ALHUSSEYN |
Apakah tugas polis membelasah orang? Buktikan ianya tidak benar! Posted: 08 Jan 2013 12:47 AM PST Apakah ini Prosedur Operasi Standard Baru (SOP) Baru polis terhadap petugas media? Memang pelik prosedur baru yang diperkenalkan oleh PDRM kita kali inih! Wartawan yang akan membuat liputan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu ini digesa supaya memakai pas khas yang dikeluarkan oleh pihak polis supaya mereka mudah dikenal pasti. Wahai, bagaimana pula halnya dengan pihak polis sendiri yang menyamar dan membuat provokasi sewaktu perhimpunan aman rakyat? Ada banyak gambar polis yang bertugas tanpa lencana nama dan nombor. Malah ada yang menutup muka supaya tidak dikenali. Apakah tujuan penyamaran polis sedemikian kalau bukan kerana mahu membelasah orang ramai? Polis kata ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan para wartawan dari dipukul oleh anggota polis seperti semasa perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas. Pada himpunan itu, dua wartawan dimasukkan ke hospital akibat dipukul polis manakala beberapa wartawan dan jurugambar dikasari termasuk kad memori kamera mereka dirampas dan dilarang mengambil gambar. Sedangkan wartawan dari organisasi berita sudahpun memiliki kad akreditasi kerajaan, namun polis seolah-olah tidak menghormati pemilik kad tersebut dan hanya mereka yang memakai 'pas polis' adalah wartawan dan patut diberi kerjasama. Apakah kalau petugas media tanpa 'pas polis' , maka polis bolehlah rampas kamera, belasah mereka macam waktu BERSIH 3.0 dulu tu? Apakah ini lessen untuk polis mengganas dan membelasah orang? Bagaimana pula dengan hak warga negara yang hanya mempunyai MyKad yang akan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, 12 Januari ini di Stadium Merdeka Kuala Lumpur, bermula jam 2 hingga 5 petang? Apakah polis diberikan hak untuk membelasah mereka semata-mata kerana mereka tidak mendapat 'Pas Polis' ? Sudah ada banyak contoh perhimpunan yang berlangsung secara aman hasil kerjasama polis dan orang awam. Seperti Himpunan 901 dan juga Himpunan Oren , tiada masalah apa pun. Tugas polis adalah mengawal dan menjamin keselamatan orang ramai.Bukan sahaja terhad kepada petugas media, malah seluruh rakyat. Bukan seperti yang ditayangkan melalui video berikut : Harap, pihak polis yang bertugas akan memakailah pakaian polis yang mudah dikenali dengan nombor masing-masing. Jangan pula menyamar sebagai pendemo dan berantakan membuat provokasi serperti di masa yang lepas-lepas (tengok video atas tuh!) sewaktu rakyat berdemo secara aman. |
Puaka Jambatan Pulau Pinang mahukan kepala ... Posted: 07 Jan 2013 05:53 PM PST Sewaktu aku budak-budak dulu, orang-orang dewasa selalu menakut-nakutkan kami dengan cerita 'Pemotong Kepala' "Cepat masuk rumah! Ada tukang ambil kepala orang kat luar tu!" Begitulah kakak aku selalu kata bila dia nak suruh aku supaya cepat masuk kedalam rumah untuk mandi atau makan. Budak-budak memang leka bermain di luar rumah dan degil bila disuruh masuk ke rumah dengan memberi pelbagai alasan untuk terus bermain.Bukan main apa sangat pun …main-main tanah pasir di laman rumah… Itulah cara yang paling berkesan supaya kami budak-budak berhambat masuk ke rumah dengan menakutkan kami dengan Pemotong Kepala …. Aku amat takut bila bertembung dengan Benggali yang sedang menyabit rumput untuk lembu-lembunya.Benggali itu mencekak rumput panjang dengan tangan kirinya, lalu tangan kanannya yang memegang sabit mengerat rumput itu. Aduh! Aku berasa ngeri sangat, terasa macam leher aku pula yang dicekak dan dikeratnya! Takut betul aku bila jumpa Benggali potong rumput! Maka aku sangatlah percaya pasal cerita Pemotong Kepala ini . Kononnya bila gomen nak bina jambatan, gomen perlukan kepala budak-budak untuk upacara menyemah puaka ditempat pembinaan tersebut… Kakak aku ni pernah bercerita : Dulu ada seorang budak kena tangkap oleh seorang tukang penggal kepala. Budak itu disimpan dalam sebuah rumah bersama dengan ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengannya. Untuk melekakan kanak-kanak tu semua supaya tidak menangis , kata kakak aku, mereka diberikan macam-macam permainan dan makanan di rumah itu. Tapi kanak-kanak itu menyedari, kawan-kawannya itu semakin berkurangan menyebabkan dia ingin tahu kemana perginya…. Entah macam mana dia dapat mengintai dan dapat melihat apa yang terjadi dengan salah sorang kawannya itu… Budak yang agak cerdik sedikit ini sentiasa berfikir mencari jalan bagaimana untuk melepaskan dirinya dari rumah tersebut. Dia perlu berikhtiar sebelum tiba gilirannya pula… Semasa dia sedang berada dalam tandas, tiba-tiba dia lihat tong tandas itu ditarik keluar. ( Dulu-dulu kitaorang pakai tandas tong. Ada petugas yang akan mengambil tong berisi najis dan digantikan dengan tong kosong…) Inilah peluang aku, fikir budak itu dan tanpa membuang masa, dia terus meloloskan dirinya melalui lubang tempat tong najis itu dan merayu kepada pengangkut tong najis itu supaya menolongnya lari dari tempat tersebut. Tukang angkut tong najis itu pun masukan semula tong yang berisi najis itu semula ke tempatnya lalu meletakan budak itu ke dalam tong najis yang masih kosong itu dan membawanya pergi dari situ. Budak itu pun selamat kembali kepada keluarganya.Aku pun tanya kakak aku, "Mana sekarang budak tu?" Kakak aku jawab, budak tu sekarang ada kat Tanjung Rambutan.Dia jadi gila setelah melalui peristiwa yang sangat mengerikan itu … Aku selalu juga cerita kat member aku masa kecik-kecik dulu cerita ini.Diaorang semua percaya! Ha! ha! ha! Itu cerita dulu.Setiap kali mahu bina jambatan baru, maka setiap kali itu jugalah gomen mahukan kepala budak-budak untuk menjamu sang puaka. Ini pula cerita pasal Potong Kepala di Pulau Pinang. Apakah jambatan lama Pulau Pinang tu masih memerlukan kepala? Berapa banyak kepala diperlukan untuk menjamu puaka jambatan Pulau Pinang tu? Kali ini bukan sahaja kepala budak, tapi kepala bapak budak pun dijadikan mangsa disini |
You are subscribed to email updates from al-Husseyn To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan