Rabu, 16 Januari 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


TERKINI : 2 Rakyat Malaysia ditawan di Algeria

Posted: 16 Jan 2013 10:57 PM PST


Wisma Putra: Rakyat Malaysia ditawan di Algeria
Kerajaan Malaysia melahirkan rasa kebimbangan berikutan insiden penahanan rakyat Malaysia sebagai tebusan di Amenas, Selatan Algeria.  Kementerian Luar Negeri telah dimaklumkan bahawa dua (2) orang rakyat Malaysia bersama-sama beberapa rakyat negara lain yang bekerja di kompleks kemudahan gas tersebut telah ditahan sebagai tebusan pada hari Rabu, 16 Januari 2013.

Kementerian Luar Negeri telah berhubung dengan ahli keluarga tebusan Malaysia serta pejabat cawangan syarikat di mana mereka berkerja yang berpangkalan di Singapura. Pada masa yang sama, Kedutaan Besar Malaysia di Algiers telah meminta bantuan Kementerian Luar Negeri Algeria untuk mengesahkan samada terdapat rakyat Malaysia lain yang terlibat dalam insiden ini serta memohon bantuan untuk memastikan keselamatan serta pembebasan rakyat Malaysia yang ditahan. Dalam hubungan ini, Menteri Luar Negeri, YB Dato' Sri Anifah Haji Aman juga telah berhubung dengan rakan sejawatan beliau di Algiers, TYT Mourad Medelci.

Kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik dalam usaha untuk memastikan rakyat Malaysia yang ditahan di Selatan Algeria dibebaskan dengan selamat.

Apa perlu JMF [Johore Military Force] di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kelantan?

Posted: 16 Jan 2013 09:54 PM PST


Gambar Johor Military Force JMF Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Kami fikirkan dengan ada FRU cukup untuk menjaga keadaan dan persekitaran di dalam stadium ketika perlawanan berlansgung. Sangkaan kami meleset. Rupanya ketika berlangsungnya perlawanan Johor VS Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke IV tempoh hari memerlukan kelibat "tentera swasta" merujuk kepada Askar Timbalan Setia Negeri Johor (Johor Military Force JMF) sekitar 6 orang lengkap beruniform dan bersenjata rifle M4 carbin untuk menjaga keselamatan pegawai dan pemain Johor. Hebat…..
Pasukan bola sepak Angkatan Tentara Malaysia (ATM) sendiri pun tidak bertindak sebegitu rupa. Mengapa JMF pula….? Ini hanya perlawanan bola sepak bukannya peperangan. Berlawanan bola sepak pun dengan bangsa sendiri dan rakyat Malaysia. Jadi
Nampaknya, kelihatan apabila meibatkan "tugas luar", mereka menggunakan uniform Regimen Gerak Khas (RGK). Siapa berikan mereka kebenaran untuk menggunapakai semasa mereka ini dihantar ke Kelantan? Jika tahu siapa pemerintah Kem Iskandar, anda akan tahu jawapannya……
Regimen Gerak Khas RGK Johor Isu JMF. Gambar JMF di Perlawanan Johor VS Kelantan. Perlawanan Bola Sepak @ Perang?
Berdasarkan semakan kami, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak dan kuasa untuk menahan JMF semasa berada di Kelantan. Boleh ditahan atas 3 sebab :
  1. memiliki senjata tanpa permit
  2. membawa senjata tanpa permit/kebenaran
  3. memasuki negeri Negeri Kelantan tanpa kebenaran
Dan kerajaan negeri Kelantan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang melarang "tentera swasta" ini (merujuk kepada JMF) daripada memasuki negeri Kelantan.
JMF hanya untuk negeri Johor sahaja. Jikalau diikutkan JMF in hanyalah di dalam kategori Perkhidmatan Sokongan di dalam Senarai Perkhidmatan Kerajaan, setaraf kategori Pengawal Keselamatan (Security Guard) sahaja. jadi tumbul 3 persoalan kami di sini…
  1. Bagaimana pendirian FAM dalam perkara ini???
  2. Apa kelebihan JMF kerana dibenarkan masuk ke stadium dengan bersenjata???
  3. Adakah kuasa JMF lebih tinggi dari Polis & tentera Diraja Malaysia?
Mengapa masuk negeri orang dengan cara yang sebegini rupa? Setiap pemegang senjata api kena PATUH pada terma dan syarat yang diberikan oleh PDRM. Tidak kira ADUN atau Ahli Parlimen atau….

Koleksi 6 Gambar JMF (Johor Military Force) Di Perlawanan Johor VS Kelantan

Isu ini perlu dipandang serius & keselamatan orang awam. Kami tidak mempersoalkan andaikata ia berlaku di dalam jajahan takluk negeri Johor sepertimana termaktub dalam undang2 tubuh negeri Johor. Tetapi apa yang berlaku sekarang ini ia berlaku jaaa…….uh dari negeri Johor. Ke mana perginya anggota keselamatan kita sehinggakan pelrunya pengawal keselamatan bersenjata Johor berkawal di stadium?
Sejauh mana kuasa Pengawal Keselamatan Johor sehinggakan ianya boleh merentas ke negeri-negeri lain? Hakikatnya ianya hanyalah berkisar tentang BOLASEPAK!!! Bolasepak sahaja. Negara ini ada undang-undang yang telah dipersetujui oleh semua. Sebarang urusan keselamatan (Polis) & urusan pertahanan (Tentera) adalah bidang kuasa Persekutuan, walaupun untuk negeri Johor. Jadi hormatilah!
P/S : FAM perlu mengeluarkan kenyataan hitam putih tentang perkara ini keran ia melibatkan soal keselamatan & undang-undang.
PP/S : P/S : Tidak perlu angkatan tentara bersenjata "menodai bola sepak negara" kita. Apa kata anda pula? Wajarkah mengenai isu kali ini?

RCI buktikan Mahathir "Pengkhianat Negara"

Posted: 16 Jan 2013 09:37 PM PST

Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara".

Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir.

"Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.


"Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Semalam, dua bekas orang kanan Mahathir dikaitkan oleh saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Tiga Beradik Ikut Jejak Ibu Kunjungi Kelab Malam, Bawa Pulang Kekasih

Posted: 16 Jan 2013 06:55 PM PST

  
Thursday, 17 January 2013 10:38
JOHOR BAHRU: Tiga beradik menjadikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini umpama rumah kedua sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada pengaruh negatif ibu mereka berusia 47 tahun yang sehingga kini masih terus mengunjungi pusat hiburan terbabit.
Pada masa sama, tiga beradik terbabit turut membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah keluarga di Skudai di sini, malah ibu mereka juga tidak mahu kalah dan turut melakukan perkara sama.

Sejak beberapa tahun lalu, kediaman keluarga berkenaan umpama hotel murah dengan lelaki serta wanita keluar masuk khasnya menjelang awal pagi.


Perkara terbabit diakui ibu kepada tiga beradik berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Safiah.
Ketika ditemui, Safiah berkata, dia menganggap berhibur di pusat hiburan selain membawa kekasih pulang ke rumah sebagai hiburan semata-mata.
"Ketiga-tiga anak berusia 20, 23 dan 25 tahun, yang bongsu adalah perempuan dan dua lagi lelaki. Pada mulanya, saya kerap ke pusat hiburan untuk melepaskan tekanan selepas ditinggalkan suami 20 tahun lalu.
"Bukan mudah menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selain perlu berdepan tohmahan masyarakat. Saya tertekan dan masalah utama ialah bagaimana mahu mendapatkan wang untuk menyara anak.
"Ketika itulah saya mula pergi ke pusat hiburan. Di situ, saya berkenalan dengan pengunjung yang lebih bersifat terbuka dan saya mula bersosial dengan ramai lelaki," katanya, semalam.
Menurut Safiah, dia juga kerap bertukar pasangan dan apabila anaknya meningkat remaja, mereka juga mula mengikutnya untuk ke pusat hiburan.
Katanya yang bekerja di syarikat swasta di bandar raya ini, dia tidak pernah mengajar anak mengikuti jejak langkahnya namun ia terjadi tanpa disedari.
"Saya tidak mampu melarang mereka memandangkan saya juga masih berkelakuan begitu, kehidupan malam kami sudah sebati dengan diri dan sukar meninggalkannya.
"Kebiasaannya, selepas habis bekerja pada jam 11 malam, kami berempat berkunjung ke pusat hiburan untuk berborak selain meluahkan masalah hidup masing-masing.
"Hubungan antara saya dan anak sangat rapat kerana saya hanya ada mereka dan begitu juga dengan mereka," katanya.
Menurut Safiah, dia juga seperti ibu lain dan mahukan yang terbaik untuk anak. Dia juga berkeinginan meninggalkan hobi terbabit, namun mengakui sukar dan memerlukan masa.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Zamri Kambari berkata, dalam kes ini, pihaknya akan menjalankan siasatan berkaitan perbuatan empat beranak itu yang dikatakan turut membawa pulang pasangan masing-masing ke rumah.
"Mencari ketenangan hati bukanlah dengan berkunjung ke pusat hiburan serta bertukar pasangan kerana banyak lagi cara yang boleh dilakukan termasuk mendekatkan diri kepada Allah SWT," katanya.
- Harian Metro

Pemberian Kad Pengenalan Pada Pendatang - Kita Tunggu apa Kata Mahathir?

Posted: 16 Jan 2013 10:32 AM PST



Dua bekas orang kanan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad hari ini dikaitkan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung dakwaan pemberian kewarganegaraan untuk jadi pengundi di Sabah.

NONEBekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah memberi keterangan bahawa dia dan yang lain-lainnya menginap di rumah Abdul Aziz Shamsuddin (kanan), yang ketika itu merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir, untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Yakup Damsah, yang ketika itu ketua JPN Tamparuli, memberitahu RCI bahawa beliau dan pegawai lain JPN telah diterbangkan dari Sabah ke Kuala Lumpur.

Katanya, selepas menerima arahan dari pengarah JPN Sabah ketika itu, Abdul Rauf Sani, mereka diminta pergi ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di kediaman Abdul Aziz di Kampung Pandan.

Beliau berkata mereka ditugaskan untuk menandatangani kad pengenalan yang akan diberikan kepada pendatang, yang kemudiannya dilamina di ibu pejabat JPN di Petaling Jaya dan dihantar ke JPN Kota Kinabalu untuk pengagihan.

Ditahan di bawah ISA

Yakup berkata, mereka telah diberi taklimat mengenai tugasan khas oleh seseorang yang mereka tidak diketahui, bernama 'Mat Nor'.


"Beliau minta kami mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang," katanya.

Yakup, yang kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata dia sedar bahawa operasi itu adalah haram, tetapi dia mengikuti arahan kerana dia adalah seorang penjawat awam.

"Kami telah diberitahu bahawa kami akan dilindungi daripada sebarang tindakan undang-undang," katanya.

Yakup berkata, kumpulannya menandatangani sebanyak 40,000 kad pengenalan biru dalam tempoh sebulan, berdasarkan borang permohonan yang telah diisi yang diberikan kepada mereka.

Katanya, mereka tidak melihat borang secara terperinci, "kita hanya tandatangan..."

"Kami tahu mereka adalah pendatang, kebanyakannya warga Indonesia dan Filipina, tetapi kami tidak tahu sama ada mereka pendatang yang sah atau tidak," katanya.

Beliau menambah bahawa niat tindakan mereka itu adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Islam di Sabah dan untuk memastikan bahawa mereka akan mengundi untuk Umno dalam pilihan raya 1994 di negeri Sabah.

Pada masa yang sama, kata Yakup, kumpulannya juga terlibat dalam operasi lain, di mana mereka tidak memberikan kewarganegaraan kepada pendatang tetapi memberi mereka resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.


Bekas timbalan menteri dalam negeri juga dikaitkan

Sebelum itu, dalam keterangannya, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin yang menggantikan Abdul Rauf, mendakwa operasi itu bermula hampir dengan tarikh pilihan raya.

Ramli mendakwa operasi itu dijalankan selepas secara peribadi menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Megat Junid Megat Ayub.NONE
Menjelaskan lebih lanjut mengenai operasi itu, Ramli mendakwa beliau telah diarahkan untuk mengeluarkan resit kad pengenalan kepada pendatang asing menggunakan butiran mereka yang sudahpun ada dalam daftar pemilih tetapi tidak pernah mengundi sebelumnya.

Beliau mendakwa menerima panggilan dua minggu sebelum pilihan raya negeri Sabah pada 1994 untuk menemui Megat Junid di sebuah hotel.


Beliau mendakwa telah diarahkan untuk membantu memastikan akan kemenangan kerajaan negeri yang disokong oleh kerajaan persekutuan.

Ramli mendakwa telah diarahkan untuk mengeluarkan resit JPN menggunakan nama dan nombor IC pengundi yang sudah ada dalam daftar pemilih dengan tujuan bagi memboleh mereka mengundi.

Resit JPN adalah slip kad pengenalan sementara yang dikeluarkan sebelum menerima kad pengenalan sebenarnya. Dokumen tersebut adalah memadai untuk mengundi, jelas beliau.


Personaliti lain yang hadir di hotel tersebut ketika itu ialah Osu Sukam yang menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999.

Ketika dihubungi lewat petang ini, jawapan ringkas Aziz ialah: "Saya tak ingat apa-apa mengenai perkara itu. Terima kasih."

Listen Listen Listen ... Temui Saripah Zohra dan Bawani di Dewan Perhimpunan Cina Selangor KL- 22/1/13

Posted: 16 Jan 2013 05:10 AM PST


Bawani Vs Zohra
Kenyataan Terbuka
16 Januari 2013
SEGMENTASI MAHASISWA SAMM AKAN ANJUR FORUM TAMPILKAN PRESIDEN SW1M & BAWANI SEBAGAI PANELIS
Satu rakaman video petikan dari forum "Seiringkah Mahasiswa dan Politik"yang telah berlangsung di UUM baru – baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian. Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani. Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.
Sememangnya SAMM juga kesal dengan kejadian yang berlaku seharusnya di institusi pengajian tinggilah tempat seharusnya percanggahan pendapat dibincangkan dan disuburkan. Namun apa yang berlaku dalam forum tersebut menggambarkan sebenarnya situasi sebenar dalam kebanyakan IPT negara. Ini menjadi antara punca 'rangking' IPT negara semakin menjunam di mata dunia.
Perbagai respon muncul, sehingga nama #Bawani dan #Zohra menjadi trends dalam laman (antarabangsa) blog mikro twitter. Amat menyedihkan respon sama ada menyokong Bawani atau pun Zohra ada kelihatan agak melampau sehingga mengheret sentimen perkauman. Umno yang selama ini rapat dengan Zohra kelihatan cuba menjauh diri dengan beberapa penafian pimpinan Umno yang menyatakan Zohra ada kaitan dengan Umno tetapi menyatakan Zohra hanya pemimpin wanita KIMMA sebuah parti politik yang turut bernaung dibawah Bn.
Walaupun tidak bersetuju dengan pemikiran Zohra yang menghalau orang yang tidak bersetuju dengan regim penguasa untuk keluar dari negara ini, namun SAMM merasakan perlunya Zohra diberi ruang untuk muncul secara waras dan teratur bagi menyatakan apa sebenarnya yang berlaku dan memberi ruang beliau menyatakan pendapat. Situasi negatif ini harus diambil kesempatan oleh anak muda untuk menjadikannya pertembungan pendapat yang positif berasaskan fakta dan ilmu.
Maka SAMM telah menghantar satu surat pelawaan untuk diadakan satu forum seperti berikut ;
Forum  : Kebebasan Akedemik dan Hak Asasi
Tarikh  : 22 Januari 2013
Masa    : 8.30 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
3 Panelis dinamakan sebagai panel forum ini dan sudah dihantar jemputan kepada mereka iaitu Puan Sharifah Zohra Jabeen, Saudari Bawani dan Dr. Maszlee Malek.
Diharapkan semua panelis khususnya Bawani dan Zohra dapat dengan jiwa besar untuk menerima pelawaan ini demi sama membina persekitaraan yang membina anak muda Malaysia.
Sekian.
Wan Noor Farel Azli Wan Haron
Pengarah Segmentasi Mahasiswa
Solidariti Anak Muda Malaysia

PERODUA panggil balik Myvi keluaran antara Mac 2011 hingga Mac 2012

Posted: 16 Jan 2013 02:36 AM PST


KUALA LUMPUR: Perodua memanggil semula 74,000 varian Myvi baru, yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012, menerusi kempen langkah pencegahan lajur stereng kuasa elektronik (EPS) model berkenaan. 

Pembuat kereta kompak itu berkata, ia bertujuan memastikan pemilik Myvi baru menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing. 

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons masa pemandu pada kelajuan rendah.


"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala, dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam. 



"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian lajur EPS," katanya menerusi satu kenyataan. 

Aminar berkata, syarikat kereta itu sudah menghantar surat makluman kepada pelanggan yang terbabit, dan Perodua akan menyerap semua kos penggantian lajur EPS terbabit. 

Tempoh akhir kempen itu tidak ditetapkan. 


Pelanggan bagaimanapun digalakkan membuat temu janji secepat mungkin memandangkan lebih baik untuk mereka memastikan penggantian dilakukan dengan lancar dan teratur. - BERNAMA

Memang niat kami nak guling BN - Mat Sabu

Posted: 16 Jan 2013 02:08 AM PST


Mat Sabu: 'Memang, niat kami mahu guling BN'
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu tidak menolak sasaran Pakatan Rakyat (PR) mahu menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi pihaknya mahu mencapai misi itu menerusi pilihan raya dan lunas demokrasi.
Katanya, PR tidak pernah dan tidak akan mencapai sasaran itu dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi jalanan.
"Tipu kalau saya kata tak ada. Memang kita niat nak guling kerajaan tapi melalui pilihan raya," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat Pas di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kelmarin bahawa himpunan yang turut dikenali sebagai #KL112, sebagai cuba meniru apa yang berlaku di sesetengah negara Arab dengan niat menjatuhkan kerajaan.
Hal ini kerana menurut Dr Mahathir, pembangkang sudah merasakan mereka tidak boleh menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Jadi mereka berharap dengan meniru, dapat menjatuhkan kerajaan, sedangkan kerajaan negara ini bukan seperti di negara Arab, bukan kerajaan kuku besi, ia adalah kerajaan yang dipilih rakyat.
"Apa yang mereka tiru itu bukan cara demokrasi... jika nak adakan perhimpunan atau demonstrasi perlulah ada alasan, tetapi bukanlah demonstrasi mengenai Shamsidar (Taharin). Jadi seolah-olah bila ada sahaja kes mahkamah, kena adakan demonstrasi," beliau dipetik sebagai berkata.
Bahkan menurut Dr Mahathir, himpunan anjuran pembangkang juga mewujudkan keadaan serba salah kepada pihak berkuasa yang menjaga hal-hal keselamatan negara.
Himpunan #KL112 yang berlangsung di Stadium Merdeka, Sabtu lalu mengundang pelbagai reaksi positif termasuk Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana semua pihak menghormati Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
Sementara itu, Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu memberitahu, pihak penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat belum dipanggil bersabit dakwaan pelanggaran syarat peserta dan penganjur.
"Polis belum panggil lagi. Kita sudah katakan akan beri kerjasama sebelum, semasa dan selepas himpunan," ujarnya.
Tiga syarat tidak dipatuhi penganjur antaranya sebilangan peserta membawa anak kecil serta sepanduk berunsur provokasi.
Penganjur juga melanggar syarat iaitu peserta di dalam Stadium Merdeka melebihi kapasiti ditetapkan pengurusan stadium itu.
Peserta himpunan juga dikatakan membawa sepanduk atau kain rentang yang berbentuk hasutan.
-sinarharian.com

Listen! Listen! Listen! .... has now gone into hiding ...Ha tau pulak takut hahahahaha !!!!

Posted: 16 Jan 2013 12:38 AM PST



A screen capture shows Sharifah Zohra lecturing a student during a forum organised by SW1M.
KUALA LUMPUR, Jan 16 ― Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin's tirade on YouTube may have cost the controversial speaker a paid engagement, after organisers of an entrepreneurial seminar scheduled for next week said today they are calling off the event over security concerns.
The activist who is seen as pro-Barisan Nasional had sparked a firestorm this week after a varsity video exposing her verbal assault on a student went viral, leading Internet users to dub her the "'Listen, listen, listen' woman" over her repeated use of the word while interrupting a student.
"The committee discussed the pros and cons, and decided that it would be best to cancel it," organiser Lina Ahmad was reported saying by The Star Online.
The police had advised the organiser to call off the talk following news of a planned public protest against Sharifah Zohra on that day, the news portal reported Lina adding.
Sharifah Zohra was set to appear on January 26 at the DoubleTree Hotel, part of the Hilton group, in the national capital for a talk titled, "How to make your first million" with two other speakers, retired diplomat Datuk Pahamin A. Rajab and Zafri Zakaria Merican, that charged participants RM200 per person.
A former member of the Indian Muslim Congress of Malaysia (KIMMA), Sharifah Zohra had been blackmailed over the now-viral video showing her bullying a Universiti Utara Malaysia student and has now gone into hiding to ensure her safety and that of her children, a representative of the little-known organisation Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) had told The Malaysian Insider yesterday.
The spokesman, who wanted to be known only as Emalee, is also the chief administrator of the SW1M Facebook page.
"I ask her to go somewhere safe because she has children. Someone try to blackmail her, this issue has become quite serious," said the SW1M supreme council member, who uses the moniker "Ratu Naga" on the NGO's fanpage.


KUALA LUMPUR — Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) mendakwa presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.
Emalee yang lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menguruskan akaun Facebook SW1M menyatakan perkara tersebut apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
"Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan," kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.
Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.
"Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius," tambah beliau lagi.
Beliau mengesahkan Sahrifah Zohra tidak menyerahkan kuasa kepadanya untuk sebarang muatnaik di Facebook SW1M sambil menambah presidennya tidak tahu menahu tentang Facebook tersebut.
Menurut Emalee, pertubuhan tersebut yang bertujuan untuk memperjuangkan hak wanita dan kanak-kanak ditubuhkan sekitar Januari-Febuari tahun lalu.
Beliau berkata SW1M membantu wanita dengan mendengar masalah mereka, termasuk kes-kes penderaan domestik, dimana organisasi tersebut kemudian menyerahkan kepada Perdana Menteri dalam bentuk memorandum.
Beliau mengakui bahawa ada yang melihat SW1M sebagai "NGO untuk BN" akan tetapi menekankan organisasi tersebut bebas dan "tidak mewakili mana-mana parti politik".
Beliau bersetuju bahawa kehadiran slogan "1 Malaysia" dalam nama organisasi mungkin menyebabkan kekeliruan, tetapi berkata bahawa salah satu daripada sebab-sebab ianya dipilih adalah kerana mereka "menghormati" perdana menteri.
SW1M telah mempertahankan Sharifah Zohra diatas video yang menunjukkan beliau mencaci pelajar undang-undang Bawani KS dengan kata-kata seperti "apabila ini adalah program kami, kami benarkan anda untuk bercakap "dan" apabila saya bercakap, anda dengar".
Video menunjukkan Bawani bercakap mengenai perhimpunan Bersih untuk pembaharuan pilihan raya dan pendidikan percuma, sebelum ahli panel forum Sharifah Zohra mengganggu serta merampas mikrofon beliau.
Beliau kemudiannya memanggil pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai "anarkis" dan memberitahu pelajar universiti untuk pergi ke negara-negara lain jika mahu membandingkan Malaysia dengan negara luar.
Pentadbir organisasi telah berkata Sharifah Zohra tidak tidak perlu meminta maaf kepada Bawani berhubung kenyataannya.
Dua pemimpin Barisan Nasional (BN) telah mempertahankan Bawani di Twitter dan berkata bahawa Sharifah Zohra tidak berkaitan dengan gabungan pemerintah itu.
Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Senator Datuk Syed Ibrahim Kader semalam berkata Sharifah Zohra tidak lagi menjadi ahli parti tersebut, sebelum menuduh beliau mempunyai "sukar mengawal" tingkah laku.
Semalam Emalee berkata politik tidak pernah disebut sepanjang forum dan mendakwa Bawani tidak bercakap semasa sesi soal-jawab tetapi hanya berdiri selepas program berakhir.
Beliau berkata bahawa Sharifah Zohra tidak memberi ruang Bawani dan masa untuk bercakap, tetapi mengucapkan perkataan terkenal "dengar, dengar, dengar" garisan apabila pelajar tersebut enggan membiarkan ahli panel bercakap.
Beliau berkata forum, yang bertajuk Seiringkah mahasiswa dan politik telah dijalankan?' anjuran oleh SW1M dengan kerjasama UUM.
Bawani, seorang aktivis sosial berumur 27 tahun, memberitahu The Malaysian Insider video menunjukkan bagaimana universiti yang dibiayai oleh negara menggunakan forum pelajar untuk "cuci otak" mereka.

PAS anjur himpunan 'Umah Menyokong PAS'

Posted: 16 Jan 2013 12:20 AM PST


Salmiyah Harun ,16 Jan 2013
KUALA LUMPUR: PAS akan menganjurkan satu Himpunan Perdana dengan tema "Umah Menyokong PAS" sebagai usaha menyakinkan masyarakat  Islam khususnya bahawa PAS adalah wadah penting untuk semua golongan.

Program yang akan berlangsung sehari itu akan diadakan pada akan diadakan pada 3 Febuari depan di Hotel De Palma Ampang.

Menurut Pengarah program Salahuddin Ayub, tujuan himpunan itu adalah untuk meraikan semua golongan sama ada mereka daripada bekas tokoh politik, agamawan, ekonomi, budayawan, akademik, profesional, wanita, belia mahasiswa dan artis yang telah mengisytiharkan pendirian mereka menyokong perjuangan bersama PAS.


Malah katanya, golongan ini telah memberi sumbangan mereka ke arah memperkukuhkan perjuangan PAS bersama Pakatan Rayat yang kini begitu penting dalam memposisikan PAS dalam PRU-13 nanti.

Mereka ini, jelas Salahuddin akan memberikan ucapan mewakili entiti masing-masing dan menyatakan komitmen mereka memberi sokongan kepada PAS.

"Mereka adalah tetamu kehormat yang akan diraikan oleh Mursyidul Am PAS dan Presiden sebagai membuktikan betapa PAS menghargai sokongan mereka," katanya.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut serta dalam program itu.

Tiada ulasan: