Jumaat, 18 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


[VIDEO] Pengakuan Fathul Bari Kahwin Senyap-senyap Di Siam

Posted: 18 Jan 2013 04:21 AM PST


KELAB GREENBOC

Pengantin baru dah jawab isu dia nikah di siam senyap2.

14 minit dia ambik masa. Antara alasannya ialah:

1) dia nikah dgn org filipin
2) terpaksa nikah kat siam sbb nak islamkan minah tu
3) daftar nikah kat Ganu sbb wife org ganu
4) lambat daftar sbb sibuk berceramah
5) x hebahkan sbb nak tarbiyyah wife pakai tutup aurat

Well,

1) kalu stakat disebabkan nikah dgn org filipin, wife pun tau, rasanya prosedur mudah je kalu kat perlis.

X de pening kepala pun.

2) dia nak Islamkan minah tu sebab tu nikah kat siam. Maybe jabatan agama Islam malaysia ni x layak utk Islamkan minah tu kot. Maybe kedutaan filipina x de kat malaysia kot.

3) pasal daftar nikah, okey la. No problem.

4) pasal lambat daftar pun, okey la. Cuma nasib baik la dia x kena tangkap basah dalam tempoh tu.

5) x yah tunggu buat kenduri la. Memadai sehari lepas nikah, umum dalam media ke apa ke yg "saya dah nikah lg satu", tunjuk dokumen sekadar elak fitnah dan bagitau umum "saya akan tunjuk siapa isteri saya bila tiba waktunya". Bila ko senyap2 mcm ni, kan susah.

Apa2hal pun, aku xtau la org lain tp aku x kata ko salah nikah kat siam. Aku ucap tahniah lagi. Cuma lepas ni jgn la sorok2..

P/s - dia menyatakan kebanggaannya berjaya mengislamkan sorg kristian. Aku sendiri penah islamkan 3 org sahabat non muslim masa zaman sekolah aku - x perlu dibangga sgt sampai keluar hadis kott..

Member aku pensyarah kolej universiti tempatan pun mengislamkan someone melalui jalan nikah. X de pun dia sampai keluar hadis. Tapi dia bgtau org awal2 dia AKAN NIKAH. Bukan dah berbulan lepas tu baru bgtau. -FB

Ulasan GB

Sungguh menghairankan. Sibuk berceramah jadi alasan untuk melewatkan pendaftaran (melewatkan pematuhan undnag-undang syariah.

Sepatutnya Fathul Baru sudah boleh di dakwa di mahkaman lantaran kesalahan kerana mengabaikan pematuhan terhadap pendaftaran pernikahannya.


LIHAT VIDEO DI SINI

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Posted: 18 Jan 2013 04:09 AM PST

Staff Berita Semasa
Mahathir Projek IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Orang asal Sabah lebih mengetahui apa yang berlaku daripada dahulu sehingga sekarang. Kalau nak diikutkan rentak politik di Sabah "unpredictable" sukar dijangka ibarat bom jangka yang bila-bila masa boleh meledak dan meletus.

Tetapi apa yang berlaku sekarang di mana berlangsungnya Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan Projek IC Sabah boleh kami katakan isu nasional. Sepatutnya diketahui oleh semua rakyat Malaysia kerana ia melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara sepertimana diperjuangkan oleh "sesetengah pihak". Sekitar bulan September 2011, Wikileaks telah membongkar berdasarkan satu kabel rahsia seperti yang mana kami laporkan (DI SINI) mengenai projek IC Sabah ini. Itu cerita setahun setengah yang lalu di mana anda boleh semak dokumennya di sini…..

Wikileaks IC Sabah Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!
Sumber : Wikileaks (projek IC Sabah)

Kemudian kami sempat melakukan semakan terhadap data yang kami perolehi daripada laporan bancian penduduk Malaysia melibatkan (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak antara tahun 1970 sehinggalah 2010). (DI SINI SAMBUNGANNYA)

Bancian Penduduk Sabah 2013 Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Melihatkan data yang disediakan seperti grafik di sebelah ini, berlaku peningkatan sehingga 390% satu lonjakan pertambahan yang cukup besar dan sangat mendadak bersamaan pertambahan sebanyak 2.48 juta orang penduduk Sabah. 

Sedangkan negeri sebesar Sarawak pun, hanya mengalami penambahan penduduk sebanyak 148 peratus sahaja. Ini bermakna bilangan pertambahan penduduk negeri Sabah sebanyak 242% lebih daripada negeri Sarawak

Dan…sekarang ini sedikit demi sedikit maklumat mula didedahkan semasa berlangsungnya Suruhanjaya Diraja menyiasat disebalik dakwaan Projek IC Sabah ini.

Kronologi Suruhanjaya Di Raja Projek IC Sabah

Pemberi maklumat dan saksi dalam Suruhanjaya Diraja seperti Kee Dzulkifly Kee Abd Jalil (bekas Penolong pendaftar JPN Sabah), Ramli Kamaruddin (bekas Pengarah JPN Sabah), Mohd Nasir Sugip (bekas Timbalan Pengarah JPN Sabah) tampil memberikan keterangan. Mereka-mereka pernah ditahan di bawah ISA kerana 1995 hingga 1999 kerana memberikan kad pengenalan kepada pendatang yang tidak layak. Mereka-mereka ini hanyalah orang-orang suruhan (ikan bilis sahaja). Siapakah "ikan jerung" yang berikan arahan kepada mereka? Di mana "ikan jerung" itu sekarang?
Antara pendedahan yang menggemparkan adalah :
  1. Berlakunya arahan peringkat tertinggi negara melibatkan Tun. Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri), bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub serta Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddinn (bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir) kepada pegawai JPN supaya mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994. Semunya dilakukan sekitar 1990an untuk menukar demografi negeri Sabah
  2. Lebih 100,000 surat beranak dikeluarkan bagi pendatang pada awal tahun 1990an.
  3. Pada 1993, sekitar 100,000 kad pengenalan biru diberi kepada pendatang haram di Sabah. Dengan dana sekitar RM80,000 pegawai JPN Sabah diarahkan untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada Filipina, Indonesia dan pendatang Pakistan di Sabah.
  4. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memberitahu suruhanjaya siasatan diraja (RCI) sejumlah 66,682 warga asing di negeri ini telah diberikan kewarganegaraan sejak pembentukan Malaysia.
  5. Pengarah SPR Sabah pada tahun 1994 yang bernama Wan Ahmad Wan Yusof telah memberi arahan kepada JPN Sabah untuk memberi kad pengenalan kepada 16,000 pendatang haram Filifina & Indonesia untuk membolehkan golongan itu mengundi
  6. RCI juga didedahkan pendatang haram yang dipilih dalam "Projek IC Sabah" ini diklasifikasikan sebagai pengundi bumiputera Islam dalam suatu operasi yang digelar sebagai 'Ops Durian Buruk' di mana identiti mereka telah diubah termasuklah nama ditukar, nombor IC ditukar, tarikh lahir ditukar dan gambar. Alasan yang diberikan, adalah untuk meningkatkan jumlah pengundi Muslim di Sabah. Benarkah? Atau….
  7. Dan yang menariknya lagi, Suruhanjaya Di Raja telah dimaklumkan yang mana kebanyakan pendatang haram yang ditukarkan identitinya itu dan diberikan IC diagihkan kepada kalangan calon Barisan Nasional (BN) semasa berlangsungnya pilihan raya negeri tahun 1994. Adakah ia sama seperti apa yang berlaku dalam video di bawah ini di mana berlkau pada tahun 1995……
LIHAT VIDEO DI SINI
  • Tidak cukup dengan itu, pendatang haram ini diberikan RM20 di mana pendatang itu diajar mengundi, mereka dijemput dan dihantar dengan bas ke pusat-pusat pengundian.
  • Contohnya, bekas pelarian Filipina bernama Ismail Balaka mendedahkan yang beliau diberikan kad pengenalan biru tanpa memohon, tidak membuat pembayran malahan sudah 5 kali mengundi di Sabah. Hasilnya seperti yang anda lihat Sabah ketika ini….

Projek IC Sabah : Ya…Saya Mengaku. Tapi Tunku Lebih Teruk Daripada Saya!

Sebelum ini keluar dakwaan di sini mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka. Perjalanan Suruhanjaya Diraja masih lagi panjang, masih terlalu awal. Ada 167 saksi yang bakal berikan keterangan. Baru beberapa saksi memebrikan keterangan, tiba-tiba Tun Dr. Mahathir mengeluarkan kenyatan seperti di bawah ini :
  1. Apa yang berlaku dalam "projek IC" tersebut seperti yang didedahkan sebenarnya berlandaskan undang-undang dan Mahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing semasa pentadbirannya.
  2. Malahan Mahathir menemplak tindakan Tunku Abdul Rahman yang jauh lebih teruk daripada apa yang dilakukan. Ini kerana katanya Tunku Abdul Rahaman telah memberikan kewarganegara sejumlah 1 juta kepada warga asing.
Projek IC Sabah Najib Projek IC Sabah : Mahathir Mohamad Tempelak Tunku Abdul Rahman Bagi 1 Juta IC Kepada Cina & India. Dia Lebih Teruk Daripada Saya!

Datuk Seri Najib Razak pun tidak mahu terlepas memberikan kenyataan apabila :
  1. Rakyat Malaysia sepatutnya berikan kredit kepada Barisan Nasional kerana menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja
  2. Jikalau jikalau kita memberikan IC kepada warga asing mengikut undang-undang, tak salah. Ini bukan satu isu besar.
P/S : Ini bukan kali pertama Tun Mahathir terlibat dalam skandal besar negara. Sebelum ini Tun Mahathir turut dikaitkan video "Corect, corect, corect" seperti yang kami laporkan (DI SINI). Walaupun dijalankan Suruhanjaya Diraja tetapi akhirnya kes itu telahpun "dikambus"

PP/S : Apa kata rakyat Sabah amnya dan rakyat Malaysia umumnya setakat Suruhanjaya Diraja yang sedang berlangsung ketika ini….

Projek IC: PKR dakwa Dr M cemar nama Tunku

Posted: 18 Jan 2013 03:28 AM PST

Wartawan Sinar Harian

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
 
SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam untuk membersihkan dirinya dalam soal pemberian kad pengenalan kepada warga asing, yang kini disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), menggambarkan dirinya sebagai angkuh dan tidak bertanggungjawab.

Azmin berkata, kenyataan Dr. Mahathir mengheret Perdana Menteri pertama dan Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam "kekotoran ini adalah keji dan hina."

"Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia semasa era Tunku," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, Dr Mahathir, yang pernah menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri, berterusan menghina akal rakyat dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia, yang sememangnya satu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan.

"Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut.

"Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalik beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama," katanya.

Azmin mendakwa "projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum pilihan raya umum (negeri tahun) 1994."

Katanya, Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.

Sehubungan itu kata Azmin, pihaknya mahu Dr. Mahathir disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan negara dengan menjual kedaulatan dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional kekal di Sabah.

Petang semalam, Dr Mahathir mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah semasa pentadbirannya.

Namun katanya, pemberian kerakyatan itu dilakukan mengikut undang-undang.

Menurutnya, apabila menjadi perdana menteri, beliau berkuasa dalam menentukan pelaksanaan dasar- dasar kerajaan.

"Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

"Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah," katanya.

Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

"Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

"Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini," katanya.

Dr Mahathir berkata, Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

"Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

"Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya.

Ketika ditemui wartawan lewat malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RCI bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah merupakan manifestasi jelas membuktikan keikhlasan perikatan itu menyelesaikan masalah itu.

Najib yang juga pengerusi BN berkata, RCI perlu dilihat secara positif dan kredit harus diberikan kepada BN atas usaha tersebut.

"Kita tidak boleh melihat hasil berdasarkan seorang saksi. Terdapat seramai 167 saksi yang akan dipanggil. Oleh itu, jangan kita membuat kesimpulan.

"Biarkan prosiding dijalankan," katanya.

Najib berkata memberi kerakyatan asalkan mengikut undang-undang bukan satu  kesalahan, malah banyak negara lain juga memberikan kewarganegaraan.

"Jangan beritahu saya anda tidak tahu, anda tahu. Biarlah Suruhanjaya menjalankan kerja dan menyelesaikannya," katanya.

Ditanya sekiranya, RCI akan menjejaskan pilihan raya umum akan datang, Najib berkata: "Selagi rakyat tidak putar belitkan dengan cara yang salah,"

"Sila terima RCI sebagai usaha ikhlas untuk menyelesaikan masalah ini yang menjadi kebimbangan ramai rakyat Sabah. Kami telah memutuskan untuk menyelesaikan masalah ini.

"Permintaan terhadap RCI telah dibuat parti komponen BN di Sabah dan sebagai pengerusi BN, saya menghormati permintaan itu," tambah Perdana Menteri.

Isnin lalu, RCI memulakan pendengaran awam pertamanya di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah sehingga hari ini.

Prosiding seterusnya akan diadakan pada 28 Jan hingga 1 Februari dan mulai 22 Februari hingga 27 Februari.

kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani

Posted: 18 Jan 2013 03:27 AM PST

 


 
Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.

Kumpulan itu memberitahu satu sidang akhbar bersama Bawani hari ini bahawa siri debat dan forum sedang dirancang untuk bincangkan isu pendidikan percuma.

NONEBawani (kiri) sendiri telah mengesahkan akan menghadiri dua
daripada program tersebut dan berharap Sharifah akan hadir sama.

"Kami akan mengadakan satu bengkel mengenai pendidikan percuma pada 26 haribulan ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).

"Saya juga menjemput Sharifah untuk datang dan membincangkan isu itu dengan kami," kata pelajar undang-undang tersebut yang menjadi popular selepas video Sharifah menegurnya sewaktu forum anjuran SW1M di UUM bulan lalu, tersebar di di Internet.

Satu lagi program yang akan dihadiri Bawani ialah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Dengan tajuk "kebebasan akademik dan hak asasi manusia", forum itu juga telah mengesahkan kehadiran bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik.

Seorang wakil dari SAMM, Wan Noor Faril Azli, berkata pihak penganjur telah menghantar jemputan ke pejabat SW1M beberapa hari lalu, dan mereka akan ke sana lewat petang ini untuk menyerahkan jemputan rasmi kepada Sharifah.

NGO lain yang menghadiri sidang akhbar hari ini ialah Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Mahasiswa Unisel, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerits).

Sebagai menunjukkan sokongan kepada Bawani, mereka juga menuntut Sharifah memohon maaf secara terbuka atas pelakuannya terhadap Bawani sewaktu forum di UMM bulan lepas.

Bagaimanapun, Bawani berkata permohonan maaf tidak penting baginya.

Banjir: Pelajar M'sia di Universiti Trisakti dipindah

Posted: 18 Jan 2013 03:19 AM PST

MALAYSIA KINI


 
Sejumlah pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Trisakti di Jakarta telah dipindahkan ke Dewan Malaysia, di Jakarta Pusat, sejak tengah malam tadi apabila kediaman mereka di kawasan Roxy, Jakarta Barat, dinaiki air sehingga satu meter.
  
Pihak Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia di sini telah memindahkan 24 pelajar terdiri 20 perempuan dan empat  lelaki, selain membantu memindahkan seorang pelajar perempuan Indonesia yang merupakan rakan serumah pelajar Malaysia terbabit.
  
Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) dan Kelab Umno Indonesia turut membantu usaha memindahkan para pelajar terbabit.
  
Pengarah EM Indonesia Prof Madya Dr Juzhar Jusoh berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan supaya semua pelajar Universiti Trisakti dipindahkan ke Dewan Malaysia bagi memastikan mereka tidak menghadapi masalah terputus bekalan makanan, kerana kawasan kediaman mereka masih dinaiki air.
  
Terdapat lebih 200 pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Trisakti namun kira-kira 80 daripada pelajar itu tidak tinggal di kediaman mereka sekarang kerana sedang bertugas di beberapa hospital di luar kawasan itu di bawah program latihan klinikal.

"Tiap seorang daripada pelajar Malaysia dari universiti itu telahpun dihubungi oleh pihak kami dan mereka semua menyatakan berada dalam keadaan selamat. Bagaimanapun pihak EM telah menasihatkan mereka semua supaya tinggal sementara di Dewan Malaysia bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan di kawasan kediaman mereka," kata Dr Juzhar ketika dihubungi di sini Jumaat.
  
Warden Dewan Malaysia Kamarulazhar Abd Salam yang dihubungi pula berkata usaha memindahkan pelajar Malaysia di Universiti Trisakti diteruskan hari ini dan pagi ini 17 orang lagi pelajar akan masuk ke Dewan Malaysia.
  
Pihak Dewan Malaysia menyediakan makanan dan minuman kepada para pelajar terbabit, katanya.
  
Kamarulazhar berkata, pelajar perempuan Indonesia yang ditempatkan di dewan itu tengah malam tadi, telah dibawa pulang oleh keluarganya hari ini.
  
Yang Dipertuan PKPMI Pusat Ahmad Nabieh Abqori Rahmat pula berkata pelajar Malaysia yang terbabit dalam pemindahan itu merupakan pelajar Fakulti Perubatan
dan Fakulti Pergigian Universiti Trisakti.
  
Pada masa ini universiti itu telah menutup kampus secara sementara disebabkan keadaan banjir yang agak buruk dan jika keadaan pulih, kuliah  mungkin dimulakan Isnin nanti, katanya.- Bernama

Bolehkah Muslim membela hak bukan Islam?

Posted: 18 Jan 2013 03:18 AM PST



 
KOLUM Ada yang bertanya saya mengenai hukum Muslim membela hak bukan Islam. Mereka merasa seakan berdosa seorang Muslim itu berpihak kepada non-muslim yang menuntut hak dari muslim, sekalipun non-muslim itu di pihak yang benar.

Ini kerana mereka merasakan membela hak bukan Islam yang menuntut dari Muslim bagaikan mengkhianati saudara seakidah ataupun ukhuwwah islamiyyah (Islamic brotherhood).

Anggapan mereka bahawa Muslim itu mesti setia bersama Muslim sekalipun saudara Muslimnya di pihak yang salah. Membela hak bukan Islam yang berselisah faham dan tuntutan dengan Muslim itu bagaikan satu pengkhianatan.

Ini sebenarnya anggapan yang tidak tepat. Memang benar orang Muslim itu bersaudara. Kecintaan antara kita amat tinggi. Kita membantu antara satu sama lain. Namun, ini tidak bererti kita diizinkan untuk menindas atau merampas hak mereka yang tidak seagama dengan kita.

Pendirian al-Quran

Kefahaman Islam tidak boleh hanya berdasarkan emosi, tetapi hendaklah berasas hujah dan dalil yang dibuktikan oleh al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah agama sejagat. Inilah yang menjadikan ajaran itu contoh dan memimpin kehidupan manusia dengan adil dan saksama. Keadilan Islam yang merentasi sempadan agama, bangsa dan geografi

Inilah yang al-Quran tegaskan: (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan". (Surah al-Maidah: ayat 8).

Bahkan al-Quran menyebut dalam ayat yang lain: (maksudnya) "dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami (Allah) memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan" (Surah al-An'am ayat 108).

Al-Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya al-Jami' li Ahkam al-Quran ketika menafsirkan ayat di atas menyebut: "Kata para ulama: Hukum (larangan mencerca sembahan golongan non-muslim) kekal dalam umat ini dalam semua keadaan selagi seorang kafir (unbeliver) terhalang dari mencerca Islam ataupun Nabi a.s. ataupun Allah, maka tidak halal untuk muslim mencerca salib mereka, atau agama mereka atau gereja mereka. Jangan melakukan sesuatu yang membawa ke arah tersebut kerana ia sama dengan menggalakkan maksiat" (7/61, Beirut: Dar al-Fikr)

Akhlak Nabi Muhammad

Jika kita melihat kepada pendirian Nabi Muhammad s.a.w, kita dapati baginda adalah sebaik dan semulia-mulia insan dalam berinteraksi dengan semua pihak, termasuk mereka yang tidak beriman dengannya (unbelievers). Justeru itulah kedatangan Nabi Muhammad ke alam ini dianggap sebagai rahmat untuk seluruh alam yang meliputi Muslim, bukan Islam, manusia, haiwan, tumbuhan, alam sekitar dan segalanya.

Dalam hadis, Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu'ahid (rakyat bukan Islam) ataupun mengurangkan haknya, ataupun membebankannya di luar kemampuannya, ataupun mengambil sesuatu (hak) daripadanya tanpa kerelaannya, maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat". (Riwayat Abu Daud, sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad s.a.w memberi amaran kepada sesiapa yang melakukan apa sahaja bentuk penindasan kepada warga bukan Islam yang berada di bawah pentadbiran Muslim. Baginda memberikan jaminan kepada bukan Islam yang tertindas itu bahawa baginda sendiri akan berhujah menentang Muslim yang zalim pada Hari Kiamat kelak. Demikian indahnya keadilan Tuhan yang dinyatakan oleh Islam. Keadilan yang rentas sempadan agama, kaum, puak dan segala sempadan kehidupan.

Maka tidak hairanlah jika Islam dalam sejarahnya menjadi agama yang paling pantas diterima oleh masyarakat manusia di dunia ini. Keindahan budi dan sikap. Sikap Islam ini ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w pada lebih 1430 tahun yang lalu, pada masa masyarakat dunia belum membicarakan tentang toleransi agama.

Pada zaman kekejaman atas nama Tuhan berlaku di setiap lapisan masyarakat manusia, Nabi Muhammad membawa sikap yang begitu toleran sekali. Bahkan menjadikan menjadi hubungan baik antara penganut agama itu ada nilai dosa dan pahala di sisi Tuhan. Inilah yang membawa Islam menjadi kuasa yang dihormati dan manusia masuk ke dalamnya berbondong-bondong. Namun, apabila semua ini hilang dari akhlak kaum muslimin, maka kita sentiasa berada di belakang, merasa tertekan dan 'offensive' selalu.

Teladan sahabat

Pesanan Nabi s.a.w ini menjadi pegangan para pemerintah selepas baginda yang mengikuti jalan baginda. Marilah merenung surat Khalifah 'Umar bin al-Khattab kepada gabenornya di Mesir iaitu 'Amr bin al-'As. Dalam surat itu 'Umar menyebut: "Ketahuilah wahai 'Amr, sesungguhnya Allah melihat engkau dan amalanmu. Sesungguhnya Allah berfirman dalam kitabnya "(mereka berdoa: wahai Tuhan) jadilah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa" (Surah al-Furqan:74) tujuannya agar dicontohi.
Sesungguhnya (wahai 'Amr) bersamamu terdapat ahl zimmah (rakyat bukan Islam) dan 'ahd (bukan Islam yang mengikat perjanjian). Rasulullah s.a.w telah berpesan mengenai mereka.

Baginda juga berpesan mengenai kaum qibti (Coptic) dengan menyebut: "Aku berpesan agar kamu berbuat baik kepada kaum qibti kerana bagi mereka hak perlindungan dan hubungan rahim (keluarga)". Kekeluargaan mereka disebabkan Nabi Ismail a.s. dari keturunan mereka. Nabi s.a.w juga bersabda:
"Ketahuilah! sesiapa yang menzalimi mu'ahid (rakyat bukan Islam) ataupun membebankannya di luar kemampuannya maka aku menjadi penentang sesiapa yang berbuat demikian itu pada Hari Kiamat".

Jaga-jaga wahai 'Amr jangan sampai Rasulullah itu memusuhimu kerana baginda akan menentang musuhnya…sesungguh aku ini takut jika seekor unta yang berada di bawah wilayahmu mati tersesat jalan lalu aku ditanya oleh Allah pada Hari Kiamat" (Kanz al-'Umal 5/760).

Di manakah hendak kita cari ketelusan dan ketulusan yang seperti itu. Ramai yang mengakui pemerintah Muslim tapi bukan sahaja tidak kisah jika unta mati, bahkan tidak peduli jika rakyat terbunuh tanpa sebab yang sah.

Dalam riwayat dari Sa'sa'ah, berkata: Aku bertanya Ibn 'Abbas: "Kami berjalan di tanah ahl zimmah (rakyat bukan Islam) lalu kami ambil apa yang terdapat padanya". Tanya Ibn 'Abbas: "Tanpa sebarang harga?". Jawabku: "Ya". Tanya Ibn 'Abbas lagi: "Apa pendapat kamu?". Kami jawab: "Halal, tiada masalah". Kata Ibn 'Abbas: "Kamu bercakap macam dengan ahlul kitab (seperti yang al-Quran ceritakan dalam Surah Ali-'Imran: 75) "(mereka berkata) Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang ummi (buta huruf) dan, mereka selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui". (al-Qasim bin Salam, al-Amwal. 1/395).

Inilah Islam. Inilah keindahannya. Sikap yang benar dan adil untuk semua. Terlalu banyak riwayat dalam sejarah kegemilangan Islam jika hendak dinukilkan mengenai keadilan Islam kepada penganut agama lain. Islam yang seperti itu tidak "defensive' tetapi sentiasa maju ke depan mempengaruhi pemikiran manusia yang berakal.

M'sia mampu laksana pendidikan percuma jika subsidi ditarik

Posted: 18 Jan 2013 03:16 AM PST



 
Malaysia boleh melaksanakan pendidikan 100 peratus percuma hanya jika semua subsidi keperluan asas termasuk petrol dan diesel dimansuhkan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun katanya, jika itu yang dilakukan rakyat keseluruhan akan berdepan pelbagai kesukaran, termasuk menanggung peningkatan harga barangan.

"(ini) seperti penduduk di beberapa negara Eropah seperti Sweden, Perancis, Sepanyol dan Portugal yang tidak mendapat subsidi dan terpaksa membeli barangan keperluan asas berdasarkan harga pasaran semasa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Kerayong dekat Bera hari ini.

Beliau berkata di Sepanyol misalnya, kadar inflasi dan pengangguran di negara itu meningkat 20 peratus berbanding Malaysia yang dilihat masih boleh mengatasi inflasi dan kadar pengangguran.

"Harga barang yang meningkat tanpa subsidi menyebabkan rakyat susah dan kadar pengangguran terus meningkat, nisbahnya dalam 100 orang penduduk di Sepanyol, 20 daripadanya adalah penganggur," katanya.

Beliau berkata diminta mengulas saranan seorang pelajar jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang meminta kerajaan memberi pendidikan percuma seperti pelajar di Switzerland, Venezuela dan beberapa negara Amerika Latin pada satu forum di UUM, Sintok baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata kerajaan mengeluarkan peruntukan berbillion ringgit setahun bagi menanggung subsidi untuk mengelak rakyat menangung bebanan kenaikan harga barang.

"Sebenarnya Malaysia telahpun memberikan pendidikan percuma dari tahap sekolah rendah hingga sekolah menengah.

"Di peringkat universiti, kerajaan menanggung 90 peratus daripada pembiayaan perbelanjaan untuk mahasiswa melanjutkan pelajaran," katanya.

Selain itu katanya, rakyat di negara yang memberikan pendidikan 100 peratus percuma dikenakan cukai pendapatan yang tinggi dan tidak mendapat perkhidmatan lain secara percuma.

Sebanyak 14,000 pelajar di daerah Bera akan menerima bantuan persekolahan itu melibatkan peruntukan RM1.4 juta.-Bernama

Wujudkah 'Projek IC' di S'gor, Anwar tanya SPR

Posted: 18 Jan 2013 03:12 AM PST



 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut penjelasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sama ada modus operandi untuk memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi, seperti yang didedahkan dalam siasatan suruhanjaya diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah, juga berlaku di Selangor .

Beliau berkata, kerajaan negeri Selangor telah menjalankan kajiselidik mengenai pengundi baru di negeri itu pada suku keempat tahun 2011, dan terdapat kira-kira 134,000 pengundi baru yang tidak dapat dikesan.

Anwar bertanya adakah mereka ini tergolong di bawah kategori yang sama seperti yang dijelaskan dalam RCI.

"Kita perlu respons segera dari SPR, kerana ia telah berlaku pada masa lalu dan kami mempunyai bukti untuk menyokong hujah tersebut.

"Bolehkah kita mendapatkan jaminan mutlak daripada SPR bahawa ini tidak akan berlaku?" Beliau mempersoalkan semasa sidang akhbar hari ini.

Himpunan #KL112: Polis panggil Mat Sabu

Posted: 18 Jan 2013 03:07 AM PST

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA

 Himpunan #KL112: Polis panggil Mat Sabu
Keratan Muka Depan Akhbar Sinar Harian 13 Januari 2013
 
SHAH ALAM - Polis mengambil keterangan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu hari ini berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu.

Mohammad diambil keterangan di sebuah restoran di di sini, kira-kira jam 9 pagi.

"Ini merupakan prosedur biasa buat polis. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangannya diambil selama 15 minit oleh dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketika ditanya mengapa keterangan itu diambil di restoran berkenaan, Mohammad menjelaskan, beliau mempunyai tugas penting di sini.

"Saya yang meminta pegawai tersebut datang ke sini," katanya.

Saifuddin: 'Sharifah Zohra patut hujah dengan bijaksana'

Posted: 18 Jan 2013 03:04 AM PST

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Datuk Sai­fuddin Abdullah

SHAH ALAM - Sambil menyifatkan KS Bawani sebagai seorang yang "komited dan sopan", Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini membidas Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang disifatkan beliau telah memperkecilkan mahasiswa undang-undang dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu.

"Tak perlu mengguna ayat-ayat yang boleh membawa maksud mencadangkan Bawani keluar dari Malaysia dan UUM.

"Adalah lebih baik kalau Sharifah berhujah dengan bijaksana, dengan pengajaran yang baik, berdebat dengan cara yang terbaik," katanya menerusi SMS kepada Sinar Harian Online.

Terdahulu, beliau mengadakan sesi pertemuan "teh tarik" dengan KS Bawani di ibu negara.

Nama Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dan Bawani tiba-tiba menjadi bualan hangat setelah klip video berdurasi sekitar 20 minit membabitkan mereka berdua tersebar luas di internet.

Video menyaksikan Bawani yang sedang lantang berhujah cuba dihentikan oleh Sharifah yang akhirnya mengundang suasana tegang apabila Bawani enggan berhenti bercakap.

Sharifah kemudiaannya mengulangi perkataan "listen" sebanyak 11 kali sebelum menarik pembesar suara itu daripada Bawani.

Menurut Saifuddin, Sharifah Zohra tidak sepatutnya memperlakukan Bawani sedemikian rupa.

"Saya kesal kerana insiden ini berlaku. Bawani sepatutnya dibenarkan menghabiskan percakapannya. Sharifah tidak sepatutnya menarik pembesar suara untuk menghentikan Bawani bercakap. Ada cara lebih baik daripada itu," ujar beliau.

Beliau yang ada menghubungi dan bertemu sendiri dengan Bawani dan rakan-rakannya berkata, insiden seperti ini jika berterusan akan mewujudkan keadaan seperti "api dalam sekam".

"Saya dapat menyelami perasaan mahasiswa berkaitan insiden ini. Sebelum ini, saya mendengar pelbagai aduan tentang kes-kes mahasiswa dan orang muda diperlekehkan, diperkecilkan atau terlalu dikawal oleh sesetengah pihak. Sebab itu insiden ini menggamit minat ramai mahasiswa dan orang muda," katanya sambil menyeru pelbagai pihak mengambil iktibar daripada insiden tersebut.

Semalam, Naib Cancelor UUM, Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak akur Bawani agak kasar ketika bertanyakan soalan, namun katanya, Sharifah Zohra boleh memilih untuk menjawab secara profesional dan berhemah.

"Apa yang berlaku itu saya agak kesal kerana cara soalan itu dikendalikan, saya rasa boleh dengan cara yang lebih baik, cara soalan itu dijawab juga agak keras dan agak kasar, agak kurang sesuai.

"Saya terkilan dengan pendekatan dia menjawab soalan yang saya kira agak kurang profesional lah," katanya.

Ali Rustam mahu tanding kerusi parlimen

Posted: 18 Jan 2013 02:59 AM PST

SITI SHAHROSAMIRAH & NORDIANA JOHARI

Mohd Ali: Ambil tindakan berani dah tegas terhadap Paderi Gay
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam 
 
MELAKA - Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Kata beliau, hasratnya sudah diketahui banyak pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun masih belum diputuskan pemimpin tertinggi parti.

"Keputusan yang saya ambil untuk bertanding di Parlimen terletak di tangan Perdana Menteri untuk memutuskannya.

"Namun sehingga kini keputusan saya untuk bertanding di kerusi Parlimen masih belum diputuskan oleh Najib," katanya selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 di Sekolah Kebangsaan Dato' Palembang, di sini, semalam.

Tanpa memberitahu kerusi Parlimen mana yang akan ditandinginya, Mohd Ali berkata, pembahagian kerusi di negeri ini sudah diselesai dan dipersetujui semua parti.

"Kita ikut cadangan yang telah dikemukakan awal kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan tidak ada perubahan baru di saat-saat akhir," katanya.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Disember 1999. Beliau sebelum itu pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Timbalan Menteri Kesihatan.

Sementara itu laporan Bernama memetik Mohd Ali berkata pembahagian kerusi bagi PRU13 di Melaka telah selesai dan dipersetujui semua parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada perubahan baru buat sementara ini dan kita akan ikut cadangan awal yang telah dikemukakan kepada Pengerusi BN sebelum  ini," katanya.

Katanya, berdasarkan perancangan sekarang, hanya kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksamana yang sebelum ini ditandingi MCA, akan diserah kepada Parti Progresif Penduduk (PPP) untuk ditandingi Pengerusi PPP negeri Datuk Chiw Tiang Chai.

Mahathir: K'jaan pimpinan Najib kini lemah

Posted: 17 Jan 2013 08:45 PM PST



Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini berada dalam keadaan "lemah" dan "takut menggunakan kuasa".

Katanya, beliau melihat perkara itu rentetan daripada penyusutan sokongan rakyat pada 2008 yang menurutnya kurang yakin dengan pemimpin pada masa itu.

NONETambahnya, BN juga akan meraih kemenangan "kosong" sekiranya kekal menang dengan sokongan dan undian yang merosot dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ini soal kuat dan lemah. Bila kita kuat orang tak berani cabar kita. Bila kita kuat, orang tahu majoriti sokong kita.

"Pada pilihan raya 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.

"Tapi bila tak sokong ia jadi lemah kerana dulu ada sokongan yang ramai dan kuat.

"Sekarang mereka jadi lemah dan apa yang kita lihat sekarang ialah kerajaan yang lemah.

"Kalau dalam pilihan raya umum akan datang ini, katakanlah merosot lagi, walaupun menang, ia satu kemenangan yang kosong," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya hadirin ketika sesi soal jawab dalam program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.

NONEIndividu berkenaan meminta Mahathir menjelaskan mengapa kerajaan pada masa ini dilihat lemah sehingga banyak tindakannya, seperti Sistem Penguatkuasaan Automatik untuk pesalah trafik, dipertikai ramai pihak.

Mahathir seterusnya berkata, kerajaan yang lemah tidak berani untuk bertindak menggunakan kekerasan malah turut menghapuskan kuasa yang ada.

"Kerajaan yang lemah ialah kerajaan yang memang takut terutama dalam demokrasi kerana kita bertindak salah, kemungkinan akan kalah lagi. Kita mungkin akan hilang kuasa.

"Sebab itu kita lihat sekarang ini, kita tak berani bertindak menggunakan kekerasan bahkan kita hapuskan segala kuasa yang ada pada kita.

"ISA umpamanya. Apa yang kita malu sangat dengan ISA ini?," katanya sambil memberikan contoh Amerika yang menurutnya menangkap pengganas tanpa mengikut undang-undang.

Dengan membandingkan ISA dengan kem tahanan Amerika Syarikat di Guantamo Bay, Mahathir berkata, tindakan penahanan yang dilakukan Malaysia masih mengikut undang-undang.

"Bila Amerika dan Britain diserang oleh pengganas, mereka tangkap dan tahan orang tanpa undang-undang yang mana lebih teruk dari kita.

"Kita masukkan orang dalam tahanan ikut undang-undang ISA untuk menahan orang, dia (Amerika) tak ada undang-undang untuk tangkap dan mereka sanggup seksa yang mana kini dibenarkan di Amerika.

"Kita kalau nak cakap kononnya kezaliman kita di sini, kenapa kita tak tegur orang yang lebih zalim dari kita yang suka tegur kita?," soalnya.

MP Shah Alam kekal dapat gantirugi RM60,000

Posted: 17 Jan 2013 08:44 PM PST



 
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhadmembayar RM60,000 sebagai gantirugi kepada anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu.

Keputusan itu dibuat panel hakim lima anggota diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Panglima Richard Malanjum semalam sewaktu menolak permohonan semakan oleh Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar gantirugi itu.

Panel hakim lain terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, juga mengarahkan Utusan membayar kos guaman RM10,000 kepada Khalid Samad.

Utusan Melayu, yang diwakili peguam Mohana Kumar menegaskan wujud ketidakadilan kerana Mahkamah Rayuan melucutkan hak syarikat untuk lanjutan masa bagi memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu (terhadap keputusan Mahkamah Tinggi) di Mahkamah Rayuan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Mahkamah Rayuan 1994.

Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Khalid berhujah tidak berlaku ketidakadilan kepada Utusan Melayu.

Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, berhubung penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia pada 11 September 2009.

Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 September 2009.

Pada 30 September 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'.

Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.

Pada 24 Mei tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.

Mahkamah membenarkan permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000 kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.

Utusan Melayu mengambil pendirian bahawa ia tidak memerlukan kebenaran untuk merayu berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2011 dalam kes Harcharan Singh, Sohan Singh lawan Ranjit Kaur S.Gean Singh. Bernama

Deepak gesa Najib nyatakan kebenaran mengenai SD2

Posted: 17 Jan 2013 08:37 PM PST



MALAYSIA KINI


Ahli perniagaan permaidani, Deepak Jaikishan hari ini membalas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan kredibilitinya, dengan menuntut perdana menteri menyatakan kebenaran di sebalik akuan bersumpah (SD) kedua penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

deepak 110113 01"Nampaknya jawapan anda yang tidak boleh dipercayai, manakala
apa yang saya telah didedahkan dengan terperinci mengenai kes pembunuhan ini adalah benar," kata Deepak dalam satu kenyataan pagi ini.

"Boleh saya cadangkan anda sebagai perdana menteri sekarang, menjelaskan kebenaran mengenai akuan bersumpah kedua (SD2) kepada rakyat Malaysia dan bukan hanya duduk di atas kerusi PM seperti 'sitting duck'!"

Ahli perniagaan permaidani itu, yang telah membuat beberapa tuduhan serius terhadap perdana menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, sekali lagi menggesa pasangan itu supaya menjawabnya.

NONEMalam tadi, Najib memecah kebisuannya berhubung dakwaan Deepak bahawa beliau dan keluarganya terlibat dalam operasi menutup SD Balasubramaniam, yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Deepak mendakwa dia telah diminta oleh Najib dan Rosmah supaya meminta Balasubramaniam, yang hidup dalam buangan di India, menarik balik SD asalnya.

"Ianya tidak benar. Yang itu (Deepak) bukan orang yang boleh dipercayai," kata Najib dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mesyuarat majlis tertinggi BN malam tadi.

Isu Air : Mohd Zin Jadikan 5 Juta Penduduk Selangor Sebagai Tebusan Politik

Posted: 17 Jan 2013 08:35 PM PST


faekah

SHAH ALAM : Tuduhan Koordinator BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed bahawa Kerajaan Selangor bermain politik dalam isu air seperti memperjudikan nasib dan kepentingan lebih 5 juta pengguna di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Jelas Faekah, usaha Kerajaan Negeri mengambilalih perkhidmatan air dengan niat semata-mata mahu menjaga kebajikan pengguna yang selama ini tidak mendapat pembelaan kerana kerajaan sebelum ini hanya mementingkan tembolok dan kroni sendiri.

Sehingga kini rakyat dipaksa menggunakan perkhidmatan syarikat konsesi yang langsung tiada kepakaran dalam industri air menyebabkan rakyat mendapat perkhidmatan tidak memuaskan seperti gangguan bekalan air serta kadar tarif yang tidak munasabah.

"Malangnya, selepas empat tahun berunding usaha pengambilalihan ini masih gagal kerana kerajaan Pusat tidak menyokong usaha ini lantaran lebih mementingkan syarikat konsesi daripada kebajikan rakyat.

"Bukan sekadar itu, syarikat konsesi ini mendapat sokongan kuat daripada pemimpin-pemimpin Umno yang turut melemparkan tuduhan tidak berasas mengenai isu air dan menghentam usaha Menteri Besar, Tan Sri Seri Abdul Khalid Ibrahim mengambilalih perkhidmatan air,"katanya dalam satu kenyataan media.

Faekah juga mempersoalkan siapa sebenarnya yang bermain politik dalam isu ini.

"Jika sememangnya kerajaan Persekutuan tidak setuju perkhidmatan air diambilalih kerajaan negeri, mengapa mereka meluluskan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membenarkan kerajaan negeri mengambilalih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi? Mengapa penstrukturan air boleh dilaksanakan di Terengganu, Perak dan Melaka dan tidak Selangor,? soalnya.

Faekah juga yakin, sekiranya Kerajaan Negeri diberi peluang mengurus sendiri air ia akan membuktikan dasar penswastaan BN yang diberi kepada kroni adalah gagal.

Oleh itu, tidak hairan pemimpin Umno bermati-matian mempertahankan konsesi ini dan akan melakukan apa sahaja untuk menggagalkan usaha Pakatan Rakyat Selangor di dalam isu air ini.

Ini kerana, BN percaya jika kerajaan Selangor dibenar mengambilalih perkhidmatan air maka peluang mereka untuk kembali menang di Selangor akan terus terkubur.

"Kita sebenarnya telah menerima maklumat risikan bahawa Umno akan menggunakan isu air untuk mengadu domba rakyat.

"Bagaimanapun Menteri Besar telah mengarahkan semua PBT bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya.

Justeru, apabila lima buah pam di Wangsa Maju tiba-tiba rosak serentak maka semua PBT di Selangor terus bergerak membantu kawasan-kawasan terlibat termasuk di Wilayah Persekutuan. Kecekapan dan sikap tolong menolong semua pihak telah mengurangkan impak sabotaj yang dilancarkan BN.

Faekah juga membidas sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang berkali-kali merayu agar diberi peluang untuk BN kembali mentadbir Negeri Selangor dilihat begitu terdesak.

"Janji Najib untuk selesaikan isu air jika BN berjaya menawan semula Selangor menguatkan bukti bahawa BN menjadikan rakyat Selangor dan Lembah Klang sebagai tebusan politik. Janji berupa ugutan tersebut lebih menonjolkan sifat buruk pimpinan Umno apatah lagi datangnya dari pemimpin tertinggi.

"Md Zin sepatutnya malu untuk menuduh kerajaan hari ini berpolitik dalam isu air sedangkan pemimpin tertinggi Umno yang begitu jelas telah hilang wibawa semata-mata mahu mengambil semula Selangor,"tegasnya.

Tambahnya, sukar untuk mempercayai beliau boleh mengeluarkan hujah dangkal kononnya kerajaan negeri berkuasa sepenuhnya ke atas Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana Syabas adalah anak syarikat Kerajaan Negeri. Jika Syabas anak syarikat kerajaan Selangor, kita tidak akan berdepan dengan masalah sebegini.

Hakikatnya Kerajaan Negeri hanya mempunyai saham 30 peratus dalam SYABAS manakala pemegang saham ter besar adalah Puncak Niaga dan Kementerian Kewangan Diperbadankan pemegang saham emas.

Golden Share atau saham emas dalam syarikat konsesi ini yang memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan untuk membuat keputusan sebagaimana termaktub di dalam WSIA. Malangnya Kerajaan Persekutuan lebih suka berpolitik dan mengutamakan kepentingan kroni berbanding rakyat teramai.

'Jika Mohd Zin mahu menjadi jaguh dalam isu air ini, seloknya beliau membuat kajian dan penyelidikan yang lebih mendalam agar sekurang-kurangnya mempunyai sedikit kredibiliti ketika membuat tuduhan ke atas Pakatan Rakyat,"katanya lagi.

Tiga aktivis PAS Tampin didakwa esok

Posted: 17 Jan 2013 08:30 PM PST

Wan Nordin Wan Yaacob,


SEREMBAN: Tiga aktivis PAS Tampin akan didakwa di Mahkamah Majisteret Tampin pada Jumaat (esok)  jam 9 pagi atas tuduhan mengganggu tugas penjawat awam.

Menurut satu makluman veteran PAS Tampin, Ali Maiden (gambar), kes ini adalah lanjutan tindakan aktivis PAS yang menghalang  dua orang yang tidak dikenali  membuang poster dan kain rentang ceramah membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gemas pada bulan Januari  tahun  lalu.

Kata Ali,  pihak yang tidak dikenali itu melarikan diri selepas dikejar oleh aktivis PAS.

Malah tambahnya kemudian pihak tersebut menukar pakaian kepada pakaian seragam Majlis Daerah Tampin  di Balai Polis Gemencheh, Negeri Sembilan.

Ali mendakwa, salah seorang yang akan didakwa, Zanil Suboh memaklumkan kepada beliau bahawa mereka (tukang buang poster) adalah orang yang diupah pihak tertentu untuk mensabotaj program Pakatan Rakyat.

"Semua penyokong Pakatan Rakyat dijemput hadir memberi sokongan kepada aktivis PAS yang bakal didakwa  iaitu Zanil Suboh yang juga Ketua Penerangan  PAS Tampin, Musa Ali (warga Felda Bukit Rokan) dan Saudara Mohamad (warga Felda Bukit Jalor), " kata Ali lagi.

Mahathir Pemanipulator Sejarah : Azmin

Posted: 17 Jan 2013 08:25 PM PST

MSO

Mahathir seorang yang angkuh tidak pernah menyesal dengan kesalahan dan manipulator sejarah yang tidak bertanggungjawab, demikian tegas Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali. 

Katanya percubaan Mahathir untuk mengheret bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman dalam kekotoran yang dilakukan adalah satu perbuatan kekotoran dan hina. 

Kata Azmin, Mahathir cuba mengheret nama Tunku untuk menghalalkan perbuatannya memberi IC palsu kepada warga asing di Sabah sama dengan apa yang Tunku Abdul Rahman laksanakan selepas merdeka yang memberikan IC menerusi dasar Jus soli. 

Berikut adalah kenyataan penuh Azmin:


Kenyataan terkini oleh Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membersihkan dirinya daripada segala salahlaku dalam pemberian kad pengenalan haram yang sedang dalam siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja menggambarkan dirinya sebagai angkuh, tidak menyesal dan manipulator sejarah yang tidak bertanggung jawab.
Percubaan Dr. Mahathir untuk mengheret Perdana Menteri yang pertama, Tunku Abdul Rahman, dalam kekotoran ini adalah keji dan hina. Beliau cuba untuk mengaburi pandangan rakyat dengan menyamakan penipuan kad pengenalan yang dikendalikan dalam keadaan sembunyi semasa beliau memegang tampuk kuasa Perdana Menteri dengan pemberian kewarganegaraan di semenanjung Malaysia semasa era Tunku.
Beliau berterusan menghina akal kita dengan menganggap bahawa rakyat tidak berupaya untuk membezakan antara operasi gelap yang diselubungi rahsia yang sememangnya suatu jenayah dengan perkara yang berlaku dengan keputusan secara kolektif semasa pembentukan sejarah kemerdekaan kita. Maka, yang kedua itu bukanlah subjek siasatan sepertimana projek kad pengenalan tersebut. Oleh itu Dr. Mahathir harus hentikan sikap berdolak-dalih beliau yang mengalih tumpuan kita terhadap isu utama.
Projek haram ini berlaku hanya dua minggu sebelum Plihan Raya Umum 1994 dan Dr Mahathir harus berhenti berpura-pura yang beliau tidak mampu melihat kaitannya dengan konklusi yang jelas bahawa wujud skim kewarganegaraan untuk undi.
Saya tetap terkejut apabila mendapati bahawa pesalah-pesalah dalam penipuan tersebut telah menginap di rumah Aziz Shamsuddin dan membuat manfaat daripadanya sebagai pusat operasi untuk mengeluarkan kad pengenalan palsu tersebut. Tidak lebih mengejutkan apabila ada keterangan bahawa Megat Junid Megat Ayub pernah mengarahkan pegawai atasan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengeluarkan resit penerimaan kad pengenalan itu.
Aziz Shamsuddin dan Megat Junid tidak mungkin mampun melaksanakan penipuan yang sebegitu rapi tanpa arahan atau persetujuan daripada orang atasan mereka, yang tentunya ketika itu adalah Dr. Mahathir.
Saya tetap dengan seruan saya bahawa Dr. Mahathir harus disiasat atas dakwaan mengkhianati rakyat dan Negara dengan menjual kedaulatan kita dengan mengizinkan skim keji ini hanya untuk memastikan UMNO dan Barisan Nasional kekal di Sabah.
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden

Kelantan tampil selebriti hiburan, sukan, dakwah

Posted: 17 Jan 2013 08:22 PM PST

Salmah Mat Husain,




KOTA BHARU: Kehangatan politik diredakan seketika kerajaan Kelantan dengan menampilkan sekali lagi program Bicara Selebriti. Kali ini selebriti hiburan, sukan dan dakwah ditampilkan.

Program sempena Hari Hiburan Islam akan diadakan pada 20 Januari ini, bertempat di Balai Islam.

Peminat akan dipertemukan artis Pierre Andre. Selebriti Indonesia, Oki Setiana Dewi muncul kali kedua di sini. Selebriti sukan, Azizul Hasni dan Ustaz Zamri Mantop mewakili selebriti dakwah.

Pengarah program, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, sebelum ini hanya ditampilkan selebriti dunia hiburan dan dakwah sahaja.

"Namun kali ini kita tampilkan selebriti sukan Azizul Hasni. Kita menyedari anak muda begitu berminat dengan aktiviti sukan.

"Kita juga ingin mempelbagaikan aktiviti sukan kepada golongan muda bukan hanya bola sepak semata-mata, kerana itu diundang jaguh lumba basikal negara, Azizul Hasni," ujarnya di sini.

Program berkenaan akan dikendalikan selebriti TV al-Hijrah, Amin Idris bermula 9.00 malam.

Sementara itu pada 21 Januari pula, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan akan menganjurkan program Bicara Wanita, bakal menampilkan Ustazah Asni Mansor.

Di majlis sama artis Janji Manis Mu, Wan Aishah Wan Ariffin dijemput membuat persembahan istimewa.

Program tertutup itu khas untuk wanita, bertemakan "Dari Wanita Untuk Wanita" akan diadakan di Dewan Utama Kompleks Kota Darulnaim bermula jam 9 pagi.

43 ahli tinggalkan Umno di Dun Gual Ipoh

Posted: 17 Jan 2013 08:19 PM PST

M Zin & Yaakub Dasan ,




TANAH MERAH: Sekarang bukan sahaja rakyat yang muak dengan tindak tanduk pemimpin Umno, sebaliknya ahli dan penyokongnya sendiri juga mempamerkan sikap serupa.

Ekoran itu ada yang tidak mahu menunggu pilihan raya umum ke-13 (PRU) bagi menghukum Umno, sebaliknya ramai sudah berkerat rotan dengan parti itu sekarang.

Malam tadi seramai 43 ahli dan penyokong Umno di Kampung Gobek, Dun Gual Ipoh meninggalkan parti lama dan menyerah borang menyertai PAS.

Sudin Nuh, 37 mewakili rakan-rakan lain menyerahkan borang memohon keahlian PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasurudin Daud. Detik bersejarah itu disaksikan ramai penduduk tempatan.

Hadir sama pada program ceramah tersebut Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Adun Gual Ipoh, Wan Yusof Wan Mustafa.

Kampung Gobek merupakan kubu tradisi Umno, kini semakin ramai meningggalkan parti tersebut. Ekoran itu Bilik Gerakan Pilihanraya PAS Kampung Gobek turut dirasmikan malam tadi.

Sudin ketika berucap pada program berkenaan berkata, beliau dan rakan-rakan tidak mahu lagi kepada Umno selepas menyedari apa yang berlaku sekarang.

"Kami tidak sir lagi Umno. Sudah sampai masanya kami bersama meneruskan perjuangan dengan PAS bagi menghabiskan sisa-sisa usia," katanya.

Sementara itu di RANTAU PANJANG krisis dalaman Umno bahagian ini semakin jelas sekarang. Ternyata "kudis" sejak 2008 masih belum reda.

Biar pun tidak ada sepanduk dinaikkan seperti di Pengkalan Chepa baru-baru ini, namun riak-riak kekecohan tidak mampu disembunyikan lagi. Suara tidak puas hati semakin jelas kedengaran.

Biar pun kelihatan seperti tenang, namun suara-suara riuh di peringkat cawangan tidak mampu disembunyikan lagi.

Kudis lama antara ketua bahagian, Datuk Abdullah Mat Yasin dan bekas ketua bahagian, Datuk Mohd Zain Ismail kini membekak semula.

Abdullah yang disebut-sebut sebagai calon Parlimen Rantau Panjang kini berdepan dengan cabaran apabila difahamkan tidak disenangi pengikut Mohd Zain.

Teruskan program asalkan berpakaian sopan - Azizan

Posted: 17 Jan 2013 08:15 PM PST

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Garis panduan persembahan hiburan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah telah sedia ada sejak 2008 serta tiada pihak yang mempertikaikannya.

Namun, mengapa hampir kepada Pilihanraya Umum ke-13, ia menjadi 'isu'.

Demikian penegasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) bagi mengulas mengenai garis panduan persembahan hiburan yang dibangkitkan oleh MCA serta Gerakan Kedah, lapor portal rasmi kerajaan negeri semalam.

Berhubung penganjuran program '1 Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013' yang dijadualkan pada 15 Februari depan di Star Walk, Alor Setar, kerajaan negeri membenarkan program tersebut diteruskan dan penganjur hendaklah memastikan bahawa setiap peserta yang terlibat dengan persembahan di pentas sama ada lelaki dan perempuan (kanak-kanak dan dewasa) mestilah berpakaian sopan atau tidak menjolok mata.

"Pokok utama garis panduan itu memastikan bahawa semua persembahan di Kedah adalah terkawal tak kiralah pada orang bukan Islam ataupun Islam untuk menghormati budaya dan adat setempat.

"Jadi kita dah beritahu mereka boleh terus persembahan, sama ada lelaki dan perempuan tetapi pastikan pakaian mereka itu tidak menjolok mata, itu saja, tak lebih dari tu," jelas beliau bagi merungkai segala kekeliruan pelbagi pihak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Penanaman Pokok Peringkat Daerah Yan yang diadakan di Kampung Permatang Buluh, Yan.

Tambah beliau, pihak penganjur program tersebut boleh berjumpa Exco berkenaan bagi membincangkan masalah tersebut, bukannya mengadu kepada MCA yang hanya mahu jadikannya 'isu'.

"Dulu dah ada yang buat dan bincang dengan Exco, ada yang bersetuju, ada yang batalkan konsert bimbang gagal mengikut garis panduan.

"Tapi mengapa yang ini mengadu pada MCA yang tak ada modal, jadi dia nak cari isu yang boleh tunjuk dia adalah 'hero' pada orang Cina," jelas beliau.

Hadir sama pada majlis tersebut adalah Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Dr Abd Isa Ismail, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pegawai Daerah Yan, Zahari Ismail.

Pampasan: Kementerian perlu jelaskan pendedahan Nizar

Posted: 17 Jan 2013 08:13 PM PST

Harakahdaily,

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini mendesak Kementerian Kewangan menjelaskan berapakah jumlah sebenar pampasan yang dibayar kepada mangsa Landasan Keretapi Maut oleh Kerajaan Jepun, sekiranya mereka mendakwa memo kementerian yang diterima seperti yang didedahkan oleh Datuk Seri Nizar Jamaluddin telah dipalsukan.


"Kalau jumlah RM207 bilion itu didakwa palsu dan tidak benar, berapa jumlah sebenar?" tanya beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau berkata kerajaan BN tidak boleh berlepas tangan membiarkan mangsa yang kini hidup menderita akibat kekejaman tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua,

Katanya, semua mangsa dan waris berhak mengetahui dan mereka mempunyai hak perundangan dan syarat di atas wang tersebut.

"Kerajaan BN jangan hanya menunjukkan baik dengan pelbagai bantuan menjelang PRU, andainya wang pampasan mangsa tidak dikembalikan. Kerajaan BN sepatutnya merasa malu apabila kedutaan Jepun menulis surat bertanyakan hal tersebut kerana ia melibatkan maruah negara," kata beliau.

Kini, kata Tuan Ibrahim mangsa juga berhadapan dengan berita yang sangat menyedihkan bilamana wang sepatutnya dibayar kepada mereka telah disalahgunakan oleh kerajaan bagi membina projek perkapalan MISC sebagaimana didakwa (merujuk kepada laporan Utusan Malaysia bertarikh "11/05/2007" bertajuk "Kes Tuntutan Buruh Paksa").


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_05.htm.#ixzz2I6nZYP4O

Dalam laporan tersebut, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar, Ahmad Shabery Cheek berkata wang tersebut telah digunakan untuk menubuhkan Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC).

PAS, kata Tuan Ibrahim, akan terus menuntut penjelasan dan desakan sehingga wang pampasan tersebut dikembalikan kepada yang berhak.

Penentuan Calon BN Hampir Selesai

Posted: 17 Jan 2013 04:20 PM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) hampir selesai membuat pembahagian kerusi dan memutuskan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau yang juga pengerusi BN berkata, parti itu juga sedang memberi tumpuan terhadap kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya umum.


"Kita memberi tumpuan kepada kesiapsiagaan pilihan raya…seperti mana kita sedia maklum masanya akan tiba tidak lama lagi untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Semua parti komponen Barisan Nasional telah diberi panduan yang jelas dan kita akan tentukan beberapa perkara…soal pembahagian kerusi antara parti komponen Barisan Nasional hampir selesai.

"Begitu juga dalam soal penentuan calon-calon sebahagian besar telah pun diputuskan," katanya kepada para pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN dekat sini, Khamis malam.

Jangan polemikkan keterangan awal

Posted: 17 Jan 2013 04:19 PM PST

KL TODAY

 

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu meneliti keseluruhan siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap masalah pendatang tanpa izin di Sabah sebelum membuat sebarang kesimpulan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata semua pihak tidak boleh membuat kesimpulan awal dengan hanya mendengar keterangan saksi yang telah memberi kenyataan dalam RCI.


Beliau berkata sehingga kini terdapat 160 orang lagi saksi yang belum memberi keterangan dan kredibiliti setiap saksi juga perlu dinilai.

"Justeru, penilaian perlu dibuat secara menyeluruh. Jangan polemikkan sesuatu tanpa mendapat pengesahan terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Korea Selatan, di sini hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani Hishammuddin dan Menteri Kehakiman Korea Selatan Kwon Jae Jin.


Isnin lalu, RCI memulakan pendengaran awam di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah yang dianggotai lima ahli panel dan diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Terma penyiasatan RCI antara lain ialah jumlah pendatang di Sabah yang telah mendapat kad pengenalan biru atau kewarganegaraan, sama ada pengeluaran kad pengenalan atau kewarganegaraan di Sabah adalah selaras mengikut undang-undang, sama ada pendatang yang memiliki kad pengenalan biru atau resit pengenalan  sementara (biru) kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang didaftarkan sebagai pengundi, dan sebab-sebab peningkatan jumlah penduduk Sabah.

Selepas Dr Novandri, Pisau pula buat 'Ralat'

Posted: 17 Jan 2013 04:17 PM PST

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR-Selepas menyerang bertalu-talu diikuti pula oleh media Umno yang lain, blogger Umno, Pisau.net membuat 'Ralat' terhadap tuduhannya ke atas Tuan Guru Nik Aziz 13 Januari lepas
Pisau menyiarkan 'Ralat' dalam medianya dengan tajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan".

Pembetulan itu dibuat kononnya berdasarkan penafian Datuk Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan.

Sebelum ini, blogger Umno, Dr Novandri terpaksa membuat permohonan maaf kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mendakwa Khalid sebagai Bishop.

Permohonan maaf itu dibuat dalam blognya dan juga dalam Harakahdaily.net sebagai syarat penarikan balik saman Khalid Samad terhadap beliau.

Pisau.net sebelum ini dalam postingnya mendakwa Tuan Guru Nik Aziz memberikan tanah kepada pemimpin DAP untuk membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.
Ekoran itu, akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.

Walaupun pembetulan telah dibuat oleh Pisau kononnya baru sedar bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu', pihak-puak lain khasnya Utusan masih belum membetulkan laporannya.
Pelawat laman ini sendiri kesal dengan dakwaan membuta tulis blogger Umno ini.

"Apa pisau penakut la selepas digertak nak kena saman cepat cepat perbetulkan fakta nampak mampuih la hang tu la jadi barua UMNO buat keja buta tuli dah la cukup cukup la apa pun hang jgn harap hang selamat hangeati kena saman gak apa pun selamat berhadapan la dgn masalah ko ini banggang punya bloger," tulis seorang pelawatnya dalam ruangan komen.

Fitnah

Sementara itu, Sinar Harian hari ini melaporkan, ralat yang dibuat oleh blog berkenaan jelas menunjukkan isu yang digembar gemburkan selama ini tidak benar dan berunsur fitnah.

Ia juga membuktikan bahawa Barisan Nasional Perak seakan kehabisan modal dengan menjadikan isu sedemikian sebagai mainan politik.

"Terbukti tuduhan mereka selama ini tidak berasas," kata Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam sidang medianya sambil menunjukkan ralat yang dibuat blogger berkenaan.-Harakahdaily

Tanpa majoriti besar sebuah kerajaan masih dianggap lemah, kata Dr M

Posted: 17 Jan 2013 04:09 PM PST



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengatakan tanpa kemenangan 
majoriti besar 2/3 sesebuah kerajaan tersebut masih dianggap 
lemah. —Gambar oleh Choo Choo May
SHAH ALAM— Tanpa kemenangan majoriti besar 2/3 sesebuah kerajaan tersebut masih dianggap lemah kata Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum hari ini bertajuk "Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Ke-13", serta menambah kerajaan terpaksa mentadbir dalam rasa takut akibat daripada situasi tersebut.
 Mahathir menyifatkan keberanian dan kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan ketika ini adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional hilang majoriti tradisionalnya.

"Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah," kata mantan perdana menteri itu.

"Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan."

Menurut Mahathir lagi, akibat daripada kerajaan yang lemah telah menyebabkan orang ramai kurang yakin dengan kepimpinan sedia ada serta berada dalam keadaan takut jika melakukan kesilapan walaupun berjaya memenangi pilihan raya lalu.

"Akibatnya, orang ramai tidak yakin dengan pemimpin yang ada... Dan kerajaan menjadi lemah," ujar Mahathir lagi.

Mahathir juga memberikan contoh ke atas langkah Putrajaya yang menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai punca daripada sebuah pentadbiran yang lemah.

"Seperti ISA, kenapa kita malu sangat dengan ISA ini?

"Malahan Amerika Syarikat juga menangkap orang tanpa dibicarakan, mereka menahan orang tanpa mengikut undang-undang," kata beliau lagi.

Di samping itu, PM paling lama tersebut juga memberikan amaran sekiranya perkara ini tidak ditangani dan kerajaan masih lemah, keadaan lebih buruk akan menimpa negara terutamanya melibatkan bangsa Melayu.

"Jika kita benarkan menjadi lemah, kita akan jadi lebih teruk lagi," tambah beliau.

Menjelang PRU yang akan diadakan tahun ini, PM Datuk Seri Mohd Najib Razak merayu agar pengundi memberikan mandat untuk meneruskan dasar reformasi beliau yang boleh merangsang Malaysia ke hadapan dan lebih baik walaupun mengakui kelesuan parti itu dan gabungan pemerintah BN itu ke arah perubahan.

Najib berkata mandat besar diperlukannya jika Malaysia mahu meningkat dalam ekonomi global untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

Di samping itu, Najib juga mengakui bahawa BN dan parti utama, Umno kurang popular sejak tahun kebelakangan ini disebabkan kelemahan tetapi menggesa pengundi memberinya peluang untuk membuat perubahan yang diperlukan.

Hampir 13 juta pengundi layak untuk membuang undi mereka jika pilihan raya umum dipanggil melibatkan semua 222 kerusi persekutuan dan 505 kerusi di 12 negeri.

Tiada ulasan: