Jumaat, 18 Januari 2013

pemuda cheh

pemuda cheh


Azan 24 jam menyebar gelombang iman

Posted: 17 Jan 2013 03:30 PM PST


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sehari tidak mendengar laungan azan terasa sungguh sunyi dihati. Pernah beberapa kali ketika kembara di negara orang terutama negara bukan Islam terasa rindu dengan azan apabila tidak mendengar beberapa hari. Laungan azan sangat unik dan tidak pernah berhenti walaupun seminit sambung menyambung 24 jam sehingga akhir zaman apabila tiada lagi laungan azan. Saksikan video azan 24 jam sungguh terasa kebesaran perancangan Allah SWT.


Mengikut Hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar bin al-Khattab r.a. tiada orang yang menyeru atau melaungkan Azan ketika orang Islam berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan sembahyang pada mula-mula umat Islam berhijrah ke Madinah.
Ini menyebabkan pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.
Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat. Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompet dan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namun semua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.
Umar kemudian mencadangkan supaya diteriakkan ayat "telah datang waktu solat" dan ini diterima Nabi, tetapi Baginda menukar lafaznya kepada "assolatu jamiaah" yang bererti "Marilah solat berjemaah".
Sehinggalah pada suatu malam Abdullah bin Zaid bermimpi mengenai cara yang lebih baik untuk menghebahkan solat dengan mengumandangkan Allahhu Akbar (dan seterusnya…). Semasa diberitahu kepada Rasullullah s.a.w pada paginya, (Umar juga menyatakan bermimpi yang serupa), Baginda bersabda: "Mimpi itu mimpi yang benar", maka Nabi memerintahkan Bilal bin Rabah melaungkan azan itu. Untuk solat Jumaat, Azan berkumandang sebanyak dua kali, kali pertama menandakan masuk waktu Zohor untuk memanggil orang Islam ke masjid dan kali kedua sejurus sebelum Imam memulakan Khutbah Jumaat.
Laungan azan menyebarkan gelombang Iman keseluruh alam dan kerana itu musuh Islam akan berusaha sedaya upaya untuk menghentikan Laungan Azan dengan berbagai cara antaranya melarang umat Islam melaungkan azan dan ada juga negara yang melarang membina menara Masjid dan yang terkini calon Naib Presiden Amerika menyokong larangan membina Masjid di Amerika. Berbagai penghinaan Islam dirancang yang menyedihkan apabila Umaat Islam juga bersama mereka yang jelas menentang Islam dengan menggunakan slogan demokrasi.
"Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani itu tidak sesekali akan redha (bersetuju atau suka) kepadamu (wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut millah (jalan, agama) mereka. Katakanlah (kepada mereka) : "Sesungguhnya petunjuk Allah (Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran itu), maka Engkau tidak akan mendapat walau sedikit pun pimpinan (bimbingan) dan pertolongan daripada Allah." (Al-Baqarah : Ayat 120)

Tiada ulasan: