Isnin, 14 Januari 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Cabai Burung – UMNO melopong lihat Stadium Merdeka penuh

Posted: 14 Jan 2013 03:27 AM PST

Roketkini.com

"MELOPONG, lidah kelu tak mampu berkata". Mungkin itu reaksi awal pimpinan UMNO-BN apabil melihat ratusan ribu rakyat pelbagai bangsa memenuhi Stadium Merdeka pada Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) #KL112 Sabtu lalu. Apa lagi selepas ini?

Polis cuma tersenyum membalas lambaian dan tanda bagus peserta HKR KL112 yang berjalan berarak menuju ke Stadium Merdeka. Tiada gas pemedih mata, tiada air asid, tiada FRU. Ini satu petanda baik.

Berbeza dengan sebelum ini. Sorak-sorai demonstran menuntut keadilan, ketelusan dan membela hak mereka yang dizalimi sering dijawab dengan cota dan but FRU tanpa banyak soal. Wajah mereka tidak bengis penuh benci seperti sebelumnya. Salut untuk Polis.

2013 memberi makna yang sangat besar kepada budaya demonstrasi, perarakan dan perhimpunan rakyat. Lagipun inilah tradisi turun temurun sejak bendera Union Jack berkibar di Tanah Melayu lagi.

Sejarah manis perjalanan perjuangan rakyat meredah onak duri demokrasi ala UMNO-BN yang tak pernah diimpikan sebelum ini sudah terlakar.

Pasti, ia akan memberi impak dan reaksi positif di kalangan rakyat negara ini seluruhnya. "Polis tak kacau, trafik dijaga, peserta disiplin, gerai dan restoran makanan penuh, jadi apa ada hal? Semuanya okay…"

Ini bermakna, pemikiran bantut dan tuduhan tak senonoh yang mendakwa demonstrasi, perarakan dan perhimpunan rakyat akan menimbulkan huru hara, vandalisme dan seumpanya boleh terus dibuang ke dalam bakul sampah.

Pasca KL112, kita juga pasti pimpinan UMNO-BN dengan bangga akan berkata kebenaran menganjurkan himpunan itu adalah bukti kerajaan BN amalkan demokrasi, terbuka dan satu lagi pelaksanaan transformasi politik.

Apapun dakwa mereka, kebenaran mengadakan perhimpunan mega ini diputuskan oleh suhu politik dan kesedaran rakyat yang semakin meningkat. Rakyat semakin marah, berani, muak dan jijik dengan gelagat pimpinan UMNO-BN. Ini bererti kerajaan BN semakin lemah.

Jika dulu mereka berkuasa melakukan apa saja keputusan, tetapi maaf, tidak lagi kini.

Cabai Burung percaya, pihak Polis lebih tahu situasi sebenar politik negara. Suara rakyat suara keramat.
Bahang PRU-13 akan datang mungkin bakal menzahirkan era baru bagi Malaysia.

Kasihan, di saat panglima UMNO-BN mengatur gerak memasang kuda-kuda, menyebar dakyah fitnah, membakar sentimen kaum dan agama, rakyat rupanya lebih cerdik.

Gagasan Pakatan Rakyat dan NGO rupanya sudah pergi jauh ke hadapan, keluar daripada belenggu kejumudan minda, memimpin rakyat menuju islah sebenar, menyahut seruan demokrasi dan kebebasan, sedia melakar sejarah baru negara, menanti sinar baru buat Malaysia tercinta. -Roketkini.com

Krisis air Lembah Klang bukti BN lebih sayang syarikat kroni daripada rakyat

Posted: 14 Jan 2013 03:24 AM PST

 Roketkini.com



KUALA LUMPUR: Walaupun masalah bekalan air di Lembah Klang berlaku akibat kecuaian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kerajaan Barisan Nasional (BN) bersungguh-sungguh membela syarikat itu sekaligus membuktikan mereka lebih "sayangkan" syarikat kroni daripada kepentingan rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, tuduhan BN yang meletakkan tanggungjawab masalah itu kepada Kerajaan Selangor sengaja dibuat supaya Projek Langat 2 yang menelan belanja berbilion ringgit "dihalalkan".

"Ini memang tidak masuk akal. Kalaupun Langat 2 dibina, ia akan siap paling awal pada 2014. Adakah ia mampu menghalang masalah bekalan air yang melanda Lembah Klang dan menyusahkan penduduk.

"Yang peliknya, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Peter Chin memilih untuk membela dan menangkis kritikan terhadap SYABAS daripada membela rakyat," soalnya.

Kata Pua, Najib bermain kata-kata apabila menyatakan rasa "sedihnya" melihat rakyat terutama yang tinggal di flat terpaksa mangangkut air ke rumah mereka, pada masa sama beliau mendakwa BN juga tidak boleh berbuat apa-apa untuk selesaikan masalah itu kerana kerajaan Negeri Selangor tidak memberi "lampu hijau" terhadap pembinaan projek Langat 2.

"Najib memalukan diri sendiri apabila cuba kelirukan rakyat. Krisis air itu tidak ada kena mengena dengan Langat 2 tetapi amat jelas disebabkan ketidakmampuan SYABAS menyelenggarakan perkhidmatan bekalan air yang sedia ada dengan baik.

"Tetapi, apabila Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan untuk mengambil alih sepenuhnya operasi SYABAS, cadangan itu ditolak Menteri, Peter Chin," ujar Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

Jelasnya lagi, Peter Chin memberi penjelasan mengarut dengan mengatakan "kerajaan Negeri Selangor tidak boleh mengambil alih SYABAS kerana ia melanggar syarat perjanjian konsesi.

"Alasan menteri itu menunjukkan kerajaan BN sedia bertolak ansur dengan kroni mereka walaupun rakyat terbeban dan menderita akibat masalah bekalan air.

"Memang perjanjian konsesi SYABAS boleh ditamatkan jika SYABAS gagal memenuhi tanggungjawabnya dengan baik. Tetapi masalah utama kenapa penamatan itu tidak boleh diteruskan adalah kerana kerajaan BN bermati-matian melindungi mereka," katanya.

Kerajaan Negeri Selangor, jelas Pua, memang mahu menamatkan perjanjian konsesi SYABAS untuk memastikan kualiti perkhidmatan air diperbaiki dan negeri tidak akan mengalami gangguan akibat penyelenggaraan yang buruk.

"Tetapi apa yang berlaku, tuduhan BN itu membuktikan mereka tidak mampu mengubah diri mereka sendiri. Kroni lebih utama daripada permasalahan rakyat di Lembah Klang," kata Pua lagi.- Roketkini.com

PR Selangor Tunaikan Janji, Bina Rumah Panjang Di Sarawak

Posted: 14 Jan 2013 03:19 AM PST


1_Rumah panjang Sungai Jerak

SARATOK : Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dalam membela nasib rakyat benar-benar terbukti apabila tidak hanya membantu penduduk di Selangor, malah menabur bakti di daerah Saratok, Sarawak.

Terbaru, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunaikan janji untuk membina rumah panjang baru bagi lebih 200 penduduk di Sungai Jirak, di sini.

Rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun lalu.

Lebih lagi, PR Selangor boleh menyumbang tiga kali ganda daripada apa yang ditawarkan oleh Kerajaan Umno-BN yang hanya mahu menyumbang RM 12,000 sahaja kepada penduduk di situ.

Rumah panjang yang dikenali sebagai Rumah Unding itu memiliki 20 buah "pintu" atau dan dibiayai Kerajaan Selangor dengan nilai RM360,000.

Adun Krian, Ali Biju dalam ucapannya berkata, janji untuk membina semula rumah panjang itu mula disuarakan Exco Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar semasa tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak pada April 2011.

"Dengan pertolongan Kerajaan Negeri Selangor, rumah panjang Unding ini dapat disiapkan dalam tempoh singkat.

 8_Rumah panjang Sungai Jerak

"Semasa Dr Xavier turun padang untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen, tiada siapa yang percaya pada kata-kata beliau.

"Namun, ternyata ia bukan janji kosong. Dengan terbinanya rumah ini, maka ia membuktikan keikhlasan dan kejujuran Pakatan Rakyat untuk membantu rakyat di Ulu Kerian, Saratok di sini," katanya semasa menghadiri Majlis Perasmian Rumah Unding, di sini.

Majlis itu dirasmikan sendiri oleh Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri Dr Xavier yang merupakan Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin.

Tambah Ali, rumah panjang itu dibina hasil gotong royong oleh penduduk setempat secara berperingkat tanpa menggunakan khidmat kontraktor.

Menurutnya, peruntukan Kerajaan Negeri Selangor itu juga jauh lebih baik berbanding apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Pusat tawarkan bantuan RM 12,000 untuk membina rumah-rumah panjang di sini.

"Dengan nilai itu, apa yang boleh rakyat dapat? Bayaran kontraktor sahaja sudah mahal.

"Sudah tentu rumah yang dibina nanti tidak mampu untuk menampung ramai keluarga," katanya lagi.

12_Rumah panjang Sungai Jerak

Rakyat Sarawak Akan Menerima Hak Tanah Sekiranya Pakatan Memerintah Nanti

Posted: 14 Jan 2013 03:15 AM PST


3_Rumah panjang Sungai Jerak

SARATOK : Seperti di Selangor, rakyat Sarawak bakal menerima hak pemilikan tanah sekiranya Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat untuk memerintah negara dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Ini kerana menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dan memiliki banyak hasil tanah, namun rakyat tidak diberi peluang untuk mengerjakannya.

"Walaupun Sarawak merupakan negeri yang kaya, namun rakyat tidak dapat merasai pembangunannya.
Salah satu tanggungjawab jika kita menang di Putrajaya, kita mesti tunjukkan bahawa rakyat Sarawak akan menerima hak pemilikan tanah dan diberikan tanah supaya mereka dapat memilikinya.

"Dengan cara itu bukan sahaja mereka memperoleh pendapatan, tetapi mereka juga akan dapat membangunkan keluarga dengan cara yang lebih baik," katanya semasa merasmikan Rumah Unding di Ulu Krian, di sini semalam.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar serta Adun Krian, Ali Biju.

Rumah Unding yang memilki 20 unit (pintu) itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor yang menghulurkan sebanyak RM 360,000 untuk membinanya.

Lebih 200 penduduk rumah panjang itu yang kehilangan kediaman setelah rumah mereka hangus dalam kebakaran dua tahun dahulu.

Dalam pada itu, Abdul Khalid turut menegaskan pembangunan yang baik merujuk kepada cara sesebuah kerajaan itu menurunkan kekayaan negara kepada semua rakyat.

"Dalam pembangunan negara, yang penting ialah bagaimana kita boleh turunkan kekayaan harta benda kepada rakyat kerana kalau negeri kaya tetapi rakyat miskin, maka pembangunan itu tidak betul.

"Saya harap inilah yang dapat Kerajaan Pakatan Rakyat usahakan jika berjaya mentadbir negara kelak," katanya lagi.

8_Mb Ceramah Di Pekan Saratok

Mampukah Najib bertahan sebagai Perdana Menteri?

Posted: 14 Jan 2013 03:09 AM PST

Oleh Liew Chin Tong



Di kala negara menantikan saat Parlimen dibubarkan, timbul satu persoalan baru – mampukah Dato' Seri Najib Razak bertahan sebagai Perdana Menteri?

Sekiranya Barisan Nasional kehilangan kuasa, Najib pastilah tidak akan kekal sebagai Perdana Menteri.
Tetapi seandainya BN menang pilihanraya, meski dengan majoriti yang lebih kecil, adakah para pemimpin UMNO dan ahlinya akan merelakan Najib terus memimpin parti itu?

Saya berkesempatan untuk berbual seketika dengan Najib Razak sewaktu dialog Shangri-La pada 1 Jun 2008 di Singapura sebelum beliau naik ke pentas pada persidangan pertahanan tahunan itu. Pada waktu itu beliau masih Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan.

Waktu itu baru sahaja lebih kurang tiga bulan selepas tarikh bersejarah pilihanraya umum 8 Mac yang menyaksikan pihak oposisi memenangi kuasa di lima kerajaan negeri dan memecahkan kuasa majoriti dua-pertiga BN di Parlimen.

Najib tidak kenal saya. Jadi saya perkenalkan diri sebagai "Bukit Bendera" dan beliau lantas sedar saya adalah seorang Ahli Parlimen DAP.

Apa Najib beritahu saya

Tanpa disoal atau mungkin kerana beliau defensif, Najib menyebut tiga perkara dalam perbualan singkat itu. Pertamanya bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan kes Altantuya. Kedua, bahawa beliau bukanlah seorang yang rasis dan mempunyai ramai kawan bukan-Melayu. Dan ketiga, bahawa beliau mahu BN mula memikirkan bagaimana untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri "Pembangkang"

.

Saya berkongsi pengalaman ini dengan beberapa teman yang rapat dengan UMNO dan mengenali cara fikir Najib Razak. Salah seorang daripadanya dengan pantas mengatakan bahawa Najib amat tertekan dengan kes Altantuya, sehinggakan beliau terpaksa menyebut tentang perkara itu secara defensif apabila bertemu dengan orang yang tidak dikenali untuk pertama kali.

Kenyataan itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Dengan dibantu oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najib telah memulakan usaha "rampasan kuasa" terhadap (mantan) Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Mula-mula pada 17 September beliau telah diberikan portfolio Kewangan yang menjadi rebutan ramai, dan kemudian pada 25 September 2008 berjaya pula meyakinkan Abdullah untuk bersara pada tahun berikutnya.

Najib mengambil alih tampuk kekuasaan pada 3 April 2009.

Membisu seribu bahasa

Tertimbulnya semula kes Altantuya dalam bentuk tuduhan yang pelbagai oleh pengusaha karpet Deepak Jaikishan sejak penghujung November 2012 sewaktu dan sesudah Perhimpunan Agung UMNO adalah mungkin lebih buruk dari yang disangka.

Hampir dua bulan sejak tuduhan Deepak mula timbul, Najib dan isterinya Rosmah Mansor telah kekal membisu seribu bahas, meniru gaya Abdullah yang turut membisu untuk mengelak isu-isu sebenar.



Pergolakan dalaman UMNO memang sentiasa wujud. Namun mutakhir ini, ia semakin jelas kelihatan. Parti tersebut barangkali runsing dengan Najib yang dilihat tidak mampu memenangi lebih sokongan Melayu untuk UMNO serta pada masa yang sama gagal juga mendapatkan sokongan bukan-Melayu melalui slogan 1Malaysianya.

Mungkin beliau bukanlah seorang yang bersifat perkauman dengan cara yang menjijikkan, tetapi beliau gagal mematahkan kempen perkauman oleh UMNO, Perkasa dan Utusan Malaysia. Usahanya untuk "bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri Pembangkang" langsung tidak menjadi, terutamanya selepas rampasan kuasa terhadap Kerajaan Negeri Perak pada Februari 2009.

Rojak singkatan nama program-program kerajaan yang dihidangkan Najib menyajikan kesan dasar yang terlalu sedikit dalam kehidupan nyata, dan usahanya untuk meninggalkan legasinya dalam UMNO dengan membariskan 'calon boleh menang' telah memakan diri sendiri.

Setelah menimbang-nimbang bila kiranya masa yang sesuai untuk membubarkan Parlimen dalam tiga tahun yang lalu, soalan yang lebih ketara sekarang ialah mungkinkah ada lagi insan yang bernama Najib Razak yang bakal memimpin BN selepas pilihanraya umum akan datang? – Roketkini.com

Liew Chin Tong adalah Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP

DAP jangka Parlimen bubar lepas Tahun Baru Cina

Posted: 13 Jan 2013 11:50 PM PST

MALAYSIA KINI


 
DAP menjangka Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh selepas sambutan Tahun Baru Cina dan selepas penggal DUN Negeri Sembilan berakhir pada 27 Mac.

MP DAP Liew Chin Tong dalam tulisannya di Facebook menjangka, pembubaran itu akan berlaku di antara 25 Februari dan 27 Mac.

"25 Februari kerana 24 Februari adalah hari terakhir Tahun Baru Cina. Parti komponen BN alami kesukaran ketika Parlimen dibubarkan pada hari ketujuh Tahun Baru Cina, iaitu 13 Februari 2008. Najib cenderung untuk mengelakkan perkara itu.

"Ada  juga cakap-cakap yang mengatakan bahawa hari membuang undi di luar (tempoh) cuti sekolah di akhir Mac untuk mengelakkan penduduk bandar pulang ke kampung untuk mengundi," katanya dalam tulisan itu.

Jangkaan Liew mungkin tidak jauh tersasar memandangkan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada minggu lalu turut menimbulkan mengenai tarikh pembubaran berkenaan.

Dalam tulisan di Twitter minggu lalu, Khairy menulis: "Hari terakhir untuk bubar Parlimen ialah 28 April. Tetapi hari terakhir untuk bubar DUN Negeri Sembilan ialah 27 Mac. Jadi..."

Ketua penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan semalam turut mengingatkan jentera pilihan raya BN untuk membuka pusat operasi di setiap daerah mengundi menjelang 1 Februari.

Menteri Kewangan (II) Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada minggu lalu mengumumkan bahawa buah tangan dalan Belanjawan 2013 akan diagihkan sebelum penghujung Mac.

Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!

Posted: 13 Jan 2013 11:42 PM PST

Staff Berita Semasa 
Gambar Perhimpunan Perdana Menteri Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!

Pada hari yang sama dengan Himpunan Kebangkatan Rakyat (KLIK SINI), berlangsungnya Himpunan bersama Perdana Menteri, Datuk Najib Razak  di sekitar Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih pada Sabtu lepas (12 Januari 2013). Sebelum itu, pada hari Jumaat kebanyakan orang Lembah Klang telah menerima sms jemputan untuk menghadirinya. Ada sesiapa di sini yang turut sama hadir?
Berapa ramai yang hadir?
Lebih 15,000 anggota Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) dan parti komponen Barisan Nasional (BN) membanjiri Dataran Tesco Bandar Rincang, Semenyih sebagai tanda menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kehadiran pemimpin nombor satu negara itu membuatkan bandar sunyi Semenyih bertukar wajah menjadi sibuk dan sesak dengan puluhan bas dan ribuan kereta yang memenuhi tempat letak kereta dan sepanjang jalan raya.
Najib yang tiba tepat 10 pagi untuk menghadiri majlis Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) Negeri Selangor Bersama Perdana Menteri, ternyata teruja dengan sambutan meriah penyokong BN dan rakyat yang mengalu-alukan kehadiran beliau.
Lebih menarik penyokong dan rakyat yang membanjiri pekarangan dataran itu sejak 8 pagi, rata-ratanya berbangga memakai baju kemeja-t tertera lambang BN dan wajah Najib. Sorakan dan laungan "Hidup PM", Hidup Najib" "1Malaysia" dan "Ore Malaysia" berterusan hampir 10 minit sehingga Najib dan pemimpin parti komponen BN menaiki pentas utama dengan iringan muzik tradisional India.
Penyokong dan rakyat juga mengambil kesempatan bersalaman dengan pemimpin berjiwa rakyat itu yang tidak pernah lekang dengan senyuman. Dalam ucapannya, Najib yang jelas kelihatan ceria dan penuh semangat berkata beliau amat teruja dengan sokongan dan sambutan rakyat.
"Satu Malaysia, Ore Malaysia. Saya berasa amat terhormat lagi teruja kerana diberi sambutan cukup hangat oleh IPF," katanya.
Gambar Perhimpunan Datuk Najib Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!
Perhimpunan Najib Razak Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!
Gambar Peserta Himpunan Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!
Gambar Sumbangan Barisan Nasional Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!
Gambar Himpunan Najib Razak Gambar Himpunan Perdana Menteri, Datuk Najib di Semenyih 15,000+ Hadir. Najib Teruja Sokongan Rakyat!

Lagi Gambar Himpunan Perdana Menteri Datuk Najib Razak di Semenyih

Sila klik kanan untuk lihat setiap gambar yang berjaya dirakam…
Kebanyakan yang hadir didapati diangkut dengan kemudahan bas yang disediakan dari merata tempat di negeri Selangor. Majoriti yang hadir ialah warga kaum India. Pada majlis tersebut bungkusan berisi sekampit beras, gula, tepong dan tidbits telah diagih-agihkan. Difahamkan 2 buah treler panjang berisi penuh dengan bungkusan digunakan.

Suasana menjadi kelam kabut kerana ada kalangan peserta yang mula berebut-berebut sehingga ada yang pengsan. Untuk melayakkan hadirin mendapat sekampit beras, mereka dikehendaki memakai baju-T sama ada warna merah atau biru yang ada lambang BN.

P/S : Alhamdulillah semakin dekat Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat pemimpin politik di Malaysia tidak kira apa warna cuba mendekati dan mendengar setiap masalah rakyat. Yang untung siapa? Anda sebagai rakyat juga.

Saksi pertama beri keterangan di RCI Sabah

Posted: 13 Jan 2013 11:37 PM PST



 
Pengkaji sejarah Prof Datuk Ramlah Adam hari ini menjadi saksi pertama yang tampil memberi keterangan kepada panel suruhanjaya diraja (RCI) untuk menyiasat kebanjiran pendatang asing di Sabah.

Saksi pertama itu memberi keterangan hari ini, selepas tuntutan demi tuntutan disuarakan sejak berdekad lamanya agar kerajaan menangani isu berkenaan.

Saksi kedua yang dijangka memberi keterangan hari ini adalah seorang lagi pengkaji sejarah, Ranjit Singh.

Saksi berkenaan dijangka akan memaklumkan anggota RCI mengenai sejarah dan demografi Sabah dan menetapkan asas siasatan suruhanjaya tersebut.

Himpunan Kebangkitan Rakyat: Komen pembaca

Posted: 13 Jan 2013 11:33 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Logo Himpunan Kebangkitan Rakyat

SEBAHAGIAN daripada komen dan reaksi pembaca Sinar Harian dan Sinar Harian Online semalam berhubung liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara kelmarin.

Mohamad Hafizudin: "Tahniah kepada Sinar Harian kerana membuat liputan yang telus & adil"

Amin Yasimin: "Sebenarnya tahniah kepada Sinar Harian"

Zahriezan Jamaludin: "Tahniah Sinar Harian... kali ini laporan dah betul"

Tg Azura Tg Ahmad: "Sinar... teruskan beri keadilan kepada rakyat... perhimpunan yang aman... tabik pada polis sebab tak buat hal... kan elok macam tu... hikhik... rakyat mahukan sesuatu yang baru... terimalah hakikat pada yang tak boleh terima lagi tu"

Khairul Anuar: "Tahniah Sinar Harian tak menjadi media menjilat... tahniah juga PDRM tak ikut guna water canon... aman... takziah buat Umno BN yang akan rebah secara aman dalam PRU13"

Muhammad Izzuddin Mohd Tahir: "Alhamdulillah, ada juga nampak SINARnya"

Ruslina Nawi: "Sinar, you are the best, report benda yang betul"

Syed Zachry Al Jeffri: "Sinar boleh sold out hari ni.. tahniah pada sinar"

Mohammad Azlan Raiman: "Alhamdulillah, masih ada surat khabar yang melaporkan kebenaran dengan tepat. Bukan hanya disogok pemerintah. Dan kejayaan HKR adalah bukti bahawa Bersih yang dianjurkan dulu menjadi huru-hara kerana provokasi dan perhimpunan seperti ini sememangnya akan damai tanpa provokasi"

Aziema Jiema: "Terima kasih Sinar Harian. Teruskan memberi informasi yang telus dan adil"

Angah Jakrie: "Wah... telus dan tulus demo gini ler membawakan yang terbaik untuk negara..."

Izzat Kedah: "Sinar Harian 'best'... tak macam surat khabar BN tak habis-habis nak fitnah... Sinar Harian akan menjadi surat khabar No 1 negara.. sebab dua belah pihak ada.. PR dan Umno... jadi... orang senang nak nilai dan bandingkan.. syabas Sinar Harian"

Zul Al-Amin: "Tahniah Sinar Harian"

Faizul Husin: "Terbaik Sinar... itu baru betul... nak dapat untung, kena berkata benar... baru laku paper"

Joe Faris: "Pehh terbaik Sinar... telus"

Noor Haslina Abdullah: "Pah ini ramai beli akhbar Sinar Harian... terima kasih Sinar atas kejujuran dan ketelusan"

Razali Yusof: "Tahniah buat Sinar Harian yang lebih berani"

Niklodeon Arts: "Baru sinar-benar, kan kalau semua media adil dan telus cam ni kan bagus, Alhamdulillah, tahniah Sinar!"

Kanyet Kunyit: "Comfirm aku beli Sinar"

Mohd Hazrul: "Tahniah untuk kamu Sinar"

Md Malik: "Wajib aku beli Sinar hari ini"

Azudeyn Yusoff: "Tahniah buat Sinar Harian
juga... telus & tulus"

Dolli Jaafar: "#KL112 Himpunan Kebangkitan 1 Juta Rakyat... terbaik"

Aminuddin Shuhaidi: "Dulu ada satu akhbar yang melaporkan berita yang adil macam Sinar Harian yang bernama Eksklusif, malangnya tidak dibenar menyambung permit sebelum PRU 1999.. harap Sinar Harian tak disekat sebegitu. Sinar Harian adalah akhbar terbaik di Malaysia setakat ini"

Farizal Abd Rashid: "TQ Sinar... laporlah perkara yang benar, kebangkitan rakyat... anak muda bersama PR"

Shukri Fadzil: "Tahniah Sinar Harian. Inilah Cakna yang sebenar. Rakyat diberi berita asli"

Akmy My: "Media arus perdana seharusnya menyiarkan dan melaporkan perkara yang benar untuk mengembalikan kepercayaan rakyat... tahniah Sinar Harian!"

Adam Hassan: "Sinar Harian telus dan tulus! Tahniah!!"

Syed M Zubair: "Nampak dah media mana yang kuat menipu. Tahniah Sinar Harian kerana adil dalam membuat laporan"

Tom Yam Gong: "Aku lama dah beli Sinar ni. aku tau Sinar memang bukan berpihak mana-mana parti... tapi kini aku tak dapat baca Sinar lagi sebab aku tak duduk Semenanjung lagi. Tahniah kepada Sinar... moga terus bersinar, telus dan memberi keadilan untuk semua..

Jang Isran Ahmad - Sinar terbaiiik! Syabas!"

Muhammad Hazrol Hassan: "Tahniah sinar..Respect!"

Hishamuddin Hisham: "Sekali lagi "like" untuk Sinar!"

Abdul Wahab - "Tabikkkkk Sinar Harian"

Malik Shaiful: "Saya gagal dapatkan Sinar Harian hari ni... banyak kedai habis"

Piyan Yan: "Syabas Sinar yang telus semoga berjaya"

Muhammad Hazim Mohamad Yusoff: "... thumbs up to Sinar Harian"

Aimilfandi Ahmad Yazid: "Paper SH hari ini semua habislah... menyesal tak online subuh tadi"

Che'gu Jijan: "Sinar Harian terbaik!"

Shue Uemura: "Terima kasih Sinar atas ketelusan"

Apis Blur's Waow: "Tahniaah... sat nk g beli..."

Muzammil Mohd Adawi: "Semoga dimurahkan rezeki pada orang yang jujur dan telus dalam memberi laporan ini..respect Sinar Harian"

Syazwan Wan: "Hari ini laku betul Sinar... pergi semua kedai habis dijual"

Dewi Kekenyangan: "Terima kasih Sinar... I Love You"

Aswady Mohamed: "Ya... akhbar Sinar adalah akhbar yang telus, tidak memihak dan sentiasa memberi ruang kepada semua golongan... tahniah"

Asy-Shahrir Ar-Ramadhani: "Terima kasih melaporkan kebenaran!"

AL Farisi: "Ini yang nampak... yang tak berkesempatan nak join masih berjuta juta rakyat lagi... jadi Umno kali ini pasti tumbang dengan teruk dan sadis sekali. Kali ini parti tukar"

Muhammad Amin: "Kerja baik Sinar Harian!"

Jye Qassem: "Terima kasih Sinar Harian sebab pandai membuat liputan dan berpijak pada kenyataan"

Deno Haizal Mohamed Hassan: "Susah nak cari Sinar Harian hari ni banyak kedai dah abis jual... jap lagi kena pergi Kuala Lumpur, cari, harap-harap jumpalah"

Mohd Nor Norman: "Sinar terus menyinar..."

Ismail JoEy Fikri: "Tahniah kepada peserta perhimpunan kerana tidak menimbulkan kekacauan kali ni"

Fadhil Ahamad: "#Respect"

Ibrahim Abd Rahim: "Akhirnya terbukti bahawa demonstrasi tidaklah mencetuskan huru-hara seperti yang dikatakan oleh PM"

Muhd Asri Termeze: "Terbaik Sinar Harian... telus dan tulus..."

Din Tokey: "Pergh, habissss cepat gila"

Moftah Jaafar: "Thank you so much to Sinar"

Ahmad Nadi Karusan: "Sebuah akhbar yang bertindak secara adil kepada semua, tahniah Sinar! Di saat masyarakat dihidangkan dengan info yang tidak benar, sarat dengan penipuan, seronok bercerita gosip dan rektorik, akhbar ini menjadi medium masyarakat mencari info untuk wadah pemikiran yang lebih positif. Rakyat Malaysia sangat memerlukan akhbar seperti ini"

* Sinar Harian Online mengucapkan terima kasih atas sokongan para pembaca. Sokongan anda amat dihargai.

Pas Pusat tidak bincang isu kalimah ALLAH

Posted: 13 Jan 2013 11:31 PM PST

Wartawan Sinar Harian

Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub 
 
KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tidak membincangkan isu kalimah ALLAH yang menjadi kontroversi akhir-akhir ini dalam mesyuaratnya semalam, demikian kata Naib Presidennya, Salahuddin Ayub.

Namun Salahuddin berkata, beliau tidak mengetahui sama ada isu tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura yang dijadualkan diadakan pada jam 11 malam.

Menurutnya, antara inti pati dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat adalah persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) dengan memperkemaskan seluruh kekuatan di semua peringkat terutamanya akar umbi.

"Kita juga merancang pelbagai program untuk menyemarakkan semangat rakyat seperti mana yang ditunjukkan oleh mereka pada Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112)," katanya, semalam.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, mesyuarat yang bermula jam 10.00 pagi itu juga membincangkan strategi yang tepat untuk meneruskan sokongan rakyat kepada parti yang memperjuangkan Islam itu.

Mengulas pemberitaan seimbang oleh akhbar Sinar Harian berkaitan himpunan di Stadium Merdeka semalam, beliau berkata:

"Kita mendapati perhimpunan tersebut positif. Terima kasih kepada Sinar Harian yang memberikan liputan adil, bertanggungjawab dan berharap ia akan menjadi ikutan media lain dalam melaporkan Salahuddin berita yang sebenar."

Ibu jari putus ditetak

Posted: 13 Jan 2013 11:22 PM PST

AHMAD ISMADI ISMAIL

Ibu jari putus ditetak
Krishna (kiri) menunjukkan tangannya yang cedera. Gambar kecil: Ibu jari tangan kanan mangsa yang putus akibat ditetak senjata tajam
 
SELAYANG - Mengerikan apabila seorang wanita putus ibu jari kanan, kakinya cedera dan pipinya menerima 20 jahitan selepas ditetak oleh seorang lelaki bersenjatakan parang di sebuah pusat beli-belah di Rawang, Khamis lalu.

Menceritakan kejadian itu, mangsa, S Krishna Kumahri, 24, berkata, dia bersama seorang lagi rakan sekerjanya pergi ke tempat letak kereta di pusat beli-belah itu pada kira-kira jam jam 10 malam.

"Saya mahu menghantar rakan saya itu pulang, tiba-tiba dua orang lelaki menaiki sebuah motosikal menghampiri kami.

"Salah seorang daripada mereka memukul saya dari arah belakang sebelum melibas dan menetak dengan senjata tajam dipercayai parang," katanya.

Menurutnya, dia berlari dalam keadaan berlumuran darah sejauh 50 meter ke arah pondok pengawal untuk meminta bantuan.

"Pengawal itu memberitahu ibu jari saya putus, saya dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan, malangnya ibu jari yang putus itu gagal disambung semula," katanya.

Krishna berkata, ketika kejadian itu, lelaki yang memukulnya turut mengugut bahawa dia akan menerima padah jika meminta cerai daripada suaminya yang berusia 34 tahun.

Katanya, dia mahu berpisah dengan suaminya itu kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang didakwa selalu menderanya.

Menurutnya, dia pernah menerima rawatan di hospital sebanyak dua kali akibat sering dipukul dan lebih 10 laporan polis dibuat berhubung keganasan terhadapnya itu.

Wanita itu mendakwa suaminya dipaksa berkahwin dengannya pada 2001 dan suami isteri itu dikurniakan tiga orang anak berusia dalam lingkungan lima hingga 11 tahun.

"Saya tidak duduk sebumbung dengan suami sejak dua tahun lalu. Saya dan tiga orang anak hidup dalam ketakutan akibat insiden ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pihaknya akan menyemak laporan Krishna dan tindakan susulan akan diambil.

Mahkamah Shah Alam terima panggilan bom palsu kedua

Posted: 13 Jan 2013 11:21 PM PST

SINAR HARIAN

SHAH ALAM - Prosiding di Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini terganggu kira-kira sejam hari ini gara-gara panggilan bom palsu.
  
Ia merupakan panggilan bom palsu kedua berlaku di kompleks berkenaan dalam tempoh dua bulan, selepas kejadian pertama dilaporkan pada November lepas.
  
Lebih 400 petugas mahkamah termasuk orang awam diarah mengosongkan kompleks itu dan berhimpun di perkarangan letak kereta sementara menunggu pasukan unit pemusnah bom dan unit anjing pengesan memeriksa seluruh bangunan mahkamah.
  
Mereka bagaimanapun tidak menemui bom atau sebarang unsur bahan letupan.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Mazlan Othman berkata polis menerima maklumat mengenai panggilan bom itu kira-kira pukul 8.40 pagi selepas pihak mahkamah memaklumkan menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa terdapat bom di kawasan tempat letak kenderaan di bahagian tingkat bawah dan kafeteria.
  
"Hasil siasatan kami mendapati ia adalah panggilan palsu. Kami telah benarkan operasi mahkamah diteruskan tetapi orang ramai diminta berjaga-jaga jika ternampak atau terjumpa objek mencurigakan sila maklumkan kepada kami" katanya.
  
Mazlan berkata unit pasukan pemusnah bom akan ditempatkan di kawasan bangunan mahkamah sehingga tengah hari sebagai langkah berjaga-jaga. - Bernama

Tol Lebuhraya Kesas turun 10 hingga 40 sen mulai tengah malam

Posted: 13 Jan 2013 11:20 PM PST

SINAR HARIAN

PETALING JAYA -  Kadar tol di Lebuhraya Shah Alam (Kesas) diturunkan antara 10 sen dan 40 sen berkuat kuasa selepas tengah malam ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor hari ini.

Kadar tol untuk Kelas 1 iaitu bagi kereta biasa diturunkan sebanyak 20 sen iaitu dari RM2.20 kepada RM2.

Bagi kenderaan Kelas 2 iaitu dua gandar atau enam tayar (kecuali bas) akan menikmati pengurangan tol sebanyak 30 sen (dari RM3.30 kepada RM3), Kelas 3 iaitu kenderaan 3 gandar atau lebih sebanyak 40 sen (dari RM4.40 kepada RM4), Kelas 4 iaitu teksi sebanyak 10 sen (dari RM1.10 kepada RM1) manakala Kelas 5 iaitu bas akan menikmati pengurangan 20 sen (dari RM1.70 kepada RM1.50).

"Sebanyak 298,000 pengguna lebuh raya (kadar sehari) ini akan menikmati kadar penurunan itu dan ia tidak akan naik sehingga tahun 2016," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak pembinaan pusingan U bertingkat di KM 37.5 Lebuhraya Kesas di sini hari ini.

Lebuhraya Kesas sepanjang 34.5 km adalah lebuh raya ekspres perbandaran yang menghubungkan antara Sri Petaling di Kuala Lumpur dan Pandamaran di Klang.

Shaziman berkata penurunan yang merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula kadar tol Lebuhraya Kesas kendalian Kesas Sdn Bhd itu akan memberi kesan positif kepada penduduk di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan kawasan sekitar.

Beliau berkata kadar tol Lebuhraya Kesas sepatutnya naik sehingga RM3 (bagi kenderaan Kelas 1) pada Januari 2012 tetapi atas keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara itu tidak dilaksana kerana kenaikan itu akan menjejaskan kehidupan rakyat biasa.

"...kerana kenaikan sehingga RM3 itu ditangguh, kerajaan terpaksa membayar RM86 juta kepada syarikat konsesi iaitu 80 sen untuk setiap kenderaan pada tahun 2012," katanya.

Beliau berkata sejak Najib menerajui kepimpinan negara, beberapa lebuh raya menstruktur semula kadar tol, antaranya Projek Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Cheras-Kajang yang juga dikenali sebagai Lebuhraya Grand Saga manakaka plaza tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) di tutup terus.

"Kerajaan akan terus berbincang dan menyakinkan syarikat konsensi mana-mana lebuh raya untuk menstruktur semula kadar tol mereka selepas kajian mengenai tambahan trafik sesebuah lebuh raya itu dibuat," katanya.

Sementara itu, Shaziman meminta syarikat konsesi Lebuhraya Kesas menyiapkan pembinaan pusingan U bertingkat di kawasan USJ Summit lebih awal daripada tarikh  yang ditetapkan iaitu Mac 2014 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

"Projek pusingan U bertingkat itu dibuat untuk melegakan kesesakan lebuh raya yang kini mencecah sehingga 9,500 kenderaan satu jam pada waktu puncak.

Atas dasar keprihatinan kerajaan, kami mengeluarkan peruntukan RM25 juta untuk projek itu pada Oktober 2011," katanya.- Bernama

Majlis Syura mahu RTM, TV3 beri Hadi ruang

Posted: 13 Jan 2013 11:17 PM PST

RUZY ADILA IDRIS

Sinar Harian 1 Januari
Muka hadapan Sinar Harian 1 Januari
 
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas mahu kerajaan memberi ruang kepada Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk muncul di TV1 dan TV3 bagi menjelaskan polemik berkaitan Amanat Haji Hadi - ucapan yang dibuatnya 32 tahun yang lalu.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pihaknya mahu kerajaan bersikap terbuka dalam polemik yang kembali muncul.

"Kita tegaskan bahawa, pihak kerajaan mesti dan seharusnya terbuka berhubung isu amanat ini. Pihak Kerajaan tidak seharusnya mengulang isu yang bukan datangnya daripada tuan yang didakwa mengeluarkan amanat ini.

"Sebab itu kita desak pihak kerajaan beri ruang sekurang-kurangnya satu jam secara langsung dalam televisyen TV1 dan TV3. Perkara ini juga kita sudah keluarkan dalam kenyataan bertulis sebelum ini," kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Akhir bulan lalu, Hadi meminta RTM dan TV3 membolehkan beliau muncul selamat sejam untuk menjelaskan isu yang menjadi perhatian ramai ini.

Sehubungan itu katanya, Majlis Syura membuat penetapan bahawa isu Amanat Haji Hadi bukan dinamakan 'amanat' oleh Hadi sendiri tetapi dilakukan oleh pihak lain yang mencetak petikan ucapan beliau.

Nik Zawawi berkata, kenyataan dikeluarkan Hadi itu dipetik dari ucapannya pada ceramah yang biasa dan disebut amanat apabila ucapan tersebut dicetak individu yang menamakannya sebagai amanat.
Majlis Syura Pas mengadakan mesyuaratnya malam tadi.

Nik Zawawi menambah, platform penjelasan ini penting diberikan sebagai pembentuk akidah dan umat Islam perlu mendengari dengan baik.

"Sebab itu, Majlis Syura merasakan amanat ini perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam supaya akidah mereka terjaga. Sekiranya kita tak jaga akidah, itu sangat bahaya bagi umat Islam.

"Apa yang disebut oleh Hadi ialah satu peringatan kepada umat Islam supaya mereka waspada dengan akidah mereka, jangan kata akidah, hatta agama itu sendiri boleh terbatal dengan mudah," jelas beliau.

Sehubungan itu, ujar Nik Zawawi, Majlis Syura mengulangi pendirian mereka menggesa media masa termasuk pihak kerajaan supaya terbuka dalam isu ini.

Katanya, dengan memberikan ruang menjadilan langkah yang paling adil dan sangat tidak adil apabila pihak kerajaan mengolah perkara ini seorang diri tanpa dipanggil Hadi atau wakil dari Majlis Syura.

"Boleh panggil sesiapapun daripada kami, kami bila-bila masa pun berani berhadapan dengan sesiapa sahaja termasuk mufti.

"Kami bersedia untuk semuka untuk memberikan penjelasan tetapi dengan syarat mesti dibuat secara langsung. Berdasarkan pengalaman lalu, kalau tidak dibuat secara langsung ucapan kami dimanipulasi dan dibuat macam-macam," katanya lagi.

Majlis Syura: Semua boleh guna tetapi tidak boleh terjemah nama Allah

Posted: 13 Jan 2013 04:19 PM PST

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah Allah namun Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kata kenyataan rasmi Majlis Syura Ulamak yang bermesyuarat malam tadi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

Berikut adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulamak.

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.


Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

HKR: UBN Perlu Lawan Dengan Himpunan Raksasa

Posted: 13 Jan 2013 04:16 PM PST

MSO


Kejayaan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalammembawa pengertian berlainan kepada Pakatan Rakyat dan UBN. Bagi Pakatan ia memberi makna besar dan pakatan itu wajar merasa merasa gembira kerana ia berjaya menutup beberapa isu yang disondorkan ke atas mereka ke belakangan ini.

Anwar keliling stadium sambil lambai tangan kepada hadirin.
Pastinya himpunan berkapastiti setengah juta itu menjadi benteng mengukuhkan halangan dari diserangan UBN ke atas mereka. Secara tidak langsung gah himpunan itu yang bergema ke seluruh negara malahan di santero dunia menyebabkan isu-isu yang digunakan UBN untuk menyerang PR rakyat tenggelam begitu saja.

Berlainan dengan pihak UBN, himpunan itu membuat UBN khasnya Umno "kenalin" sampai berlaga gigi atas dengan gigih bawah terpaksa mencari tektik dan juga peluru baru untuk diserang kepada Pakatan Rakyat. Segala tuba dan racun yang dihembur ke dalam minda rakyat hari hari ini, menjadi tawar dan 'dawas' dengan himpunan semalam. Himpunan semalam juga boleh disifatkan hujan sehari yang melanda kemarau setahun.

Mulai sore semalam membawa kepada hari ini, esok dan rapat ke pilihan raya orang ramai akan bercakap mengenai kejayaan himpunan berkenaan. Orang akan melihat akan keseriusan dan nekad rakyat bangkit untuk menumbangkan UBN. Ia akan menjadi momentum cukup power dan bersakti untuk rakyat membuat tindakan dalam pilihan raya kelak.

Himpunan itu memberi beberapa signifiken penting, antara ia menggambar kekuatan ikatan di antara penyokong dan ahli PR. Iya menjadi lambang dan semangat untuk dibawa dalam pilihan raya. Iya akan dijadikan isu besar bagi menyatakan PR sudah sedia, kerana rakyat sudah bangkit. Bahawa yang kini beriya-iya untuk menafikan kuasa UBN bukan saja sebilangan manusia politik yang dituduh ingin kuasa, tetapi ia bergerak dari bawah, dari azam dan aspirasi rakyat sendiri.

Paling merujakan ialah penyertaan anak-anak muda Melayu yang sangat ketara. Mereka bukan saja datang negeri dari lubuk Melayu; Terengganu, Kelantan dan Kedah, tetapi anak-anak muda dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang juga ikut serta. Agak malang sedikit anak muda dari Perak nampak tidak begitu jelas.

Signifiken lain himpunan semalam menyekang usaha media massa PB yang cuba hendak mengambuskan beberapa isu dan kelemahan UBN. Usaha jahat mereka dalam masa sama mereka isu-isu sadis untuk menghentam UBN dengan sendirinya terhalang dengan himpunan semalam. Kejayaan himpunan semalam juga menyebabkan media massa PB hilang akal kerana mereka tidak mudah untuk menyapus najis kepada himpunan itu.

Kebenaran yang wujud dalam himpunan itu baik dari segi jumlah, perjalanannya yang tidak ada kacau bilau (bila polis tidak dijadikan alat) menyebabkan media susah malahan tidak ada angle langsung untuk memburukkan himpunan berkenaan. Media massa terpaksa mereka cerita sendiri untuk menulis mengenai keburukkan himpunan itu. Teori membakar rumah kemudian menulis berita menggemparkan nampaknya dipakai dalam himpunan kali ini. Cara kewartawanan sebegitu adalah wartawan yang malas dan naif. Cis!

Ledakan semangat yang dikobarkan rakyat semalam menjadikan beberapa isu yang dikira terkini dari UBN seperti isu kalimah Allah, amanat Haji Hadi, isu  doa KO BN, BN KO, isu air baik di Selangor dan di Kelantan tenggelam dengan sendirinya. Himpunan semalam dianggap seolah-olah pembela kepada masalah air yang sengaja diciptakan itu. Menutup isu kalimah Allah dan juga isu amanat Haji Hadi.

Laungan merdeka, bangkit rakyat... yang menggemba dan sampai ke langit menyebabkan isu-isu tumpul dan bongak ciptaan Umno itu melayang hilang ke langit tujuh bak syaitan yang lari lintang pukang kerana takut dan menggeletar mendengar takbir Allahuakbar.

Hari ini apa yang Umno kena lakukan ialah mengadakan himpunan lebih besar dari semalam. Kalau PR berjaya memberi kapasiti kepada himpunan itu setengah juta, maka Umno perlu mengadakan himunan balas berimpak sebanyak 1 juta atau lebih. Apakah mampu untuk berbuat demikian?

Nah, kita mencabar UBN untuk mengadakan himpunan balasan. Panggillah ahli yang berjumlah 3 juta itu berhimpunlah. Kumpul dan ajaklah beratus NNO; beras Jati, Perkasa(m) Pukat, Jala, Pukul, Tibai, Pekena, Pekeni, Palak dan Peler, dan apa-apa saja yang menjadi galang ganti dan pemikul najis Umno kononnya atas bualan untuk memartabatkan Melayu dan Islam bergabung dan tunjukkan kehebatan anda. Rakyat mahu lihat berapa kapasiti dan kekuatan yang boleh ditunjukkan oleh Umno. Buatlah.

Lawanlah kekuatan semangat dengan kekuatan semangat secara mendada dan jantan jangan sesekali mengharap perlindungan daripada media massa. Perlu diingatkan kepada UBN dan Najib, jangan sesekali percaya dengan dodian media massa yang mengkhianatio kod etika kerja itu kerana akhirnya ia akan melena terus Najib.

Hanya dengan cara itu saja maruah Umno akan terbela. Dengan adanya himpunan sebesar semalam dan sejiwa dengan semalam saja baru keyakinan umum akan kelangsungan Umno untuk berkuasa wujud. Kalau tidak, Umno perlu mempersiapkan diri untuk dikafan oleh rakyat dan dimasukkan ke liang lahad selepas pilihan raya kelak.

Komposisi penyertaan himpunan semalam juga menjadikan UBN tidak ada ruang lagi untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Hubungan semua kaum khasnya Melayu dan Cina begitu kental dan kuat sekali. Orang Cina nampaknya terus bersama Melayu untuk sama-sama menumbangkan UBN.  Kesediaan anak-anak muda Cina memegang atau menyelitkan bendera PAS di topi mereka adalah satu gambaran dan sprit politik yang baru.

Sikap dan kesediaan anak-anak muda Cina membawa bendera PAS atau bergambar dengan latar belakang kain rentang yang ada bendera PAS atau wajah Nik Aziz dan Haji Hadi merupakan satu fonomena baru yang tidak terfikir sebelum ini. Kehadiran suasana ini mengganti akan keghairahan kaum India sebelum ini dengan PAS. Demikian juga kehadiran sama Orang Asli, ethnik bumiputera dari Sabab dan Sarawak, ahli perniagaan atau korporat menjelaskan semangat kebangkitan rakyat itu menyeluruh.

Mungkin kehadiran manusia bernama Deepak Jaikishan dan juga Zaid Ibrahim yang malu-malu kucing kerong boleh diambil kira ia juga menandakan yang badak dan gajah juga sudah mula mencari tempat tinggi untuk tidak karam tatkala banjir menerpa alam. Hari ini semua orang sedang menghampir bahtera Nuh apabila sudah mendapat petanda dan alamat bumi hendak kiamat.

Pendeknya kejayaan himpunan semalam menjadikan Umno dan BN perlu bekerja lebih kuat. Najib kena memikirkan apakah cara untuk melonjakan semangat orang Umno. Tanpa berbuat sesuatu Najib bakal menangis di hujung tangga kekuasaan. Malang bagi Najib dia bukan saja perlu berhadapan dengan masalah dalaman dalam Umno, mrngolah kerenah Muhyiddin Yassin yang ingin menggantinya, tetapi lebih menyerabutkan untuk menghuraikan semangat rakyat yang kian kental untuk meroboh kekuasaan UBN yang tertunjuk dalam HKR semalam.

Ibu Tunggal Anak Lapan Dapat Simpati Presiden PKR

Posted: 13 Jan 2013 04:11 PM PST


Wan Azizah melawat ibu tunggal 03

KLANG : Kesusahan ibu tunggal, Aishah Mohammad,42, yang hanya berpendapatan RM300 sebulan untuk menyara lapan orang anak mendapat perhatian daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wan Azizah bersama delegasi pimpinan PKR Cabang Klang yang diketuai Yew Boon Lye mengunjungi rumah Aishah yang terletak di Rumah Flat Taman Pendamar Indah 2 di sini bagi menyampaikan bantuan.

Wan Azizah melawat ibu tunggal 01

Sementara itu, menurut Wan Azizah yang ditemui TVSelangor berkata, PKR akan membantu Aishah dalam memberikan latihan agar beliau dapat menyara keluarganya dengan sumber pendapatan yang mencukupi.

"Kita datang bertemu dengan Aishah menyampaikan bantuan supaya dapat melegakan penderitaan dan keperitan yang dialaminya.

"Di peringkat PKR banyak program untuk ibu tunggal dan kita mengadakan program turun sendiri bagi melihat kesusahan agar ia dapat memberikan kita keinsafan yang lebih mendalam," kata Wan Azizah.

Wan Azizah melawat ibu tunggal 02

Aishah yang ditemui mengucapkan terima kasih di atas bantuan yang diberikan yang prihatin dengan kesukaran hidup yang dihadapinya.

"Saya hanya bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan RM300 sebulan, dengan pendapatan yang tidak seberapa ini sukar dan setakat ini belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak," katanya.
Dalam pada itu juga Wan Azizah berkesempatan beramah mesra bersama-sama kira-kira 30 orang ibu tunggal di Dewan JKKK Kampung Pendamar di sini.

Ia bersempena Program Bicara Hati Ke Hati Santai Sepetang Bersama Kak Wan.

Wan Azizah juga menyampaikan bantuan berupa beras dan makanan dalam program itu kepada ibu tunggal.

Himpunan polis buka kertas siasatan berhubung langgar syarat

Posted: 13 Jan 2013 04:09 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR, —Polis hari ini membuka kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga syarat perhimpunan yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata polis akan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta memanggil beberapa individu.

Melalui rakaman CCTV, polis ada bukti penganjur melanggar syarat yang ditetapkan, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Syarat terbabit adalah antara 27 yang dipersetujui penganjur dan polis, mengikut Seksyen 15 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012. Mengulas lanjut, Zainuddin berkata rakaman CCTV antara lain menunjukkan ada ibu bapa membawa anak-anak kecil ke perhimpunan itu yang dianggar polis disertai 45,000 orang.

Sementara itu, pemilik stadium, Merdeka Heritage Trust ketika dihubungi Bernama, berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan berhubung keadaan stadium selepas perhimpuan semalam tidak lama lagi. Merdeka Heritage Trust merupakan anak syarikat Permodalan Nasional Berhad. — Bernama

Kerajaan tidak terburu-buru laksana GST walau pun terima maklum balas positif, kata Ahmad Husni

Posted: 13 Jan 2013 03:59 PM PST

THE MALAYSIAN INSIDER

IPOH, — Kerajaan tidak akan terburu-buru melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walau pun mendapati proses "engagement" yang dilakukan dengan pelbagai pihak menerima maklum balas positif, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya walau pun proses itu masih dijalankan, namun kerajaan belum membuat keputusan sama ada cadangan itu akan dilaksanakan atau tidak.

"Kita mahu perbincangan dan maklumat disebarkan kepada rakyat supaya mereka tahu dan faham, barulah kita laksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khidmat Bakti Masyarakat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Dewan Komuniti 1Malaysia, Chemor di sini.
"Proses 'engagement' masih berterusan, kita masih jumpa ramai pihak."

Walau pun dalam kajian kerajaan, katanya GST merupakan satu sistem yang baik serta dilaksanakan di 140 negara bagi menggantikan cukai Jualan dan Perkhidmatan, namun dengan mengambil kira prinsip "Rakyat Didahulukan" maka kerajaan tidak melaksanakan cadangan itu pada masa sekarang.

"Kita tahu bahawa dengan adanya sistem ini, ia tidak akan memudaratkan rakyat kerana di bawah sistem ini kerajaan menyediakan beberapa bantuan kepada rakyat, dalam erti kata ada barang-barang asas yang tidak dikenakan cukai langsung," katanya.

Ahmad Husni berkata jika GST dilaksanakan, kerajaan turut melihat dalam konteks bagaimana cukai korporat dapat dikurangkan serta dari segi rakyat pula bagaimana GST itu dapat membantu.

Mengenai pandangan beberapa perunding cukai bahawa Malaysia boleh melaksanakan GST jika tiada kelembapan ekonomi, beliau berkata GST boleh dilaksanakan dalam tempoh antara setahun dan satu setengah tahun selepas Rang Undang-Undang GST diluluskan.

Katanya tempoh itu adalah untuk melengkapkan sistem yang melibatkan kerajaan, sektor swasta serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebelum dilaksanakan sepenuhnya.

"Ini bermakna cadangan GST itu boleh dilaksanakan. Dalam konteks ekonomi yang Malaysia capai pada hari ini, kita memang boleh laksanakan namun di bawah prinsip "Rakyat Didahulukan", maka kerajaan tidak melaksanakannya pada masa kini," katanya.

Rang Undang-Undang GST dibentangkan di Parlimen untuk bacaan pertama pada Disember 2009, namun bacaan kedua yang dijadualkan pada Mac 2010, ditangguhkan. Ia pada mulanya dijangka dilaksanakan pada pertengahan 2011 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan. — Bernama

Tiada ulasan: