Sabtu, 19 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Dr Asri Belasah Fathul Bari

Posted: 18 Jan 2013 11:10 PM PST



Projek IC: Dr M mencemarkan nama Tunku untuk melepaskan tengkuknya

Posted: 18 Jan 2013 05:00 PM PST

Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.

Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.


Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.

Dua minggu sebelum PRU 1994

Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.

Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.

Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rakyat


Fathul Bari Cakap Tak Serupa Bikin..

Posted: 18 Jan 2013 03:57 PM PST



Harun Taib: Saya tidak akan tinggalkan Pas

Posted: 18 Jan 2013 03:47 PM PST

KUALA TERENGGANU – "Saya tidak akan tinggalkan Pas. Tidak ada sebab untuk saya tinggalkan parti ini!"

Demikian tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib ketika menafikan dakwaan dalam sebuah blog bahawa beliau dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din akan meninggalkan Pas.


Beliau berkata, dakwaan itu sama sekali tidak benar kerana Pas adalah platform beliau untuk memperjuangkan agama Islam sejak dulu lagi.

"Mana boleh tinggal Pas. Pas perjuangan saya, wadah perjuangan saya," kata Adun manir itu.

Artikel yang diterbitkan 10 Januari lalu dalam blog terbabit menyebut, kedua-dua pemimpin Pas itu akan mengumumkan tindakan keluar parti sedikit masa lagi kerana membantah sokongan Pas terhadap permintaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu dibenarkan menggantikan perkataan tuhan kepada ALLAH.

Memetik blog terbabit, Haron Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau, bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar dari Pas dan menumpukan sepenuhnya kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Harun Taib telah dinasihatkan rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas, walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka juga berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Artikel bertajuk 'Dua Harun bakal tinggalkan Pas?' itu dipercayai diterbitkan semasa kontroversi isu kalimah ALLAH, sebelum ia diputuskan Majlis Syura Pas yang tidak membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam kitab Injil pada 13 Januari lepas dan mendapat lebih 150 komen daripada pelawat blog.

Mengulas isu kalimah ALLAH, Harun berkata, kenyataan yang dibuat beliau sebelum keputusan Majlis Syura dikeluarkan langsung tidak bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi dan juga Nik Aziz.


Mantan Ketua Daerah Kinabatangan sertai PAS

Posted: 18 Jan 2013 07:01 AM PST


KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di 'medan perang' Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.


Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.

"Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.

"Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini," ujar beliau.

Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.

Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.


Doa Fathul Bari Kepada Mereka Yang Dedahkan Perkahwinan Keduanya..

Posted: 18 Jan 2013 04:47 AM PST

Nilaikan sendiri apa yang ada dalam perut ustad umno ni..

20 hari lagi Najib Kena Bubar Parlimen

Posted: 18 Jan 2013 04:26 AM PST

"Walaupun tarikh pilihanraya umum di Malaysia menjadi teka teki dan hak peribadi setiap perdana menteri Hakikatnya parlimen wajib dibubarkan dalam tempuh yang terdekat. Negeri Johor tempuh akhir DUN BN/UMNO berkuasa sekitar 12/3/March2013.

Untuk rekod tempuh kerajaan korup BN/UMNO akan tamat atau terbubar 28/April 2013. Suruhanjya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah bersedia untuk menipu rakayat Malaysia dalam setiap pilihanraya umum. Ahmad Mazaln ketua penerangan UMNO/BN telah mengarahkan membuka/mengerakkan semua kawasan peti undi dan cawangan UMNO melalui penegrusi JKKKKK yang mendapat gaji bulanan RM800.00


Bersiapsiagalah semua parti parti yang bertanding, PRU13 bakal diadakan sekitar bulan awal Mar 2013 sebelum tempuh DUN negeri Johor terbubar dengan sendirinya pada pertengahan March 2013.

Dari kaca mata bebas UMNO/BN masih ada peluang berkuasa semula selepas PRU13. BN/UMNO yang penipu dan korup hanya menang dengan majoriti yang paling tipis dalam sejarah Malaysia.

BN/UMNO yang jahat dan penipu menang dengan mudah majoti mudah sekitar 115 hingga 120 kerusi parlimen. Jangkaan ini dibuat berdasakan daftar pemilih 2013 masih lagi tidak bersih dan SPR masih lagi menjadi cawangan UMNO.

Terbukti SPR adalah watak utama dalam memberi kemenangan kepada UMNO/BN dalam seriap pilihanraya umum di Malaysia. *****uh dan bukti terkini ialah di Sabah.

Suruhanjaya penyiasatan diraja (RCI) yang sedang bersidang sekarang dalam mencari bukti penyelewenagan kad pengenalan dan kewarganegraaan Malaysia.

Dalam RCI tersebut salah seorang dari pegawai JPN cawangn Sabah memberi tahu kepada RCI , Pehak SPR mengarahkan memberi dan mengeluar kad pengenalan kepada pendatang asing bagi tujuan untuk didaftar dalan buku mengundi SPR.

Pakatan Rakyat dan semua rakyat Malaysia yang mahu perubahan dan mahu meruntuhkan kerajaan BN/UMNO yang jahat menghadapi KESUKARAN YANG TERAKHIR.

SPR sehingga kini belum lagi bersih dan adil. Malag daftar mengundi masih lagi kotor dan penipu. SPR adalh tangan tangan jahat yang bertopengkan syiatan yang dikenali.
PRU13 UMNO/BN bergantung harap pada SPR sebagai cawangan UMNO nombor wahid.

Selagi daftar pengundi dan SPR menjadi kuda dan aning kerajaan BN/UMNO selagi itu rakyat dan pakatan rakyat atau parti parti pembangkang di Malayia sukar menang dan berkuasa.

Saya cukup setuju pandangan yang dilontarkan oleh pejuang reformasi suadar Hisamuddin Rais, Halangan yang terakhir ialah SPR, Jika daftar pemilih tidak bersih sepenuhnya dan SPR masih lagi menjadi cawangan UMNO kita menghadi kesukaran dan rintangan untuk menang PRU13.

http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=Your_Account&op=userinfo&username=mohdnoorawang


Rosmah 'terlalu sibuk' untuk jawab Deepak

Posted: 18 Jan 2013 01:56 AM PST

Walaupun dikaitkan dengan dakwaan menutup kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap enggan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

Ketika diasak sewaktu beliau menghadiri satu majlis kebajikan di Kuala Lumpur petang ini, Rosmah menegaskan beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan tidak mahu ditanya sebarang soalan.


Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjadi
tetamu kehormat di majlis amal makan tengah hari anjuran Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.

Malaysiakini cuba untuk mendekati Rosmah sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali dihalang oleh pembantu dan pengawal peribadi beliau.

Yang pertama ialah selepas makan tengahari, semasa persembahan pentas. Pembantu Rosmah bergegas cepat dan menghalang penulis daripada tanya soalan.

Percubaan kedua ialah ketika Rosmah hendak meninggalkan majlis, dan Malaysiakini bertanya sama ada beliau mahu mengulas dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan dakwaan menutup kes pembunuhan Altantuya.

Sekali lagi, salah seorang pembantunya muncul dan berkata Rosmah akan menjawabnya dalam sidang akhbar yang lain. Rosmah tidak berkata apa-apa dan terus beredar dari situ.

Ketika beliau sedang menuju ke arah keretanya, Rosmah diiringi beberapa pembantu dan pengawal peribadi. Malaysiakini sekali lagi pergi ke bahagian sebelah lain kereta itu, di mana sekumpulan pemimpin Pandu Puteri sedang menunggu untuk mengambil secara berkumpulan dengan Rosmah.

Apabila Malaysiakini cuba untuk bertanya soalan yang sama, sekali lagi pembantunya muncul dan memberitahu supaya bertanya soalan pada hari yang lain.

Bagaimanapun, Rosmah berpusing dan berkata beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan jangan tanya apa-apa soalan kepadanya.

http://www.malaysiakini.com/news/219355



Tiada ulasan: