ketua kampung-kampung berkenaan, bukannya oleh bloger pro Pakatan. Kejadian ini benar-benar memalukan Umno Johor dan ia paling dirasai oleh Ahmad Maslan yang juga ketua penerangan Umno Malaysia. Kenapa tidak malu, Mat Maslan sebelum ini mengeluarkan berbagai kenyataan bagi menunjukkan Umno masih kuat dan Johor tidak terusik. Mat Maslan juga meramalkan UBN akan merampas 20 kerusi milik PKR dan beliau juga mengatakan PR jangan bermimpi disiang hari di Johor. Dengan apa yang berlaku di depan tangga rumahnya itu sendiri - Pasir Gudang Johor, apakah dakwaan Ahmad Maslan itu boleh dipercayai? Kalau di Johor pun Umno berkucar kasir apa lagi di negeri-negeri lain yang mana Umno mengalami kemerosotan mendadak seperti di Negeri Sembilan, Melaka, Pahang atau Terengganu. Apa yang berlaku di Pasir Gudang itu menimbulkan kemarahan Mat Maslan. Dengan tiba-tiba Mat Maslan yang lemah lembu dan bersifat cendekiwan menjadi 'pongoh' dan bengis. Beliau dipetik memberi amaran keras kepada ahli-ahli Umno yang menutup bilik gerakan itu yang disifatnya sebagai perbuatan boikot. Siapa boikot siapa Mat? Katanya tidak ada tempat untuk ahli-ahli Umno yang melakukan boikot dan meminta agar mereka (ahli Umno) keluar meninggalkan Umno dan mencari NGO lain. Kenapa Mat Maslan tidak langsung saja suruh ahli-ahli Umno yang kecewa itu menyertai PAS? Kenapa suruh cari NGO? Luahan kemarahan ahli Parlimen Benut itu rasanya melampau dan keras. Dalam keadaan semua pemimpin Umno terutamanya presiden parti Najib Razak melembutkan gigi dari lidah untuk menawan hati rakyat, tidak wajar Mat Maslan 'menghalau' ahli Umno supaya keluar meninggalkan parti berkenaan. Kenyataan sebegitu agak angkuh dan sombong. Apa lagi mereka yang menutup bilik gerakan Umno itu rasanya lebih lama makan garam bernama Umno berbanding dengan Mat Maslan. Apa yang berlaku di Pasir Gudang itu bukan sesutau yang normal dan ia dilihat ada motif tersendiri. Ahli Parlimen Pasir Gudang ialah Khalid Nordin yang kini menteri pengajaran tinggi. Khalid dikatakan tokoh Umno sedarhana di Johor yang sedang diusahakan untuk dibawa balik ke Johor untuk memimpin Johor selepas pilihan raya umum akan datang. Apakah usaha itu menyebabkan timbul rasa kurang senang oleh Abdul Ghani Othman MB Johor kini? Sudah pasti kalau Khalid dibawa pulang ke Johor ia menjejaskan kedudukan Ghani sebagai MB. Ghani hendak tidak hendak kena mengucapkan sayor nara kepada Johor dan dunia politik. Tidak mungkin dia akan diguna lagi untuk peringkat federal misalnya dilantik sebagai menteri. Apa lagi memandangkan usianya juga sudah jauh melebihi setengah abad wajar kalau beliau dirihatkan. Jadi sekiranya berlaku pertukaran Ghani sudah merasakan nasibnya dalam politik sudah berakhir. Ghani menyedari bahawa dia bukan perkas atau orang dialatkan Najib untuk mengawal kuasanya. Najib lebih mempercayai kepada Hishmuddin Hussein dan Mat Maslan. Sebab itu ada juga desas desus dan perkiraan sulit Hishmuddin Hussein akan dibawa balik ke Johor dengan dua tujuannya menyelamatkan diri menteri KDN itu yang sudah terjejas teruk dan menjadi pengawal kuasa dan sokongan terhadap Najib. Berbalik soal Ghani tadi, makanya boleh jadi demi untuk mempertahankan kedudukkannya beliau harus melakukan sesuatu, caranya memberi masalah kepada Khalid. Mungkin caranya ialah dengan menafikan hak penduduk di Pasir Gudang itu yang sudah lama memohon geran hak milik tanah. Katanya sudah 13 tahun Ghani berjanji dengan penduduk berkenaan untuk memberi hak milik tetapi tidak dilaksanakan sampai kini. Khalid juga pernah bersuara akan kelewatan itu sebelum ini. Jarang seorang menteri kabinet merayu kepada MB untuk memberi tanah kepada rakyat, tetapi itu dilakukan oleh Khalid. Persoalanya kenapa? Bagi mereka yang dapat membaca kilau dalam kilat dan amat faham dengan seni politik tentu melihat ada sebab Ghani bersikap acuh tidak acuh terhadap masalah rakyat di Pasir Gudang itu. Berdasarkan itu boleh dikatakan yang melakukan sabotaj di sini bukan cawangan-cawanagn Umno seperti mana tuduhan dan dakwaan Mat Maslan, tetapi Ghani sebenarnya yang sabotaj terhadap Khalid. Dan apakah di celah-celah ini Mat Maslan pula tumpang semangkuk dua mengeruhkan suasana dengan memberi kata-kata kesat kepada ahli Umno Pasir Gudang supaya cari NGO lain dengan tujuan melemahkan politik Khalid? Boleh jadi juga, kerana mungkin Mat Maslan pun ada menyimpan cita-cita didalam poket baju Melayu bahagian atas untuk menjadi Menteri Besar Johor. Caranya ikut sama menyusahkan Khalid di Pasir Gudang itu. Haha...[wm.kl.6:42 pm 24/01/13] | ||
Mahathir, Ibrahim Menyusahkan Najib Posted: 23 Jan 2013 07:09 PM PST PANDANGAN Pada saat tibanya pilihan raya umum ke-13 Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor sangat mengharap akan ada waktu damai bagi Umno. Najib sangat mengharapkan ada kesenggangan masa kritikal untuk menghadapi pilihan raya. Najib perlukan ketenangan dan sedikit olak menenangkan situasi.
Satu masa Najib hampir berjaya memancing hati semua orang. Rakyat marhain senang dengan cara Najib mengingati mereka. Walaupun rakyat tahu itu adalah sebahagian hipokrasi pilihan raya tetapi rakyat menerimanya. Rakyat memberi simpati kepada Najib sebagai membalas budi baik Najib memberi berbagai insentif dari wang saku rakyat juga. Begitu juga dalam menangani atau mempedulikan rakyat mengikut etnik atau kaum. Najib sanggup turun menemui semua etnik di mana saja. Najib benar-benar telah mengorbankan darjat kebangsawaannya. Najib sanggup turun ke perkampungan untuk membahagikan sekampit dua beras kepada orang India dan sanggup menjamah tangan India miskin dan memeluk serta merasai hamis dan hapak baju mereka. Bukan itu saja Najib sanggup memasuki kawasan spritual India seperti di Batu Cave dan sebagainya. Apa yang beliau lakukan kepada orang India begitulah juga dilakukan kepada orang Cina, kandati masyarakat Cina kian menjauh Najib. Di Sabah pula demi meraih sokongan, Najib sanggup dan bersedia menerima kehendak rakyat Sabah yang mendesak agar masalah Pendatang Tanpa Izin (PATI) diatasi. Maka itu Najib membenarkan wujudnya suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat status dan lambakan imigrat di negeri berkenaan. Mengenai hal ini Najib tidak mempedulikan bantahan Mahathir agar RCI tidak diwujudkan. Najib tahu suruhanjaya itu bakal memakan diri Umno, tetapi kerana hendak melayani kehendak rakyat Sabah, Najib umumkkan juga. Demi hendak membuktikan ketelusan dan trasformasi yang dilancarkan, dia sedia menanggung risikonya. Pendeknya untuk menyenangkan hati semua orang Najib lakukan. Najib benar-benar meletakkan rakyat di atas singgahsana. Ada kalanya Najib rela menghinakan diri demi rakyat. Beliau sampai dituduh menjadi 'pekakas tenggala', naggal, penolak, igu, ataupun gerak, yang ditarik lembu demi rakyat. Tindakannya yang sesetengah boleh menjejaskan kredibiliti beliau dan juga maruah negara tidak dipedulikan yang penting rakyat senang kepadanya dan UBN akan menang dalam pilihan raya. Satu masa rakyat sudah jinak dengan Najib. Rakyat menyedari akan keikhlasan Najib berbalut hipokrasi. Najib juga mulai senang denagn situasi yang ada. Beliau menangguhkan beberapa kali untuk mengumumkan tarikh pembubaran parlimen disebabkan menanti 'ketika dan cerlak' yang baik. Bagaimana pun malang bagi Najib, sebaik masa dan cerlak itu tiba, keadaan yang baik itu terganggu pula dengan tindakan dua orang yang kononnya menjadi penyokong kuat kepadanya. Mereka ialah Mahathir Mohamad dan Inchek Ibrahim Ali. Tindak tanduk mereka ini membingungkan Najib. Mungkin juga disebabkan 'ulah' dan perangai kedua orang ini maka berat badan Najib susut 3.3 kg. Khabarnya Najib benar-benar kecewa dengan sokongan membawa rebah oleh kedua manusia ini. Ternyata dengan terdedahnya agenda projek IC palsu di Sabah yang mendedahkan peranaan Mahathir di sebalik permainan kotor itu telah mecelaru birukan Najib. Pengakuan Mahathir yang dia terlibat memberi IC palsu itu sambil dalam masa sama menempelak Tunaku Abdul Rahman (Almarhum) menyebabkan hati rakyat yang sudah mulai sejuk dan mabuk dengan pelbagai pemberian Najib menjadi hangat semula. Rakyat Sabah khasnya yang sudah lama mencurigai dengan projek IC palsu itu yang dilihat satu pengkhiantan kini telah menemui jawaban dan orang yang mereka sandarkan kemarahan itu; Mahathir dan UBN. Terdedahnya perkara itu dan pengakuan Mahathir menyebabkan segala jasa dan budi yang Najib tanam dan taburkan di Sabah menjadi debu dan angin saja. Bukan saja Najib 'terkanyak' merasa senak dengan isu IC palsu ini, Mahathir juga sehari dua ini menutup mulut dari terus memberi idea bagaimana untuk memenangkan UBN. Mahahir juga menyedari yang langkahnya sudah tersadung dalam jerat yang dipasang sendiri. Mahathir sendiri menyedari bahawa sikap dan keangkuhan dirinya yang selalu merasa hebat terkena cabuk dengan isu IC palsu ini. Sebenarnya apa yang berlaku itu, adalah satu hakikat di mana kebenaran itu akan muncul juga akhirnya. Kebatilan yang selama ini digendung Mahathir akan tercicir juga dan terdedah kepada umum apabila kebenaran muncul. Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh ke tanah juga dan selicit-licit belut mengeliukkan badan termasuk juga ke dalam 'suak'. (Sejenis alatan tangkap ikan). Masalah yang ditimbulkan oleh Mahathir itu menjadi lebih penat lagi, apabila Inchek Ibrahim Ali yang bertindak menjadi hidung tidak mancung dan pipi tersorong kononnya untuk membantu kemenangan BN, telah membuat kenyataan yang telah membakar hanguskan impian Najib Razak. Seruan Ibrahim agar kitab Injil dibakar, telah memberi masalah besar kepada Najib. Kenyataan dan seruan Inchek Ibrahim yang berbentuk rasis dan perkauman itu kini benar-benar menyusahkan Najib. Keadaan negara ini dalam konteks keagamaan dan budaya sedang menggelak gara-gara kenyataan bodoh sombong dan berani bengong Ibrahimn itu. Hati semua orang kini hangat dengan apa yang dilakukan Ibrahim itu. Bukan saja mereka beragama Kristian dan mempercayai kepada kitab itu, tetapi orang yang mempunyai akhlak dan percaya kepada kehidupan saling hormat menghormati juga kesal dan marah dengan seruan beremosi Ibrahim itu. Seperti Mahathir, Ibrahim juga tersilap langkah. Dia mengira kenyataan dan ajakan itu mendapat sokongan orang Melayu dan Islam lainnya. Inilah manusia kalau merasa bijak dan pengetahuannya hanya di birai rumah saja, dia akan buta dengan perkembangan semasa. Dia tidak tahu apakah apa yang diucapkan itu boleh memberi kebaikan atau tidak. Biasanya manusia seperti ini orang yang hanya mengikut akal kemetotnya dan memenuhui kehendak nafsu saja tanpa mepedulikan orang lain. Sesungguh manusia seperti Ibrahim ini sudah tidak layak untuk hidup di atas dunia ini, kerana dia mengira hanya dia saja yang cerdik manakala orang lain semuanya haprak. Sifat-sifat ego dan sombong bongkok inilah yang menjadi pegangan dan pakaian manusia yang dikutuk dan dibenci Allah seperti Firaun, Qaron, Namrud dan lain-lain yang disebut didalam al-Quran. Seperti juga Mahathir, hari ini nampaknya orang Pasir Mas ini menyedari bahawa tindakannya tidak memberi kebaikan sebaliknya menyusahkan Umno dan Najib. Justeru berbagai usaha dilakukan untuk memperbetulkan balik kenyataanya. Sudah muncul orang-orang yang merasa manis tea tarik Ibrahim Ali bercakap untuk memperbetulkan kenyataan Ibrahim itu. Ada yang mengatakan apa dilakukan Ibrahim itu sebaghai wake-up call dan sebagainya. Semua usaha untuk memperbetul dan menjernihkan kata-kata Ibrahim itu tak ubah seperti usaha untuk memluruskan bayang dari objek yang bengkok. Sia-sia. Bagaimana pun bak kata pepatah telajar perahu boleh diundur, telajar kata buruk padahnya. Kata orang kampung saya, baik terlucut kain daripada terlucut kata. Kenyataan dan seruan Ibrahim itu telah memberi padah kepada dirinya sendiri. Paling buruk ia memberi penyakit kepada Najib. Kalau sebelum ini penganut Kristian baik dari kalangan Cina, India dan lain bangsa sedang memerhati kepada UBN, tetapi dengan desakan agar kitab mereka dibakar itu, menjadikan mereka tidak akan berpaling lagi kepada BN. Walaupun Ibrahim bukan anggota komponen BN tetapi kerana mereka tahu ke arah mana sokongan Ibrahim, menyebabkan kesan protes dari mereka akan diterima oleh Umno dan BN. Desakan yang dilakukan oleh Ibrahim itu bukan saja setakat melukai hati penganut Kristian dan pengamal agama lain yang cintakan kedamaian, tetapi ia juga meninggalkan kesan pedih yang mendalam. Kalau sebelum ini si Salentia itu sering memberi amaran demi amaran jangan menguriskan hati orang Melayu, kali ini orang lain pula memberi peringatan kepadanya agar berhati-hati dalam bercakap jangan sampai mulut terbakar. Perkembangan terbaru di sekitar diri Inchek Ibrahim ini menambahkan lagi keyakinan sesetengah orang bahawa beliau tidak akan diberi laluan oleh BN di Pasir Mas untuk beliau dihadapi seorang sama seorang oleh PAS. Dalam kata lainnya tanpa disedari disebabkan senantiasa merasakan tindakannya betul, akhirnya Ibrahim membakar dirinya dari sumber api dari dalam koceknya sendiri. Ingatlah, cakap malam dengar-dengar, cakap siang pandang-pandang. Ibrahim dan Mahathir sudah menjadi liabiliti kepda Najib dan UBN. [wm.kl.10:44 am 24/01/13] | ||
Minyak Pula Tersimpan Di Bawah Pasar Siti Khadijah? Posted: 23 Jan 2013 03:40 AM PST BERITA TERKINI Kebergantugan negeri Kelantan kepada royalti petroleum untuk pembangunan Kelantan mungkin tidak akan wujud lagi sekiranya Kelantan didapati mempunyai rezeb minyak di daratan seperti mana yang dijelaskan oleh Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Husam Musa hari ini.
Sekiranya apa yang dinyatakan Husam hari ini satu kebenaran ia merupakan satu lagi anugerah Allah kepada Kelantan yang tidak ada nilainya. Apakah ini juga termasuk dalam 'maunah' dan 'keramah' Tokguruku Nik Aziz sebagai pemimpin utama kerajaan Kelantan kini? Sebelum ini Kelantan telah dianugerahkan Allah selain minyak, berbagai bahan mineral termasuk emas dan biji besi yang sedikit sebanyak kini menjana pendapatan kerajaan Kelantan. Kemungkinan ada tersimpan rezeb minyak di bawah Pasar Siti Khadijah ini ini sudah dimaklumkan kepada mesyuarat Exco hari ini serta cadangan untuk membawa pakar mengenali pasti bahan berkenaan. Adalah wajar untuk kerajaan Kelantan memastikan segera berhubung simpanan atau rezab minyak di daratan itu. Kerana sekiranya dalam kajian itu menunjukkan tanda-tanda kewujudan bahan itu, rakyat Kelantan tidak perlu bimbang dan cemas dengan peruntukan pembangunan ekonomi dan sosial di Kelantan untuk 20 atau 30 tahun akan datang. Sudah pasti rezab itu akan dijadikan cagaran besar oleh kerajaan Kelatan untuk pembangunan masa depan Kelantan. Sudah pasti selepas ini Kelantan akan menjadi destinasi para pelombong minyak dari seluruh dunia. Mungkin juga Kota Bharu akan dikenali seagai Bandaraya Petroleum terunggul di rantau ini. Seperti mana dijelaskan Husam kawasan yang dikatakan mempunyai simpanan atau rezab minyak itu di sekitar Pasar Siti Khadijah yang melibatkan keluasan 1km. Ini bermakna hampir 1/3 bandar Kota Bharu mempunyai rezab minyak. Hendaknya cadangan untuk membawa pakar cari gali Petroleum itu dipercepatkan. Dalam pada itu saya difahamkan sebuah syarkat cari gali minyak yang bergabung dengan Pertamina di Indoensia telah menyatakan persetujuan untuk membuat penyelidikan berhubung perkara itu. Katanya salah seorang jurutera syaikat berkenaan semasa lawatan tidak rasmi ke Kota Bharu pernah membayangkan dengan kata-kata negeri Kelantan adalah istimewaan kerana Allah membawa "emas hitam" (minyak) ke depan tanggan setiap orang dari penduduknya. Sehubungan pengumuman Husam hari ini baru tertangkap kepada minda saya kenapa Anwar Ibrahim dan Najib Razak ketika berkunjung ke Kelantan kelmarin ikut sama menjejak kaki ke pasar Siti Khadijah dan beramah mesra dengan peniaga. Apakah Najib telah menghidu simpanan minyak bawah tanah ini lebih awal. Tidak mustahil! [wm.kl.7"38 pm 23/01/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan