Kelab Greenboc |
- [LIVE] HKR 112 - Ribuan Rakyat Mula Sampai Dataran Merdeka - VIDEO & GAMBAR
- [VIDEO & GAMBAR] Sekitar Countdown HKR112 Di Kampung Baru -updated
- [LIVE] HKR 112 Padang Kelab Sultan Sulaiman
- Isu Kalimah Allah: Hadi Betul Dari Sudut Agama - Dr.Asri
- Pas Menang Isu Fitnah
- HRK Perhimpunan Haram? Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Jabatan Kebajikan Malaysia
[LIVE] HKR 112 - Ribuan Rakyat Mula Sampai Dataran Merdeka - VIDEO & GAMBAR Posted: 12 Jan 2013 01:11 AM PST Sinar Harian melaporkan: BERIKUT perkembangan menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung petang ini di Stadium Merdeka. Peserta perhimpunan mula membanjiri lapan lokasi di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. 3.15 petang: Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berucap. Dalam ucapannya kata beliau, "dalam hidup saya berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan untuk melihat lautan insan yang ingin ubah sekarang." "Saya banyak berterima kasih, oleh kerana memberi maruah kepada orang baca puisi. Saya tidak berbuat apa-apa, saya hanya baca puisi, saya tidak sangka puisi menjadi senjata. "Saya banyak berterima kasih kepada anda semua demikian ramai. Saya hanya bacakan sebuah puisi, puisi yang akan bacakan ada hubungannya dengan padang ini." Judul puisi, Di Atas Padang Sejarah. 3.10 petang: Penyanyi Ito, bekas penyanyi Blues Geng, menyampaikan lagu 'Ubah' 2.25 petang: Naib Presiden Salahuddin Ayub bersama Datuk Chua Jui Meng masuk ke dalam stadium 2.15 petang: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa ALi masuk ke dalam stadium 2.05 petang: Mat Sabu masuk ke stadium, disambut dengan tepukan 1.45 tengah hari: Laluan masuk ke Stadium Merdeka dipenuhi orang ramai, peserta perhimpunan. Anggaran dalam stadium dianggarkan 50,000. Peserta juga berada di luar stadium. Pengurusan Stadium Merdeka hanya membenarkan 30,000 orang 12.40 tengah hari: Kumpulan dari KLCC sudah tiba di Jalan Ampang bagi menyertai kumpulan yang sudah menunggu sejak jam 12.15 tengah hari tadi 12.35 tengah hari: Peserta dari Kampung Baru berhenti dari jam 12.15 tengah hari sehingga sekarang di Jalan Ampang bagi menanti kumpulan dari KLCC. Sementara menanti, mereka menyanyikan lagu Negaraku 12.15 tengah hari: Kelihatan dua pegawai dari Suhakam membuat tinjauan pergerakan peserta himpunan 12.11 tengah hari: Peserta tetap meneruskan perjalanan meskipun cuaca sudah menunjukkan perubahan, hujan rintik-rintik 12.05 tengah hari: Wanita Pakatan Rakyat di hadapan Pasar Seni mula berbaris untuk bergerak ke Stadium Merdeka 12.05 tengah hari: Di Brickfields ada sekitar 500. 12 tengah hari: Peserta dari Masjid UM tiba di kawasan Brickfields 12 tengah hari: Ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat telah berada di sekitar Pasar Seni. Antaranya Tony Pua 11.50 pagi: Di hadapan pintu masuk Pasar Seni, Muslimat Pas berbaju unggu berkumpul dengan memegang kain rentang 'pilihan raya bersih dan adil' 11.40 pagi: Peserta dari Masjid Negara bergabung dengan peserta dari Jalan Sultan 11.35 pagi: Kira-kira 5,000 peserta dari Masjid Negara tiba di bulatan Jalan Syed Putra. Jumlah meningkat kepada 8,000. Polis memberikan kerjasama baik 11.30 pagi: Dari Masjid Negara, diketuai dr Mujahid Yusuf Rawa 11.25 pagi: Pemimpin PKR dari Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang juga Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berucap "ini bukan demonstrasi, bukan perarakan. Kebetulan kita berkumpul di sini dan berjalan berlenggang-lenggang ke Stadium Merdeka" Perjalanan dijangka mengambil masa satu hingga satu setengah jam. Beliau juga menerangkan jalan-jalan yang dilalui. Peserta dari sini diingatkan untuk tidak masuk ke Stadium Merdeka 11.22 pagi: Peserta sudah bersedia untuk bergerak dengan melaungkan slogan "Hidup Hidup Bangkit Rakyat, Anak Muda Kini Bangkit dan Anak Muda Ayuh Bangkit." 11 pagi: Peserta di kawasan Masjid UM mula bergerak ke 'check-point' seterusnya iaitu Brickfields 11 pagi: Peserta #KL112 mula menghampiri kawasan Masjid UM 10.50 - 11pagi: Pemandu menggunakan Lebuh Raya Persekutuan membunyikan hon dan ada yang melambai tangan ke arah peserta himpunan. Keadaan lalu lintas dari pemantauan Sinar Harian Online masih terkawal. Bersama mereka unit rawatan kecemasan yang ditugaskan khas memberi khidmat kepada mereka 10.54 pagi: Khalid mengumumkan ribuan pihak polis sudah turun dengan memakai pakain serupa dengan para peserta. Oleh itu, Khalid meminta pesertanya agar tidak terlibat dalam sebarang provokasi. Beliau juga mengingatkan agar peserta pulang bersama-sama dalam pasukan. 10.48 pagi: - Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismeth meminta peserta berkumpul untuk bersedia berarak ke Stadium Merdeka sambil menanti pemimpin yang akan mengetuai perarakan 10.25 pagi: Kira-kira 200 orang peserta sudah memenuhi sekitar kawasan Kelab Sultan Ismail 10.20 pagi: - Presiden Kami, Khalid Ismeth tiba bersama penyokongnya dengan melaungkan slogan "hidup rakyat" dengan menggunakan haler 10.05 pagi: Peserta mula bergerak dari kawasan Amcorp Mall ke 'check point' seterusnya dengan berjalan kaki melalui Lebuh Raya Persekutuan 10 pagi: Sebuah bas yang dipercayai dinaiki peserta, terdiri daripada Muslimat Pas termasuk warga emas tiba di kawasan KL Sentral 10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya 10 pagi: Di kawasan Kelab Sultan Sulaiman, polis membuat rondaan udara di sekitar Kampung Baru 10 pagi: Di kawasan Amcorp Mall, kira-kira 50 orang peserta himpunan memakai pakaian bewarna biru, hijau, dan kuning yang diketuai oleh Timbalan Presiden AMK Pusat, Jamal. Beliau berkata ada kerjasama baik antara PDRM dengan rakyat hari ini, menjadi sejarah politik. Mereka bergerak ke 'check point' seterusnya. 9.50 pagi: Ketua AMK Selangor Azmizam Zaman Huri meminta peserta jangan terlibat dengan provokasi. 9.48 pagi: Pegawai polis yang bertugas meninjau gerai jualan yang dibuka di tepi jalan sekitar Kelab Sultan Sulaiman. Setakat ini tiada ura-ura akan berlaku sebarang pergerakan. Malah kelibat pemimpin yang bakal mengetuai kumpulan ini juga masih belum kelihatan 9.45 pagi: Di Masjid Negara, peserta mula bergerak 9.42 pagi: Hampir 400 peserta termasuk beberapa kumpulan kecil, terdiri daripada lima hingga enam orang berlegar-legar di KL Sentral. 9.40 pagi: Di pekarangan Masjid Negara, kira-kira 5,000 peserta berkumpul Pukul 10 pagi peserta akan mula bergerak ke check point seterusnya iaitu Universiti Malaysia (UM) dan seterusnya. Difahamkan kumpulan ini akan akan berjalan kira-kira 9 KM ke check poit seterusnya. Perjalanan ini dikatakan akan diawasi oleh pihak polis. 9.30 pagi: Kawasan tepi jalan Kelab Sultan Sulaiman, sudah ada beberapa gerai yang dibuka menjua kemeja-T dan mafla perhimpunan serta menjual makanan 9.27 pagi: Kawasan Kelab Sultan Sulaiman masih sunyi. Dua anggota polis berseragam kelihatan di pekarangan kelab tersebut 9.15 pagi: Ketua AMK Selangor, Aznizam Zaman Huri, peserta dalam lingkungan 50 orang memakai pakaian biru, kuning, hijau di kawasan berhampiran bangunan Amcorp di Petaling Jaya iaitu tidak jauh dari stesen LRT 9.08 pagi: Hampir 40 anggota Unit Amal tiba di kawasan KL Sentral 9 pagi: Anggaran kira-kira 50 orang perserta sedang menikmati sarapan pagi di medan selera di KL Sentral
dekemaskinikan setiap 15 minit. Sila REFRESH |
[VIDEO & GAMBAR] Sekitar Countdown HKR112 Di Kampung Baru -updated Posted: 11 Jan 2013 06:45 PM PST |
[LIVE] HKR 112 Padang Kelab Sultan Sulaiman Posted: 11 Jan 2013 08:20 AM PST |
Isu Kalimah Allah: Hadi Betul Dari Sudut Agama - Dr.Asri Posted: 11 Jan 2013 06:01 AM PST Pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu kalimah Allah adalah betul dari sudut agama, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin. "Dari sudut agama, pandangan Hadi betul. Umat bukan Islam mempunyai hak memanggil Supreme Being sebagai Allah. Orang Yahudi dan Kristian juga boleh menggunakan kalimah Allah," kata Asri. Beliau menambah bahawa pandangannya turut disetujui oleh ramai ulama Islam di peringkat antarabangsa seperti Yusuf Qardawi. Beliau turut mengulas titah Sultan Selangor yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dengan menyifatkannya sebagai urusan pentadbiran. "Ia seperti kelajuan kereta. Meskipun kereta tersebut milik anda, kerajaan ada hak untuk menghadkan kelajuan kereta," kata Asri. Penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam menjadi isu hangat apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP menggesa kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan oleh masyarakat Kristian pada bulan lepas. Ekoran itu, Pakatan Rakyat turut mengambil pendirian membenarkan penggunaan kalimah Allah. Sultan Idris Sharafuddin Shah bagaimanapun telah bertitah melarang nama Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam. Pendirian sama turut dipegang oleh para pemimpin Umno. Terdapat segelintir pemimpin PAS yang turut sama menentang meskipun Hadi telah menyatakan bahawa bukan Islam boleh menggunakan nama Allah pada hari Selasa lalu. Asri turut menjelaskan kebimbangan masyarakat Melayu Islam berkenaan penggunaan kalimah Allah. "Orang Islam takut nama Allah akan digunakan ke atas berhala," katanya. Malaysia beza dengan Timur Tengah Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (ILMU) Fathul Bari Mat Jahaya tidak bersetuju berasaskan faktor budaya. "Budaya masyarakat Malaysia berbeza dengan masyarakat Timur Tengah.> Mana ada kalimah Allah digunakan oleh masyarakat selain masyarakat Islam dalam kehidupan seharian," kata Fathul. Beliau menambah bahawa bukan semua orang Kristian yang bertegas untuk menggunakan kalimah Allah. "Terdapat 9. 2 peratus orang Kristian di Malaysia. Majoritinya tidak membuat tuntutan sama. Kristian Protestan tidak bersetuju. "Tak pernah ada tuntutan dari Paus Benedict XVI agar masyarakat Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah," jelas Fathul.
|
Posted: 11 Jan 2013 05:40 AM PST Ipoh - Mahkamah Sesyen di sini, semalam mengarahkan bekas Ketua Penerangan PKR Perak, Fauzi Muda membayar ganti rugi sebanyak RM100,000 kepada Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011. Hakim Roslan Abu Bakar turut mengarahkan Fauzi membayar kos tetap sebanyak RM10,000 kepada Nor Azli Musa yang diwakili peguam Aminuddin Zulkifli dan Amirul Fairuzin. Dalam penghakimannya, Roslan berkata, artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 7 Jun 2011 bertajuk 'Nor Azli Perlu Cermin Diri - Fauzi Muda' adalah dengan jelas memfitnah terhadap plaintif. Artikel tersebut, Fauzi mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas Perak itu ialah antara lapan pemimpin pembangkang yang menjadi jutawan segera semasa tempoh 11 bulan pembangkang berkuasa di Perak dan perkara itu sudah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 11 Februari 2011. Selain itu, Fauzi diarahkan supaya membuat permohonan maaf secara bertulis selama tiga hari berturut-turut melalui akhbar yang sama tujuh hari bermula semalam. Nor Azli ketika ditemui di pekarangan mahkamah bersyukur kerana keputusan kes menyebelahi pihaknya. "Selepas kemenangan kes ini saya berasa lebih bersemangat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang," katanya. Tambahnya, setakat ini beliau masih belum membuat sebarang perancangan ke atas wang ganti rugi yang bakal diterima. "Bagaimanapun, saya pasti akan menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membantu jentera parti bagi menghadapi PRU13 ini," ujarnya. Sementara itu, Fauzi ketika ditemui berkata beliau akur dengan keputusan yang dibuat mahkamah berhubung kes berkenaan. Bagaimanapun, beliau akan mengemukakan rayuan melalui Norali & Co dalam tempoh terdekat. "Saya akan serahkan segala-galanya kepada peguam untuk tindakan selanjutnya," katanya yang hadir ke mahkamah bersama ahli keluarganya. |
HRK Perhimpunan Haram? Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Jabatan Kebajikan Malaysia Posted: 11 Jan 2013 03:20 AM PST Ibu bapa bawa anak serta himpunan esok boleh dihukum KUALA LUMPUR - Ibu bapa yang membawa anak menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia, Datuk Noraini Mohd Hashim berkata, ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram. "Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin. - Bernama Ulasan GB Kenyataan di atas AMAT tidak bertanggungjawab kerana sudah jelas ia menyatakan perhimpunan HKR 112 sebagai perhimpunan haram sedangkan polis dan pihak pengurusan stadium sendiri SUDAH membenarkan perhimpunan itu diadakan - bererti ia BUKAN perhimpunan haram. Tindakan boleh dan perlu diambil ke atas Ketua Pengarah Jabatan Kejikan Malaysia tersebut dan agensi berita yang melaporkannya iaitu BERNAMA kerana dengan TERANG DAN JELAS cuba menimbulkan persepsi negatif dan provokasi sesuatu aktiviti yang telah dibenarkan oleh pihak berkuasa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan