Isnin, 21 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


ANAK 5 TAHUN DILENYEK TRELER BAPA

Posted: 21 Jan 2013 02:00 PM PST

Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut dengan kepala pecah akibat dihempap tayar lori kontena dipandu bapanya yang terbabas dan terbalik di Batu 10 Jalan Pagoh-Muar, di sini, ketika mangsa bersama kakak serta ibu bapanya dalam perjalanan ke Muar, semalam.Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, Mohd Afiq Amrin, 5, maut di tempat kejadian selepas lori dipandu bapanya, Mohd Yazid Banain, 44, terbabas di satu selekoh menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik ke dalam parit berhampiran.

Mohd Afiq tercampak keluar dari kenderaan itu dan dihempap tayar kanan lori kontena menyebabkan kepalanya pecah manakala bapanya patah kaki. Ibunya, Suriyati Abd Rahman, 30-an, serta kakaknya, Nur Damia Batrisya, 6, cedera ringan dalam kejadian itu.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar Razali Ismail berkata, satu jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir 20 minit untuk mengeluarkan Mohd Yazid yang tersepit di tempat duduk serta isteri dan anak perempuannya di tempat duduk belakang pemandu sebelum mengalihkan lori berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang berada di bawah tayar.

HM

Video Umno 'cuci otak' budak sekolah menengah pula tersebar

Posted: 21 Jan 2013 04:00 AM PST


KUALA LUMPUR: Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan pelajar sekolah menengah.

Demikian ulasan blogger Anak Sungai Derhaka.

Ulasan penuh blogger berkenaan di dalam blognya http://darisungaiderhaka.blogspot.com sebagaimana di bawah.

Jika minggu lepas satu klip video yang menyerlahkan bagaimana sekumpulan Mahasiswa dari UUM telah diperbodohkan oleh sebuah NGO mesra UMNO/BN, ini pula adalah video yang memaparkan bagaimana UMNO mencuci otak pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula.

Oleh kerana kini UMNO/BN amat terdesak untuk mengekalkan kuasa, pelajar-pelajar Sekolah Menengah telah paksa mendengar ucapan politik dan dalam masa yang sama para pelajar itu diminta untuk membantu UMNO/BN agar terus kekal berkuasa.

Selain dari diminta untuk terus kekal bersama Kerajaan UMNO/BN, pelajar-pelajar yang masih belum boleh mengundi itu juga diminta untuk menyakinkan ibu-bapa mereka supaya bersama Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat..

Dengan bertemakan 'Anwar Pengkhianat Negara' seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah.

Saksikan!! Pidato kurang cerdik dari individu yang dipercayai wakil BTN Selangor ini..



HD

y;">
P-A-N-A-S-S-S !! Rahsia 'BESAR' Suami Saya...

PANAS!!! Video "Listen Listen Listen" untuk Petronas dan Najib

Posted: 21 Jan 2013 12:44 AM PST

UTUSAN KANTOI LAGI KES FITNAH

Posted: 20 Jan 2013 10:56 PM PST


Mahkamah dapati Utusan fitnah Anwar


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati Utusan Melayu (M) Bhd dan ketua pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu laporan di akhbar milik Umno itu pada awal tahun lalu.
Hakim Datuk VT Singham dalam penghakimannya mendapati, laporan di muka hadapan dan halaman 10 Utusan Malaysia pada 17 Januari itu menjejaskan reputasi Anwar dan menyebabkan ahli politik itu dicemuh dan dipandang hina.

Mahkamah menetapkan kos sebanyak RM45,000 manakala gantirugi akan ditetapkan pada 15 Februari.

Singham turut menegur Utusan kerana gagal mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Dalam laporan muka depan bertajuk "Tolak Anwar - Hasan" itu, Utusan memetik kenyataan bekas pemimpin PAS Datuk Hasan Ali yang mendakwa ahli parlimen Permatang Pauh dan ketua umum PKR itu mempersoalkan undang-undang anti-homoseksual di negara ini dan dikatakan mahu menghalalkan lesbian, gay, biseksual dan aktiviti transgender (LGBT).

Ia turut menyiarkan satu lagi artikel yang bertajuk "Parasit ancam PAS, Anwar mesti tolak" di muka surat 10 pada hari yang sama.


MK


Paderi Indonesia: Kalimah Allah khusus untuk Islam

Posted: 20 Jan 2013 05:13 PM PST

Jahja berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan. – Gambar fail


KUALA LUMPUR, 20 Jan – Penganut agama Kristian perlu memahami kalimah 'Allah' sebagai kata nama Tuhan atau sembahan khas bagi umat Islam telah berlaku sejak lama dahulu, kata Paderi dari Indonesia, Jahja Iskandar.

Memetik laporan akhbar Mingguan Malaysia hari ini, Jahja (atau disebut Yahya) berkata perkataan Allah itu tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas untuk Tuhan kepada komuniti Muslim.
"Lihat sahaja dalam kitab suci umat Islam, al-Quran sama ada dalam terjemahan bahasa Inggeris, bahasa Belanda waima bahasa Melayu sekalipun, kalimah Allah terang-terangan disebut tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut pandangan linguistik, setiap sembahan atau Tuhan harus memiliki nama. Dan Tuhan orang Islam adalah Allah, ia tidak boleh diterjemahkan kerana ia merupakan kata nama khas," kata Jahja dipetik Mingguan Malaysia.

Jahja yang ditemui di Jakarta berkata, berdasarkan kajian yang dijalankanny, Tuhan Kristian berdasarkan bahasa asli perjanjian lama adalah Elohim.

"Seandainya diterjemahkan kepada bahasa Arab, maka yang tepat menggantikan Elohim adalah Ilah, bukan Allah," katanya, dan menambah terjemahan itu dibuat berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab iaitu Inskripsi Zabad pada tahun 512.

Paderi Indonesia itu menjelaskan, nama Allah  sangat konsisten berdiri atas namanya sendiri dan tidak diterjemah berasaskan berasaskan bahasa suku, seperti mana kalimah Elohim.

Beliau turut mengemukakan contoh bagaimana kalimah Elohim diterjemah kepada beberapa bahasa suku, seperti Tete Manis bagi Kristian Maluku, Jubata (Kristian Dayak), Diyos (Kristian Filipina), God (Kristian Amerika Syarikat), dan Theos (Kristian Yunani), serta banyak lagi.

"Ini yang membezakan Tuhan Islam dan Kristian ... Tuhan Islam sangat konsisten iaitu Allah.
"Nama Allah tiada terjemahan atau dialih bahasa, ini harus menjadi ingatan penganut Kristian," katanya.

Polemik penggunaan kalimah Allah sejak sekian lama menjadi pertikaian di Malaysia berikutan permohonan akhbar Kristian Katolik Herald untuk menggunakan perkataan itu dalam penerbitannya.

Perkataan Allah juga telah diguna pakai sejak lebih 50 tahun lalu dalam Bible berbahasa Melayu, Al-Kitab, di Sabah dan Sarawak untuk penganut Kristian di sana yang kebanyakan adalah penduduk pribumi, yang menerima Bible berbahasa Melayu yang di bawa masuk dari Indonesia.

Kalimah itu kemudiannya kembali menjadi topik hangat setelah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui perutusan Krismasnya menggesa kerajaan Barisan Nasional memberikan kebenaran untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan tersebut.

Tindakan beliau itu kemudiannya mendapat respon pelbagai pihak, termasuk pemimpin politik, malahan, PAS juga turut membuat ketetapan perkataan itu boleh digunakan bukan Islam, namun tidak boleh ditafsirkan kepada mana-mana bahasa atau sebaliknya.

Pakatan Rakyat bagaimanapun mengambil ketetapan perkataan Allah boleh digunakan kelompok bukan Islam.

Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, melalui Majlis Agama Islam Selangor, juga turut bertitah dan menegaskan perkataan Allah adalah hak Muslim dan golongan bukan Islam dilarang sama sekali menggunakannya.

TMI


Tiada ulasan: