DIALOG RAKYAT |
- Harussani sokong Majlis Syura
- Kalimah ALLAH: Anwar bimbang kenyataannya diputar belit
- Mustapa: 7 janji Najib bukti k'jaan pusat tak pinggir Kelantan
- Sharifah Zohra akan hadir forum Kebebasan Akademik
- Belanja Besar: Pasar Kedai Buluh Tak Selesai
- Yakin Dengan Perjuangan Islam; 15 Anak Muda Sertai PAS
- PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia Dari Luar Negara
- Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat
- Penduduk Bandar Tun Razak Tunjuk Perasaan, Desak Syabas Undur
- Muhyiddin Pula Jadi Anak Emas Mahathir?
- Banjir: 24 Penuntut Malaysia Pulang, 38 Masih Di Dewan Malaysia Jakarta
- DAP Pendekkan Tempoh Hukuman Adun Pulau Tikus
- Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan
Posted: 20 Jan 2013 08:45 PM PST SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong tindakan Majlis Syura Pas untuk tidak menarik balik keputusan berhubung isu kalimah ALLAH. Menurutnya, perkara yang melibatkan akidah tidak perlu dibincangkan dan ketegasan yang ditunjukkan adalah perkara yang wajar dicontohi. "Isu akidah itu sensitif, bukan seperti akhlak yang boleh diperdebatkan atau ditukar mengikut pendirian sendiri. "Sudah banyak kali saya tekankan perkara ini. Jangan sesekali campurkan isu agama dengan politik," katanya. Katanya, pendirian Majlis Syura Pas menunjukkan perihal agama Islam tidak ada tolak ansur. "Kita sendiri pun tidak boleh membawa kalimah ALLAH ini ke dalam tandas, bagaimana pula ia boleh dibawa masuk ke tokong atau gereja? "Kalimah agung ini juga tidak boleh diletak di bawah kaki dan (mesti) sentiasa berada di atas. Jadi Majlis Syura Pas telah menjalankan kerja mereka dengan baik sekali," katanya. Harussani berharap tidak ada lagi mana-mana parti politik mempersoalkan perkara berkaitan akidah ini. "Saya dapati, DAP seperti mahu memecahbelahkan umat Islam di negara ini. Kerana itu, ketegasan seperti yang dilakukan (oleh Majlis Syura) ini amat penting supaya agama Islam tidak diperlekehkan," katanya. | ||||
Kalimah ALLAH: Anwar bimbang kenyataannya diputar belit Posted: 20 Jan 2013 08:43 PM PST PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengelak ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu Majlis Syura Pas mengkaji semula pendiriannya mengenai kalimah ALLAH. Anwar tidak mahu menjawab soalan tersebut ketika ditanya pemberita sebaliknya mendakwa bimbang kenyataannya akan diputarbelitkan oleh media. "You (kamu) mana punya? Ini media Umno... Umno ini dia pusing. Pasal lain saya jawab. Ini media Umno. Kita jawab apa pun, dia pusing," katanya ketika ditemui selepas ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Damansara Damai di sini malam tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta pemberita untuk mengelas mengenai kenyataan Karpal yang akan memujuk Abdul Hadi supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu. Karpal berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. Ahad lalu Majlis Syura Ulama yang dianggotai 15 orang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan, semua pihak termasuk pemimpin PR harus menerima keputusan Majlis Syura. Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula menyatakan pihaknya berpegang kepada pendirian Abdul Hadi pada mesyurat Majlis Pimpinan PR itu. Abdul Hadi ketika itu mengatakan Pas berpendirian bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh bukan Islam dengan syarat tidak disalah guna. Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu. | ||||
Mustapa: 7 janji Najib bukti k'jaan pusat tak pinggir Kelantan Posted: 20 Jan 2013 08:30 PM PST Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Kelantan. Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata janji itu yang bakal dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan. "Ini juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang itu tidak benar," katanya kepada Bernama, di Kota Bharu malam tadi. Beliau ditemui selepas melawat jurugambar Bernama, Zahari Abdul Razak, yang dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, apabila mengadu sakit pada bahagian perut dan pinggang selepas selesai membuat liputan lawatan kerja sehari Najib, semalam. Turut hadir Ketua Biro Bernama Kelantan, Mohd Bakri Darus dan Timbalan Presiden Kelab Media Kelantan (Kemudi), Harris Hazri Abdul Halim. Mustapa yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, berkata kesemua perkara yang dijanjikan Perdana Menteri itu adalah suatu yang sangat dinantikan masyarakat Kelantan selama ini. Tujuh projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit. Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.-Bernama | ||||
Sharifah Zohra akan hadir forum Kebebasan Akademik Posted: 20 Jan 2013 04:14 PM PST
KUALA LUMPUR: Sharifah Zohra Jabeen yang mencetuskan fenomena 'Listen' akan hadir pada forum 'Kebebasan Akademik & Hak Asasi' yang diadakan pada 22 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras SAMM Mahasiswa, Wan Farel dalam kenyataan disiarkan di dalam blog SAMM, hari ini. Berikut ialah petikan blog berkenaan. Ini surat jemputan kepada SHARIFAH ZOHRA. Beliau telah terima dengan bukti cop dan tandatangan milik SW1M. Antara yg ke pejabat beliau adalah saya sendiri, Saudara Khalid Ismath dari KAMI, Saudari Rara (Penyelaras Wanita Muda SAMM), Saudara Arif dari INSTEF dan saudara Ismi Asyraf dari Gempur. Respon daripada Staff beliau agak positif, Insyaallah Puan Sharifah Zohra Jabeen akan hadir pada forum "Kebebasan Akademik & Hak Asasi" 22 Januari nanti (selasa) jam 8.00 pm, bertempat d Dewan Perhimpunan Cina Selangor. Forum "Kebebasan Akademik & Hak Asasi" yang akan diadakan pada 22 Januari juga telah mendapat liputan yang cukup meluas. Antaranya, saya mendapat panggilan dari Rakyat Singapura dan Student PHD dari University Ballarat Australia bertanyakan mengenai Forum ini. Mereka cukup berminat dengan forum ini dan meminta agak ada Live Streaming pada malam forum tersebut. Rupa-rupanya isu #LISTEN ini bukan sahaja menggegarkan bumi Malaysia tetapi juga menggegar arena antarabangsa. Semoga forum akan berlangsung dengan penuh ilmiah. Klik di sini untuk maklumat mengenai forum | ||||
Belanja Besar: Pasar Kedai Buluh Tak Selesai Posted: 20 Jan 2013 03:58 PM PST Wartawan BuletinMARANG - Bajet negeri Terengganu cukup besar dan jumlah wang yang dibelanjakan berjuta-juta ringgit, namun banyak masalah pembinaan bangunan dan kemudahan asas rakyat tidak diselesaikan dengan baik. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong YB Ustaz Mohd Nor Hamzah, kerajaan lebih banyak membelanjakan peruntukan untuk pembangunan yang tidak membawa manfaat berbanding peruntukan untuk rakyat. "(sejak) daripada saya menjadi wakil rakyat tidak ada masalah kerana segala bantuan yang dibeikan kepada rakyat bukan milik Umno tetapi milik kerajaan, tapi rakyat melihat peruntukan yang diagihkan tidak adil sebagaimana yang sewajarnya, "peruntukan yang besar untuk Mini Zoo Kijal, peruntukan yang besr untuk zon bebas cukai dan projek mega tetapi pada masa yang sama peruntuk yang tidak wajar (dan) sedikit, jika dibandingkan, untuk rakyat,"jelasnya. [Lihat Video Klip] Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program 'Amal Bersama Masyarakat' di Bukit Payong dekat sini pada Sabtu 19 Januari. Bahkan katanya, peruntukan yang tidak wajar itu menyebabkan kemudahan Pasar Baru Kedai Buluh tidak boleh diselesaikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional. "peruntukan yang besar, belanja yang berjuta dalam membina Pasar Kedai Buluh, tapi sehingga hari ini kerajaan (Umno-BN) tidak mampu untuk menyeleakan (masalah kemudahan) yang dihadapi,"tegasnya. Pihak media pernah melaporkan pasar tersebut cantik di bahagian luar tetapi terdapat pelbagai kerosakan berlaku di dalam bangunan. Ataranya terdapat keretakan pada bahagian tepi bangunan, sistem aliran air longkang yang tidak berfungsi dengan sempurna, sehingga menyebabkan saluran terbabit tersumbat dan berbau busuk. Atap bangunan pasar baru itu turut dilaporkan mengalami kebocoran, serta tiada kemudahan air disediakan di dalam tandas pasar itu menyebabkan keadaan persekitaran menjadi busuk sehingga memberikan kesan buruk kepada peniaga. Masalah itu telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab, namun masih belum ada sebarang tindakan bagi menanganinya. Oleh itu, Ustaz Mohd Nor berkata, sekiranya PAS diberi mandat untuk kembali memerintah negeri Terengganu, beliau akan memberi keutamaan bagi membaik pulih segala masalah tersebut. | ||||
Yakin Dengan Perjuangan Islam; 15 Anak Muda Sertai PAS Posted: 20 Jan 2013 03:56 PM PST Wartawan BuletinBahkan wakil para pemuda tersebut, Muhammad Azidi Abdullah, 25, berkata, Umno memang patut dijatuhkan pada pilihanraya umum ke-13 akaan datang. "saya pilih PAS kerana saya rasa (yakin) PAS perjuangkan Islam dan saya rasa memang patut Umno jatuh sekarang,"ujarnya Beliau ditemui selepas menyerahkan borang keahliannya serta 14 yang lain kepada Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, dalam majlis penerangan di Kampung Darat PaK Chan, dekat sini pada Sabtu malam 19 Januari Katanya, Islam menjadi asas kebangkitan rakyat dan mampu memajukan negara ini. | ||||
PR Akan Membawa Pulang Pakar Malaysia Dari Luar Negara Posted: 20 Jan 2013 03:53 PM PST KAJANG: Pakatan Rakyat (PR) akan lebih berjaya dalam membawa pulang pakar Malaysia yang kini bertugas di luar negara untuk berbakti di Malaysia berbanding Umno-BN. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, PR akan lebih berjaya berbanding dengan usaha Umno-BN yang kurang mendapat sambutan, kerana ia memberikan peluang kepada orang yang berkelayakkan. Pendekatan ini berbeza dengan Umno-BN kata Anwar, yang mengamalkan sikap mengutamakan kroni dalam pemberian kontrak atau kerja dengan Kerajaan. Anwar menjelaskan di dalam program 'Dialog Bersama Anwar Ibrahim' di sini, bahawa anak Malaysia perlu diberikan peluang dengan tawaran yang setimpal bagi membuktikan kebolehan mereka memacu perkembangan negara agar lebih kompetitif. Tindakan ini juga sekaligus dapat meningkatkan pelbagai sektor teknologi tinggi yang kini berdepan persaingan hebat untuk mendapat tempat dalam pasaran. "Kita dahulunya (zaman Mahathir) terlalu taksub dengan pembangunan (fizikal) bukan dengan pembangunan perisian (software). "Kita sepatutnya memberikan latihan daripada pakar-pakar seperti di India. "Dengan keupayaan yang ada kita akan jemput balik rakyat yang berkhidmat di luar negara misalnya dua tiga individu (rakyat Malaysia) yang kita kenal dan berkhidmat di Carlifornia serta masih berhubung untuk latih rakyat Malaysia. "Berikan mereka tawaran yang setimpal kita boleh baiki sistem," katanya. Anwar menambah, institusi Badan Kehakiman Negara perlu diperbaiki dan dikukuhkan supaya pelabur yakin untuk meletakkan duit mereka di Malaysia. "Dasar persaingan pelaburan mesti kompetetif. Kerajaan perlu bersih. "Pemulihan badan kehakiman mempunyai keupayaan dalam membawa pertumbuhan ekonomi," ujar beliau lagi. Dialog anjuran Kelab Penyokong Anwar Ibrahim (AIC) dihadiri hampir 300 individu dan bertempat di Hotel Oriental Crystal. Hadirin diberikan ruang untuk bertanyakan soalan secara terus kepada Anwar mengenai dasar PR dan perkembangan semasa mengenai hala tuju negara. | ||||
Edar Kitab Injil : Hasutan Perkauman Terbaru Alihkan Perhatian Rakyat Posted: 20 Jan 2013 03:51 PM PST SHAH ALAM : Dakwaan ada cubaan untuk mengedar kitab Injil kepada pelajar Islam di Pulau Pinang merupakan hasutan perkauman terbaru bagi mengalihkan perhatian rakyat, dakwa MP Shah Alam Khalid Samad. Khalid berkata rakyat jangan terpengaruh dengan hasutan perkauman yang kini cuba ditiup oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Khalid menegaskan perkara itu tidak masuk akal dan merupakan fitnah jahat yang dilakukan bagi mencetuskan kemarahan umat Islam selepas isu penggunaan Khalimah Allah. "Jika betul perkara itu berlaku, mengapa hanya mengambil video dan tidak menangkap perlaku itu? "Tangkap saja sebab pelaku itu sudah menyalahi undang-undang dan perlembagaan. Kenapa tidak serahkan kepada pihak polis? Kenapa hanya dimuat naik di Youtube dan Facebook? "Sebagai rakyat, jangan mudah diperbodohkan Umno-BN. Mereka sudah terdesak dan tersempit oleh itu mereka lakukan pelbagai perkara," katanya dalam ucapannya di Program Merdeka Rakyat, di Seksyen 17, di sini semalam. Tambahnya, Umno-BN sengaja membangkitkan isu perkauman yang lain selepas isu kalimah Allah dan amanat Haji Hadi tidak berkesan. Baru-baru ini, terdapat dakwaan bahawa kita Injil diedarkan kepada pelajar Islam, dipercayai oleh dua lelaki di hadapan sebuah sekolah menengah di Jelutong, Pulau Pinang. Mereka yang berpakaian kemas didapati mengedarkan kitab tersebut kepada kira-kira 50 pelajar termasuk pelajar Islam yang sedang masuk dan keluar sekolah ketika waktu pertukaran sesi persekolahan pagi dan petang itu. | ||||
Penduduk Bandar Tun Razak Tunjuk Perasaan, Desak Syabas Undur Posted: 20 Jan 2013 03:50 PM PST BANDAR TUN RAZAK,: Meskipun bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang sudah kembali pulih, namun kemarahan orang awam terutama penduduk pangsapuri terhadap Syabas masih belum reda. Hari ini, sekumpulan penduduk di kawasan Bandar Tun Razak berhimpun secara aman di hadapan Masjid An-Najihin bagi mendesak Kerajaan Selangor diberikan kuasa sepenuhnya mengawal operasi bekalan air. Penyertaan hampir 30 penduduk setempat mendapat perhatian pengguna jalan raya yang membunyikan hon kenderaan sebagai tanda bantahan terhadap Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang gagal membekalkan air dengan cekap. Mereka melaungkan slogan 'Syabas Tipu' selain membawa beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan krisis bekalan air yang berlarutan lebih dua minggu. Selain itu beberapa sukarelawan mengedarkan risalah maklumat bekalan air Selangor kepada pengguna jalan raya ketika mereka berhenti semasa lampu isyarat merah. Penyelaras program yang juga Setiausaha PKR Cabang Bandar Tun Razak, Osman Karim nyata berpuas hati dengan reaksi yang diberikan penduduk setempat termasuk pengguna jalan raya yang turut merasai kesan ketiadaan bekalan air. Tegasnya, pihak bertanggungjawab diingatkan jangan terus bermain politik sehingga menyebabkan penduduk berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan air. "Saya berpuas hati ramai yang turun kerana kita hanya memberikan petunjuk bahawa penduduk Bandar Tun Razak prihatin dengan apa yang berlaku. "Kita tidak boleh dipermainkan kerana agenda politik sehingga menyebabkan rakyat yang susah," beliau berkata ketika ditemui. Seramai setengah juta penduduk di Ampang, Gombak dan Cheras terputus bekalan air selama lebih dua minggu bermula Dec 29 tahun lepas selepas rumah pam Wangsa Maju gagal berfungsi. Siasatan Jawatankuasa Pemantauan Bekalan Air Selangor mendapati Syabas yang mengendalikan operasi rumah pam tersebut gagal menyelenggara kelima-lima pam di fasiliti itu dengan baik. Bekalan air dapat disambungkan semula pada Jan 15 setelah jawatankuasa itu campurtangan dan membantu Syabas memulihkan pam yang gagal. "Dalam hal ini kami sudah bertungkus lumus selama tiga minggu membekalkan air mentah dan minuman kepada penduduk yang terlibat. "Adalah yang tidak adil tindakan Syabas. Kalau benar kerosakan berlaku ternyata Syabas gagal menguruskan perkhidmatan air kepada penduduk Wilayah Persekutuan dan Negeri selangor," ujar beliau lagi. | ||||
Muhyiddin Pula Jadi Anak Emas Mahathir? Posted: 20 Jan 2013 03:44 PM PST Akhir-akhir ini Mahathir memperlekehkan kepimpinan Najib. Pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat kepada Najib. Antaranya pentadbiran Najib lemah dan tak boleh menang besar pada PRU 13 nanti. Kalau dahulu Mahathir begitu bangga dengan Najib sehingga bertindak memburuk-burukkan Pak Lah kini mungkin peranan Najib untuk Mahathir sudah selesai. Maka Mahathir mencari badut baru untuk menggantikan Najib. Badut baru ini mestilah mengikut telunjuk Mahathir dan yang pasti mesti menjaga kepentingan empayar Mahathir dari segi perniagaan dan kuasa politik. Dari perniagaan empayar Mahathir memang hebat. Anak-anak Mirzan dan Mokhzani menjadi jutawan dan bilionair. Dari segi politik pula Mahathir mempertaruhkan anaknya Mukhriz yang dilihat akan lebih bersinar karier politiknya andai kata BN menang lagi pada PRU 13. Sebab itu Mahathir terpaksa mencari pemimpin yang lebih hebat dari Najib bagi memastikan kuasa perniagaan dan politiknya tidak tergugat. Mahathir tahu jika PR menang maka habislah 'lubang-lubang' perniagaan dan sinar politik keluarganya. Sudah tentu rekod-rekod lama akan dibongkar dan cita-cita beliau ingin menjadikan Mukhriz mewarisi kepimpinannya sebagai Perdana Menteri hancur berkecai. Ternyata Mahathir tidak pernah cukup dan puas dengan harta dan kuasa politik yang dikecapinya selama ini. Manusia memang tidak pernah cukup dengan apa yang ada. Lantaran itulah Mahathir bekerja siang-malam untuk memastikan BN terus menang pada PRU 13 nanti. Walau dengan apa cara sekalipun, halal, haram atau harus tidak menjadi hal bagi Mahathir . | ||||
Banjir: 24 Penuntut Malaysia Pulang, 38 Masih Di Dewan Malaysia Jakarta Posted: 20 Jan 2013 03:38 PM PST MSTAR ONLINE JAKARTA: Seramai 24 daripada 62 penuntut Malaysia yang ditempatkan sementara di Dewan Malaysia di Jakarta Pusat berikutan kejadian banjir di Jakarta, dibenar pulang ke rumah masing-masing di kawasan Tomang dan Roxy di Jakarta Barat apabila keadaan di kawasan penempatan mereka pulih seperti biasa. Pengarah Education Malaysia (EM) Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pihaknya telah memeriksa kawasan penempatan penuntut itu di Tomang dan Roxy pagi ini dan bersetuju dengan pemintaan mereka untuk pulang. "Jika tempat mereka banjir kembali, mereka masih boleh kembali ke Dewan Malaysia untuk menginap sementara," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. Juzhar berkata rumah-rumah penuntut dari Universiti Trisakti itu sebenarnya tidak terjejas dengan banjir, namun jalan-jalan akses ke rumah mereka yang dinaiki air dan disebabkan masalah itu mereka dipindahkan ke Dewan Malaysia. Mengenai 38 penuntut Malaysia yang masih menginap di Dewan Malaysia Jakarta, mereka hanya akan dibenar pulang jika keadaan banjir di kawasan penempatan masing-masing dipastikan telah pulih. Juzhar berkata Universiti Trisakti, di Jakarta Barat, yang turut dilanda banjir, mengisytihar cuti selama seminggu dan kuliah akan hanya disambung pada 28 Jan. Kejadian banjir di Jakarta, sejak Selasa, sehingga ini meragut 19 nyawa dan sebahagian daripada mereka meninggal dunia disebabkan kejutan elektrik apabila kediaman mereka dinaiki air. | ||||
DAP Pendekkan Tempoh Hukuman Adun Pulau Tikus Posted: 20 Jan 2013 03:37 PM PST PETALING JAYA: Kepimpinan tertinggi DAP mengambil keputusan untuk memendekkan tempoh penggantungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Koay Teng Hai daripada menjadi anggota parti itu. Koay yang sebelum ini digantung selama enam bulan kerana gagal menghadiri mesyuarat penting pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lepas kini digantung selama sebulan bermula Ahad. "Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bersetuju dengan keputusan jawatankuasa disiplin bahawa Koay bersalah kerana gagal mematuhi arahan supaya menghadiri mesyuarat DUN pada 1 November 2012 yang bertujuan meluluskan pindaan perlembagaan bagi mengharamkan gejala lompat parti," kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook. "Walau bagaimanapun, CEC memutuskan untuk mengurangkan tempoh penggantungan yang dikenakan Koay. Menerusi surat rayuannya, Koay memohon maaf dan mengakui kesilapan tersebut," tambah Loke dalam satu kenyataan. | ||||
Sarawak Bakal Bincang Semakan Royalti Minyak Dengan Persekutuan Posted: 20 Jan 2013 03:36 PM PST MSTAR ONLINE KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak mungkin akan mencadangkan satu formula baharu berhubung royalti petroleum kepada kerajaan Persekutuan berikutan penemuan terbaharu minyak dan gas mentah di Miri, kata Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg. Beliau berkata formula itu mungkin tidak membabitkan permintaan untuk menaikkan kadar royalti lima peratus yang kini dinikmati Sarawak, sebaliknya peratusan tertentu dalam ekuiti saham bagi penemuan minyak dan gas mentah di negeri ini pada masa depan. "Kita kini bercakap soal pendekatan baharu yang kami percaya akan diiktiraf pemimpin kerajaan Persekutuan kerana ia merupakan situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dewan baharu Sekolah Kebangsaan Rakyat di sini, Ahad. Abang Johar berkata kerajaan negeri sudah mempunyai satu formula yang lebih memanfaatkan Sarawak, namun tidak boleh didedah ketika ini sementara menunggu perbincangan dengan kerajaan Persekutuan. Mengulas lanjut, beliau berkata langkah kerajaan negeri memperoleh pegangan dalam Bintulu Port Holdings Bhd, yang pada dasarnya sebuah pelabuhan persekutuan, juga mungkin boleh dianggap sebagai formula baharu bagi royalti petroleum. Beliau turut mengingatkan rakyat negeri ini agar tidak terpengaruh dengan polemik baharu iaitu berikutan penemuan itu, kerajaan Persekutuan perlu menaikkan royalti sehingga 20 peratus berbanding jumlah yang dibayar ketika ini. Jumaat lepas, Petronas mengumumkan penemuan minyak dan gas di telaga Adong Kecil West-1 di Blok SK333, di pesisir Sarawak yang terletak kira-kira 20 kilometer di timur laut pekan Miri dan merupakan penemuan minyak serta gas pertama di daratan Malaysia selepas 24 tahun. BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan