WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
ISU KALIMAH ALLAH - SEBIJIK KAT MUKA UMNO SEMULA!! Posted: 10 Jan 2013 01:34 PM PST Isu kalimah Allah menjadi modal murahan Umno. Tapi peluru makan tuan. Mereka lupa berpuluh tahun merdeka, ada lagu resmi negeri2 menyebut perkataan Allah dan setiap rakyat negeri tersebut tidak kira apa jua agama telah menyanyikan lagu itu.
Mereka lupa, di dalam pakaian seragam PDRM dan ATM terdapat logo yg tertulis kalimah Allah, dipakai oleh anggota2 PDRM dan ATM tidak kira apa jua agama, bahkan sehingga mereka bawa ke dlm tandas dan ada di antara mereka yg bukan Islam apabila mati, dipakaikan pakaian istiadat yg terdapat butang/badge yg tertera nama Allah dikebumikan bersama jenazah yg bukan Islam itu bersama keranda mereka.
Apakah selama ini PAS, PKR atau DAP yg perintah negara ini? Siapa perintah dan berkuasa di negara ini dahulu dan sekarang? Jawab sendiri.....Maka kita tahulah skrg bahawa isu ini hanya dipermainkan oleh mereka kerana mereka kehabisan isu dan modal utk mnghadapi PRU ke 13. Isu moral Anwar, tak jalan. Isu amanat Hj Hadi dan Hudud pun tak beri kesan bahkan memalukan mereka sendiri apabila Tok Guru Hj Hadi berani utk berdebat dgn mereka. Kini, isu Kalimah Allah umpama mereka menampar pipi mereka sendiri. Umno semakin nazak......!!! |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan