Kelab Greenboc |
- Najib Cuba Bela Kroni Dalam Masalah Air Selangor - MB Selangor
- Skandal Rasuah & Pembunuhan Altantuya Libatkan Najib Tersebar Di Australia
- HKR 112 Paling Aman & Bersih Dalam Sejarah
- Gantung Ahli Ekonomi BIMB, UMNO Menuju Kebinasaan
- Blogger UMNO Fitnah Muslimah Diraba Semasa HKR112
- Nenek Rugi RM3,500 Ditipu "Scan" Penyakit Guna Handfon
Najib Cuba Bela Kroni Dalam Masalah Air Selangor - MB Selangor Posted: 15 Jan 2013 12:51 AM PST Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba melindungi kroninya dengan terus menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor berhubung gangguan bekalan air di Ampang, Cheras dan Gombak sejak dua minggu lalu. Mengulas perkara itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk membantu membekalkan air terawat kepada rakyat di Selangor. Menurutnya, Kerajaan Negeri juga tidak pernah melengahkan permohonan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membina rumah pam baru bagi menyalurkan air kepada penduduk di ketiga-tiga kawasan tersebut. "Apa yang dikatakan Najib itu tiada kena mengena dengan gangguan bekalan air yang berlaku sekarang. Najib boleh jadi kurang faham tentang keadaan ini kerana Najib ingin membantu kroninya. "Tan Sri Rozali Ismail ialah kroni Najib. Jadi bermakna, kalau kroninya buat salah, Najib tidak akan kata dia salah. "Najib sanggup menyalahkan rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor demi mempertahankan kroni," katanya semasa mengadakan lawatan kerja di Sarawak petang tadi. Gangguan bekalan air itu melibatkan 500,000 penduduk di tiga kawasan itu yang terpaksa mendapatkan air untuk tugas harian daripada lori air Syabas. Syabas berkata masalah gangguan itu mungkin akan berlarutan sehingga tahun baru Cina. Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mencabar Najib untuk melihat sendiri bekalan air di Selangor dengan memanggil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang bertanggungjawab mengelola perkhidmatan air. Abdul Khalid berkata, Najib juga gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri secara profesional apabila masih menuding jari kepada Kerajaan Negeri. "Rakyat tidak mahu lagi kroni, rakyat tidak mahu rasuah, rakyat tidak mahu Umno-BN terus membodohkan rakyat," katanya lagi. Pada Sabtu lalu, Najib mendakwa masalah bekalan air di Selangor semakin meruncing ekoran keengganan Kerajaan Negeri memberi kelulusan untuk membina stesen pam tambahan dan tidak memberi 'development order' kepada Kerajaan Pusat. Sebelum ini, Najib mendakwa Kerajaan Selangor suka menunding jadi dan menyalahkan pihak lain berhubung krisis air yang berlaku di Selangor. |
Skandal Rasuah & Pembunuhan Altantuya Libatkan Najib Tersebar Di Australia Posted: 14 Jan 2013 10:32 PM PST Akhbar Australia: Kes pembunuhan Altantuya jejas peluang Umno Akhbar Australia, The Age meramalkan skandal pembunuhan Altantuya Shaariibu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menjejaskan peluang Umno BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang. "Najib menafikan penglibatannya, tetapi dakwaan tersebut tidak akan hilang. Internet di Malaysia sedang 'panas' dengan pendedahan seorang ahli perniagaan yang tidak berpuas hati dengannya, Deepak Jaikishan, yang mempunyai hubungan dengan Umno," tulis portal akhbar itu semalam. Menurut akhbar berkenaan, pendedahan Deepak juga merupakan sebahagian usaha untuk membongkar misteri pembunuhan warga Mongolia itu pada 2006. The Age mengaitkan pembelian dua kapal selam dianggarkan bernilai USD2 bilion pada 2002, ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan hubungannya dengan Abdul Razak Baginda, yang dituduh membunuh Altantuya pada 2006. "Antara tuntutan yang dibuat oleh Deepak seperti dinyatakan kepada pembangkang dan laman web bebas adalah bukti akuan bersumpah pada 2008 oleh penyiasat, (P) Balasubramaniam yang menyatakan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya. "Terdapat perbalahan dalam Umno yang berkuasa dalam negara selama lebih 50 tahun, kaji selidik terbaru menunjukkan populariti Najib menurun pada paras paling rendah dalam 16 bulan. "Sebahagian penganalisis berkata, PRU kali ini akan menjadi cabaran terbesar kepada pemerintahan Umno. Najib sendiri mengatakan ia sebagai 'titik penentu nasib rakyat dan negara'," akhbar itu dipetik. -KD |
HKR 112 Paling Aman & Bersih Dalam Sejarah Posted: 14 Jan 2013 07:23 PM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah perhimpunan paling aman dalam sejarah negara, ibarat karnival keluarga, menurut Pemerhati Majlis Peguam. "Sangat aman…Peserta himpunan mengikut arahan. Secara keseluruhan, tiada masalah," kata Peguam Pemerhati Majlis Peguam, Wan Muhammad Hafiz. "Saya rasa seperti di karnival keluarga. Paling aman dalam sejarah," kata seorang lagi Peguam Pemerhati, Azira Aziz. Beliau menterjemah demikian kepada Keadilan Daily sebaik kumpulan berjumlah 3,000 rakyat dari Kampung Baru tiba di Stadium Merdeka, Sabtu lalu. Peserta HKR dilepaskan dari lokasi tersebut diketuai Penyelaras Solidariti Anak Muda Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard. Perjalanan ke Stadium Merdeka sejauh lima kilometer mengambil masa kira-kira sejam setengah diiringi, sebuah jip 4WD dan van yang turut dipenuhi minuman dan kelengkapan perubatan untuk peserta. Kumpulan ini bertepuk tangan dan menyanyi beramai-ramai lagu rock dari kumpulan One Buck Short berjudul 'Kelibat Korupsi' bagi menaikkan semangat peserta. Mereka turut mengibarkan bendera besar SAMM, bersama puluhan bendera kecil lain menarik perhatian orang ramai dari dalam kedai dan pejabat untuk segera ke pinggir jalan mengambil gambar. Manakala para pemandu kereta membunyikan hon dan menunjukkan isyarat bagus. Beberapa wartawan media arus perdana dan online yang ditemui memberitahu, Himpunan Kebangkitan Rakyat seperti 'pesta jalanan'. "Sangat menarik dan sangat bagus. Kita boleh 'jual' berita. Liputan membolehkan (jualan akhbar) laris," kata seorang wartawan kanan yang ditemui. -KD
|
Gantung Ahli Ekonomi BIMB, UMNO Menuju Kebinasaan Posted: 14 Jan 2013 04:21 PM PST Ramal BN kalah, Ketua Ekonomi Bank Islam digantung. KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja. Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar. " Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya. "Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail. Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti. Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu. Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu. Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara. Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya itu, dengan mengatakan "kami tidak terlibat dengan forum tersebut". Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata; "Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan. "Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut," kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times. Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB. PRU perlu dipercepatkan Hujung Julai 2012, Azrul dilaporkan berkata, ekonomi dan pasaran akan memberi reaksi lebih baik seandainya pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat (pertengahan tahun 2012) berbanding ditangguhkan kepada tahun depan (2013). Katanya, pandangan itu berdasarkan persekitaran dan ketidaktentuan ekonomi luaran dan dalaman. Menurut beliau, pelbagai spekulasi mengenai tarikh pilihan raya telah menyebabkan ekonomi dan pasaran tidak boleh bergerak pada landasan yang betul. Jelasnya, masalah itu dihadapi oleh syarikat-syarikat korporat kerana sukar untuk membuat keputusan dalam operasi dan hala tuju mereka. "Meskipun ekonomi negara sekarang dalam keadaan baik tetapi keputusan tidak boleh dilakukan kerana sukar untuk menjangkakan apa yang akan berlaku dalam tempoh jangka pendek dan sederhana. "Malah, ia juga menjejaskan aliran masuk pelaburan asing kerana mereka juga mahu satu kepastian dalam pelaburan yang dibuat. "Justeru, kebanyakan korporat memang menyambut baik seandainya pilihan raya diadakan lebih cepat," ujarnya sebagaimana dilaporkan Utusan -HD Ulasan GB Sampai begitu takut dan terdesaknya UMNO BN! Namun seperti yang GB utarakan sebelum ini... ciri-ciri kezaliman UMNO itu menunjukkan dengan jelas bahawa UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran! |
Blogger UMNO Fitnah Muslimah Diraba Semasa HKR112 Posted: 14 Jan 2013 06:55 AM PST Milosuam melaporkan: Blogger Umno dedah punggung muslimah diraba di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 SALAH seorang blogger obesiti United Malays No Otak, Umno mendedahkan bukti bergambar kononnya seorang muslimah telah diraba punggungnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tempoh hari. Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di atas ialah printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar. Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi. Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara. Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik. ReJaM© "Diorang ni kalau tak main isu lucah berkudis satu badan " Sumber: zainhd.com Ulasan GB Blogger UMNO yang memang otaknya kuning akan sentiasa melakukan fitnah sedemikian rupa. Hukum kebbanaran dan keadilan akan berjalan. Semuga Allah kudungkan cepat tangan-tangan pereka fitnah yang melampaui batas itu atau apa-apa hukuman/peringatan dariMu sebagai pengajaran untuk rakan-rakan mereka yang lain. Amin Ya Allah... |
Nenek Rugi RM3,500 Ditipu "Scan" Penyakit Guna Handfon Posted: 14 Jan 2013 03:23 AM PST Alor Gajah - Seorang warga emas rugi kira-kira RM3,500 selepas tiga barangan kemas miliknya dilarikan seorang wanita yang menyamar sebagai wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Kampung Lendu Hilir, di sini, petang kelmarin. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, Che Rus Uda, 74, didatangi seorang wanita lingkungan usia 20-an yang memperkenalkan diri sebagai wakil JKM. Menurutnya, ketika kejadian, dia yang tinggal sendirian sejak lebih 50 tahun lalu sedang menonton televisyen sebelum terdengar suara memberi salam berulang kali. "Perbualan antara saya dengan wanita itu hanya dalam jarak jauh sebelum dia memaksa saya membuka pintu yang dikunci cucu yang keluar beberapa minit sebelum kejadian. "Kemudian wanita yang memakai kemeja dan bertudung putih itu turun dari sebuah kereta menyatakan hendak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum mendesak saya membuka pintu rumah," katanya. Che Rus berkata, selepas wanita itu masuk ke dalam rumahnya, dia diarahkan membuka semua barang kemas yang dipakainya dan berbaring untuk melakukan pemeriksaan. "Walaupun dalam keadaan terpinga-pinga, saya buka juga gelang tangan, rantai leher dan anting-anting dan meletakkannya di atas lipatan baju di ruang tamu. "Melihat keadaan saya yang tidak selesa berbaring di atas lantai, wanita itu mengarahkan saya masuk ke dalam bilik sebelum dia 'scan' seluruh badan dengan menggunakan telefon bimbitnya sahaja. Kemudian dia keluar untuk menghubungi seseorang," katanya. Dia berkata, selesai 'pemeriksaan', wanita itu menghalangnya daripada bangun dengan alasan dia akan pitam jika berjalan. "Sepanjang dalam bilik saya berasa tidak sedap hati memikirkan barangan kemas yang ditinggalkan di ruang tamu dan terus keluar dari bilik sebaik terdengar pintu besi di beranda rumah seolah-olah ditolak seseorang. "Selepas itu, saya terkejut apabila melihat kesemua barang kemas sudah hilang malah kelibat wanita itu juga tiada," katanya. Katanya, sebelum kejadian, wanita berkenaan ada datang ke rumahnya, namun beredar selepas menyedari cucunya, Hussin Abu Hasan, 31, turut berada di rumah dan datang semula 30 minit kemudian. "Saya difahamkan oleh jiran berdekatan, kereta dinaiki wanita itu sudah berlegar-legar di hadapan rumah saya kira-kira 30 minit sebelum kejadian itu," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan menasihatkan golongan warga emas khususnya supaya lebih berhati-hati. "Warga emas atau individu yang tinggal sendirian di rumah dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan pujukan individu tidak dikenali dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya. -SH |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan