Blog-list Malaysia |
- PANAS - Anwar Dikaitkan Dengan Pemberian Kad Pengenalan Palsu
- Surat Nikah Fathul Bari Kahwin Di Thailand Tersebar
- PKR dakwa RCI buktikan Mahathir 'pengkhianat'
- Khairy Akan Didakwa Kerana Menghina Keputusan Mahkamah
- Polis tetapkan 25 syarat untuk ceramah Teresa Kok
- Fatwa Umno - Negeri Tiada Sultan Boleh Guna Kalimah Allah
- SAMM Akan Anjur Forum Libatkan Sharifah Zohra & Bawani
- Kenapa perlu senjata? - Kelantan dakwa 'adegan tentera' tidak wajar
- PANAS - Fathu Bari Berkahwin Gadis Filipina Di Thailand?
- Lajim Ukin Mahu Ramai Lagi Tampil Dedah Projek IC Sabah
- Turun Harga Tol KESAS, Gimik Terbaru Politik Umno-BN
- Sharifah Zohra Jabeen Zookeeper..
- Tragedi ‘listen’ bukti kerajaan menyekat mahasiswa - Prof Madya Datuk Agus Yusof
- Hadi Awang Sedang Menangis Dan Menderita - Hasan Jati
PANAS - Anwar Dikaitkan Dengan Pemberian Kad Pengenalan Palsu Posted: 16 Jan 2013 11:13 PM PST Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa parti itu menerima maklumat bahawa terdapat cubaan pihak tertentu untuk mengaitkan siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung isu pendatang tanpa izin Sabah dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, PKR sudah menjangka bahawa perkara itu akan ditimbulkan kerana ia didakwa satu jalan mudah bagi Umno dan BN untuk mengatasi isu berkenaan. "Kita sedang meneliti perkembangan ini, saya dapat maklumat-maklumat akhirnya akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... Semua masalah dalam negara akan dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin. Saksi di RCI tersebut semalam mengaitkan dua bekas orang kanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk menjadi pengundi di Sabah. Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. | ||
Surat Nikah Fathul Bari Kahwin Di Thailand Tersebar Posted: 16 Jan 2013 09:50 PM PST Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado. Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012. Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu. Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan. Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden). Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim. Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC. Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. - mso [wm.kl.1:41 am 17/01/2013] | ||
PKR dakwa RCI buktikan Mahathir 'pengkhianat' Posted: 16 Jan 2013 09:32 PM PST Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara". Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir. "Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita. "Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya. Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah. Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing. Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya. | ||
Khairy Akan Didakwa Kerana Menghina Keputusan Mahkamah Posted: 16 Jan 2013 09:29 PM PST Khairy Jamaluddin Menarik Balik Tuduhannya dan Mengesahkan Watak Perkauman UMNO Kenyataan Khairy Jamaluddin yang dipetik oleh Sinar Harian[1] menyebut bahawa "beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat". Seterusnya, beliau juga cuba memberi gambaran seolah-olah Dato' Seri Anwar memohon perkara itu diselesaikan di luar mahkamah kerana bimbang dengan perbicaraan penuh. Kedua-dua kenyataan ini bukan sahaja angkuh dan satu pembohongan, ia juga bertentangan dengan syarat penyelesaian ( Settlement Terms ) yang dimeterai di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh kedua-dua pihak pada 16 Januari 2013. Tindakan Khairy yang memutar belitkan persetujuan beliau sendiri di hadapan hakim boleh dikira menghina mahkamah. Syarat penyelesaian menyebut seperti berikut: "Since the defendant (Khairy Jamaluddin) is now prepared to say that he did not say the offending words as opposed to the position taken earlier, the matter ends there and stands resolved." Khairy dan Pemuda UMNO sebelum penyelesaian ini bertegas bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah "pengkhianat perjuangan Melayu" dan "boneka Amerika Syarikat dan Yahudi". Malah, dalam transkip ucapannya yang menjadi bahas kes di mahkamah, secara jelas beliau menyebut perkara-perkara ini. Muka surat 10 transkrip ucapan yang dikemukakan dalam mahkamah: "Tuan-tuan, saya balik daripada Ijok, saya dengar dengan telinga saya sendiri, keluar dari mulut pemimpin Melayu di ijok, daripada Anwar Ibrahim, yang mengatakan bahawa kita tak perlu lagi ada Dasar Ekonomi Baru, kita tak perlu lagi membantu orang Melayu. Sekarang ini Anwar sudah masuk kawasan-kawasan kaum Tiong Hwa. Dia kata kita nak bina sekolah Cina, tak payah lagi ada Dasar Ekonomi Baru dan sebagainya. Tuan-tuan, sudah jadi macam ini, sudah sampai satu tahap di mana ada pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan kehidupan kita oleh kerana politiknya." Bukan sahaja beliau menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim menggadaikan kehidupan orang Melayu, Khairy juga mengapi-apikan sentimen perkauman dengan membina kebencian terhadap pendidikan Cina yang cukup rapat dengan masyarakat Cina di negara ini. Muka surat 11 transkrip ucapan Khairy yang dijadikan bahas kes di mahkamah pula menyebut: "Pilihanraya yang akan datang adalah masa depan kita, adalah perjuangan kita. Adakah kita sanggup memberi laluan kepada Anwar yang menjadi boneka kepada Amerika? Yang menjadi boneka kepada Yahudi? Adakah kita sanggup memberi laluan kepada PAS yang sanggup menggadaikan khazanah asli bumi bertuah Malaysia ini kepada rakyat asing?" Dari transkrip ucapan yang menjadi rujukan kes saman di mahkamah, adalah jelas bahawa Khairy memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim dan menghina perjuangan PAS. Dakwaan Khairy bahawa kenyataan beliau disalah lapor oleh media, seperti yang dinyatakan kepada Sinar Harian adalah tidak benar, kerana prosiding perbicaraan mahkamah merujuk kepada transkrip ucapan beliau yang disediakan oleh peguam UMNO sendiri dan bukannya mana-mana laporan akhbar. Oleh sebab itulah, syarat penyelesaian secara jelas menegaskan bahawa kes ini ditamatkan apabila Khairy bersedia menukar pendirian awalnya mengenai fitnahnya terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pendirian awalnya yang memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat perjuangan Melayu dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi terkandung dalam transkrip ucapan Khairy pada 1 Ogos 2007. Oleh yang demikian, apabila beliau menukar pendirian awalnya, ia bermakna beliau menarik balik fitnah tersebut yang terkandung di dalam ucapannya dan kempen UMNO sebelum ini. Kenyataan – kenyataan susulan Khairy yang angkuh menggambarkan beliau sedikit pun tidak insaf dan tidak jujur. Beliau lebih rela berbohong daripada berterus terang kepada rakyat bahawa beliau telah menarik balik fitnah yang dibuatnya. Namun, lebih membimbangkan adalah kenyataan – kenyataan beliau yang berhubung pendidikan Cina di negara ini dan mengaitkannya dengan sentimen perkauman sempit yang melampau. Perkara ini perlu diberi perhatian serius dan untuk mengelakkan putar belit, Khairy Jamaluddin harus menjelaskan pendirian beliau mengenai institusi pendidikan Cina yang ada di negara ini agar pendirian Pemuda Barisan Nasional dalam hal itu dapat dinilai oleh pengundi-pengundi. Setelah meneliti kenyataan – kenyataan susulan Khairy selepas dimeterai syarat penyelesaian, saya berpendapat ianya mempunyai unsur – unsur menghina Mahkamah (contempt) yang perlu dirujuk semula kepada Mahkamah. AZMIN ALI TIMBALAN PRESIDEN 17 Januari 2013 | ||
Polis tetapkan 25 syarat untuk ceramah Teresa Kok Posted: 16 Jan 2013 08:37 PM PST PETALING JAYA: Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini. Adun Kinrara itu berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah. Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan. Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut. Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran. Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah bagi mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah. "Syarat-syarat yang dikenakan oleh balai polis Serdang itu telah mendatangkan banyak masalah pada pihak penganjur," katanya dalam kenyataan media semalam. Menurut Teresa lagi, oleh kerana ceramah diadakan di tepi jalan dan depan restoran, jika anggota unit amal PAS tidak dibenarkan untuk mengawal trafik ia mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas. Katanya, jika polis mahu menyuraikan ceramah jika kehadiran melebihi jangkaan adalah tidak munasabah kerana pihaknya tidak dapat memastikan peserta kurang daripada 500 orang. "Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi," katanya. Menurut Teresa, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu tetapi polis menolak permohonan dengan alasan tempoh pemberitahuan hanya lapan hari. Dalam Akta Perhimpunan Aman pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program. `Syarat ketat' "Saya dan pembantu saya mendapati polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman. "Sebelum adanya akta itu, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari. "Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak penduduk persekitaran tapak ceramah membantah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak orang ramai membantah," tambah beliau. Teresa berkata, objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur mengadakan program atau perhimpunan dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program. "Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihanraya yang akan datang. "Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami. "Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini," kata Teresa lagi. | ||
Fatwa Umno - Negeri Tiada Sultan Boleh Guna Kalimah Allah Posted: 16 Jan 2013 06:04 PM PST | ||
SAMM Akan Anjur Forum Libatkan Sharifah Zohra & Bawani Posted: 16 Jan 2013 05:54 PM PST SHAH ALAM, 16 JAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menjemput Presiden Suara Wanita Satu Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen dan mahasiswi Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani ke satu forum bertajuk 'Kebebasan Akedemik dan Hak Asasi.' Forum yang akan diadakan pada jam 22 Januari, 8.30 malam itu akan dilangsungkan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur. Selain itu, turut dijemput sebagai panelis forum tersebut, Pensyarah Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik. Menurut pengarah segmentasi mahasiswa SAMM Wan Noor Farel Azli Wan Haron jemputan kepada ketiga-tiga panelis terbabit telah pun dihantar. "Walaupun tidak setuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak setuju dengan regim penguasa BN agar keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur. "(Ini) bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat. "Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu," menurut Wan Noor Farel Azli dalam satu kenyataan hari ini. Sharifah Zohra dikritik hebat apabila beliau cuba menghalang Bawani daripada bercakap di dalam satu forum UUM bertajuk "Seiringkah Mahasiswa dan Politik?" Dalam forum itu Sharifah Zohra cuba memaksa Bawani untuk berhenti berhujah apabila Bawani menyebut tentang gerakan BERSIH 2.0 dan isu pendidikan percuma. Apabila Bawani tidak menendahkannya, Sharifah Zohra mengarahkan Bawani supaya berhenti berhujah dengan berkata "listen.., listen.., listen…" hampir sepuluh kali. Sharifah Zohra turut mencapai pembesar suara dan menjauhkan dari Bawani yang tidak sempat menghabiskan hujahnya. Sharifah Zohra juga dikatakan berkata dalam forum sama, bahawa binatang juga sama seperti manusia, turut mempunyai masalah. Insiden tersebut menarik perhatian pelayar internet dalam dan luar negara dan mengundang pelbagai kecaman terhadap Sharifah Zohra. Dilaporkan bahawa laman facebook milik Sharifah Zohra dihujani dengan pelbagai kritikan yang mengata beliau tidak berani berdebat secara terbuka dan sihat. | ||
Kenapa perlu senjata? - Kelantan dakwa 'adegan tentera' tidak wajar Posted: 16 Jan 2013 05:02 PM PST
Kota Bharu: Perlukah anggota tentera yang lengkap bersenjata diminta berkawal di pintu masuk padang ketika perlawanan Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam kelmarin? Itulah persoalan diajukan penyokong Kelantan terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) yang menempatkan sekurang-kurangnya enam Askar Timbalan Setia Negeri Johor (JMF) lengkap bersenjata M-16 untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemainnya di stadium berkenaan. "Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," Mohd Yahya Jamada Ali, Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan." Anggota tentera terbabit berkawal di pintu masuk padang berhampiran bilik persalinan dari awal hingga perlawanan tamat. Mat Yo turut dikawal Pegawai dan pemain Johor DT termasuk Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo turut dikawal beberapa pengawal keselamatan ketika mereka keluar dari bas untuk memasuki bilik persalinan di stadium terbabit. Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net), Mahizi Mahmood, berkata kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata berkawal di pintu masuk padang malam kelmarin mempengaruhi tindakan penyokong Kelantan yang membuat kecoh selepas perlawanan tamat. Gambaran penyokong ganas "Kehadiran anggota tentera terbabit yang kononnya untuk mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT seperti menidakkan kemampuan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan polis Kelantan menjaga keselamatan di stadium berkenaan. "Ia juga menggambarkan penyokong Kelantan adalah ganas dan tidak bertanggungjawab. Mereka berasa terhina kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) wajar mengambil tindakan tegas terhadap PBNJ," katanya semalam. Pengerusi Kelab Penyokong Rasmi Bola Sepak Kelantan, Mohd Yahya Jamada Ali, berkata kehadiran anggota tentera mengawal keselamatan pegawai dan pemain Johor DT dalam perlawanan malam kelmarin tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh merosakkan imej bola sepak negara. Beliau berkata, kehadiran anggota tentera terbabit lebih kepada provokasi yang cuba dilakukan Johor DT sekali gus mencabar keegoan penyokong Kelantan sehingga berlaku kekecohan kecil selepas tamat perlawanan. "Ini hanyalah bola sepak bukan medan peperangan. Penyokong Kelantan sudah banyak berubah dan sistem kawalan keselamatan yang dikendalikan KAFA dan polis sebelum ini adalah baik serta tidak pernah mengundang masalah," katanya. Sementara itu, Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, yang mereka diarah oleh pihak atasan untuk membawa anggota tentera bersenjata pada perlawanan itu. "Bagi saya kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata api dalam perlawanan bola sepak adalah tidak perlu. "Ia adalah salah dari segi peraturan. Saya berharap perkara ini tidak berulang dan ia sama sekali tidak patut berlaku," katanya. Dalam aksi yang berkesudahan Kelantan dan Johor DT seri 1-1, malam kelmarin, anggota polis terpaksa mengiringi kira-kira 200 penyokong Johor DT masuk ke padang selepas penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman ke arah mereka sebaik perlawanan tamat. - BeritaHarian | ||
PANAS - Fathu Bari Berkahwin Gadis Filipina Di Thailand? Posted: 16 Jan 2013 03:29 PM PST Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlando. Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathu Bari dengan Maria Joy Erlando itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012. Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikah itu. Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan. Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathu Bari (pemohon) dengan Maria Joy Erlando (responden). Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim. Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathu Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC. Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. [wm.kl.1:41 am 17/01/2013] Sumber - http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/fathubari-berkahwin-muda.html | ||
Lajim Ukin Mahu Ramai Lagi Tampil Dedah Projek IC Sabah Posted: 16 Jan 2013 08:41 AM PST Desak k'jaan henti beri IC kepada pendatang haram undi BN KUALA LUMPUR 16 Jan: Bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin mahu lebih ramai saksi tampil membuat pendedahan berhubung projek IC (kad pengenalan) Sabah. Beliau berkata, pendedahan bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Mohd Nasir Sugip itu membuktikan sememangnya wujud penyelewengan dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah untuk tujuan mengundi. "Saya menyokong penuh tindakan berani bekas kakitangan JPN yang membuat pendedahan bahawa ada arahan pihak tertentu dalam pemberian kad pengenalan dalam usaha untuk mendapat undi. "Saya minta semua pihak yang pernah terlibat perlu tampil untuk membuat pendedahan jika mempunyai bukti penyelewengan dan perkara ini amat penting untuk keselamatan rakyat negara ini dan Sabah," katanya dipetik Harakah Daily. Beliau mengulas pendedahan Nasir kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) hari ini berhubung kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. Nasir berkata, jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing bagi membolehkan mereka mengundi. Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995. Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam". Menurut Lajim lagi, beliau tidak pernah menolak pemberian kad pengenalan kepada mana-mana individu jika ia menepati perundangan yang sedia ada, tetapi jika pemberian itu diberikan untuk kepentingan politik dan melalui proses yang salah, tindakan tersebut perlu ditentang sepenuhnya. Pada masa sama, beliau menyambut baik penubuhan RCI ini dalam menyelesaikan masalah imigrasi Sabah, namun mendesak agar kerajaan menghentikan segera pemberian IC melalui proses yang bertentangan sistem perundangan. "Kita desak agar kerajaan menghentikan segera pemberian kad pengenalan tanpa proses yang betul. "Penubuhan RCI tidak akan berkesan jika aktiviti sedemikian masih diteruskan," sambung beliau. - keadilandaily.com/ | ||
Turun Harga Tol KESAS, Gimik Terbaru Politik Umno-BN Posted: 16 Jan 2013 07:01 AM PST SHAH ALAM : Pengumuman penurunan harga tol bagi Lebuhraya Shah Alam (Kesas) merupakan satu lagi gimik kerajaan Umno-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi mengaburi mata rakyat. Penurunan harga tol didakwa tiada jaminan muktamad daripada kerajaan Umno-BN ia tidak akan dinaikkan jika mereka diberikan mandat semula pada PRU-13 nanti. Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, Kerajaan Pusat didesak memansuhkan tol itu dan juga ditempat lain dan bukannya hanya menurunkan harga tol yang kadarnya tidak seberapa. "Sebelum ini Umno-BN mengatakan sekiranya diturunkan harga tol maka kerajaan akan muflis dengan menyatakan kerajaan tidak mampu untuk membayar pampasan kepada konsesi. "Tetapi untuk penurunan harga tol di Kesas ini maka bagaimana kerajaan boleh membayar pampasan ke syarikat konsesi. "Tindakan Umno-BN menyerlahkan mereka semakin terdesak yang hanya untuk mengumpan undi selepas berlakunya Himpunan Kebangkitan Rakyat," kata Azmizam ketika dihubungi TVSelangor. Jelas Azmizam, Pakatan Rakyat (PR) komited untuk memansuhkan tol seperti yang termaktub dalam Buku Jingga bagi meringankan bebanan rakyat. Sebelum ini, rakyat membuat demonstrasi mendesak agar Tol Lebuhraya Persekutuan di Batu 3 di Shah Alam dan Sungai Rasau di Klang dimansuhkan dengan alasan ia membebankan rakyat dan tidak lagi relevan. Tambah beliau, kini berlaku pengurangan lorong-lorong tol tunai dengan pertambahan lorong untuk 'Touch N Go' dan 'Smarttag' di mana rakyat perlu membelinya pada harga tertentu terlebih dahulu. "Ini rakyat yang perlu bayar dulu seperti membeli kad tersebut pada harga RM100 yang belum digunakan lagi. "Dan ini salahsatu cara baru kerajaan Umno-BN mengambil duit rakyat dahulu dengan menyimpannya yang mana rakyat belum menggunakannya lagi untuk membayar tol itu," katanya. Sebelum ini, kerajaan mengumumkan kadar tol di Lebuh raya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen. Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2. Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3). Manakala Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50). Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km itu adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang. | ||
Sharifah Zohra Jabeen Zookeeper.. Posted: 16 Jan 2013 05:53 AM PST | ||
Tragedi ‘listen’ bukti kerajaan menyekat mahasiswa - Prof Madya Datuk Agus Yusof Posted: 16 Jan 2013 05:21 AM PST KUALA LUMPUR 16 Jan: Tragedi 'listen' ke atas KS Bawani antara bukti kerajaan menyekat mahasiswa memberi pandangan dan ini sangat malang terhadap sistem pendidikan negara, kata Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Agus Yusof. Beliau berkata, mahasiswa perlu diberi peluang suarakan pendapat, bukan diaibkan sepertimana tindakan panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin kepada pelajar tahun dua jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu. Jelas Agus, walaupun tidak setuju dengan pandangan Bawani, Sharifah tidak berhak menyekat dan mengaibkan pelajar itu depan khalayak. "Cara tegur tak betul. Jika beliau (Sharifah) selaku moderator atau panel sekalipun tidak boleh mengaibkan orang, itu prinsipnya. Kalau tidak setuju, beliau kena bertindak matang. "Malang sekali perkara itu boleh berlaku di universiti negara kita," katanya kepada Keadilan Daily. Pensyarah Sains Politik itu berkata, tragedi tersebut cerminan kerajaan untuk melahirkan graduan kelas kedua. "Listen! Listen! Listen! Itu tragedi kepada kecemerlangan universiti apabila mahasiswi bertanyakan soalan pun diberhentikan," tegas beliau. "Bagaimana universiti mahu cemerlang jika mahasiswanya hanya perlu diam, dengar dan ikut sahaja sedangkan universiti sepatutnya menjadi "centers of criticism," katanya dalam facebook. Agus berkata, 'listen' tidak akan berlaku jika sistem pendidikan negara tidak dikongkong kerajaan yang mahu menyekat suara mahasiswa. "Universiti tempat kecemerlangan ilmu, pencapaian akademik untuk diraikan. Ia sangat memalukan kerana bertindak tanpa profesional. "Tragedi ini beri contoh tidak baik kepada pelajar. Bagi peluang untuk melontarkan pendapat, bukan malukan mereka," ujarnya. Dalam forum bertajuk 'Seiringkan Mahasiswa dan Politik' 8 Disember lalu, Sharifah yang juga Timbalan Ketua Wanita Kimma Kebangsaan, mengaibkan Bawani ketika pelajar itu mengutarakan pendapat dan persoalan. Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya. Sharifah kemudian berkata 'listen' kira-kira 10 kali sebelum berkeras merampas mikrofon. Klip video 24 minit itu dimuatnaik dalam youtube, Rabu lepas mendapat kritikan pelbagai lapisan masyarakat, yang menghentam tindakan Sharifah ke atas Bawani. | ||
Hadi Awang Sedang Menangis Dan Menderita - Hasan Jati Posted: 16 Jan 2013 02:32 AM PST |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan