Jumaat, 18 Januari 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Video Full Final Maharaja Lawak Mega 2012

Posted: 18 Jan 2013 08:42 AM PST

http://i803.photobucket.com/albums/yy316/rindokdotcom/Rindok%20Jan%202013/maharaja-lawak-mega-2012_zps14c49387.jpg

Jozan JUARA Maharaja Lawak Mega 2012! Sudah terang lagi bersuluh , TERBAIK la Jozan ! Congrats Zizan Raja Lawak dan Johan Raja Lawak (Y)

Pemenang2 Maharaja Lawak Mega 2012.

tempat pertama – JOZAN
tempat ke 2 – JAMBU
tempat ke 3 – SHIRO
tempat ke 4 – BOBOI
tempat ke 5 – SAYWHO

Pada Final Maharaja Lawak Mega 2012 ini menampilkan 5 kumpulan yang hebat iaitu Jozan, Jambu, Boboi, Shiro dan Saywho. Final Maharaja Lawak Mega 2012 kali ini diadakan di Johor Bahru dan siarkan secara langsung di tayangan serentak di Astro Warna (132) dan Mustika HD (134). Sumber video dari youtube dan guatvdotcom.

Berikut merupakan video Pada Final Maharaja Lawak Mega 2012 :
























Penjelasan Fathul Bari Isu Kahwin Lari Di Thailand

Posted: 18 Jan 2013 05:22 AM PST


Selamat pengantin baru USTAZ!

rileks ustaz, jangan mengulas macam thambi! 

boleh pulak erk ustaz doa keburukan kepada orang muslim?

Live Streaming Kuliah Maghrib Khas Isu Kalimah Allah Oleh Dato Haron Din

Posted: 18 Jan 2013 04:58 AM PST

http://sphotos-c.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/734956_629651957061082_971336578_n.jpg



TMJ nafi anggota Timbalan Setia Negeri berada di Stadium Sultan Muhammad IV

Posted: 17 Jan 2013 05:31 PM PST

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2013/01/Askar-Johor-VS-Kelantan-300x199.jpg
http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2013/01/Gambar-Tentera-Johor-300x357.jpg


 http://www.bharian.com.my/articles/Komandojagasultan_/pix_gal0
 Tunku Ismail menunjukkan surat rasmi kepada FAM berhubung isu keselamatan penyokong dan pemain Johor Darul Takzim di Istana Bukit Pelangi. - Foto NSTP/Zulkarnain Ahmad Tajuddin
JOHOR BAHRU - Anggota tentera yang kelihatan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Baharu ketika perlawanan bola sepak antara Johor Darul Takzim dan Kelantan dua hari lepas merupakan anggota komando Rejimen 21 Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).

"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.

Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.

Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.

Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.

Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.

Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.

Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.

"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. - Bernama

Umno Jadikan Rakyat Tebusan Politik Untuk Tawan Selangor

Posted: 17 Jan 2013 04:40 PM PST


Tuduhan Koordinator Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air umpama menepuk air di dulang; habis terpercik ke muka sendiri. Bermain politik dalam isu air samalah seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Mana mungkin kerajaan yang dibina atas sokongan rakyat ini akan berbuat demikian, apatah lagi bukan mudah untuk rakyat menumbangkan sebuah kerajaan yang telah memerintah lebih 50 tahun lamanya.

Usaha kerajaan Selangor untuk mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri. Rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Dato' Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air.

Jadi, siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu air ini? Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor?

Budak sekolah pun tahu akan jawapnnya; kerana kerajaan Selangor ditadbir Pakatan Rakyat. Jika Selangor mengurus sendiri air maka akan matilah syarikat kroni mereka. Malah, jika kerajaan negeri berjaya menguruskan perkhidmatan air dengan lebih baik, maka akan terbukti dasar penswastaan BN yang memberi konsesi kepada syarikat kroni telah gagal dan hanya mengkayakan pihak tertentu di atas kesengsaraan rakyat.

Oleh itu, tidak hairan pemimpin UMNO bermati-matian mempertahankan konsesi ini walaupun mereka sedar keyakinan rakyat terhadap syarikat ini telah hilang. Pemimpin Umno akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini. BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat. Meskipun demikian, kita meragui kebenaran maklumat risikan tersebut kerana mensabotaj keperluan asas harian seperti air,adalah lebih buruk dari Yahudi. Dato' Menteri Besar bagaimanapun telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.

Sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak. Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.

Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor.

Sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) kerana SYABAS adalah anak syarikat kerajaan negeri. Jika SYABAS anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

Seperti dijelaskan Dato' MenteriBesar, Kerajaan Selangor hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham ter besar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas. Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.

Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat.


SETIAUSAHA POLITIK

KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Tiada ulasan: