Biaqpila |
Pejuang maya Pakatan jangan gelak saja, kena ambil iktibar jugak! Posted: 06 Jan 2013 10:00 PM PST Oleh: Tok Non Haritu Najib dah beri pengiktirafan dan 'watikah kerja' kepada 10 ribu pejuang maya UMNO BN untuk berperang melawan Pakatan Rakyat di alam cyber. Maka mereka pun pulang bekerja di tempat masing-masing. Kita dapat saksikan alam cyber ketika itu dikuasai oleh para penyokong UMNO BN, ia ditambah lagi kekuatan dengan setiap orang pahlawan maya UMNO BN itu diarah membuka sebanyak2 akaun FB, twitter dan blog supaya menunjukkan sokongan kepada UMNO BN adalah terlalu ramai. Kira-kira setahun selepas itu marilah kita melihat hasilnya.... Survey di atas dibuat secara online oleh oleh UMNO Selangor untuk mengkaji kesan kempen Sayangi selangor yang dijalankan secara agresif untuk menarik rakyat menyokong BN, keputusan yang sangat mengecewakan BN. Bila guna online bermakna semua pengundinya adalah yang kenal internet sahaja ataupun mereka sering berada di alam maya. Mereka membuat keputusan berdasarkan maklumat maya juga, apa yang mereka dapat dari FB, twitter, blog dan laman web. Apakah pejuang maya BN tidak berkempen dengan agresif? Tok Non bercaya mereka berkempen sekali ganda lebih agresif dari Pakatan... ini kenyataan, kita boleh lihat sendiri. Habih tu apa yang tak kena? Aspek yang tak kena inilah yang Tok Non nak minta para pejuang maya Pakatan tolong beri perhatian. Patutnya Tok Non cerita secara sulit... tapi Tok Non pun tak kenal dengan ribuan pejuang maya Pakatan, nak sulit macam mana... terpaksa cerita terbuka macam niilah. Meh kita lihat kesilapan2 cybertrooper UMNO BN yang menyebabkan sokongan pengundi alam maya melarikan diri dari mereka... yg Tok Non nak minta TOLONG, TOLONG dan TOLONG para pejuang maya Pakatan jangan ikuti kesilapan itu. Berikut senarai kesilapan mereka.... 1. FITNAH Contoh berita Fitnah yang dibuat oleh blog UMNO. Fitnah sudah jadi macam Rukun Nombor 1 UMNO, 'masalahnya' zaman cyber ni sekali tersiar berita fitnah tak sampai berapa jam berita itu berjaya ditangkis di alam cyber juga. Terlalu banyak seseorang buat fitnah maka orang hilang kepercayaan untuk selamanya. 2. Makihamun Bayangkan dalam tulisan yang seringkas ini terdapat 8 perkataan bodoh di samping perkataan bengap, tolol, bohong, penipu, mengheput dan lain-lain kata kesat.. petikan dari blog UMNO menjawab tulisan Kedah La. 3. Hina peribadi keterlaluan Segelintir UMNO sendiri pun tidak dapat terima penghinaan yang begini dahsyat, apatah lagi golongan atas pagar. Jadi Pakatan jangan tiru cyber trooper UMNO 4. Mencarut Orang baik-baik, agamawan dan kaum wanita sudah tentu tidak gemar untuk mendengar perkataan mencarut macam ni. Bila tanggapan pembaca sudah negatif dari awal, maka ia tidak membantu kita menyebarkan info selanjutnya. 5. Lucah Menyiarkan bahan lucah macam ni untuk menunjukkan kononnya kejahatan pihak lain... sama juga dengan kes mencarut tadi, golongan yang rasional tidak suka melihatnya apatah lagi di rumah atau pejabat yang terbuka. Yang berminat hanyalah golongan sex maniac, mereka hanya berminat bahan sex tersebut tapi bukan mesej yang disampaikan. 6. Provokasi Taktik makan diri yang terakhir ialah provok rakan2 maya suruh berkelahi. Post bahan menyakitkan hati lepas tu tag pada semua pihak. Bila orang berkelahi kerana posting tersebut maka golongan rasional akan lihat pihak yang mulakan (yg buat posting) adalah jahat. OK itulah dulu kuliah Tok Non hari ini untuk pengiktibaran seluruh para pejuang maya PAS/Pakatan Rakyat. Ingat jangan tiru kesilapan yang dibuat oleh cybertrooper UMNO!!! kedahla DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG |
Mahathir dakwa Nik Aziz sanggup dibantu syaitan Posted: 06 Jan 2013 06:44 PM PST Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendakwa mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat "sanggup menerima pertolongan syaitan untuk kerajaan Islamnya". Mahathir mendakwa demikian dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia hari ini sewaktu menjelaskan pepatah berbahasa Inggeris yang digunakannya dalam satu kenyataan sebelum ini. Mahathir sebelum ini mencetus kontroversi melalui apabila kenyataannya itu difahami oleh timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Haron Din sebagai bermaksud beliau sanggup bersama syaitan. Mahathir menjelaskan, pepatah bahasa Inggeris yang berbunyi "better the devil you know than the angel you don't" itu sepatutnya bermaksud "lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali". "Mungkin kerana Haron Din tidak mahir dengan loghat pepatah Inggeris maka ia fikir ini bermakna saya sanggup bersama syaitan. "Tetapi pada 24 Januari 1999, Nik Aziz berkata dengan jelas dalam bahasa Melayu yang saya yakin Haron Din tentu faham ia berbunyi seperti berikut: 'Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA atau MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong Pas saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.' "Amat jelas Nik Aziz sanggup terima pertolongan syaitan pun untuk kerajaan Islamnya. "Apakah jenis kerajaan Islam hasil pertolongan syaitan, sama-samalah kita fikir," kata Mahathir dalam rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu. Menurut Mahathir, umat Islam di negara ini bernasib baik kerana semuanya bersatu apabila berpegang kepada mazhab Sunni dengan berimamkan Imam Shafie. Namun katanya, perpaduan itu tamat apabila PAS ditubuhkan sebagai sebuah parti. "Dalam keghairahan PAS untuk mendapat undi orang Melayu di Malaysia, mereka sengaja menyalah tafsir agama Islam dan membuat dakwaan bahawa mereka sahaja yang Islam sehingga orang Melayu berpecah dan bermusuh sesama mereka," katanya. Tambahnya, PAS sepatutnya menyedari hakikat bahawa "perlembagaan penjajah" yang disebutkan Hadi dalam amanatnya itu juga adalah perlembagaan sama yang memberikan PAS kebebasan bersuara, berparti, dan berpolitik. Dalam tulisan yang sama, Mahathir memuji mereka yang meninggalkan PAS "untuk berjuang untuk agama Islam". "Mereka yang keluar dari PAS ini berpeluang untuk benar-benar berjuang untuk agama Islam, berjuang untuk mengembangkan agama Islam yang sebenar, terutamanya untuk persaudaraan dalam Islam, tentang berpegang kepada tali Allah dan jangan bercerai-berai," tulisnya. MK DATANG BERAMAI-RAMAI!!! HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SABTU 12.1.13 STADIUM MERDEKA KL 2:00PTG |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan