Biaqpila |
SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri Posted: 31 Jan 2013 02:00 PM PST Kenyataan Umum 31 Januari 2013 Jemputan Taklimat Media: Khas pimpinan Persatuan Bekas Anggota Polis Malaysia dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri Bermula 20 Disember 2011 apabila SAMM mengiringi Tn Hj Mohamad Sabu bertemu dengan sekumpulan pimpinan Persatuan Bekas Polis Malaysia berkenaan kebajikan mereka yang terabai. Namun peringkat itu penerimaan mereka terhadap Hj.Mohamad Sabu agak sedikit terganggu mungkin kerana terpengaruh dengan media isu 'Mat Indera - Komunis' lebih lagi rata-rata masih kuat pro Umno. Perkongsian maklumat amat terhad pada ketika itu. Berikutan satu set dokumen yang diperolehi dalam peti surat rumah che'GuBard di N.Tebal berkaitan penyelewengan wang kebajikan bekas polis. Dokumen tersebut menyebut dengan jelas bagaimana setiap bantuan kebajikan Jabatan Perdana Menteri untuk bekas Polis terpaksa dibayar komisyen dan dalam dokumen yang membongkar kegiatan ini menyebut dengan jelas nama pimpinan tinggi Bn sebagai orang tengah. Maka 16 September 2012, SAMM telah tampil membuat laporan SPRM yang sehingga kini tiada khabar tindakan susulan. klik sini untuk membaca berkenaan laporan SPRM Pada 11 Januari 2013, salah seorang pimpinan Persatuan Bekas Polis telah membuat kejutan apabila muncul di Pentas Rakyat, countdown #KL112 di Kg. Baru, K.Lumpur, namun dalam masa agak terhad 5minit maka tidak banyak pendedahan boleh dibuat. Justeru, perkongsi maklumat bersama wakil tersebut menyedarkan Persatuan Bekas Polis ini sememangnya ada banyak isu dan masalah yang berpanjangan dan tidak selesai. Bukan itu sahaja malah dalam hieraki persatuan jelas menyebut peranan beberapa Menteri namun penyelewengan sememangnya terang - terang wujud dalam persatuan yang akhirnya secara tidak langsung kezaliman berlaku terhadap ratusan ribu bekas polis yang terabai. Sehubungan dengan itu semua pihak media dijemput untuk satu sesi taklimat media ; Tajuk : SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewengan 'dipayungi' Menteri Tarikh : 4 Febuari 2013 (Isnin) Masa : 10.45 pg - 11.45 pg Tempat : Bilik Mesyuarat, Tingkat bawah, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, KL Taklimat media ini bertujuan untuk menerangkan masalah kemelut persatuan yang berpanjangan, korupsi yang berlaku dan peranan Menteri dalam perkara ini. Taklimat media ini akan disertai oleh pimpinan Persatuan Bekas Polis peringkat Kebangsaan dan Negeri. Sekian Norazizi Abd Aziz Pengarah Seketeriat Solidariti Anak Muda Malaysia 0123696474 |
TUDIAAA... 600 ORANG KONGSI KAD PENGENALAN Posted: 31 Jan 2013 05:23 AM PST RCI: 600 orang kongsi nombor IC yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) hari ini berkata terdapat kira-kira 600 Kad pengenalan biru yang bermasalah yang dikongsi oleh lebih daripada seorang. "Ya, mereka ada dalam rekod kami, kira-kira 600 orang," kata Pengarah Bahagian Kad pengenalan ibupejabat JPN, Md Solehan Omar kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah. Solehan berkata demikian apabila ditanya oleh pegawai pengendali siasatan RCI, Manoj Kurup, sama ada benar dakwaan bahawa lebih daripada seorang menggunakan nombor Kad pengenalan yang sama. Bagaimanapun, Solehan tidak mengulas lanjut mengenai perkara itu, begitu juga dengan pegawai pengendali tersebut, atau pun peguam pemerhatimengenai isu tersebut. MK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan