DIALOG RAKYAT |
- Kisah si daif di negeri kaya...
- Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut
- Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon
- Pindah Stesyen; Pemandu Teksi Terkejut, Tidak Puas Hati
- Yoko Minat Stadium Runtuh
- MCA: Pekerja Asing Juga Perlu Tanggung Kos Pengangkutan Dan Perumahan
- Nasha Tidak Perlu Bela Diri - Majlis Syura PAS
- MAHALNYA AIR MATA ANAK GAJAH PIGMY
- Laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail
- Wasatiyyah Umno bila kroni bolot khazanah negara – Anwar
- Wan Azizah kempen untuk semua calon bantu Pakatan menang
- Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno
- ADUN Umno hina bekas Puteri Umno miskin
- Nafi gali minyak di pasar Siti Khadijah
- MB : Selangor Sedia Bubar DUN
- SPR lancar website khas PRU13
- Syabas kritik kerajaan melalui risalah?
- SPR sudah tempah dakwat kekal
- 'Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?'
- S'gor cadang bubar DUN selepas Chap Goh Mei
Kisah si daif di negeri kaya... Posted: 30 Jan 2013 09:58 PM PST Oleh Syed Azman Syed Ahmad PERCAYAKAH anda di negeri Terengganu yang kaya raya ini masih ada lagi insan seperti Siti Azma Mohd Zain, seorang ibu tunggal yang terpaksa tinggal bersama dua anaknya di sebuah 'rumah kotak' berdindingkan papan terbuang dan beratap zink bocor. Beliau yang melalui kehidupan serba kekurangan ini telah lebih dua tahun tinggal di bangsal usangnya tanpa sebarang kemudahan asas air dan elektrik. Rumah usangnya juga sering digenangi air setiap kali berlaku hujan akibat atap rumah yang bocor. Percayakah anda di negeri yang dianggap 'Kuwait Malaysia' yang boleh berbelanja lebih RM2 bilion setiap tahun masih ada manusia seperti Siti Azma yang hidup terhimpit, pernah terputus bekalan beras hampir seminggu dan anak-anak beliau terpaksa menahan lapar dengan hanya berkongsi makan sebungkus mi segera bersama anak-anaknya. Akibat kesempitan hidup juga, kedua-dua anak-anak beliau, Zulfamie Amran, 18, dan Zulaikha, 13, juga terpaksa berhenti sekolah akibat kesempitan hidup. Namun inilah relaliti kemiskinan dan kesempitan hidup di Terengganu yang terpaksa dilalui oleh insan bernama Siti Azma dan keluarga beliau yang kini tinggal Kampung Limbung, Paka. 'Rumah kotak' beliau terletak tidak jauh dari kawasan hasil kekayaan loji-loji minyak dan gas yang menjadi sumber kekayaan dan kemewahan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said kini menjadi lambang kemelut kemiskinan sebahagian rakyat Terengganu yang terpinggir. Dan inilah juga realiti kemelut kemiskinan yang masih wujud di kalangan ribuan rakyat bawahan di seluruh negeri yang dianggap kaya raya ini. Seperti yang berlaku kepada Siti Azma yang juga merupakan ahli Puteri Umno cawangan Kertih, kemiskinan dan kesempitan hidup tidak pernah mengenal fahaman dan parti politik. Beliau tidak tahu di mana lagi hendak mengadu selepas gagal mendapat sebarang bantuan daripada pihak berwajib. Permohonannya mendapatkan bantuan rumah juga dikatakan dinafikan pihak berkenaan kerana beliau tidak mempunyai sebarang tanah untuk tapak kediaman walaupun sekangkang kera. Ya, percayakah anda dalam suasana kini terdapat ribuan insan dan keluarga daif seperti Siti Azma yang tidak memiliki apa-apa serta sedang bergelumang dengan kekangan kesempitan kehidupan harian, kerajaan pimpinan Ahmad Said amat berani 'menganugerahkan' tanah-tanah istimewa kepada exco dan wakil-wakil rakyat Umno walupun mereka telah memiliki tanah dan kediaman sendiri. Ada antara mereka yang dianugerahkan tanah seluas dua hektar, tiga hektar dan ada yang mendapat habuan sehingga lima hektar setiap seorang. Apakah langkah yang amat angkuh ini boleh menjadi contoh kepada seluruh rakyat Terengganu kini? Ya, tidak siapa yang dapat menafikan bahawa negeri Terengganu adalah negeri yang amat kaya. Negeri ini menerima wang royalti minyak secara langsung bernilai lebih RM25 bilion selama hampir 30 tahun. Ini ditambah dengan kenaikan harga minyak kini, royalti tahunannya mencecah lebih RM1.5 bilion setiap tahun. Negeri 'Darul Iman' ini juga memperuntukkan bajet yang amat besar setiap tahun dengan hasil minyak dan sumber gas yang diperolehi. Malah, sepanjang empat tahun pemerintahan Ahmad Said, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM10 bilion. Dengan hasil tahunan yang sebesar ini, sepatutnya tidak ada lagi insan daif seperti Siti Azma yang terpaksa 'mengemis' untuk mendapatkan tempat berteduh dan sekeping tanah sekangkang kera untuk kehidupan keluarga beliau. Sepatutnya sudah tidak ada lagi rakyat Terengganu yang begitu daif kehidupan mereka sehinggakan tinggal di rumah kotak yang tidak mempunyai bekalan asas air dan elektrik. Sepatutnya tidak ada lagi anak-anak seperti Zulfamie Amran dan Zulaikha yang terpaksa berhenti sekolah akibat kesempitan kehidupan keluarga. Malangnya ini semua gagal dan terbantut akibat pengurusan kerajaan negeri yang tempang serta tidak mendahului kepentingan rakyat ramai. Negeri 'Kuwait Malaysia' ini terus berhadapan dengan kadar kemiskinan yang tinggi dengan rakyatnya yang miskin dan kebanyakannya terpaksa bergantung kepada 'subsidi' dan 'wang ehsan', walaupun pendapatan per kapita Terengganu adalah yang kedua tertinggi di seluruh negara. Sebahagian besar rakyatnya yang miskin seperti pengayuh beca, petani, buruh dan nelayan terus dibiarkan hidup dengan bergantung kepada 'budaya subsidi' dan 'wang ehsan' yang dijadikan senjata politik bagi menyokong Umno. Golongan miskin seperti Siti Azma ini terus menerus terperangkap dan terpenjara dengan mentaliti 'budaya subsidi' Umno-BN. Ya, tidak ada pilihan bagi seluruh rakyat Terengganu melainkan melakukan perubahan besar di negeri tercinta ini. Perubahan tidak akan berlaku kecuali rakyat sendiri berani bangkit menentang segala bentuk kepincangan dan salah urus pentadbiran kini. Semoga tiada lagi insan-insan daif seperti Siti Azma dan keluarga beliau yang saban hari hidup dengan linangan air mata akibat kesangsaraan hidup yang tidak dapat digambarkan di negeri 'Darul Iman' yang tercinta ini. | |||||||
Cabaran Ali Rustam Dedah Tahap Politiknya Setakat Lutut Posted: 30 Jan 2013 09:43 PM PST Di antara pemimpin Umno yang membuat ulasan terhadap tindakan Dewan Syura Ulama PAS yang memecat seorang ahlinya yang dilantik menganggotai dewan berkenaan, iaini bekas TP PAS, (dikenalai sebagai 'orang itu' (OI) ) ulasan dari Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustamlah yang saya rasakan paling dangkal dan 'songeh' sekali.
Namun ulasan Ali terhadap insiden itu dengan mencabar PAS memecat orang itu sesuatu yang lucu dan memalukan serta menjatuhkan maruah dan martabat politik. Lebih dungu dan 'budak' lagi apabila beliau mengatakan Nik Aziz dan Abdul Hadi tidak berani memecat 'orang itu' kerana pengaruh 'orang itu' lebih hebat dari Nik Aziz dan Abdul Hadi. Hahaha... Saya tertanya-tanya bagaimana orang Melaka boleh menyanjungi Ketua Menteri yang gagap itu sehingga lebih 130,000 hadir ke rumah kenduri anaknya kalau itulah standard kualiti ulasan politiknya. Ali menyifatkan PAS tidak berani memecat orang itu kerana bimbang kehilangan pengaruhnya yang banyak. Waduh...waduh waduh si Mulan.... Dengan mesen pengiraan apa Ali menghitung pengaruh orang itu. Apakah dia belajar menghitung dengan sipembakar jambatan, Rais Yatim yang membuat hitungan ke atas peserta Bersih yang jauh beribu-ribu batu pembohongan dari kebenarannya itu? Untuk pengetahuan Ali kalau pengaruh orang itu besar sudah pasti dia tidak akan kalah dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PAS. Pasti orang itu akan mendapat undi terbanyak dan kekal jawatan itu. Tetapi kenapa dia kalah dan mendapat undi paling rendah dari tiga orang calon? Apakah ini pun tidak dapat difikirkan? Jangan sesekali cuba memaniskan buah jadam yang sudah diketahui pahit., nanti kaki ditindih traler. Jangan... Mungkin sebab sudah lupus sifir jugalah maka Ali sudah membuat perkiraan untuk lari bertanding di parlimen dalam pilihan raya akan datang. Mungkin dia sudah menyedari pengaruh dan sokongannya sudah menurun sejak ke belakangan ini. Khabarnya dengan penyertaan anak Tun Ghafar Baba, Tamrin ke dalam PAS Umno Melaka dalam keadaan terumbang ambing. Sambutan terhadap ceramah Tamrin ribuan. Mungkin kerana itu Ali merasai yang tongkang politiknya bakal pecah maka itu dia merapu dan cuba meluruskan kegagapannya. Beliau tidak perlu cabar Nik Aziz dan Abdul Hadi memecat orang itu, tetapi beliau kena minta orang itu keluar dari PAS. Suruh dia keluar PAS bawa bersama anak semua bini, tikar bantal, tuku dan lekalnya sekali. Ajak semuuuaaaaa penyokongya dari seluruh negara bersamanya dan menyertai Umno. Politik waras akan mengira demikian bukannya seperti apa yang Ali fikirkan. Itu yang patut Ali lakukan dan bukan suruh PAS pecat dia. Nilai dan daya fikir politik Ali juga hanya setakat lutut saja. Apakah dia tidak faham apabila majlis syura menggugurkan kedudukan orang itu sebagai anggota syura ulama itu ia adalah simbolik kepada pemecatan. Kalau orang itu masih ada air muka, dia perlu hantar surat meninggalkan PAS kelmarin juga sebelum Ali mencabar Nik Aziz dan Abdul Hadi. Orang cerdik tidak payah dikeluarkan rotan, cukup berdeham saja dia sudah tahu dan akan melarikan diri. Sekerdil-kerdil kucing pun kalau kita menjeling dia tahu kita benci ia akan mengelak membawa diri, sanggup tinggalkan tulang dan belulang yang sedang dikekahnya. Janganlah kita hidup ini lebih hina dari kucing kurap. Sia-sia ilmu yang kita panggung atas kepala. Sedihnya kalau ahli politik Melayu tidak dapat berfikir mengenai perkara-perkara mudah dan 'semesek' begini. Kalau kita ada prinsip, ada maruah diri, tidak payah ahli datang membawa karak dan obor berhimpun didepan rumah kita desak kita letak jawatan baru hendak lakukan sesuatu. Bertindaklah sendiri. Berbau saja kentut orang tidak suka ke kita, kita perlu bertindak sama ada tutup hidng dengan kopiah atau pun bergerak perlahan-lahan meninggalkan ruang. Saya pernah menasihat orang itu agar berundur diri melepaskan jawatan ahli parlimen dipegangnya apabila dia pernah 'disumpah' oleh Nik Aziz Aziz agar tidak duduk buat sampah dalam PAS. Nik Aziz pernah minta dia keluar meninggalkan PAS kerana usahanya hendak bergabung dengan Umno dengan mengharapkan akan dapat kerusi menteri. Orang itu sebenarnya tergilakan hendak menjadi menteri kabinet. Terliur sangat apabila asyik mendengar keseronokan jadi menteri dari Zahid Hamidi kerana naik kapal terbang dapat duduk first class. Ketika ini kalau dia ada air muka, seorang yang kononnya berprinsip dan berwibawa dia perlu meletak jawatan dan keluar dari PAS. Sepatutnya selepas satu masa dia bersalam dan mencium tangan Nik Aziz dia perlu menyerahkan surat perletakan jawatan dengan terhormat tanpa prejudis. Tetapi apakah dia sanggup berbuat demikian, tidak. Mengapa, kerana RM7,000 hingga RM13,000 sebulan elaun sebagai MP siapa nak bagi. Rakyat Bachok baik. Maka jelas orang itu tidak ada maruah dan air muka sangat kontradik sebagai seorang yang dianggap ilmuan. Kepada Ali Rustam yang mempercayai bahawa orang itu mempunyai pengaruh besar, mintalah orang itu keluar dari PAS. Dan Ali sementara masih ada kuasa di Melaka tawarkan mana-mana kerusi untuk orang itu bertanding dalam pilihan raya akan datang. Atas keyakinan yang Ali rasakan itu insyaAllah Umno akan menang besar dengan ada pertolongan orang itu yang bersama Umno. Dan lepas menang di Melaka nanti bagilah porfolio Menteri Agama dan Wakaf kepadanya bersama sebuah jet eksekutif. | |||||||
Azza Elite Dapat Hidayah Bertudung Ketika Berlakon Posted: 30 Jan 2013 09:41 PM PST Malaysiadaily Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Gambar: Imej terbaharu Azza bersama suaminya Azlan. Foto: Twitter milik Azza Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini. "Itulah, orang kata, rahmat yang Allah berikan kepada setiap manusia berbeza-beza dan apabila sudah sampai waktunya, apa salahnya kita berhijrah terus. "Sebenarnya, sebelum Mujahid, saya dah mula berselendang sepanjang penggambaran drama Kiah Pekasam bersama Rozita Che Wan di Jepun, tahun lalu. "Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Tambah Azza yang mula bertudung pada 6 Januari lalu, dia juga bersyukur apabila keluarga dan suaminya, Azlan Zulaily memberi sokongan terhadap perubahan penampilan barunya itu. Kata Azza, suaminya juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu, namun lelaki itu tidak memaksanya untuk melakukan perubahan secara drastik. Suami Azza juga pernah menyuarakan hasrat untuk melihat dia bertudung selepas mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. "Kalau nak tahu, sebelum ini hanya saya seorang dalam keluarga yang tidak bertudung dan sedikit rasa janggal lebih-lebih lagi ketika seluruh keluarga berkumpul untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan di Pulau Pinang pada pertengahan Disember lalu. "Kemudian saya terfikir, kasihan pula pada ibu apabila anaknya seorang ini sahaja yang tidak bertudung dalam keluarga," tuturnya yang turut diberikan hadiah pelbagai jenis tudung daripada rakan-rakannya termasuk daripada pelakon Sheila Rusly. Sementara itu, Azza berkata, bertudung litup juga tidak menghalangnya untuk berlakon dan menyanyi seperti biasa. Malah dia bersyukur apabila perubahan imej baru itu tidak mengganggu karier seninya. "Ini (berlakon) adalah sumber pendapatan saya. Selama ini, lakonan saya tidak pernah melebihi batas-batas atau mengundang rasa tidak senang kepada orang ramai. "Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa. Cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja. "Apa-apa pun diharap, setiap tutur kata dan perlakuan saya lebih bersifat sederhana, Insya-Allah," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Azza bakal muncul dengan drama Mujahid, Musim Cinta Atuk dan Sepai di TV1 serta Kiah Spy di Astro Warna. -mstar | |||||||
Pindah Stesyen; Pemandu Teksi Terkejut, Tidak Puas Hati Posted: 30 Jan 2013 09:38 PM PST Wartawan BuletinKUALA TERENGGANU - Majoriti pemandu teksi bandaraya Kuala Terengganu terkejut dengan arahan perpindahan semerta stesyen teksi oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dari Jalan Masjid Abidin ke kawasan bekas tapak stesyen bas ekspres di Jalan Sultan Zainal Abidin (Tanjung), berhampiran pasaraya Astaka. Wakil mereka, Haji Hashim bin Mat Amin berkata, walaupun perkara tersebut penah dibincangkan sebelum ini, namun penguatkuasaannya ditangguhkan kerana pembinaan stesyen teksi baru tersebut belum siap. "ini masalahnya, benda (pembinaan stesyen baru) tak siap lagi, kalau siap doh kita tak ada masalah, walau pun jauh kita gi lah dulu walau macamana pun.....pasal benda tu tak tahu ke benda lagi, sedar-sedar suruh pindah sahaja, "sekurang-kurangnya ada tempat kita berteduh dulu, hok tentang laku ke tak laku berniaga nak buat macamana.....kita ikhtiar lah,"ujarnya ketika ditemui semalam Rabu, 30 Januari. Katanya, beliau tahu tentang perbincangan antara Persatuan PemanduTeksi dengan pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu petang sebelumnya, namun keputusan perbincangan tersebut tidak dimaklumkan kepada semua ahli. Haji Hashim yang sudah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai pemandu teksi bandaraya, hanya tahu mengenai arahan perpindahan segera itu setelah sampai ke stesyen lama di Jalan Majid Abidin pada pagi Rabu, 30 Januari. "kita ni da tak maklum, jadi mari pagi ini dari rumah sedap je....kononnya gi stesyen lah hari ini, tengok-tengok jadi macam ni, macam kelmarin (waktu) kita nak balik kelmarin batu-batu (penghadang) tidak ada lagi kelmarin,"jelasnya. [Lihat Video Klip] Beliau melahirkan rasa tidak puas hati kerana hanya beberapa teksi sahaja yang dibenarkan beratur menunggu penumpang di Hentian bas MBKT manakala teksi lain terpaksa menunggu jauh di stesyen teksi yang baru. Tinjauan skuad BO mendapati, kerja-kerja membina dn menyiapkan hentian teksi di Tanjung bermula pada 21 November tahun lalu dan hanya dijangka siap pada 12 Mac akan datang. Berita berkaitan sebelum ini: Stesyen Teksi Mesti Berhampiran Dengan Stesyen Bas | |||||||
Posted: 30 Jan 2013 09:36 PM PST Wartawan Buletin KUALA TERENGGANU - Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh sebahagian bumbungnya kini benar-benar menjadi satu monumen pelancongan apabila seorang diplomat dari Kedutaan Jepun melawat tapak stadium tersebut di Gong Badak pada Rabu 30 Januari. Sebelum itu, Yoko Suematsu, seorang Penyelidik kedutaan terbabit mengunjungi Pejabat Badan Perhubungan PAS negeri Terengganu (BPPNT), di Taman Seri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini. Menurut Setiausaha BPPNT Haji Yahaya Ali, kunjungan Yoko adalah bertujuan mendapatkan gambaran sebenar perkembangan politik semasa, khususnya di negeri Terengganu. "Setelah mendapat penerangan berhubung isu-isu semasa di negeri ini, beliau telah meminta untuk melihat sendiri keadaan stadium tersebut,"kata Haji Yahaya yang juga beka Exco Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu. | |||||||
MCA: Pekerja Asing Juga Perlu Tanggung Kos Pengangkutan Dan Perumahan Posted: 30 Jan 2013 09:33 PM PST MSTAR ONLINE KUALA LUMPUR: Majikan pasti berasa lega apabila levi perlu ditanggung oleh pekerja asing bukan majikan berkuat kuasa serta-merta, kata Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Presiden MCA berkata, warga asing juga perlu menanggung kos pengangkutan dan perumahan di bawah dasar gaji minimum. "Peralihan levi untuk pekerja asing sahaja tidak mencukupi," katanya. Dr Chua berkata kos pengangkutan dan perumahan mereka menjadikan jumlah perbelanjaan terhadap mereka lebih tinggi dan menyebabkan pekerja-pekerja asing mendapat tawaran yang lebih baik daripada penduduk tempatan. Ini telah menimbulkan banyak rasa tidak puas hati di kalangan pekerja-pekerja tempatan, katanya. "Kami (MCA) tidak mempunyai masalah dengan gaji minimum bagi pekerja tempatan," tegas beliau. Dr Chua berkata MCA telah mencadangkan kepada Kementerian Sumber Manusia bulan lalu bahawa pekerja asing membayar levi, pengangkutan dan perumahan kos mereka sendiri sebagai satu cara untuk meringankan beban pada industri berikutan pelaksanaan dasar gaji minimum. | |||||||
Nasha Tidak Perlu Bela Diri - Majlis Syura PAS Posted: 30 Jan 2013 09:29 PM PST PETALING JAYA: Pemecatan Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS dibuat mengikut prosedur berdasarkan pertimbangan 'teknikal' tertentu. Justeru Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, badan tertinggi parti itu tidak perlu mendapatkan penjelasan atau surat tunjuk sebab daripada Nasharudin sebelum pengguguran dibuat. Malah Nik Zawawi berkata, Nasharudin tidak perlu membela diri kerana Majlis Syura Ulama PAS mempunyai pertimbangan yang kukuh berdasarkan 'kaedah teknikal' yang diamalkan parti itu. "Tak payah...tak payah surat tunjuk sebab atau bela diri semua tu. Kita ada cara tersendiri. Ada kaedah teknikal yang kita buat sebelum keputusan diambil," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis. Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang mempersoalkan proses penggugurannya daripada Majlis Syura Ulama PAS yang didakwa tidak mengikut prosedur yang betul. Ahli Parlimen Bachok dan bekas Timbalan Presiden PAS itu turut mengakui tidak menerima sebarang surat tunjuk sebab serta mendakwa tidak dimaklumkan melalui surat rasmi, panggilan telefon atau sistem khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung penggugurannya. Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat 13 Januari lalu menggugurkan Nasharudin daripada jawatannya selaku ahli majlis itu dengan alasan beliau gagal memberikan komitmen termasuk tidak menghadiri banyak mesyuarat. Mengulas lanjut Nik Zawawi berkata, pihaknya sudah mengeluarkan surat pemberitahuan pengguguran daripada jawatan kepada Nasharudin dalam tempoh seminggu selepas keputusan dibuat. "Kita sudah kirimkan surat berdaftar kepada Nasharudin berhubung perkara ini...mungkin lambat sampai," katanya. Selain itu Nik Zawawi turut menegur Nasharudin agar menghormati dan tidak mempersoalkan keputusan yang dibuat itu. "Sepatutnya Nasharudin tidak perlu persoalkan, dia pernah ada di dalam (Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat), jadi dia patut tahu," katanya lagi. | |||||||
MAHALNYA AIR MATA ANAK GAJAH PIGMY Posted: 30 Jan 2013 09:22 PM PST
| |||||||
Laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail Posted: 30 Jan 2013 09:19 PM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi. Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut. "Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan," jelas Azan mengulas keputusan itu. Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus. "Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar," katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka. Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu. Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu. | |||||||
Wasatiyyah Umno bila kroni bolot khazanah negara – Anwar Posted: 30 Jan 2013 09:17 PM PST Oleh Arif Juhani TAPAH: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, wasatiyyah Najib Razak gagal menepati konsep sebenar kerana membiarkan rakyat hidup menderita ketika pemimpin Umno BN rakus membolot khazanah negara. "Wasatiyyah bukan naikkan harga gula dengan alasan atasi penyakit kencing manis atau biar tauke balak bolot kekayaan angkut keluar hasil hutan tapi rakyat dinasihat hidup sederhana. "Bukan wasatiyyah apabila anak Raja Nong Chik (Zainal Abidin) dapat kontrak RM40 juta, anak Shahrizat Jalil gaji sebulan RM30,000, anak Jamaluddin Jarjis kontrak RM100 juta, anak Mahathir (Mohamad), Mokhzani kawal minyak melalui Kenchana Petroleum dan Mirzan pula kuasai syarikat arak terbesar San Miguel yang dibeli RM2.9 bilion. "Tetapi wasatiyyah adalah usaha pertahankan prinsip kebenaran dan keadilan melalui iman, ilmu dan akhlak seperti yang terkandung dalam Al-Quran," jelas Ketua Umum KEADILAN depan lebih 5,000 rakyat pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Perak, Temoh Stesen, di sini, malam tadi. Anwar berkata, Rasulullah diutus Allah sebagai rahmat untuk redakan ketegangan sesama manusia, bukan untuk bergaduh, mengugut atau mengancam penganut agama lain sehingga bertindak membakar Bible seperti dilakukan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa). "Punca kemuliaan Nabi Muhammad bukan dari pangkat kekuasaan, keturunan sebagai bangsa Quraisy atau rupa paras tetapi mulianya Baginda kerana akhlak. "Pada peribadi Baginda ada contoh terbaik dan itulah yang wajib diamalkan dalam politik," katanya. Dalam pada itu, beliau menempelak AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang bebankan hidup rakyat dan gagal atasi masalah sebenar jalan raya. "Sepatutnya gaji pegawai berkuasa yang berpenat lelah jaga lalu lintas dinaikkan, bukan buat projek penguatkuasa dan beri kepada kroni. "Sekarang 400,000 saman dikeluarkan dan kerajaan beri BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) untuk bayar saman RM300. Sebab itu kita tekad, Pakatan Rakyat tawan Putrajaya, AES kita batalkan," ujarnya. Beliau pertikai kegagalan pemimpin Umno memberi kelebihan kepada rakyat melalui gaji minima, pendidikan percuma dan menawarkan harga minyak rendah dengan alasan negara akan bankrap. "Malaysia memiliki khazanah yang banyak untuk ringankan beban rakyat dengan hasil minyak sahaja RM80 ribu juta, hasil kelapa sawit cecah RM80 ribu juta setahun dan ini cukup untuk beri pendidikan percuma. "Ini maksud sebenar merdeka bila semua hak rakyat dapat dipulangkan untuk kehidupan lebih terjamin," katanya. Turut hadir, Pengerusi KEADILAN Negeri, Dr Muhammad Nur Manuty; Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Mustafa Kamil Ayub; Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; Adun Hutan Melintang, S Kesavan; Adun Sungkai, A Sivanesan dan Adun Keranji, Chen Fook Chye. Terdahulu, Anwar solat maghrib di Asrama Anak Yatim Nurul Ikhsan, Kampung Talang Tengah, Sungai Siput disusuli ceramah di Taman Chandan Puteri, Bukit Chandan. | |||||||
Wan Azizah kempen untuk semua calon bantu Pakatan menang Posted: 30 Jan 2013 09:14 PM PST Oleh Aisha Geoffrey KUALA LUMPUR : Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berkempen untuk semua calon dari parti itu membantu kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13). Menurutnya, beliau tidak bertanding PRU 13, namun akan sentiasa memberi sokongan kepada calon mewakili KEADILAN termasuk Pakatan. Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen, tetapi beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). "Saya layak untuk bertanding, dan saya memang pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kali ini biarlah saya berkempen untuk semua, membantu Pakatan Rakyat menang," katanya kepada Keadilan Daily ketika ditanya berkenaan kerusi mana akan ditandingi beliau nanti. Sebelum ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang. "Saya mahu bebas berkempen di semua tempat. Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya," katanya. Beliau turut menyeru semua jentera KEADILAN agar memperkemas gerak kerja menjelang pilihan raya. "Dalam Mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) Isnin lalu, kita (KEADILAN) dah bincangkan semua tentang pilihan raya, agihan kerusi dan sebagainya. Kita dah bersedia," katanya lagi. Wan Azizah mula bertanding dalam PRU 1999 selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara ekoran tuduhan jahat Umno BN. Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding di kerusi itu pada pilihan raya kecil, selepas dibebaskan pada 2 September 2004. | |||||||
Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno Posted: 30 Jan 2013 04:27 PM PST Oleh Norutul Ilham KUALA LUMPURn: 'Kepantasan' polis mengenal pasti peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah. Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka. "Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati melihat rakyat berkumpul di HKR. "Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak," katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang kanak-kanak hadir. "Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini berbanding soal keselamatan orang awam. "Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja," kata Ahli Parlimen Batu itu. Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu. Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001. Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak. | |||||||
ADUN Umno hina bekas Puteri Umno miskin Posted: 30 Jan 2013 04:10 PM PST Ibu Tunggal Siti Azma Mohd Zin, 34, yang juga bekas ahli Puteri Umno dicaci dan difitnah oleh ADUN Umno Paka selepas kisah kemiskinan hidupnya yang 'tinggal dalam rumah kotak' disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan. "Sepatutnya dia (ADUN Paka) mari jumpa saya……(tapi) dia kata (tentang saya) di (program) sekolah tu, macam-macam (dia kata) orang sampaikan (kepada saya)…..emak (saya) beli ikan dipasar, balik menangis kata (tentag apa yang orang cakap) tentang saya," "sepatutnya bila (dia) tahu, dia baca suratkhabar, dia mari tanya sendiri….betulkan benda (perkara itu)…… ni dia dengar hak orang kata……bukan saya masuk (berita dalam suratkhabar minta tok laki (suami),"ujar Azma dengan nada sayu. Katanya, beliau bekerja di kedai makan untuk menyara kehidupannya tiga beranak, sehingga lewat malam dan kadangkala sehingga dinihari jam 2 pagi, bukannya melakukakn perkara yang tidak baik. Menurutnya, sebab itu beliau membuat rumah berdindingkan papan lapis dan beratap zink umpama 'rumah kotak', agar tidak menyusahkan keluarga kehidupan ibunya, sekiranya beliau tinggal dengan keluarga. Siti Azma berkata demikian ketika dikunjungi oleh timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu Ustaz Satiful Bahri Mamat, di 'rumah kotaknya' di Kampung telaga MAS Paka, dekat sini pada Selasa, 29 Januari. Katanya, ibunya yang tinggal bersebelahan rumahnya di kampung tersebut telah berpisah dengan bapanya, yang masih menetap di Tanah Rancangan Felda Kerteh. Ekoran fitnah dan cacian ADUN Paka itu, Azma mendakwa anak perempuannya yang berumur 18 tahun turut tertekan dan 'trauma' sehingga duduk didalam bilik dan tidak keluar ke mana-mana. [Gambar kiri - 'Rumah Kotak' Siti Azma di Kampung Telaga Mas, Paka] "tak sedih bak po (kenapa) emak balik menangis-nangis depan kita, kita pun sebak lah, anak (perempuan) saya pun jadi tekanan (tertekan)….tekanan (kepadanya sehingga) tidak pergi ke mana-mana, "sebelum ini dia tak pergi mana pun, (cuma) pergi bekeja di kedai (makan), tolong basuh pinggan….tolong angkat air (minuman) bolehlah (upah) RM10,"jelasnya. Menurutnya, antara fitnah yang kini sedang menjadi buah mulut orang ramai adalah tuduhan beliau terlibat dengan perbuatan maksiat, dan sering bertukar-tukar pasangan. Beliau merasa cukup kesal dan terlalu sedih kerana, katanya, seorang wakil rakyat tidak sepatutnya menyebarkan fitnah seumpama itu dikalangan masyarakat umum. "dah tak sedih macamana saya, patut dia bertanya khabar…… saya 9anak beranak) makan atau tidak…… (tapi) dia tak tanya……….,"kata Azma yang tak dapat menahan sebaknya. [Lihat dan Dengar Kisah Sedih Siti Azma Mohd Zin Dalam Rakaman Video Ini] Fitnah ADUN Paka, katanya, bukan setakat kepada dirinya sekeluarga, tapi turut menimpa wartawan akhbar terbabit yang menulis berita kerana mendedahkan kisah sebenarnya kesudahan yang beliau alami. Beliau sangat terkilan kerana sebelumnya beliau adalah seorang ahli Puteri umno yang aktif dan sering menghadirkan diri dalam program-program yang dianjurkan oleh parti itu. Beliau mendakwa, mula menjadi ahli Puteri Umno cawangan Kampung Tengah Rasau Kerteh sejak umurnya 21 tahun tahun. Namun begitu, permohonannya untuk medapatkan rumah bantuan PPRT dan tanah untuk tapak rumah dipandang sepi dan tidak diluluskan sehingga kini. "saya dulu memang kalau mesyuarat……..orang panggil saya mesyuarat atau apa-apa (program) saya balik sokmo……kalau buat rombongan ke KL (kuala Lumpur) saya masuk (ikuti), "(saya aktif Puteri umno) sejak saya boleh mengundi dulu, (saya ahli Puteri Cawangan Kampung Tengah, Rasau Kerteh,"katanya. | |||||||
Nafi gali minyak di pasar Siti Khadijah Posted: 30 Jan 2013 04:05 PM PST Notis berupa arahan perpindahan kepada para peniaga Pasar Siti Khadijah di sini yang ditemui sekitar pasar itu sejak semalam merupakan notis palsu dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Exco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, beliau yakin notis palsu itu sengaja dibuat pihak tertentu dengan niat mahu menimbulkan suasana tidak elok antara Para Peniaga Pasar Siti Khadijah dengan Pihak Kerajaan Negeri Kelantan. "Ianya ditampal di beberapa lokasi di Pasar Siti Khadijah dipercayai untuk menimbulkan masalah antara peniaga dengan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz," coretnya dalam Facebook. Difahamkan sejak semalam, notis itu dikesan bertaburan di pasar tersebut. Antara lain notis itu berbunyi "peniaga dan penjaja Pasar Siti Khadijah dan kawasan sekitarnya hendaklah mengosongkan kawasan ini di dalam tempoh 60 hari. Arahan ini bagi membolehkan bangunan ini dirobohkan supaya aktiviti mencarigali minyak dapat berjalan lancar. Arahan Yang Dipertua Kota Bharu Bandar Raya Islam ". Notis itu dipercayai dibuat sebagai mengambil kesempatan di atas pengumuman Husam beberapa hari lalu berhubung penemuan minyak di atas daratan di beberapa buah lokasi di bandar Kota Bharu dan Tumpat. Ekoran penyebaran notis palsu itu , Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan hari ini turun bertemu peniaga di pasar itu pagi tadi. "Hari ni sempat luang masa ke Pasar Siti Khadijah sambil "mengintai" Notis Perpindahan yang disedarkan oleh Pihak tak bertanggungjawab. "Alhamdulillah para peniaga tidak terpengaruh dengan tektik jahat pihak tak bertanggungjawab," katanya. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Majlis Bandaraya Islam (MBKB-BRI), Fauzi Mat menjelaskan sebelum ini beliau telah diberitahu bahawa satu notis meminta peniaga dan penjaja di Pasar Siti Khadijah mengosongkan kawasan itu dalam tempoh 60 hari bagi melancarkan aktiviti mencari gali minyak di situ. Sehubungan itu, beliau meminta peniaga dan penjaja di Pasar Siti Khadijah dan kawasan-kawasan sekitarnya mengabaikan notis palsu tersebut dan meneruskan aktiviti perniagaan seperti sedia kala tanpa ragu-ragu. | |||||||
Posted: 30 Jan 2013 04:03 PM PST SHAH ALAM : Kerajaan Negeri akan membubarkan DUN Selangor lebih awal jika Kerajaan Pusat masih tidak memberikan sebarang petunjuk mengenai tarikh parlimen akan dibubarkan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri berpendirian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) tidak boleh dilengah-lengahkan lagi dan sedia membubarkannya lebih awal memberikan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baru. "Sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih tidak mengumumkan pembubaran parlimen, Kerajaan Negeri bercadang untuk bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Mei," katanya dalam sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, sebelum ini Kerajaan Negeri enggan membubarkan DUN serentak dengan Kerajaan Pusat jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan Kerajaan Negeri yang masih belum selesai. "Kita enggan menyertai PRU-13 jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana saya perlu menunggu satu tahun penuh bagi menguruskan bajet 2011 lalu," katanya lagi. Pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) yang berlangsung pada bulan Mac 2008 lalu, Pakatan Rakyat (PR) berjaya mendapat mandat daripada rakyat Selangor bagi membentuk sebuah Kerajaan Negeri yang baru. | |||||||
Posted: 30 Jan 2013 03:50 PM PST KL TODAY Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memperkenalkan laman web khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata selain menjadi panduan kepada pengundi yang pertama kali mengundi, laman web itu turut memuatkan peraturan yang baru diperkenalkan pada PRU kali ini. "Antara yang akan dimuatkan dalam laman web berkenaan ialah maklumat terkini proses penamaan calon, tempoh berkempen, proses mengundi, urusan mengundi sehingga pengumuman keputusan," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu di sini hari ini. Beliau berkata laman web berkenaan akan menjadi sumber rujukan utama bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga media terutamanya semasa pilihan raya berlangsung. Katanya ia dapat membantu orang ramai dan media mendapatkan maklumat seperti jumlah atau peratus terkini pengundi yang keluar mengundi tanpa perlu menghubungi SPR. "Setiap maklumat yang dimasukkan adalah terkini dan pegawai SPR akan memastikan ia sentiasa dikemaskini. Kita juga akan pastikan tahap keselamatan untuk mengelak laman web digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya. Beliau berkata antara lain, laman web itu diwujudkan bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat tepat dan sahih kerana sudah menjadi kebiasaan setiap kali pilihan raya diadakan pelbagai khabar angin akan timbul. SPR, katanya, mengalu-alukan sebarang maklum balas. Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan sekali lagi SPR sentiasa berusaha memastikan senarai nama pengundi dibersihkan, namun berkata mana mungkin ia dapat dibersihkan seratus peratus. "Sebagai contoh jika hari ini SPR memberi jaminan senarai pemilih bersih mungkin esok ada ada berlaku kematian dan ada yang dilucutkan kewarganegaraan," katanya. Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah, beliau berkata empat pegawai SPR sedang dalam senarai menunggu untuk menjadi saksi. | |||||||
Syabas kritik kerajaan melalui risalah? Posted: 30 Jan 2013 03:48 PM PST KL TODAY Kerajaan Selangor mahu satu siasatan dalaman dibuat berhubung isu pengedaran risalah mengkritik kerajaan negeri dalam isu air yang melibatkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas). Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, maklumat ini diperolehi hasil aduan rakyat dan risalah tersebut dikeluarkan tanpa persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah Syabas. Hasil siasatan awal yang dilakukan mendapati, risalah itu dikeluarkan Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V Subramaniam. "Sebagai pemegang saham Syabas, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (yang dimiliki Kerajaan Selangor) mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan," katanya dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Exco. Risalah-risalah tersebut mirip beberapa iklan yang dipaparkan di dalam akhbar Umno-BN minggu lalu yang mengkritik kenyataan Kerajaan Negeri. Selain itu, Abdul Khalid dalam satu kenyataan media yang lain berkata Kerajaan Selangor dimaklumkan bahawa kejadian paip bocor kerap berlaku dan ini akan memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat. "Kerajaan negeri akan memantau secara serius perkara ini demi menjaga kepentingan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "(Supaya mereka) tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan Syabas menyelenggara paip dengan baik dan berkala," Abdul Khalid berkata. Pada dua minggu terawal bulan ini, rakyat Selangor berhadapan krisis bekalan air yang menyaksikan setengah juta rakyat di Ampang, Cheras dan Gombak berhadapan masalah bekalan air. Hasil campurtangan Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pemantauan Air Negeri Selangor, krisis bekalan air berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat dan lebih awal daripada masa yang dijangkakan Syabas. Kerajaan Selangor juga dijangka akan mengambil alih perkhidmatan air dalam tempoh 14 hari dan perkara itu telah pun dimaklumkan kepada Putrajaya, kata Abdul Khalid juga. "Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari. "Kita berpegang kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Air, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabak Bernam baru-baru ini yang menyatakan Kerajaan Pusat tiada halangan untuk kerajaan Selangor mengambilalih perkhidmatan air," kata beliau dalam satu kenyetaan. | |||||||
Posted: 30 Jan 2013 03:40 PM PST Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat tempahan dakwat kekal yang akan digunakan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai tarikh tempahan serta tarikh penghantaran akan dilakukan. "Untuk persediaan bagi proses tempahan sehinggalah penghantaran memerlukan kira-kira dua atau tiga bulan dan dakwat itu boleh tahan untuk digunakan selama enam bulan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan lamanweb khas untuk PRU ke-13 di Putrajaya sini hari ini. Penggunaan dakwat kekal antara cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan dakwat akan dicalit di jari telunjuk kiri pengundi. Mengenai pengundi luar negara, beliau berkata sehingga hari ini sejumlah 1,000 permohonan pengundi luar negara telah diterima oleh SPR dan setakat ini tiada sebarang rungutan diterima berhubung perkara itu. "Sekurang-kurangnya 100 permohonan diterima SPR setiap hari dan permohonan daripada rakyat Malaysia yang menetap di Australia paling ramai diikuti United Kingdom, Qatar, Amerika Syarikat dan China," katanya. Tempoh memohon kemudahan mengundi secara pos dibuka SPR sejak 21 Jan lepas sehingga 12 tengah malam hari Parlimen dibubar kelak.- Bernama | |||||||
'Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?' Posted: 30 Jan 2013 03:38 PM PST Tidak mungkin bagi mana-mana negara yang dapat memastikan daftar pemilihnya 100 peratus bersih, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerana ia akan terjejas oleh kematian setiap hari serta perubahan alamat apabila orang berpindah. "Jika saya bersih (daftar pemilih) hari ini, esok ada seseorang meninggal dunia, dan ia tidak bersih lagi... "Berapa bersih yang anda mahu? Apa jenis pencuci yang kita perlu gunakan?" kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Beliau menegaskan bahawa di sebalik pendedahan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, daftar pemilih bagi negeri - dan untuk seluruh negara - adalah sebersih mungkin. "Percayalah kami, daftar pemilih adalah bersih," katanya sambil menambah bahawa SPR hanya menerima warganegara dengan Mykad biru sebagai pengundi. "Tentang bagaimana mereka mendapat Kad pengenalan, itu (di bawah bidangkuasa) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)," katanya. Sebelum nama dimasukkan ke dalam daftar pemilih, SPR membuat "semakan yang ketat" dengan JPN bagi memastikan mereka yang didaftarkan adalah rakyat dan masih hidup. "Jika ianya okay, barulah kita buat pendaftaran," jelas Abdul Aziz selepas melancarkan lamanweb khas www.pru13.gov.my yang akan memuatkan segala informasi serta proses berhubung perjalanan pilihan raya umum ke-13. Beliau juga merayu kepada orang ramai supaya proaktif dan menyemak maklumat mereka dan mengemaskini SPR dengan butir dan alamat terbaru mereka. Untuk tujuan itu, katanya, pengundi boleh SMS, emel, telefon atau melalui lamanweb baru itu. Ditanya mengenai RCI yang sedang berjalan, Abdul Aziz enggan mengulas berhubung keterangan para saksi. Katanya, beliau telah dinasihatkan supaya tidak mengulas mengenainya kerana prosiding masih berjalan. Menurutnya, empat pegawai SPR sedang menunggu untuk memberi keterangan dan mereka akan menjawab soalan suruhanjaya tersebut. | |||||||
S'gor cadang bubar DUN selepas Chap Goh Mei Posted: 30 Jan 2013 03:37 PM PST Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Meh bulan depan. Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan. "Kalau selepas Chap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN). "Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan DUN)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini. Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu. "Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan DUN," katanya. Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar. Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari. Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu. "Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan