Kelab Greenboc |
- [PASCA HKR112] Jika Kerajaan UMNO BN Tidak Berubah, Maka ...
- Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan
- [MELETUP] Surat Nikah Fathul Bari Di Selatan Thailand Tersebar
- [EDISI BINATANG] Samseng UMNO Berterusan, Nik Nazmi Jadi Mangsa Ditendang Di Johor
- ‘Cam Muka Saya Betul-Betul’
- [VIDEO] Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup
- [TERBONGKAR] Memang Wujud Kerjasama SPR-JPN Beri IC Kepada PATI
[PASCA HKR112] Jika Kerajaan UMNO BN Tidak Berubah, Maka ... Posted: 17 Jan 2013 01:10 AM PST HKR112: Kehadiran 500,000 amaran akhir kepada BN KUALA LUMPUR: Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR112) menegaskan kehadiran 500,000 ke himpunan Sabtu lalu merupakan amaran akhir rakyat kepada kerajaan BN. Pengerusi HKR, Mohamad Sabu berkata, himpunan tersebut jelas menggambarkan amaran rakyat agar kerajaan menjalankan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan telus. "Himpunan baru-baru ini merupakan amaran kepada BN agar melakukan pilihan raya dengan telus dan adil. "Kalau berlaku penipuan, rakyat akan keluar ke jalan raya lagi untuk humban mereka," kata beliau dalam sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini. Mohamad juga berkata, pihaknya sudah membuktikan bahawa mereka memberikan kerjasama kepada pihak polis dan bersedia untuk terus bekerjasama dengan pihak keselamatan. "Pihak sekretariat beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan ini pun kita akan terus bekerjasama dengan polis," katanya sambil merakamkan ucapan penghargaan kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang terlibat menjayakan HKR. Menjawab tuduhan sesetengah pihak bahawa HKR bertujuan menggulingkan kerajaan, beliau berkata perkara itu akan dilakukan dalam PRU ke-13. "Ya, memang kita mahu menggulingkan kerajaan. Kita akan gulingkan kerajaan melalui peti undi dalam PRU ke-13," katanya. HKR berjaya membuat kutipan derma dari rakyat berjumlah RM268,802.10. Wang itu akan digunakan bagi menampung perbelanjaan HKR yang telah dianjurkan di seluruh negara. "Dengan ini saya merayu orang ramai agar terus menghulurkan sumbangan kepada kami ke akaun "Tabung Impian Rakyat Malaysia" Maybank 562106235615," katanya. Ulasan GB Bagi GB mudah saja, jika kerajaan UMNO BN tidak berubah walaupun rakyat sudah berhimpun untuk menyuarakan tuntutan dan bantahan terhadap pilihanraya yang bersih, telus dan adil, tetapi jangan lupa, Allah tetap Maha Melihat & Maha Mendengar. GB yakin Dia akan "campurtangan" akhirnya untuk menghumban UMNO BN keluar dari Putrajaya! |
Bila "Anjing Tersepit" Dilepaskan: KJ Tak Mengaku Tarik Balik Kenyataan Posted: 17 Jan 2013 12:32 AM PST Meskipun laporan media menyebut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin telah mencapai penyelesaian kes fitnah RM100 juta semalam, 'perang' membabitkan kedua-dua mereka berterusan di dunia siber. Kedua-dua Anwar dan Khairy berbalas mesej menerusi Twitter semalam bagi mengatakan kenyataan dan pendirian masing-masing. Susulan kepada kenyataan pagi semalam, Anwar sekali lagi menegaskan Khairy telah menerima balik kenyataan berbaur fitnah, yang didakwa dibuat lima tahun yang lalu. "Khairy tarik (balik) fitnah; saya tak teruskan saman," kata Anwar menjawab soalan beberapa pengikutnya yang bertanya apa sebenarnya berlaku ekoran kenyataan yang berbeza. Tengah hari semalam, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, "sila baca kenyataan penyelesaian, bukan Utusan; secara efektif, ia satu tindakan menarik balik (kenyataan)." Blog Anwar malam tadi menyebut, berikutan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Khairy bertentangan dengan keputusan dicapai di mahkamah, satu sidang media akan diadakan pagi ini di ibu pejabat PKR. Sidang media yang dijangka diadakan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali antara lain menyentuh kes saman fitnah yang difailkan oleh Anwar dan penyelesaian direkodkan oleh mahkamah semalam. Dalam pada itu, bekas koordinator media Anwar pula menulis menerusi Twitter, "@Khairykj Tipu. Anwar tidak tarik saman. Ia satu penyelesaian. Terima penyelesaian bukti anda yang tarik balik kenyataan." Khairy dalam mesejnya menyebut bahawa "beliau saman saya. Beliau menarik balik kes." Laporan media menyebut kes saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada September 2007 diselesaikan selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan. Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Su Geok Yiam semasa kes disebut di hadapan beliau. Peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Anwar memberitahu mahkamah kes itu diselesai memandangkan defendan (Khairy) bersedia untuk mengatakan beliau tidak mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan. "Tiada perintah untuk kos," katanya. Hakim Su turut berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana menjimatkan masa mahkamah. -SH Anwar dalam samannya mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang disiar media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama. Ulasan GB Ibarat anjing tersepit yang dilepaskan. Kalau dah mengaku kenyataannya itu palsu dan tidak tepat, bererti sudah enggan untuk masuk ke gelanggang, bererti, sudah KO terlebih awal. Selepas itu tuduh pihak lawan yang enggan bertempur. Bangang! |
[MELETUP] Surat Nikah Fathul Bari Di Selatan Thailand Tersebar Posted: 16 Jan 2013 09:29 PM PST Fathul Bari Berkahwin Gadis Filipina? Harap sangat ulama muda Umno yang lantang dan berani serta sesekali melahirkan pandangan kontroversi mengenai Islam ini menjelaskan berhubung penyebaran surat pengesahan perkahwinan beliau dengan gadis Filipina bernama Maria Joy Erlado. Menurut fotostat surat pengesahan itu yang dikirimkan kepada saya malam ini oleh seorang penjenguk, perkahwinan Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado itu berlangsung di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012. Surat pengesahan itu tertuju kepada Konsul Jeneral Malaysia sebagai pemakluman rasmi berhubungan pernikahan itu. Menurut surat pemakluman itu yang menjadi jurunikah ialah Naib Kadhi Syarie Wilayah Songkhla Abdul Wahab Senawan. Pernikahan itu kemudian disahkan oleh Mahkamah Syariah Terengganu. Turut diemilkan kepada saya salinan fotostat bahagian pertama satu writ mahkamah - permohonan perkahwinan orang bernama Fathul Bari bin Mat Jahya (pemohon) dengan Maria Joy Erlado (responden). Permohonan saman itu didengar di hadapan hakim Ismail Yahya yang bersidang sebagai Hakim. Tiada apa yang perlu disembunyikan perkara yang baik ini. Dan Fathul Bari yang dilihat seorang ulama muda yang berani, berterus terang perlu tampil ke hadapan menjelaskan perkara ini. Adalah cantik kalau beliau mengadakan majlis walimatus urus secara terbuka, kalau boleh di PWTC. Kalau perkara ini benar saya bagi pihak penjengok blog Merah Tinta mengucapkan selamat pangantin baru kepada kedua pasangan tersebut. - mso [wm.kl.1:41 am 17/01/2013] |
[EDISI BINATANG] Samseng UMNO Berterusan, Nik Nazmi Jadi Mangsa Ditendang Di Johor Posted: 16 Jan 2013 06:37 PM PST Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor mengutuk serangan ala samseng yang dilakukan oleh sekumpulan Pemuda Umno BN terhadap Yang Berhormat Nik Nazmi Nik Ahmad (Adun Sri Setia) bagi menghalang program ceramah diadakan di Flat Sri Stulang, Johor Bahru malam tadi. Ketua AMK Johor, Mohamad Nazri Ismail yang turut berada di Balai Polis Majidee selepas dimaklumkan mengenai insiden itu, menyelar tindakan pemuda Umno/BN yang tidak menghormati dan memahami sistem demokrasi yang di amalkan di negara ini. Beliau turut mengingatkan agar Pemuda Umno BN mengamalkan politik matang bukan mengamalkan politik rakus dan menyerang ganas seperti binatang. Beliau juga meminta agar Ketua Pemuda Umno Johor mentarbiah pemudanya agar bertindak matang dan bukan bertindak kebudak-budakan. Kejadian ini juga jelas membuktikan bahawa Umno BN mendidik anak muda supaya menjadi pelaku jenayah, samseng serta menjadi penyebab kepada kerosakan ahlak anak muda dengan tindakan serangan ganas terhadap beberapa program Pakatan Rakyat sebelum ini. Justeru beliau menyeru anak-anak muda agar bersama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum nanti. Jelas apa yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda Umno BN adalah ketakutan mereka sendiri yang berdepan dengan jentera penerangan Keadilan yang semakin aktif dan mengorak langkah serta serius untuk menumbangkan Umno BN pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Nazri juga meminta kerjasama mana-mana Ketua Cabang untuk mengadakan perbincangan dengan AMK di cabang masing-masing sebelum mengadakan aktiviti atau program parti yang melibatkan kepimpinan pusat agar AMK dapat membuat tinjauan di kawasan tersebut terlebih dahulu dan membuat persiapan yang perlu bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Beliau turut mengingatkan agar AMK di setiap cabang perlu aktif dan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku menjelangnya pilihanraya umum. Beliau mengucapkan terima kasih kepada anggota polis yang berjaya menghalang pemuda Umno BN dari bertindak lebih ganas. Pun begitu, YB Nik Nazmi turut ditendang di kakinya manakala sebuah kenderaan turut di tendang sehingga kemek di bahagian pintu. Nazri juga mengucapkan terima kasih kepada AMK Pasir Gudang, Johor Bahru dan Gelang Patah yang hadir memberi bantuan dan sokongan. AMK Johor |
Posted: 16 Jan 2013 04:01 PM PST Rantau Abang : "Cam muka saya betul-betul, saya akan hantar balik kereta awak nanti," itulah yang diungkapkan penjenayah kepada seorang wanita selepas memasuki rumah sebelum melarikan barang berharga dan sebuah kereta Proton Pesona milik tuan rumah dalam kejadian samun bersenjata di sini, awal pagi semalam. Ketika kejadian, mangsa, Azura Ali, 38, sedang tidur di bilik utama bersama seorang anak lelakinya berusia 8 bulan, manakala tiga lagi ahli keluarganya yang lain termasuk ibunya, Minah Talib, 76, bapanya Ali Mat Min, 88, dan seorang anak lelaki berusia 10 tahun tidur di bilik bahagian atas. Azura yang masih trauma dengan kejadian itu berkata, ketika kejadian suaminya tiada di rumah. Dia hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu kira-kira jam 4.30 pagi selepas salah seorang penjenayah terbabit cuba menekup dan mengikat mulutnya dengan kain lampin sebelum bertanyakan barang kemas miliknya. Azura berkata, dia takut untuk menjerit meminta tolong kerana salah seorang daripada suspek bersenjatakan pisau. "Beberapa kali dia bertanyakan barang kemas, tapi saya beritahu tak ada. "Selepas berjaya mendapatkan beg tangan, dia terus mengambil kunci kereta lalu mengambil kereta saya sebelum beredar pergi. Peliknya dia tunjukkan mukanya pada saya, tak pakai topeng," katanya. Menurut juruwang di sebuah pasaraya di Dungun itu, dia bernasib baik kerana beg tangan yang dilarikan suspek terbabit cuma mengandungi wang tunai RM12, selain telefon bimbit dan dokumen penting seperti kad bank. Menurutnya, selepas perompak berlalu pergi, dia membuka ikatan mulut sebelum mengejutkan ibunya yang sedang tidur di bilik bahagian atas. Azura kemudiannya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun kira-kira jam 7.30 pagi. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang giat memburu suspek yang disyaki. Proton Pesona yang dilarikan sehingga pagi semalam masih belum ditemui -SH |
[VIDEO] Bawani Tak Sangka Video Di Forum Itu Meletup Posted: 16 Jan 2013 06:33 AM PST Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang mencetuskan fenomena listen berkata, penyebaran video tersebut menunjukkan kepada rakyat tentang usaha pihak tertentu untuk menarik sokongan mahasiswa di universiti dalam suasana PRU13 yang semakin hampir. Menurutnya, program tersebut adalah salah satu agenda untuk brainwash mahasiswa supaya tidak memberi sokongan kepada pembangkang. "Kini rakyat di seluruh Malaysia telah membuka mata dan mengetahui apa yang berlaku di dalam universiti," katanya kepada Harakahdaily yang bertemu beliau di kediamannya di Air Kuning, Kampar semalam. Bawani menjelaskan, program yang diberi tajuk Forum Mahasiswa dan Politk itu membangkitkan pelbagai isu politik di negara ini khususnya melibatkan mahasiswa. Program yang bermotif politik itu, katanya turut diisi dengan pelbagai video yang mengutuk pembangkang seperti Himpunan Bersih, isu kontroversi melibatkan Nurul Izzah dan Himpunan Hapus PTPTN. Jelasnya, pelbagai isu telah diceritakan oleh panelis termasuklah mempertikai protes PTPTN oleh mahasiswa dan mengatakan tuntutan pendidikan percuma tidak masuk akal. "Saya cuba bangun mencelah untuk memberikan pandangan tetapi tidak dilayan dan saya menunggu sesi soal jawab. "Namun semasa sesi soal jawab saya tidak sempat kerana hanya dua soalan yang boleh ditanya dan saya mengambil keputusan ke pembesar suara dan memberikan pandangan berhubung apa yang dibangkitkan. "Saya terus memberikan hujah-hujah terutama isu pendidikan percuma tetapi belum sempat menghabiskan ucapan, moderator yang juga Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin telah enggan memberi saya peluang untuk menghabiskan ucapan saya dengan mengatakan listen, listen, listen seperti yang dapat dilihat di video itu," jelasnya lagi. Tegas beliau, ini adalah satu penindasan kepada mahasiswa yang berhak bersuara dan memberikan pandangan. Bawani berkata, sepatutnya moderator memberi peluang kepadanya menghabiskan ucapan kerana ia berkaitan isu yang dibangkitkan. Ketika ditanya apakah respons daripada rakan mahasiswa yang lain, beliau menjelaskan, pada mulanya semua memberikan respons negatif terhadap saya yang dilihat tidak respect kepada Sharifah Zobra. Namun katanya, selepas menonton kembali video tersebut, rakan-rakan memberikan sokongan padu kepadanya dan melihat tindakan Sharifah seolah-olah menyekat suara mahasiswa. Beliau yang diminta mengulas tentang video yang menjadi buah mulut masyarakat itu, Bawani sangat terkejut dengan sambutan tersebut dan menganggap ianya menggambarkan masyarakat prihatin dengan isu mahasiswa. "Ketika ini saya mendapat panggilan tanpa henti daripada rakan-rakan terutama daripada UUM yang memberikan sokongan padu kepada saya," jelasnya. Bawani secara peribadi berterima kasih kepada seluruh masyarakat yang memberikan sokongan padu kepadanya dan berharap suara mahasiswa terus menjadi perhatian masyarakat. -HD |
[TERBONGKAR] Memang Wujud Kerjasama SPR-JPN Beri IC Kepada PATI Posted: 16 Jan 2013 03:57 AM PST Bekas pegawai JPN dakwa SPR arah beri IC Seorang bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan kerjasama pihak berkuasa untuk mengubah demografi pemilih Sabah pada tahun 1990-an. Mohd Nasir Sugip ketika memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai masalah imigrasi Sabah hari ini mendakwa jabatannya pernah menerima arahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri untuk memberi kad pengenalan kepada pendatang asing untuk membolehkan golongan itu mengundi. Mohd Nasir yang pernah ditahan bawah ISA sebelum ini mendakwa operasi yang digelar "Ops Durian Buruk" itu dijalankan antara tahun 1992 hingga 1995. Dakwanya, pengarah SPR Sabah pada masa itu, Wan Ahmad Wan Yusof menyerahkan senarai 16,000 nama untuk diklasifikasikan sebagai pengundi "Bumiputera Islam". "Bos saya, pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin kemudiannya secara lisan memberitahu saya untuk menjalankan projek ini," katanya. Mohd Nasir turut mengaitkan tiga lagi individu yang hadir ketika arahan itu dikeluarkan. Bagaimanapun, nama individu berkenaan tidak dapat diperolehi memandangkan pegawai RCI – wakil daripada pejabat peguam negara – enggan memberi kerjasama. Katanya, beliau mengikut arahan tersebut dan mengambil pegawai yang tidak dinamakan di peringkat negeri untuk operasi berkenaan. Mohd Nasir mendakwa, operasi berkenaan melibatkan tindakan memberi kad pengenalan kepada pendatang asing dan mengeluarkan nombor kad pengenalan berdasarkan tarikh lahir, foto dan nama yang diberikan SPR. mk Ulasan GB Pendedahan kes di atas membuktikan apa yang didedahkan oleh PAS sebelum ini adalah benar. PAS sebelum ini pernah mendesak Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja siasatan (RCI) menyiasat kewujudan sindiket dianggotai pegawai kerajaan yang memberi taraf kerakyatan kepada warga asing untuk menjadi pengundi. Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata RCI itu penting bukan sahaja di Sabah tapi seluruh negara bagi menyiasat isu pemberian kad pengenalan palsu kepada warga asing seterusnya didaftarkan menjadi pengundi pilihan raya. Ahli Parlimen Pokok Sena mendakwa antara individu yang terlibat adalah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan diketuai Pegawai Penasihat kepada Perdana Menteri Datuk Othman Razak. klik untuk baca |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan