Sabtu, 12 Januari 2013

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


TERKINI #KL122 - Muhyiddin Dah Meroyan..

Posted: 12 Jan 2013 12:37 AM PST

Tiada sebab untuk tukar k'jaan, kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN telah membawa keamanan dan kesejahteraan untuk semua kaum di negara ini.

Justeru, katanya tiada sebab untuk menukar kerajaan pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di luar negara dan membandingkan dengan kehidupan yang mereka kecapi di negara ini.


"Kerajaan bagus, ekonomi baik, jadi kenapa nak tukar?," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Karak dekat Bentong, hari ini yang dihadiri lebih 30,000 orang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri G. Palanivel.

Muhyiddin berkata rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang cuba memutarbelitkan pelbagai perkara untuk kepentingan politik sempit mereka.

"Negara kita sebenarnya telah menepati apa yang disebut dalam Al-Quran sebagai "baldatun tayyibatun warabun ghafur" yang bermaksud "negara yang baik dan diampuni Tuhan,"

Menurutnya kerajaan BN mampu dan berkeupayaan untuk terus memberi pelindungan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Beliau berkata ini terbukti apabila pihak luar juga kagum dengan kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus tadbir negara dengan cekap selain memastikan masyarakat majmuk hidup dalam aman dan sejahtera.

"Ada yang berkata masyarakat majmuk di Malaysia yang berlainan agama, kaum dan budaya akan menghadapi krisis kaum sepanjang masa. Tapi kita ternyata mampu pastikan rakyat hidup aman dan sejahtera," katanya.

Muhyiddin berkata kerajaan BN juga telah membawa pelbagai perubahan menerusi pelan transformasi nasional yang dilihat banyak memberi manafaat kepada rakyat.

Sebaliknya, pemimpin pembangkang sering membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas kepada kepimpinan kerajaan BN.

"Untuk itu, rakyat perlu menilai apa yang benar dan memilih parti yang benar-benar dapat menjamin kesejahteraan buat mereka," katanya.

- Bernama


TERKINI #KL122 - 100,000 Di Stadium Merdeka Kini

Posted: 11 Jan 2013 11:40 PM PST

3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".

Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.

Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".

"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.

"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.


3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".

3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.

Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".

Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.

"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.

"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.
2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.

2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.

Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.

"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.





TERKINI #KL112 - 50,000 Sudah Penuhi Stadium

Posted: 11 Jan 2013 10:50 PM PST


2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.

2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.


TERKINI #KL122 - Stadium Hampir Penuh..

Posted: 11 Jan 2013 10:26 PM PST



LAPORAN LANGSUNG


2.15pm: Wakil Orang Asli dari Semenanjung, Tijah, berucap. Beliau berkata, hak Orang Aslli dinafikan serta banyak tanah Orang Asli telah dirampas.

Katanya, hari ini juga patut diingat dalam sejarah. Hak Orang Asli juga jangan dinafikan dan dilayan sama adil.

2.10pm: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali tiba dan masuk ke dalam stadium.

2.08pm: Wakil PAS dari Johor, Suhaizan Kaiat sedang berucap. Setiap pemimpin menyampaikan ucapan kira-kira dua minit.

Dalam ucapannya, Suhaizan menyentuh beberapa perkara, iaitu mengenai Pulau Batu Putih dan projek Iskandar di Johor.

1:54pm: Stadium Merdeka - Himpunan dimulakan dengan ucapan MP DAP Anthony Loke dalam bahasa Cina dan bahasa Melayu.

Beliau antara lainnya meminta orang ramai supaya menumbangkan kerajaan BN.

"Najib berhimpun di Tesco Semenyih. Kita di Stadium Merdeka dan kita bangkit untuk lawan BN," katanya.

Turut kelihatan ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

1.45pm: Stadium Merdeka - seorang peniaga kebab Mansur Ahmad, 56, berkata kesemua 500 kebabnya sudah habis dijual.

"Hari ini saya ada sekurang-kurangnya RM1,000 dalam kocek," katanya peniaga itu dengan gembira.

Katanya, beliau mula membuka gerai di Kelab Sultan Sulaiman ketika perhimpunan pada malam tadi.

Anaknya, Faeza Mansor, 28, yang membuka gerai mi sup di sebelah gerainya berkata perniagaannya amat luar biasa hari ini.

Beliau menjangkakan akan berjaya menjual 100 mangkuk mi sup hari ini.





#KL122 - 30 Ribu Kini Penuhi Stadium Merdeka

Posted: 11 Jan 2013 09:43 PM PST


KUALA LUMPUR 12 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu kini berada dalam Stadium Merdeka bersama 30,000 rakyat yang semakin menambah bilangan sehingga ke petang ini.

Mereka yang berarak dari lapan lokasi berkumpul sejak pagi tadi mula memenuhi separuh dari padang stadium.

Dianggarkan, 15,000 hingga 20,000 berarak menghampiri jalan stadium.

Keadaan di luar stadium bagaikan pesta. Pelbagai produk dijual termasuk makanan, t-shirt, cekera padat dan cenderamata.


Helikopter polis pula terbang berlegar rendah mengelilingi stadium.

Melihat itu, orang ramai bersorak menggamatkan suasana stadium.

Dilaporkan, Mat Sabu sekarang memberi penjelasan ringkas kepada peserta mengenai himpunan yang secara rasmi berlangsung mulai jam 2 petang ini.

Pembesar suara turut dipasang di luar stadium.

Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mencipta sejarah apabila diadakan di dalam stadium.

Ia kali pertama dibenarkan oleh polis di stadium, setelah beberapa himpunan Pakatan Rakyat terpaksa turun ke jalan raya ekoran 'pengharaman' kerajaan.

Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk hijau, kuning, merah, oren dan ungu.

Kumpulan itu berjalan dari lokasi-lokasi terpilih dan sebahagiannya menaiki LRT dan monorel di Hang Tuah, stesen berdekatan stadium.

TERKINI #KL122 - Langsung Dari Stadium Merdeka

Posted: 11 Jan 2013 09:19 PM PST

LAPORAN LANGSUNG

1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.

1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.

Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".

12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.


TERKINI #KL112 - Stadium Merdeka

Posted: 11 Jan 2013 08:43 PM PST









Terkini #KL112

Posted: 11 Jan 2013 08:04 PM PST

Di Masjid Negara


Peserta Dari Masjid Negara Kini Sedang Berarak


KLCC


Gombak


Petaling Street


#KL122 - KL Mula Dibanjiri Peserta Himpunan

Posted: 11 Jan 2013 07:57 PM PST

11.48am: KLCC kira-kira 2500 peserta berada di sini sedang berhimpun untuk mendengar ucapan Dr Dzulkefli dan pemimpin Royalti Nazri Deraman yang antara lain menuntut supaya royalti kelantan dan terengganu dipulangkan kepada rakyat. Malah mereka membantah penyenaraian FGVH di Bursa.

"Hari ini hari bersejarah KL112 menghimpunkan seluruh bantahan rakyat untuk menjadikan Malaysia lebih baik, untuk melakukan perubahan.

"Kita tuntut royalti yang dinafikan di Kelantan dan Terengganu yang selama ini di khianati... Kita juga mahu hak peneroka (ditunaikan)," kata Dr Dzulkefly


Turut hadir di sini adalah Mazlan Aliman dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Teng Chang Kim

Mereka juga melaungkan "Pulangkan Royalti, Kami tuntut royalti, Ini hak Rakyat".









#KL122 - ARAHAN AKHIR SEBELUM DATANG KE STADIUM

Posted: 11 Jan 2013 05:57 PM PST


BERJALAN DENGAN BAIK
berjalan dengan baik
jangan ganggu trafik

DALAM STADIUM
jangan ganggu gugat keadaan

IKUT ARAHAN
sentiasa ikut arahan unit amal
ini untuk keselamatan kita semua

SELAMAT BERHIMPUAN

TukarTiub



Deepak Mohon Imuniti - Pakatan Perlu Hati-Hati Dengan Musang Ini..

Posted: 11 Jan 2013 04:39 PM PST

Ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan berkata beliau bersedia mendedahkan semua urusannya yang melibatkan personaliti yang berkuasa dalam kerajaan di perhimpunan mega Pakatan Rakyat hari ini jika pakatan pembangkang itu boleh menjamin imuniti kepadanya jika ia memerintah.

"Jika mereka memberikan saya imuniti malam ini, esok saya akan naik ke pentas dan mendedahkan segala-galanya di Stadium Merdeka," katanya kepada Malaysiakini dalam temu-bual malam tadi.


"Mereka tidak perlu berbuat apa-apa secara bertulis, mereka hanya perlu datang kepada akhbar dan umumkan... bahawa saya akan diberi status saksi dan saya akan dilindungi sepenuhnya oleh Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, maka saya bersedia," kata Deepak.

Deepak menambah bahawa beliau akan berada di Stadium Merdeka hari ini untuk menyaksikan Himpunan Kebangkitan Rakyat .

Ditanya mengapa beliau mencari imuniti daripada Pakatan yang bukan memerintah dan bukannya kerajaan yang ada sekarang, Deepak berkata beliau yakin bahawa pakatan pembangkang akan memerintah selepas ini.

"Saya bersedia, Saya sanggup, saya mempunyai keberanian untuk melakukannya (mendedahkan) ... Saya menyeru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Nik Aziz (Nik Mat), Lim Kit Siang, Lim Guan Eng sila berikan saya jaminan itu - bahawa saya akan menjadi saksi - saya akan dedahkan setiap salah laku rasuah kerajaan sekarang yang saya tahu."


Ribuan sertai raptai Himpunan Kebangkitan Rakyat malam tadi

Posted: 11 Jan 2013 04:23 PM PST

KUALA LUMPUR - Raptai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi berjalan dengan lancar tanpa provokasi dengan menarik kehadiran sekitar 2,500 orang.

Praperhimpunan itu dinamakan sebagai "Rapat Kemuncak Count Down #KL112-1 Juta Rakyat" menghimpunkan peserta - kalangan penyokong Pakatan Rakyat dari segenap pelusuk negara.


Mungkin ramai beranggapan raptai ini gimik politik, namun sangkaan itu meleset.

Lebih menghairankan lagi apabila praperhimpunan itu tidak ubah seperti majlis keramaian apabila ramai kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa girang bagaikan hari keluarga.

Kaum wanita dan warga emas pula asyik mendengar seorang demi seorang penceramah yang terdiri daripada pemimpin pembangkang, wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang mempunyai perjuangan yang selari dengan Pakatan Rakyat.

Raptai empat jam itu yang diisi dengan ceramah ringkas sekitar lima minit seorang berjaya mengumpulkan kira-kira 50 pembahas yang bermula seawal 8 malam dan berakhir jam 12 tengah malam.

Yang pasti tiada karpet merah buat pemimpin tertinggi seperti Menteri Besar Selangor mahupun bekas artis tempatan yang meletakkan taraf mereka sama tinggi dan sama rendah dengan rakyat yang hadir pada malam tadi.

Walaupun raptai itu disambut dengan hujan renyai-renyai, namun ia tidak menghalang ibu bapa yang membawa anak kecil untuk terus mengimarahkan majlis ilmu itu biar pun duduk bersila di atas padang beralaskan tikar mengkuang dan surat khabar lama.

Praperhimpunan itu bukan sahaja tertumpu kepada amanat dan taklimat kepada peserta esok hari bahkan peniaga juga mengambil kesempatan dengan membuka gerai jualan, sekali gus menjadi tempat orang ramai melepaskan dahaga dan sebagai lapik perut sementara menantikan detik 12 tengah malam.

Di sepanjang jalan menuju Kelab Sultan Sulaiman, dianggarkan lebih 30 gerai mengambil bahagian menjual pelbagai barangan termasuk baju kemeja-T HKR empat warna yang ditetapkan esok iaitu kuning, hijau, oren dan merah.

Tidak ketinggalan artis rok Blank dari kumpulan Gamma turut serta mendengar ceramah ringkas itu sambil memakai helmet yang berlogokan PKR.

Program anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu turut melancarkan kutipan amal daripada peserta yang hadir bagi membantu menampung kos penganjuran malam tadi dan esok di Stadium Merdeka.

Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan di sekitar lokasi raptai itu berlangsung baik yang menjaga keselamatan mahupun kelancaran lalu lintas di Kampung Baru itu.

Rata-rata penceramah tidak berkata banyak hanya mengingatkan peserta supaya memastikan mereka mengekalkan keamanan dan tidak merosakkan harta benda awam sepanjang perhimpunan itu berjalan esok.

Antara penceramah yang hadir pada malam tadi ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; Exco Pelaburan Selangor, Teresa Kok yang juga Pengerusi DAP Selangor; bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lajim Ukin; Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman; Pengerusi HKR, Mohamad Sabu, yang juga Timbalan Presiden Pas; Pengerusi Anti-Lynas, Wong Tack; Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh; Pengerusi Kempen Anti Saman Ekor (Kase) Kedah, Firdaus Jaafar; penyanyi Blues, Ito Blues Gang; bekas penyanyi dan pelakon, Abby Abadi; bekas pelakon tempatan, Hairie Othman; kartunis tempatan, Zunar atau Zulkiflee Anwar Haque, Pengerusi Anak, Mazlan Aliman, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang bersama Adam Adli, dan dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.

Majlis itu diakhiri dengan letupan bunga api yang memecah kesunyian malam di Kelab Sultan Sulaiman tepat jam 12 tengah malam.

- SinarHarian


#KL112 - Guru Tak Sebangang Dan Sebodoh Fuad Zakarshi..

Posted: 11 Jan 2013 08:42 AM PST

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zakarshi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.

Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.

"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.


"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.

Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.

Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu. - Bernama

Bagaimana pula menyertai perhimpunan boleh di anggap seperti melakukan salah laku moral disini?

Lainla kalau minum arak = salah laku moral.

Seks bebas = salah laku moral.

Ini ialah perhimpunan aman yang mana ;

1. Diberikan permit oleh PDRM itu sendiri.

2. Mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan stadium.

3. Mematuhi akta perhimpunan aman 2011.

Jadi bagaimanakah satu perhimpunan yang mengikut peraturan dan undang2 boleh di anggap seperti membawa contoh tidak baik?

Sejak bila perhimpunan itu merupakan satu contoh tidak baik?

Guru dan pelajar berhimpun setiap pagi isnin. Itu contoh tidak baik?

Najib selalu buat perhimpunan, itu contoh tidak baik?

BN kerap kali anjurkan perhimpunan, itu contoh tidak baik?

Lagi satu, apa yang orang buat di luar waktu bertugas/waktu kerja bukanlah menjadi urusan kepada mana2 pihak bukan? Sejak bila apa yang kita buat di luar waktu kerja kita kena minta kebenaran menteri di malaysia?

Inilah jenis menteri yang wujud di malaysia. Kadangkala rakyat juga hairan bagaimana dengan akal yang begitu "tak cerdik langsung" boleh diangkat menjadi menteri? Patutla orang kata ;

Siakap senohong,
gelama ikan duri,
Kecik2 berbohong,
Besar2 merepek dan mencuri sambil jadi menteri,

Heh.

http://sozcyili.blogspot.com/2013/01/menteri-warning-warga-pendidik-dan.html


Perhimpunan Haram..? Kem. Pengajian Tinggi Yang Bangang..!!

Posted: 11 Jan 2013 03:47 AM PST


Sumber - AnakSungaiDerhaka


PANAS - Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan

Posted: 11 Jan 2013 01:48 AM PST

Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini.

Pegawai penyiasat trafik polis daerah Manjung, yang bernama Nurul, memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang cedera dalam kemalangan tersebut, dengan tiga daripadanya dirawat di hospital, kerana cedera parah.


Tiada kematian dilaporkan setakat ini.


Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta.

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu.

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka.

Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"

Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur.

Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api.

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu.


Tiada ulasan: