Khamis, 31 Januari 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Malam Jumaat ni, Jom layan isteri kita baik-baik….

Posted: 31 Jan 2013 03:30 AM PST

Satu hari ada sorang hamba Allah , berhasrat nak mengadu pada Umar R.A selaku Khalifah Islam yang paling garang akan perihal isterinya yang suka membebel padanya. 

Tetapi sebaik sahaja hendak berjumpa dengan Khalifah itu, beliau terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel pada Khalifah itu! Hamba Allah itu membatlkan hasratnya dan dan mengorak langkah untuk pulang. 

Tetapi tiba-tiba dia terdengar suara Saidina Umar memanggilnya lalu bertanya, 

"Apa hajat kamu datang ke mari?" 

Orang tadi itu menjawab, "Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu." 

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? 

Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri)."

Tiada ulasan: