Jumaat, 18 Januari 2013

Biaqpila

Biaqpila


Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani

Posted: 18 Jan 2013 04:00 AM PST

Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.

Kumpulan itu memberitahu satu sidang akhbar bersama Bawani hari ini bahawa siri debat dan forum sedang dirancang untuk bincangkan isu pendidikan percuma.

Bawani (kiri) sendiri telah mengesahkan akan menghadiri dua
daripada program tersebut dan berharap Sharifah akan hadir sama.

"Kami akan mengadakan satu bengkel mengenai pendidikan percuma pada 26 haribulan ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

"Saya juga menjemput Sharifah untuk datang dan membincangkan isu itu dengan kami," kata pelajar undang-undang tersebut yang menjadi popular selepas video Sharifah menegurnya sewaktu forum anjuran SW1M di UUM bulan lalu, tersebar di di Internet.

Satu lagi program yang akan dihadiri Bawani ialah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan tajuk "kebebasan akademik dan hak asasi manusia", forum itu juga telah mengesahkan kehadiran bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik.

Seorang wakil dari SAMM, Wan Noor Faril Azli, berkata pihak penganjur telah menghantar jemputan ke pejabat SW1M beberapa hari lalu, dan mereka akan ke sana lewat petang ini untuk menyerahkan jemputan rasmi kepada Sharifah.

NGO lain yang menghadiri sidang akhbar hari ini ialah Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Mahasiswa Unisel, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerits).

Sebagai menunjukkan sokongan kepada Bawani, mereka juga menuntut Sharifah memohon maaf secara terbuka atas pelakuannya terhadap Bawani sewaktu forum di UMM bulan lepas.

Bagaimanapun, Bawani berkata permohonan maaf tidak penting baginya.

MK



Kanak-kanak dirogol berulang lagi, dipaksa gugur kandungan

Posted: 17 Jan 2013 11:00 PM PST

Lakaran wajah tertuduh ketika mendengar prosiding mahkamah semalam. - Foto ihsan BBC

OXFORD - Mengejutkan tetapi ini yang didakwa dilakukan oleh sekumpulan lelaki. Setiap kali mangsa yang mereka rogol hamil, kumpulan sembilan lelaki juga akan melakukan pengguguran.

Perkara itu didedahkan di sebuah mahkamah di sini yang mendengar kes seorang kanak-kanak 12 tahun, yang dirogol berkali-kali oleh sekumpulan lelaki.

Kanak-kanak perempuan itu merupakan salah seorang mangsa eksploitasi seks oleh sembilan lelaki dari Berkshire dan Oxfordshire.

Kumpulan lelaki itu menafikan 51 tuduhan termasuk rogol, pelacuran dan penyeludupan kanak-kanak perempuan berusia antara 11 hingga 15 tahun dari tahun 2004 hingga 2012.

Mangsa telah dijual kepada Mohammed Karrar ketika mencecah usia 11 tahun untuk 'mengubati' sikap buruknya.

Pendakwa raya Noel Lucas QC memberitahu mahkamah bahawa kanak-kanak terbabit dijadikan mangsa bagi aktiviti seksual, menyediakan minuman keras dan juga ubat-ubatan.

Dia dan adiknya, Bassam Karrar berulang kali merogol gadis malang itu dan turut membuat rancangan dengan lelaki-lelaki lain untuk merogol gadis itu dengan cara yang cukup kejam.

Mohammed Karrar juga pernah memanaskan pin rambut menggunakan pemetik api dan menandakan huruf M pada punggung mangsa bagi menunjukkan gadis itu adalah miliknya.

Apabila gadis itu hamil pada usia 12 tahun, dia mengaturkan urusan pengguguran haram di bilik belakang.

"Dia menganggap yang gadis itu seperti harta miliknya. Dia merasakan yang dia berhak melakukan hubungan seks jika mahu," kata Lucas.

Seorang lagi gadis berusia 14 tahun menerima ugutan dibakar jika enggan melakukan seks.

Dia bertemu defendan Kamal Jamil, Anjum Dogar dan Akhtar Dogar semasa tinggal di rumah kanak-kanak ketika berusia 14 tahun.

Lucas kemudian memberitahu mahkamah yang gadis itu juga terpaksa menurut segala kemahuan lelaki berkenaan, jika tidak dia akan diancam dan diperlakukan secara ganas.

Gadis itu juga memberitahu pernah dibawa ke lorong-lorong, hutan dan rumah pelanggan jika ada mana-mana lelaki yang mahu mengadakan hubungan seks dengannya.

Mahkamah sebelum ini mendakwa sekumpulan lelaki menyasarkan gadis-gadis muda untuk dijadikan mangsa bagi sesiapa yang mahu menggunakan gadis-gadis sebagai pemuas nafsu.

Perbicaraan dijangka berlarutan sehingga April ini.

SH


PESANAN IMAM AL-GHAZALI

Posted: 17 Jan 2013 08:00 PM PST


Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya:

1 – Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (Surah Ali Imran 185)


2 – Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu
Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 – Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." (Surah Al A'araaf 179)

Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 – Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"

Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )

Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 – Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?"

Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 – Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?"

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang… Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Sumber rujukan : myibrah.com

www.asyrafasnawi.com


Lain macam saja, apa yang sedang berlaku ini?

Posted: 17 Jan 2013 05:00 PM PST

Biasanya bila tiba dekat musim pilihanraya umum, macam-macam tawaran dibuat oleh kerajaan. Tak kiralah kerajaan persekutuan atau negeri. Sudah jadi lumrah sejak lebih setengah abad.

Ada antara kita sudah sinis dengan suasana pra-undi ini. Malah dalam sinis itu pula, ada antara kita hanya mencebir bibir, menganggap apa pun yang sedang berlaku, Barisan Nasional akan tetap menang. Sampai kiamat agaknya.

Tapi ada pula antara kita yang pada saat ini terasa lain pula. Bukan saja yang tersirat membuatkan hati berdebar-debar, malah yang tersurat pun menegakkan bulu roma di lengan. Apa yang sedang berlaku ini?

Jarang berlaku. Sejak akhir-akhir ini mahkamah sudah beberapa kali menjatuhkan hukuman menyalahkan lidah rasmi UMNO yang bernama Utusan Malaysia. Teruk Utusan kalah saman. Tuduh DAP, tuduh PAS, tuduh PKR. Akhirnya pecah tembalang fitnah.

Hari ini pun mahkamah buat keputusan positif untuk Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad, yang tentunya mengecewakan Utusan.

Jarang berlaku. Sejak akhir-akhir ini beberapa blogger pro-UMNO yang rasis dengan hapak bau perkauman juga satu demi satu mengalah, minta maaf kepada para pemimpin Pakatan Rakyat yang telah menjadi mangsa fitnah mereka.

Hari ini pun seorang blogger pro-UMNO membuat "pembetulan" kerana kesalahannya memfitnah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat serta Ahli-Ahli Parlimen DAP Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming dalam soal tanah di Kelantan.

Jarang berlaku. Baru-baru ini Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam yang mengemukakan teori unjuran kemungkinan keputusan PRU dalam sebuah forum telah digantung kerja. Ya, digantung kerja hanya kerana melaksanakan tugasnya dalam membincangkan political economy.

Mungkin kurang mengejutkan sikap pengurusan bank itu yang biasanya takut kepada mereka yang berada di tampuk kuasa. Tapi yang mengejutkan ialah keberanian pakar ekonomi itu berkata yang benar, semata-mata yang benar.

Agaknya kerana itu lebih 150,000 orang (ada yang kata hampir 500,000) berkumpul ramai-ramai di ibu kota baru-baru ini sebagai tanda suara kebangkitan rakyat. Mungkin dalam PRU nanti lebih jelas keputusan rakyat majoriti pelbagai kaum dan agama yang cintakan keamanan, damai dan kasih sayang. – Roketkini.com





Tiada ulasan: