Anak Sungai Derhaka |
- PANAS!! Menjelang PRU13.. Rosmah bersumpah tidak ada cincin RM24 Juta itu.. (Video Inside)
- Fathul Bari menjelaskan mengapa beliau berkahwin di Thailand.. ( Video Inside)
- Ini jawapan Najib tentang tuduhan Deepak...
PANAS!! Menjelang PRU13.. Rosmah bersumpah tidak ada cincin RM24 Juta itu.. (Video Inside) Posted: 18 Jan 2013 01:08 AM PST Semalam sesudah berminggu-minggu jawapan Najib tentang tuduhan Deepak dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia, Najib akhirnya bersuara.. Meskipun masa yang diambil olehnya begitu lama tetapi jawapannya hanyalah .. "Tidak benar. Deepak bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu, (sepenuhnya di SINI) Semalam juga Rosmah Mansor dilaporkah telah bersumpah dihadapan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada balu-balu tentera dan bekas-bekas tentera. Perkara itu dilakukannya pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor semalam. Portal Pro UMNO KL Pos melaporkan..
Berikut adalah video tersebut.. Ceh!! Sumpah apa kebendanya macam tu Rosmah?.. Lain kali kalau nak bersumpah tu tutup aurat tu dulu.. nyatakan dengan jelas cincin yang mana satu dimaksudkan itu? Rosmah kata cincin itu Cuma dibawa masuk untuk dipamerkan tapi pengampu dia Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat. Dan setahu aku.. setiap barangan bernilai yang dibawa masuk ke Malaysia perlu dilindungi oleh insuran.. oleh itu nama pemilik yang membeli barangan tersebut perlu dipamirkan dalam setiap dokumen yang diperlukan.. Tak tahulah pulak aku.. mungkin Rosmah berniat untuk membeli insuran bagi melindungi cincin tersebut sekiranya ia hilang dalam perjalanan ke Malaysia ni.. Tapi?? ada ke orang yang sanggup menginsurankan barang milik orang lain?.. mungkin Rosmah ni pemurah kot?? | ||
Fathul Bari menjelaskan mengapa beliau berkahwin di Thailand.. ( Video Inside) Posted: 17 Jan 2013 11:13 PM PST Sebelum itu.. Tahniah diucapkan kepada Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari yang telah dianugerahkan gelaran 'Mumtaz' yang membawa gelaran Dr. Beliau adalah orang yang ketiga menerima gelaran tersebut dari Fakulti Al-Quran & Sunnah di Bahagian Hadith, Universiti Islam Antarabangsa. Individu yang pertama dianugerahkan gelaran ini ialah warga dari Palestin manakala yang kedua pula ialah warga Algeria..
Ini berikutan tersebarnya surat nikah Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012. Ramai j yang mempersoalkan mengapakah Ulama Muda UMNO ini berkahwin di Selatan Thailand tidak di Malaysia? Selain itu ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau menyorokkan perkahwinannya itu, adakah beliau kahwin lari, adakah beliau takut bini?, adakah beliau takut kepada Pak Mertuanya di Perlis? kenapa daftar di Terengganu? Kenapa tak buat majlis besar-besaran di PWTC? Dan berbagai-bagai persoalan lagi.. Aku tak nampak apa yang salah dengan tindakannya itu iaitu bernikah di Selatan Thailand, asalkan ianya dihalalkan… Alhamdulillah.. Lagipun tak perlulah kita menyerang isu yang melibatkan peribadi beliau lainlah kalau dia mentekedarah rasuah atau salah guna kuasa atau apa saja yang membabitkan penyelewengan wang rakyat.. lantak pi lah kat dia.. Lainlah kalau dia pergi menikah di Selatan Thailand itu menggunakan harta Kerajaan Malaysia yang dibiayai menggunakan wang rakyat.. Jadi.. untuk berlaku adil kepada Ustaz Fathul Bari aku siarkan video jawapannya tentang isu ini.. selain itu seluruh dokumen pernikahannya juga disertakan.. Dan ini ialah seluruh dokumen yang berkaitan dengan isu ini. Seluruh info dan dokumen dibekalkan oleh : Abu Aqif | ||
Ini jawapan Najib tentang tuduhan Deepak... Posted: 17 Jan 2013 05:03 PM PST Setelah berminggu-minggu berlalu, akhirnya Najib menjawab juga tuduhan Deepak terhadapnya, namun ianya bukanlah satu jawapan tetapi tidak lebih dari bertujuan untuk memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap Deepak.. Katanya "Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu," tanpa menjelaskan kenapa beliau mendakwa Deepak seorang yang tiada kewibawaan... Bagaimanapun jawapannya itu membuktikan Najib memang mengenali Deepak, dan perkenalan mereka itu bukanlah untuk satu jangkamasa yang pendek.. Ini kerana jika beliau tidak mengenali siapa Deepak yang sebenarnya beliau tidak mungkin berkata Deepak tiada kewibawaan... Meskipun Najib mendakwa Deepak tiada kewibawaan.. Deepak tidak perlu melarikan diri ke India sepertimana yang dilakukan oleh PI Bala.. Yang menariknya dalam hal ini ialah Najib menjawab ketika RCI mengenai pemberian IC kepada warga asing di Sabah mula mengaitkan Mahathir sebagai pengkhianat sebenar negara ini.. Semakin menarik peperangan dalaman UMNO ini nampaknya.. Ada pihak mendakwa Deepak dipergunakan oleh Mahathir untuk menyerang dan melemahkan Najib bagi memudahkan laluan untuk Muhyiddin sebagai PM dan anak Mahathir sebagai TPM.. Najib pula menggunakan RCI terhadap pemberian IC di Sabah untuk menyerang Mahathir.. KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan