Sabtu, 19 Januari 2013

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Blogger Umno dedah video muslimah PAS diraba bergilir-gilir di #KL112

Posted: 18 Jan 2013 05:00 PM PST

BLOGGER United Malays No Otak, Umno nampaknya sudah kehabisan idea untuk memburuk-burukkan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang dianjurkan di ibu negara tempoh hari. Kita faham taktik mereka tidak lain dan tidak bukan, menggunakan isu lucah berulang-ulang kali.

Lihat sebelum ini bagaimana mereka menggunakan gambar yang dicedok dari laman sesawang luar negara mendakwa kononnya ada muslimah dari Parti Islam, PAS yang diraba di himpunan tersebut rujuk sini ~ blogger Umno.

Kemudian mereka menyebarkan pula gambar yang diedit kononnya ada peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang membawa bendera dan menyokong Israel rujuk sini ~ Bendera Israel.

Terbaru, mereka menyebarkan video pula kononnya muslimah dari Parti Islam, PAS telah menyerahkan punggung untuk diraba bergilir-gilir oleh pemuda dari KEADILAN (PKR). Di bawah ini screenshot yang diambil dari salah seorang blogger Umno.



Lihat, mereka seakan ada centre of command (pusat arahan) untuk mengulangi isu-isu lucah bagi meraih sokongan politik. Difahamkan "bilik perang" Umno PWTC kini diketuai oleh bekas menteri yang pernah dilaporkan mabuk dan mencabul kehormatan seorang gadis di kelab malam. rujuk sini ~ Jamaluddin Jarjis

Maka tak hairanlah strategi meraih sokongan politik mereka semuanya berbaur lucah kerana pengarah propaganda mereka adalah menteri kaki raba.

Tambah lebih lucu lagi, salah seorang pemimpin India yang mengepalai NGO Nambikkai yang menyokong Barisan Nasional kini dilihat sudah mula mempraktikkan amalan lucah yang selama ini dibawa oleh Umno rujuk sini ~ Kalai Vanar

ReJaM© "Umno dan lucah bagaikan tahi dan kentut... "

Kantoi! Cybertrooper Umno like sendiri komen di Malaysiakini

Posted: 18 Jan 2013 03:00 PM PST

SEJAK kebelakangan ini ramai yang mengadu kepada gua bila kebanyakkan komen-komen di portal berita nombor satu Malaysia, Malaysiakini dipenuhi oleh cybertrooper (askar upahan) Umno terutama berita berkaitan dengan Rosmah Mansor.

Sebenarnya cybertrooper Umno menggunakan taktik kotor untuk membolehkan komen-komen mereka berada pada kedudukan paling atas di Malaysiakini iaitu dengan cara mendapatkan like paling banyak. Namun mereka mendapatkan like-like palsu.

Sebagai contoh lihat screenshot di bawah ini. Komentar bernama Anuwar Kasih ini adalah salah seorang cybertrooper Umno dan komennya berada paling atas di Malaysiakini kerana mendapat 170 likes palsu.



Bagaimana kita nak tahu sama ada likes tersebut palsu atau sah? Mudah sahaja, klik pada namanya Anwar Kasih itu anda akan terus ke profile beliau. Komen beliau di Malaysiakini turut terpapar di profile milik beliau. Seterusnya klik pada like yang diterimanya.



Selepas klik anda akan ditunjukkan kepada akaun-akaun yang telah memberikan likes kepada komen-komen cybertrooper Umno ini. Lihat, bukan manusia yang likes, sebaliknya page-page kosong yang dibuat oleh mereka.

Mereka sendiri komen, mereka sendiri like menggunakan halaman-halaman yang dibina oleh mereka sendiri. Taktik ini membolehkan mereka likes komen sendiri tanpa log in kepada banyak akaun. Tapi kantoi kah kah kah...



Anda boleh periksa sendiri akaun-akaun cybertrooper seperti ini. Mereka benar-benar terdesak untuk mempertahankan Rosmah Mansor. Lebih malang, ada juga cybertrooper yang malas buat kerja, makan gaji buta apabila nama-nama page yang dibuat langsung tak realistik seperti di bawah ini kah kah kah...




Alahai Umno, semua benda nak menipu, sampaikan likes pada komen pun nak juga ditipunya macam mana rakyat nak sokong kamu?

ReJaM© "Tak payah bohonglah, mana ada orang nak likes komen sampah... "

Presiden Nambikkai, Kalai Vanar mengamuk dan melucah di Twitter

Posted: 18 Jan 2013 07:25 AM PST

PRESIDEN Barisan Bersatu Nambikkai, B Kalai Vanar nampaknya sudah berjaya ditarbiyah oleh United Malays No Otak, Umno untuk mengikut budaya lucah yang dibawa oleh parti itu selama ini.

Hari ini gua terkejut bila Presiden Barisan Bersatu Nambikkai yang menggelarkan diri mereka sebagai wakil masyarakat India yang menyokong Barisan Nasional tiba-tiba mengamuk dan melucah melalui akaun twitter miliknya.



Gua tak tahu apa masaalah dia ni sebenarnya? Tiba-tiba mengamuk dan melucah tak berhenti-henti. Adakah masyarakat India menyokong pemimpin seperti ini untuk membela nasib mereka bersama Barisan Bersatu Nambikkai?




ReJaM© "Memalukan masyarakat India... "

Tiada ulasan: