ALHUSSEYN |
Nak tahu siapa Black Rose itu? Posted: 07 Jan 2013 08:12 AM PST Deepak pernah mendedahkan bahawa RM8 juta untuk sumbangan politik.Namun dia telah merahsiakan manusia bangsat yang menerima wang rasuah politik sebanyak itu.Baca di sini Sejak itu ramai yang ingin tahu siapakah manusia bangsat yang menerima wang rasuah tersebut.Tetapi kini rahsia tersebut sudah dibongkar. Buku satira The Black Rose itu mendedahkan manusia bangsat tersebut adalah seperti berikut : He also confirmed he had paid Black Rose RM8 Million and transferred the money for Black Rose to her Jewellery supplier in Hong Kong and in this book. Beberapa dokumen mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau ada di sini |
Najib tahu kemana perginya Wang Pampasan Buruh Paksa Keretapi Maut itu ... Posted: 06 Jan 2013 06:21 PM PST Dalam keadaan PRU 13 yang semakin hampir ini, Umno/BN nampaknya semakin cemas bila berhadapan dengan berbagai isu. Umno/BN sehingga kini masih terpinga-pinga untuk mencari jawapan persoalan yang dibawa oleh DS Nizar mengenai kemana perginya RM207 Billion, wang pampasan buruh paksa keretapi Jepun yang telah pun diserahkan oleh kerajaan Jepun kepada kerajaan Malaysia. Dalam keadaan yang terpinga-pinga itulah, Umno/BN mencari helah lalu menggunakan semula isu lapok dengan membuat fitnah kononnya terdapat penyelewengan dalam Tabung Memali. Maka Utusan Meloya pun memainkan peranannya seperti berikut: Buatlah report, siasatlah.Ini bukan perkara baru.Umno/BN sudah terdesak sangat dan ketandusan isu. Dakwaan berlaku penyelewengan Tabung Memali pernah dibuat sewaktu Ustaz Fadzil Noor masih hidup lagi. Laporan polis dibuat. Siasatan telah dibuat oleh unit yang dikatakan paling professional dari Bukit Aman. Pihak yang dituduh berjaya mengemukakan catatan akaun yang sempurna tanpa terbukti berlakunya penyelewengan. Pihak polis dari kerajaan BN sudah tentu tidak akan membiarkan begitu sahaja penyelewengan berlaku dan sudah tentu tindakan atau pendakwaan akan dilakukan. Tetapi sehingga kini, tidak ada apa-apa tindakan PDRM ke atas penyelewengan yang kokonnya telah berlaku berkaitan Tabung Memali tersebut. Tabung mangsa Memali adalah pembelaan sementara untuk mangsa. Ia bukan skim insuran untuk pembelaan sepanjang hayat. Allahyarham Ustaz Fadzil Noor telah lama mengumumkan ketidakperluan mewujudkan tabung tersebut. Kini, para balu mangsa Memali pun sudah mempunyai anak-anak yang boleh berdikari, di samping ada yang mempunyai suami baru. Anak-anak yatim mangsa Memali kesemuanya sudah akil baligh, ada yang sudah berkahwin dan beranak cucu. Kita berharap, PDRM jangan buang masa dengan isu lapok Tabung Memali yang sudah lama pupus itu.Sila siasat kemana perginya wang Pampasan RM207 Billion yang telah diserahkan oleh kerajaan Jepun untuk para buruh paksa keretapi Jepun itu.Saya akan dedahkan siapa sebenarnya CN Al-Afghani ini nanti. |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan