Blog-list Malaysia |
- Siapa Sharifah Zohra Jabeen? KahKahKah..
- Video Khas Buat Kangkung-Kangkung Di UUM
- Sharifah Zohra @ Kangkung UUM Dicabar Debat "Transformasi 1 Malaysia"
- Sharifah Zohra (Kangkung UUM) Terus Dicemuh Di FB
- Adun Pulau Tikus nafi keluar DAP
- Amaran Kepada Rozali - Jangan Susahkan Rakyat Dan Kami Akan Dedahkan Gaya Hidup Mewah Anda
- Dia Digantung Hanya Kerana Ramal BN Akan Tumbang Dalam PRU13
- Video Panas - Kangkung UUM Rampas Microfon Mahasiswa Semasa Forum
- Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'
- PANAS - Ketua Misi Bantuan Gaza Songlap RM500,000 Ditahan Di Cairo
Siapa Sharifah Zohra Jabeen? KahKahKah.. Posted: 15 Jan 2013 12:59 AM PST Akhirnya betina ini dibiarkan keseorang dan tidak dipedulikan oleh sesiapapun dalam BN.. Umno langsung tak mengaku sedara... Kehkehkeh... Kalau mengikut surat lampiran dibawah Sharipah Jabeen nie menjawat jawatan Tim.Ketua Wanita Kimma kebangsaan , cuba cari disini tak nampak pun muka dia Sayap wanita KIMMA Kimma juga Ahli Bersekutu UMNO Permohonan Kimma untuk menjadi sebagai ahli bersekutu UMNO telah diterima oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 27 Ogos 2010. Dengan kelulusan ini, Kimma kini menikmati status pemerhati di dalam semua mesyuarat bahagian dan perhimpunan agung UMNO namun tidak boleh terlibat dalam perkara dalaman UMNO. Tahukah anda siapa Sharifah Zohra Jabeen yang begitu angkuh dan sombong ini??.. lihat apa jawatannya.. Sumber - Kedahkini |
Video Khas Buat Kangkung-Kangkung Di UUM Posted: 15 Jan 2013 12:04 AM PST Malukan pelajar, Persatuan Hal Ehwal A'bangsa UUM kutuk Sharifah Zohra Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai. 1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani. 2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi "haiwan bermasalah" yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani. 3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka. 4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan. 5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.-Kd |
Sharifah Zohra @ Kangkung UUM Dicabar Debat "Transformasi 1 Malaysia" Posted: 14 Jan 2013 11:31 PM PST Setelah menonton video Forum Mahasiswa UUM dimana pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Saudari KS Bawani dimalukan di depan khalayak ramai, dan mengikuti bicara minda khalayak maya di sini dan di sini, saya, Mohd Sofi Yassin mencabar presiden Suara Wanita 1 Malaysia, Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin untuk berbalas hujah dalam isu pendidikan yang terkait dengan dasar "Transformasi 1 Malaysia" yang kerap diuar-uarkan oleh presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Puan Sharifah Zohra bebas untuk memilih venue yang bakal dipersetujui bersama dengan penetapan masa selama 90 minit untuk sessi perdebatan. Selaku anak Melayu campuran Arab, saya merasakan tingkah puan Sharifah Zohra bukan hanya mencemarkan ketertiban bangsa Melayu, malah ia turut mencemarkan adab bicara penganut agama Islam. Andai Puan Syarifah Zohra mempunyai keberanian berpaksikan keikhlasan, hubungi saya melalui email; kerajaanrakyat@gmail.com Salaam Persaudaraan Islam Mohd Sofi Yassin - Kerajaan Rakyat |
Sharifah Zohra (Kangkung UUM) Terus Dicemuh Di FB Posted: 14 Jan 2013 09:30 PM PST Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegur Bawani. Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, KS Bawani, forum Universiti Utara Malaysia (UUM) Bawani membangkitkan kepada penganjur forum tentang apa yang beliau percaya pembentangan mereka tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said. Bawani juga menegaskan, sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti. Beliau mempersoal mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton. Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya. Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan meneruskan hujahnya. Sharifah kemudian berkata 'dengar' kira-kira 10 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon. "Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani berulang kali. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) jengkel terhadap aksi yang disifatkan kurang matang, tidak profesional, dan tidak cerdik Syarifah itu. "Tindakan tersebut boleh dianggap sebagai biadap, mengelirukan, serta memperbodohkan mahasiswa yang turut ikut serta. Seorang pengampu dan penyamar seperti moderator tersebut ternyata tidak sesuai dan tidak layak menjadi pengemudi majlis ilmu seperti itu," kata aktivis mahasiswa merangkap Bendahari SMM, Adam Adli Abd Halim. "Tahniah kepada Bawani yang berani. Semoga keberanian beliau menjadi contoh dan pedoman kepada golongan mahasiswa lain," katanya. |
Adun Pulau Tikus nafi keluar DAP Posted: 14 Jan 2013 03:27 PM PST GEORGETOWN - Adun Pulau Tikus, Koay Teng Hai yang digantung keahliannya dalam DAP mengumumkan menjadi 'Adun bebas' buat sementara waktu sehingga tempoh hukuman tamat. Beliau yang dikenakan tindakan penggantungan itu selepas tidak menghadiri persidangan Dun pada 1 November lalu bagaimanapun menafikan keluar daripada DAP. Teng Hai berkata, beliau akur dengan keputusan parti yang menggantung keahliannya selama enam bulan namun beliau akan mengemukakan rayuan kepada jawatankuasa disiplin parti itu. "Berdasarkan peraturan parti, mana-mana ahli parti yang digantung keahlian tidak boleh mewakili DAP sehingga tempoh penggantungan tamat. "Sebagai Adun saya akan tetap berkhidmat untuk rakyat sehingga Dun dibubarkan," katanya pada sidang media yang diadakan di sini semalam. Minggu lalu, Jawatankuasa Disiplin Kebangsaan DAP membuat keputusan menggantung keahlian parti ke atas Teng Hai selama enam bulan kerana tidak akur kepada arahan parti supaya menghadiri sidang Dun. Ini kerana, tindakan Teng Hai itu menyebabkan kerajaan negeri hampir kehilangan majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk meminda Perlembagaan Negeri Pulau Pinang bertujuan menyekat Adun melompat parti. Pengerusi jawatankuasa berkenaan, Tan Kok Wai dipetik berkata, Teng Hai dikenakan tindakan itu kerana gagal mematuhi arahan menghadiri sidang Dun untuk menyokong pindaan Perlembagaan Negeri meluluskan rang Undang-Undang Anti Lompat Parti yang memerlukan sekurang-kurangnya 27 undi. Mengulas mengenai perkara itu, Teng Hai berkata, beliau tidak menyangka ketidakhadirannya dalam sidang Dun lalu mendatangkan kesan kepada usaha kerajaan negeri meminda Perlembagaan Negeri. "Saya tidak tahu pun kehadiran saya amat diperlukan ketika proses pengundian bagi meminda perlembagaan dan saya akui ia adalah satu kesilapan. Saya sudah pun meminta maaf kepada jawatankuasa disiplin parti," katanya. Sementara itu, Speaker Dun, Datuk Abdul Halim Hussain ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak menerima sebarang laporan daripada DAP mengenai penggantungan keahlian Adun Pulau Tikus itu. Menurutnya, sebarang keputusan mengenai status Teng Hai hanya akan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada DAP. "Saya hanya mengetahui perkara ini melalui media sahaja namun sehingga hari ini belum menerima laporan dari DAP. "Difahamkan dia (Teng Hai) juga diberikan tempoh untuk membuat rayuan mengenai keputusan jawatankuasa disiplin partinya itu, jadi kita tunggu laporan dari DAP," katanya. - SinarHarian |
Amaran Kepada Rozali - Jangan Susahkan Rakyat Dan Kami Akan Dedahkan Gaya Hidup Mewah Anda Posted: 14 Jan 2013 08:01 AM PST DIKEMASKINI Pemimpin PKR menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi lampu hijau kepada SYABAS syarikat air untuk "mensabotaj" bekalan air di Selangor dalam usaha terakhir untuk merampas kembali negeri ini oleh parti Umno. Mereka memberi amaran bahawa jika Rozali Ismail, Selangor bekas bendahari Umno dan pengerusi eksekutif di SYABAS sekarang, terus menyalahgunakan kuasanya untuk memuaskan hati "tuan politiknya" dengan membiarkan rakyat menderita, mereka akan mendedahkan gaya hidup mewahnya dan memotongkan gaji lumayannya yang bernilai RM17.25 juta setahun supaya dipotong sebanyak RM10 juta dan jumlah ini diagihkan kepada rakyat yang terjejas oleh masalah air sebagai pampasan. "Kami tidak pernah terfikir ia pergi ke tahap ini - satu bulan tanpa air (bagi penduduk Wangsa Maju) Ia jelas merupakan rancangan untuk mewujudkan satu situasi krisis dan membuat orang benci kepada Pakatan Rakyat bagi saya, Syabas bertanggungjawab kerana cuba mengelirukan rakyat dengan fakta-fakta yang diputar belit. Ini merupakan masalah politik dan jawapan politik wajib diberikan. SYABAS tidak patut menjadikan rakyat sebagai tebusan kepada kerajaan negeri seperti ini, "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar pada hari Jumaat. "Kelangsungan politik Najib bergantung pada kepada Selangor (pada pilihan raya umum akan datang). Tanpa Selangor, ia adalah hampir pasti bahawa Umno akan menolak dia keluar. Tetapi, Rozali Ismail, ketua SYABAS sudah ada. Rozali tidak faham apa itu berunding. Dia hanya memahami cakap-cakap politik. Jadi kita perlu menjelaskan kepada orang ramai apa yang sedang berlaku. Apabila tuan politik SYABAS menyedari betapa kecewa dan bermasalahlah rakyat akibat mainan politik mereka, mereka akan berundur dan SYABAS juga akan berundur. Jika tidak, ia tidak akan berakhir. " Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Najib telah secara terbuka berikrar untuk mengambil kembali negeri ini dengan "apa jua cara sekalipun". Orang yang digunakan dalam mainan politik kotor Najib untuk mendapatkan S'gor kembali Rafizi merujuk kepada laporan membimbangkan baru-baru ini di mana Rozali telah memberi amaran bahawa kekurangan air di beberapa bahagian di Selangor boleh berterusan sehingga Tahun Baru Cina bulan depan. 4 pam air yang rosak di kawasan Wangsa Maju yang padat, dengan SYABAS yang berdiam diri sama ada ia merancang untuk mengganti atau membaiki pam juga membimbangkan pemimpin-pemimpin PKR. Wangsa Maju adalah sebahagian dari kawasan MP PKR Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin manakala rakan partinya Khalid Ibrahim merupakan ketua menteri Selangor. "Kami telah melakukan dan membuat apa yang diperlukan. Kami juga akan mempertimbangkan untuk membeli pam sendiri. Tetapi kita tidak boleh menerima penjelasan karut dan ancaman Rozali itu lagi. Rakyat yang menderita setiap hari manakala SYABAS hanya melambatkan kerja dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan untuk membuang masa," Zuraida memberitahu Malaysia Chronicle pada persidangan itu. "Kami memutuskan untuk mendedahkan perkara sebenarnya kepada rakyat. Biar rakyat tahu mereka sedang digunakan sebagai bidak dalam permainan politik UMNO. Biarkan mereka tahu siapa yang menggunakan taktik kotor untuk kepentingan politik." Dedahkan gaya hidup mewah dan potong gaji Rozali Sementara itu, Rafizi melancarkan kempen 'Potong Gaji Rozali Ismail', yang katanya merupakan satu-satunya cara untuk mengajar Rozali kerana tidak melakukan tugasnya dan sengaja"bermain politik". "PKR akan menuntut untuk memotong RM10 juta daripada gajinya dan memasukkannya ke dalam dana untuk memberi bantuan segera kepada penduduk yang terlibat. Mengapa Rozali layak mendapat M17.25 juta apabila dia tidak dapat menyelesaikan satupun masalah yang mudah (berkenaan 4 pam di Wangsa Maju), "kata Rozali. Menurut Puncak Niga Holdings Bhd laporan tahunan yang dikemukakan oleh Rozali telah menyatakan bahawa Rozali memperoleh gaji sebanyak RM8.255 juta, bonus bernilai RM2.39 juta, faedah-faedah lain sebanyak RM405, 646, KWSP bernilai RM1.777 juta, elaun percutian RM663, 582 dan perbelanjaan lain pula sebanyak RM3.754mil. Ini berjumlah RM17.25mil bagi tahun berakhir 31 Disember, 2011. Puncak Niaga merupakan syarikat holding SYABAS yang juga punca perniagaan bagi Rozali. Rafizi juga berjanji untuk mendedahkan gaya hidup Rozali yang mewah pada "perhatian umum". "Biar rakyat tahu bagaimana orang besar Umno menikmati hidup manakala mereka bersusah payah untuk mengangkut air setiap hari. Lihatlah kereta-kereta sports, rumah-rumahnya dan majlis-majlis perkahwinan anak-anaknya. Ia akan membuka mata rakyat ," kata Rafizi. Pemimpin PKR yang namanya melonjak naik dan memainkan peranan penting dalam mendedahkan skandal NFC yang melibatkan wang sejumlah RM250 juta dan sekarang kes penipuan tanah Deepak-Ropiaah-LTAT menambah bahawa tugasannya untuk mendedahkan Rozali merupakan keutamaan baginya sekarang. Malaysia Chronicle |
Dia Digantung Hanya Kerana Ramal BN Akan Tumbang Dalam PRU13 Posted: 14 Jan 2013 06:46 AM PST KUALA LUMPUR 14 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13. Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya. Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan. "Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme," ujar Nik. Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu. Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka. "Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan," ujarnya yang juga Adun Seri Setia. Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13. Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu. Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu. Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu. |
Video Panas - Kangkung UUM Rampas Microfon Mahasiswa Semasa Forum Posted: 14 Jan 2013 05:11 AM PST SW1M: FORUM WANITA DAN POLITIK FORUM WANITA DAN POLITIK "SEIRINGKAH MAHASISWA DAN SISWI DENGAN POLITIK" Pada 08HB DISEMBER 2012 bertempat di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SINTOK KEDAH Program yang ke-4 dianjurkan oleh PERTUBUHAN SUARA WANITA 1 MALAYSIA (SW1M), Ambiga dituduh anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia PETALING JAYA: Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) Datuk S Ambiga dituduh sebagai seorang anarkis dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah semalam. Anarki bermaksud keadaan yang tidak berasaskan undang-undang dan kucar-kacir. "Ambiga Sreenevasan yang hebat ialah pencetus anarki di Malaysia," kata Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin. Beliau berkata demikian dalam satu sesi forum bertajuk, 'Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik?", anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton, UUM dan Suara Wanita 1Malaysia. Ahli panel termasuk Pengetua DPP Proton Mazli Mutazam. Dalam forum tersebut, tayangan video klip Perhimpunan Bersih 3.0 turut dipertontonkan kepada lebih 3,000 mahasiswa. Ambiga, yang memimpin dua perhimpunan, Bersih 2.0 pada 2011 dan Bersih 3.0 April lalu mendesak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya memenuhi lapan tuntutan bagi memastikan plihan raya berjalan dengan bersih dan adil. Selain Ambiga, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dikecam berikutan kenyataannya berkenaan dengan kebebasan beragama baru-baru ini. "Inilah pejuang belia yang memperjuang kebebasan beragama," kata Sharifah dan beliau turut mengecam penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta, Irshad Manji. "Mengapa tiada protes untuk seks bebas?" soal Sharifah sambil menyifatkan tema hak asasi manusia sebagai propaganda Barat. Semua yang menyertai forum tersebut menerima sehelai baju T SW1M dan sepuluh pemenang cabutan bertuah telah menerima komputer riba nota, Samsung Galaxy. Kesemua tokoh tersebut dikecam sebagai pihak yang mahu menghuru-harakan negara atas nama hak asasi manusia. |
Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang' Posted: 14 Jan 2013 03:42 AM PST KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung yang berlangsung secara aman anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka Sabtu lepas menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012. Malah beliau berkata ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu. "Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali. "Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat Akta itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini. Najib berkata kerajaan sentiasa komited untuk melahirkan persekitaran undang-undang yang lebih menyokong hak asasi manusia dengan memansuh undang-undang yang menimbulkan polemik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967. Beliau berkata usaha itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengambil berat tentang kepentingan dan hak rakyat, sentiasa terbuka menerima setiap cadangan dan saranan demi menjadikan sebuah masyarakat yang lebih progresif. "Kerajaan juga sedar bahawa undang-undang tentang kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses dan amalan demokrasi yang bukan sahaja selaras dengan norma antarabangsa tetapi juga bertunjangkan sistem budaya nilai dan norma kita. "Pengenalan undang-undang baharu dan penambahbaikan undang-undang sedia ada lebih mencerminkan kehendak kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang matang, lebih progresif dan lebih terbuka. Itulah objektif yang kita akan sama-sama usahakan untuk mencapainya," katanya. Selain menggubal Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 bagi diganti dengan Akta Keharmonian Nasional bertujuan mewujudkan mekanisma untuk mempertahan kebebasan bersuara rakyat di samping terus memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara. Perdana menteri menegaskan tindakan kerajaan meminda, memansuh dan menukar undang-undang adalah tidak berdasarkan keuntungan politik sebaliknya kerajaan melakukannya setelah menyelami aspirasi rakyat. Beliau berkata dalam usaha memastikan negara bebas daripada huru-hara dan kekacauan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, ahli perundangan dan masyarakat madani untuk sentiasa memastikan hak dan kebebasan rakyat dilindungi. "Kami melakukan perkara ini kerana kami yakin dan percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan," katanya. Persidangan tiga hari bermula hari ini anjuran Jabatan Peguam Negara Malaysia, Razak School of Goverment (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia itu bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai transformasi beberapa bahagian undang-undang yang sedang dilakukan khususnya berhubung keselamatan serta hak dan kebebasan asasi. Antara pembentang kertas kerja ialah peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tokoh sejarah negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Pusat Pengajian Undang-Undang Asasi Falkulti Undang-undang Universiti Nasional Singapura Andrew James Harding- Bernama |
PANAS - Ketua Misi Bantuan Gaza Songlap RM500,000 Ditahan Di Cairo Posted: 14 Jan 2013 02:24 AM PST Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu. Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000. Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza. Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu meyelesaikan panahanan berkenaan. Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina. Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel. Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada ersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya. Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13] http://msomelayu.blogspot.com/2013/01/ketua-misi-bantuan-ke-gaza-ditahan.html |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan