DIALOG RAKYAT |
- TG Hj Salleh ketuai 50,000 penyokong PAS Kedah ke HKR
- Mangsa AES kesal seolah dipermainkan kerajaan
- PEMANTAU mahu rekrut 10,000 sukarelawan
- Hisham: Penganjur harus pastikan tiada rusuhan
- Masalah Air di Selangor & Kuala Lumpur Sekarang? Puncanya Kerana Kerajaan Selangor Tolak Projek Langat 2 RM8.6 Bilion!!
- Orang Asli berhimpun tuntut KP Jakoa letak jawatan
- Himpunan Kebangkitan Rakyat : Kuala Lumpur Bakal Bergolak, Huru-Hara? Peniaga & Pemandu Teksi Rugi Berjuta-juta?
- Blogger Umno Minta Maaf Kepada Khalid Samad
- Tiger Show" Di Malam Mesra Jab. Siasatan Jenayah IPD Shah Alam?
- Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis
- Najib: Saya sihat, jangan dengar dakwaan blog
- Projek Puspahanas alami kelewatan hampir 2 tahun
- Felda saman Presiden Anak, 6 lain
- Cari petualang sebar amanat
- Ini Gambar Muhdalena, Perempuan Yang Mengamuk Di Depan JPM Tahun Lalu
- Pahang siap sedia hadapi ribut Sonamu
- Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan Air Mani
- 4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada
TG Hj Salleh ketuai 50,000 penyokong PAS Kedah ke HKR Posted: 08 Jan 2013 03:54 AM PST
Antaranya Mudir Pondok Ar Rahmaniah Sik Tuan Guru Salleh Musa yang juga bakal mengepalai 50,000 rakyat Kedah ke perhimpunan itu nanti. Setiausaha PAS Kedah, Musoddak Ahmad berkata, seluruh ahli PAS Kedah yang akan ke himpunan itu menganggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai kontinjen ini. "Kita anggap Tuan Guru Salleh telah mengetuai seluruh kontinjen PAS Kedah dan kita ambil semangat kesediaan beliau turun untuk menggembleng 50,000 ahli kita turun ke sana," ujarnya pada sidang media selepas Mesyuarat Mobilisasi HKR di Kompleks PAS Kedah, di sini semalam. Sebelum ini, tokoh ulama berusia 85 tahun itu telah membuktikan komitmennya dalam menuntut keadilan apabila turut serta dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lalu. Sementara itu Musoddak berkata, seluruh ahli PAS Kedah akan pergi secara konvoi berkenderaan mengikut PAS Kawasan masing-masing termasuk lebih 200 bas yang ditempah khas. | ||||
Mangsa AES kesal seolah dipermainkan kerajaan Posted: 08 Jan 2013 03:41 AM PST
TANJONG MALIM: Perbicaraan kes saman mangsa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dijadualkan berlangsung di Mahkamah Majistret Slim River hari ini tidak dapat dijalankan apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak mendaftarkan kes tersebut di mahkamah. Seramai lebih 100 Orang Kena Saman (OKS) daripada 34 980 kes hadir untuk mengikuti perbicaraan namun ianya tidak dapat dilaksanakan. Mangsa saman AES dibenarkan pulang selepas mengisi nama dan memaklumkan kehadiran kepada pegawai JPJ yang bertugas. Beberapa mangsa yang hadir menyatakan kekesalannya apabila merasakan diri mereka dianiaya serta dipermainkan oleh pihak kerajaan. Ramai mangsa yang hadir daripada jauh termasuklah Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor berasa terkilan kerana terpaksa menghabiskan wang ringgit untuk hadir ke mahkamah namun ianya tidak dapat dijalankan seperti yang tertulis dalam surat saman. Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki (gambar) yang turut hadir ke mahkamah berkata, pihak JPJ seharusnya memaklumkan kepada OKS agar tidak menimbulkan kesukaran kepada mereka. Menurutnya, proses saman ini dilihat kelam kabut dalam prosuder mengendalikan proses ini dan beliau hairan kenapa saman tersebut masih dikeluarkan walaupun ia tidak dapat dibicarakan. "Kerajaan mesti bertanggungjawab dalam hal ini kerana tidak memberi penyelesaian yang kongkrit. "Sepatutnya kerajaan serius kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat di negara ini dan kerajaan tidak sepatutnya berniaga dengan rakyat dalam isu ini," katanya kepada Harakahdaily. Ditanya tentang jumlah mangsa saman yang tinggi iaitu 34 980 kes, beliau berkata, ianya membuktikan bahawa syarikat kroni akan mendapat keuntungan yang sangat tinggi jika sistem ini diteruskan. Misbahul menjelaskan, kamera AES ini beroperasi 24 jam tanpa henti sehinggakan berjaya menangkap 34 980 pesalah di Slim River sahaja. Sementara itu, Peguam PAS, Zamri Ibrahim ketika dihubungi berkata, perbicaraan kes turut berlangsung di beberapa tempat di Perak termasuklah di Mahkamah Majistret Tapah, Mahkamah Majistret Ipoh, Mahkamah Majistret Sungai Siput dan Mahkamah Majistret Taiping. Beliau berkata, setakat ini tiada makluman Jabatan Peguam Negara untuk melakukan pendakwaan terhadap penerima-penerima notis saman tersebut. Sehubungan itu katanya, peguam-peguam PAS yang terlihat hanya bersedia dan akan ke mahkamah jika adanya pendakwaan untuk memberikan khidmat guaman percuma sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini. "Kami bagi pihak peguam PAS sentiasa bersedia memberi khidmat guaman kepada mangsa saman AES dan mengajak rakyat terus berjuang menentang sistem ini," tegas beliau. Hadir sama ke mahkamah ialah Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin dan Penolong Setiausaha Pemuda PAS Perak, Safarizal Saleh. | ||||
PEMANTAU mahu rekrut 10,000 sukarelawan Posted: 08 Jan 2013 03:20 AM PST Tiga pertubuhan masyarakat sivil hari ini mengumumkan pembentukan satu badan pemantau pilihan raya umum ke-13 dikenali sebagai Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU). PEMANTAU yang terdiri daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Malaysians for Free and Fair Elections (Mafrel) dan Pusat Komunikasi Masyarakat (Pusat Komas) bercadang merekrut sekurang-kurangnya 10,000 sukarelawan untuk melaksanakan tugas berkenaan. Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata pemantauan itu meliputi "pemantauan proses pilihan raya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian serta menjalankan pemantauan media". PEMANTAU juga menumpukan kerusi yang dijangkakan panas, selain kawasan dengan bilangan pengundi baru yang tinggi, kata Ambiga. Menurutnya lagi, pemantauan media akan dibuat dengan kerjasama Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ). Tambahnya, 10,000 sukarelawan yang akan direkrut PEMANTAU juga disyaratkan tidak memiliki sebarang keahlian mana-mana parti politik untuk memelihara sifat tidak partisan badan itu. "Ahli parti politik tidak boleh menjadi pemantau, kita perlu mengekalkan sifat tidak partisan pemantau ini," katanya. Pemantauan itu, kata Ambiga akan dibuat berdasarkan piawaian antarabangsa dan deklarasi yang diguna pakai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Maklumat lanjut daripada masa ke masa berkenaan kempen itu boleh diperolehi melalui laman Facebook dan laman web BERSIH, kata Ambiga. Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh yang turut hadir pada sidang media pagi tadi menegaskan PEMANTAU tiada kuasa untuk campur tangan dalam perjalanan pilihan raya dan akan hanya melihat, merekod dan menerbitkan laporan berkenaan PRU 13 apabila ia tamat. Pengarah Eksekutif Pusat Komas, Arul Prakkash pula mengumumkan orang ramai turut sama dijemput untuk menyampaikan maklumat berkenaan perjalanan PRU 13 secara terus kepada PEMANTAU. "Kita juga sudah bangunkan laman web pru13.info dan kita pelawa rakyat biasa untuk pantau dan hantar laporan terus melalui SMS, talian aduan, atau Twitter," katanya. Beliau turut merayu kepada orang ramai untuk menyalurkan sumbangan melalui kempen "RM10 kepada PEMANTAU" untuk membiayai program berkenaan. Katanya, sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui akaun CIMB Islamic bernombor 1238-0000-6611-00 atas nama Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor. | ||||
Hisham: Penganjur harus pastikan tiada rusuhan Posted: 08 Jan 2013 03:14 AM PST Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata pakatan pembangkang harus memastikan perhimpunan yang dicadang dianjurkan mereka Sabtu ini tidak bertukar menjadi rusuhan. Mereka patut memohon kepada Stadium Negara jika ingin menganjurkan perhimpunan di situ dan memastikan kapasiti yang ditetapkan, dipatuhi, katanya. Beliau berkata semua pihak harus memastikan perhimpunan itu tidak mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku semasa perhimpunan Bersih tahun lepas. Dalam hal ini Hishammuddin berharap pihak penganjur mengadakan perjumpaan dengan polis mengenai langkah keselamatan yang perlu dipatuhi. "Saya cukup yakin bahawa Ketua Polis Negara telah memantau keadaan ini dan boleh memastikan apa yang kita bimbang tidak akan berulang. Yang penting sekarang kita belajar daripada apa yang berlaku pada perhimpunan Bersih dahulu di mana berlakunya huru-hara dan rusuhan jalanan," katanya. Hishammuddin memberitahu pemberita demikian di Seremban, selepas majlis taklimat persediaan Barisan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. Majlis taklimat itu dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Hishammuddin mengingatkan bahawa jika perhimpunan yang dicadangkan, maka peserta patut berhimpun di dalam stadium dan tidak keluar berarak beramai-ramai. "Ketenteraman awam mesti ditekankan. Saya percaya majoriti rakyat Malaysia memahami dan mahukan hak mereka terhadap ketenteraman dan keamanan dipelihara," katanya.- Bernama | ||||
Posted: 08 Jan 2013 03:02 AM PST Lebih 100,000 akaun pengguna berhadapan dengan masalah air di Selangor & Kuala Lumpur. Adakah anda salah seorang daripadanya? Secara ringkas kronologinya, berlakunya sekatan air atas alasan pam bocor, pengguna yang terbabit perlu menunggu lama untuk dibaiki. Walaubagaimanapun, masalah yang ada masih tidak diperbaiki pihak Syabas atas alasan tiada alat ganti. Akhirnya kerajaan negeri tampil untuk mengambilalih SYABAS di atas ketidakbolehan Syabas mengawal perkhidmatan air di Selangor dengan baik. Akhirnya… Akhirnya Syabas terus mengatakan yang mereka sudah pun menukar pam yang telah rosak. Dan memberikan alasan memerlukan masa seminggu lebih untuk memenuhkan semula air di tangki yang terbabit. Seperti biasa Buletin Utama TV3 tidak melepaskan ruang dan peluang ini untuk membuat liputan penuh setiap hari kas untuk rakyat Selangor amnya dan seluruh rakyat Malaysia umumnya. Masalah Air di Selangor : UMNO Barisan Nasional Lancarkan "Ops Baldi"Yang menarik perhatian kami adalah kenyataan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan yang sudah menemui punca sebanar di sebalik krisis dan masalah air di Selangor ini….. SHAH ALAM – Kerajaan Negeri disifatkan gagal menguruskan keperluan asas rakyat berikutan krisis air yang melanda hampir 100,000 penduduk di Lembah Klang sejak enam hari lalu.
Apa kena mengena masalah air di Selangor dan Kuala Lumpur yang berlaku sekarang ini dengan projek Langat 2? Kamu nak projek mega atau nak selesaikan masalah rakyat Selangor?
Sebentar, tanggungjawab Kerajaan Negeri perlu baiki pam Syabas? Buat apa lantik Syabas? Syabas uruskan apa? Kerajaan Negeri uruskan Syabas ke? SumBer : Sinar Harian Online Jawatan kuasa yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor pula mendapati Masalah Air Di Selangor berpunca daripada :
Kasihan kalangan yang terlibat. 10 hari lebih tiada ada air. Seksa…seksa. Kasihan … anak-anak yang terpalit dengan masalah ini. Mandi tidak puas, Baju sekolah dan kasut sekolah tidak berbasuh. Kalau ada baju lebihan bolehlah menyelesaikan masalah untuk sementara waktu, bagaimana yang tidak mampu? Lori air pun tidak kunjung tiba. Bilakah agaknya krisis dan masalah air di Selangor amnya akan berakhir? Jikalau diikutkan logik pihak Syabas, adakah hari ini Khalid Ibrahim turunkan tandatangan perjanjian projek mega Langat 2, 2,3 hari selepas ini rakyat Selangor akan mula menerima limpahan air? P/S : Ok. Anda semak semula kronologi, air johor yang membuatkan rakyat Johor bayar air mahal. Semak semula. Oleh itu, andaikatalah projek Langat 2 ini berjaya diluluskan danberapakah harga air di Selangor ketika itu jika alasan Pahang jual air mahal kepada Selangor digunakan kelak? Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini: | ||||
Orang Asli berhimpun tuntut KP Jakoa letak jawatan Posted: 08 Jan 2013 02:55 AM PST MALAYSIA KINI Sekumpulan 50 orang termasuk pemimpin Orang Asli Perak berhimpun di hadapan bangunan pejabat Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Perak bagi menuntut ketua pengarahnya Datuk Mohd Sani Mistam meletak jawatan.Timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing yang menyertai perhimpunan itu berkata Mohd Sani perlu meletak jawatan ekoran latihan mengundi yang dijalankan ke atas sekumpulan masyarakat Orang Asli di Tapah bulan lalu. Tindakan itu didakwanya menunjukkan Mohd Sani "gagal melindungi hak orang asli malah mencabuli hak bangsa Orang Asli". "Pengerusi Umno bahagian Tapah merangkap ADUN Air Kuning, Datuk Samsudin Abu Hassan telah mengakui bahawa kursus latihan mengundi dijalankan di perkampungan Orang Asli di Tapah dengan kerjasama Jakoa Perak. "Ini telah menunjukkan bahawa Jakoa berpihak kepada Umno BN serta dijadikan alat kempen pilihan raya Umno BN," dakwanya dalam satu kenyataan. Pakatan Rakyat Perak pada 26 Disember lalu mendedahkan Jakoa menjalankan latihan mengundi itu dengan kerjasama BN Perak. Mereka mendakwa Orang Asli yang hadir ke latihan itu dipaksa memangkah BN di atas kertas undi olok-olok dengan disaksikan pegawai Jako dan seorang ADUN BN. Samsuddin kemudian tampil menjelaskan bahawa latihan itu bertujuan mendidik komuniti Orang Asli yang didapati menghasilkan banyak undi rosak dalam pilihan raya lalu. Dalam kenyataan hari ini, Tan turut menggesa agar latihan itu yang didakwa akan dijalankan di seluruh negara dihentikan segera dan semua pegawai Jakoa yang terlibat dengannya disiasat polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya. "Ini adalah kerana latihan mengundi tersebut didapati mengandungi unsur jenayah yang melanggari Akta Suruhanjaya Pilihanraya 1957 dan seterusnya boleh disiasat mengikut Kanun Tatacara Jenayah. "Kami juga mengesyaki program tersebut dilancarkan kepada peringkat kebangsaan sehingga ke kawasan pedalaman Sabah, Sarawak dan perkampungan Orang Asli di Pahang dan Kelantan," katanya. Menurut kenyatan itu lagi, perhimpunan pada jam 10 pagi ini turut disertai peguam Bah Tony, pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) dan anggota masyarakat Orang Asli Grik, Sungai Siput, Tapah dan Bidor. | ||||
Posted: 08 Jan 2013 02:49 AM PST Himpunan Kebangkitan Rakyat : Kalau sekitar 6 bulan lepas, berlangsungnya himpunan Bersih 2.0 (KLIK SINI). Macam-macam cerita yang kedengaran sebelum dan selepas himpunan bersih 3.0 tersebut. Kali ini kalangan penganjur himpunan telah meniupkan "semboyan sekali ini" untuk mengadakan satu lagi himpunan yang mana dikenali sebagai "Himpunan Kebangkitan Rakyat". Mereka mahu mengadakan di sekitar Stadium Merdeka pada 12 Januari 2013 ini bermula jam 2 petang sehinggalah pukul 5 petang. Walaubagaimanapun….. Sehingga sekarang pihak pengurusan masih belum bersedia untuk berjumpa dengan pihak penganjur. Sama seperti apa yang terjadi ketika permohonan perhimpunan Bersih 3.0 apabila Dataran Merdeka tidak dibenar untuk digunakan…(LAPORAN BERITA DI SINI). Semestinya pihak penganjur terdiri daripada kalangan pemimpin pembangkang iaitu DAP, PAS dan PKR. Dan mereka tetap berkeras mahu meneruskan Himpunan Kebangkitan Rakyat ini di sekitar Sradium Merdeka Video Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013Himpunan Kebangkitan Rakyat : 8 Tuntutan Mereka
Maknanya sekarang ini, berdasarkan pengumuman demi pengumuman yang dihebahkan oleh kalangan pemimpin Pakatan Rakyat sekarang ini Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap akan diteruskan walauapapun yang terjadi. Akhirnya meningggalkan di benak fikiran kami beberapa persoalan……. Adakah anda bersetuju Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 diadakan? Mengapa? | ||||
Blogger Umno Minta Maaf Kepada Khalid Samad Posted: 08 Jan 2013 02:40 AM PST Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri (gambar) atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini. Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan. Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini. Dr Novandri melalui blognya, novandri.blogspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'. Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya. Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid. Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri. Berikut adalah permohonan maaf dari Novadri yang mesti disiarkan dalam Harakahdaily dan juga blog beliau, novandri.blogspot.com -HD | ||||
Tiger Show" Di Malam Mesra Jab. Siasatan Jenayah IPD Shah Alam? Posted: 08 Jan 2013 02:35 AM PST Malaysiadaily Rakyat terkejut! Ada tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan" Jabatan Siasatan Jenayah IPPD Shah Alam. Ia bukan superimpose, ia bukan cerita rekaan untuk menjatuhkan imej PDRM. Tetapi ia adalah real, dan PDRM sendiri yang menjatuhkan maruah mereka! Berikut ialah pengakuan Tun Hisan Hasil pengakuan daripada Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah terbuktilah acara tarian separuh bogel semasa acara "Majlis Malam Mesra, Sekalung Budi, Segunung Intan JSJ IPPD Shah Alam" itu benar-benar berlaku. BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH TERLEPAS PANDANG? SIAPA YANG MENJADI PENGATURCARA PROGRAM? Polis juga ke? (Tidak diterima akal pihak polis lansung tidak terlibat di dalam pengaturcara program. -GB) Kalau beginilah halnya, APAKAH MEREKA MASIH BOLEH DIHARAP UNTUK MENJAGA KEMASLAHATAN NEGERI SELANGOR INI DARIPADA JENAYAH SEDANGKAN MEREKA SENDIRI MENGALAKKAN KEMUNGKARAN DALAM KELAMBU MEREKA SENDIRI! (KPN &) Tun Hisan, ANDA WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! mereka yang terlibat termasuklah ketua JSJ IPD Selangor, penganjur program atau sesiapa sahaja WAJIB BERTANGGUNGJAWAB! - maklumat: RAMM / PemudaBatu.com | ||||
Himpunan 12 Jan: Pakatan gembira dengan jaminan polis Posted: 08 Jan 2013 02:28 AM PST Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat yang mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini gembira dengan jaminan polis untuk berperanan sebagai pemudahcara dalam pada perhimpunan pada 12 Januari di ibu negara. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution berkata Ismail dalam mesyuarat berkenaan turut menyatakan kesediaan untuk menjadikan perhimpunan pada hari tersebut sebagai "detik bersejarah" selepas "belajar daripada kekurangan" yang berlaku semasa perhimpunan sebelum ini. "Tan Sri Ketua Polis Negara sebut peranan polis sebagai fasilitator. Hubungan polis dan wartawan pada perhimpunan itu, mereka akan menyediakan marsyal untuk memandu petugas media berdasarkan (peruntukan) seksyen Akta Perhimpunan Aman. "Adalah menjadi tanggungjawab semua supaya tertib dan kami ingatkan mereka yang hadir datang dalam suasana mood festival, bagi membantu menjamin kelangsungan perhimpunan. "IGP mahu menjadi (perhimpunan ini) sebagai saat bersejarah, iaitu belajar daripada kekurangan yang terdahulu. Mereka berhasrat untuk memberi khidmat yang terbaik, untuk memastikan semua hak mengikut undang-undang dan perlu dihormati," kata Saifuddin. Saifuddin berkata demikian selepas delegasi penganjur himpunan seramai 11 orang yang diketuai Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, bertemu dengan Ismail di Bukit Aman pada kira-kira jam 2.30 petang ini. | ||||
Najib: Saya sihat, jangan dengar dakwaan blog Posted: 08 Jan 2013 02:26 AM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat. Pada masa yang sama, beliau meminta semua pihak supaya "tidak mendengar" dakwaan blog tertentu berhubung keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas. "Jadi Bursa Malaysia sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat. Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan gelak ketawa hadirin. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis pelancarkan Bon/Sukuk Yang Diniagakan di Bursa (ETSB) di Bursa Malaysia pagi ini. Blog politik Sarawak Report beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga presiden Umno diserang "minor stroke". Tulisan bertarikh 5 Januari itu menimbulkan spekulasi bahawa ia adalah kesan daripada tekanan yang dialami Najib ekoran siri pendedahan oleh ahli perniagaan Deepak Jaikishan melibatkan perdana menteri dan keluarga. Sementara itu, akhbar The Malay Mail hari ini pula memetik kenyataan setiausaha akhbar perdana menteri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad bahawa bosnya itu berada dalam keadaan sihat. Malah, Najib juga dilapor hadir dalam perhimpunan mingguan Jabatan Perdana Menteri pagi semalam. "Sudah tentu tidak ada apa-apa yang tidak baik dengannya. Perdana menteri kita sihat. "(Dakwaan) ini semuanya mengarut dan saya menggesa umum supaya jangan mendengarnya dan mengabaikan desas-desus ini," katanya dipetik. | ||||
Projek Puspahanas alami kelewatan hampir 2 tahun Posted: 08 Jan 2013 02:24 AM PST Pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) yang dikesan mengalami kelewatan hampir dua tahun. Menurut Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, kerja pembinaan Puspahanas sepatutnya bermula pada 25 September 2008 dan siap pada 24 Januari 2011. Kementerian Pertahanan mentauliahkan projek berkenaan dan menandatangani perjanjian dengan pemaju Awan Megah (M) Sdn Bhd ketika semasa Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri. Awan Megah dimiliki ketua Wanita Umno Selangor Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah yang diheret ke kancah kontroversi oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan selepas urusniaga kewangan mereka berhubung projek tersebut menghadapi masalah. Beliau juga mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk campurtangan Najib bagi membenarkannya disertakan sebagai satu pihak dalam projek tersebut. Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli membawa Malaysiakini ke tapak pembinaan berkenaan di PT111, Presint 1 Putrajaya, untuk melihat kemajuan projek tersebut. Tapak seluas hampir 40 ekar (16ha) itu dipagar dengan penghadang setinggi tiga meter dan satu-satu nya jalan masuk ke tapak itu hanya memberi laluan kepada kenderaan pembinaan dan pengangkutan untuk pekerja. Satu papan tanda menyatakan tarikh mula kerja pada 25 November 2008, namun tidak menyatakan tarikh tamat kerja. Hanya dua bangunan dilihat sedang dibina – di peringkat tingkat kedua – di dalam kawasan berpagar itu, namun dindingnya masih belum didirikan. Seorang pekerja, yang merupakan antara sebilangan individu yang bekerja di tapak berkenaan berkata, kerja-kerja tanah dan kira-kira 30 peratus pembinaan telah disiapkan hingga kini. Pekerja berkenaan, yang bertugas bawah subkontraktor Sri Bina Jaya Sdn Bhd – yang ditugaskan dengan kerja-kerja pembinaan fikizkal – berkata syarikat itu hanya dibawa masuk sejak Ogos 2011. Beliau tidak dapat menyatakan bilakan kerja-kerja itu akan disiapkan. | ||||
Felda saman Presiden Anak, 6 lain Posted: 07 Jan 2013 05:47 PM PST SINAR HARIAN KUALA LUMPUR - Felda hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi berhubung kenyataan penjualan minyak sawit mentah ke Israel. Felda memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Felda (plaintif) menamakan Mazlan dan Mustafa sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan, pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd serta Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, masing-masing sebagai defendan ketiga hingga kelima. Menerusi pernyataan tuntutan, Felda mendakwa bahawa Mazlan telah memuat naik kata-kata fitnah di laman sosial facebook miliknya pada 19 November tahun lepas dan empat hari selepas itu (23 November), Mazlan mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu perhimpunan yang dilakukan di hadapan pejabat Felda. Dakwanya, kenyataan fitnah yang dikeluarkan Mazlan telah diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam menerusi beberapa artikel di akhbar Harakah pada 26 hingga 29 November tahun lepas. Felda mendakwa kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi Felda dan mendakwa kesemua defendan sengaja berbuat demikian untuk menghancurkan kepercayaan dan keyakinan rakyat demi meneruskan agenda tersendiri dan kepentingan peribadi. Felda menuntut gantirugi am, khas, teruk, teladan, faedah dan kos ke atas semua defendan. Felda juga menuntut satu arahan injunksi untuk menahan Mazlan dan ejen-ejennya berbicara atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut di internet atau media cetak. Selain itu Felda turut menuntut supaya Mazlan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar dan majalah. Sementara itu peguam Wan Azmir Wan Majib yang mewakili Felda memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menghantar writ saman kepada defendan-defendan dalam minggu ini. - Bernama | ||||
Posted: 07 Jan 2013 05:45 PM PST IPOH - Petualang yang menyebarkan Amanat Haji Hadi 32 tahun lalu perlu dicari kerana individu itubertanggungjawab mencetuskan kontroversi. Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petualang dimaksudkan dipercayai bekas ahli Pas dan kini menganggotai Umno di Terengganu. Beliau mendakwa, bekas ahli Pas itu dipercayai antara mereka yang hadir ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan di Kampung Banggol Peradong, Manir, Terengganu, 7 April1 981. Katanya, ramai pihak salah tafsir ucapan dan kenyataan Abdul Hadi itu, sedangkan ia hanyalah perkara biasa yang dilakukan ketika menyampaikan ucapan. "Individu berkenaan seharusnya meneliti sepenuhnya sebelum dan selepas ucapan yang dibuat sebelum membuat kesimpulan," katanya. Katanya, beliau bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menolak cadangan Pas mengadakan muzakarah secara tertutup mengenai isu Amanat Haji Hadi. Katanya, sepatutnya Abdul Hadi diberi peluang menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat melalui siaran langsung di televisyen, seperti diminta Abdul Hadi. "Cadangan (mengadakan muzakarah secara tertutup) itu bukanlah kaedah terbaik untuk mencari kebenaran. Perkara (berkaitan penjelasan) itu perlu dilakukan secara terbuka agar rakyat boleh menilai," katanya. Mohammad Nizar berkata demikian selepas diminta mengulas cadangan penonton ketika siaran langsung RTM melalui program Bicara Rakyat yang disiarkan TV1 jam 9 malam, Jumaat lalu. | ||||
Ini Gambar Muhdalena, Perempuan Yang Mengamuk Di Depan JPM Tahun Lalu Posted: 07 Jan 2013 05:37 PM PST KELAB GREENBOC Muhdalena pohon untuk runding akuan bersalah PUTRAJAYA - Wanita yang didakwa mengamuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di hadapan Pejabat Perdana Menteri pada Julai tahun lepas akan memohon kepada pendakwa raya untuk runding akuan bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Peguam M. Visvanathan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa beliau akan menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang diarah oleh anak guamnya Muhdalena Ahmad. "Kami sedang menimbang kemungkinan bagi runding akuan bersalah antara pihak pembelaan dan pendakwaan dan kami akan maklumkan kepada mahkamah keputusannya esok," kata Visvanathan. Terdahulu, Visvanathan, yang batuk dengan teruk di dalam mahkamah, memohon agar perbicaraan yang ditetapkan selama tiga hari mulai hari ini, ditangguhkan sehingga esok memandangkan beliau berasa tidak sihat. Timbalan Pendakwa Raya Kalmizah Salleh tidak membantah bagi kes itu ditangguhkan. Kalmizah bagaimanapun meminta Visvanathan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan jawapan segera. Hakim Mohamed Kamil Nizam membenarkan permohonan itu tetapi meminta Visvanathan supaya memberitahu Kalmizah lebih awal jika beliau tidak dapat hadir di mahkamah esok, supaya saksi tidak perlu datang ke mahkamah. Terdahulu, Kalmizah memberitahu mahkamah bahawa 22 daripada 39 saksi pendakwaan hadir di mahkamah hari ini. Muhdalena, 28, dari Kota Damansara, didakwa pada 16 Julai tahun lepas di dalam wad di Hospital Putrajaya kerana menjalani rawatan selepas ditembak di paha kanan. Dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut untuk mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis bantuan Ridzuan Megat Ahmad di perkarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada 2.30 petang 9 Julai tahun lepas. Tuduhan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Muhdalena, siswazah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, turut didakwa membawa sebilah pedang di tempat dan masa yang sama. Tuduhan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Dia turut berdepan dua tuduhan mengikut Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959. Bagi tuduhan pertama, Muhdalena didakwa mengingkari arahan Lans Koperal Ridzuan supaya meletakkan senjatanya di tempat yang diwartakan sebagai kawasan larangan dan bagi tuduhan kedua, dia didakwa mengingkari perintah oleh seorang menteri dengan berada di premis itu tanpa kad atau permit masuk yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa. Jika didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, bagi setiap tuduhan. Muhdalena kini dalam jaminan RM11,500 dengan seorang penjamin, sementara menunggu perbicaraan. Laporan perubatan dari Hospital Bahagia, Ulu Kinta menunjukkan bahawa Muhdalena berada dalam keadaan tidak siuman semasa kejadian itu dan tidak tahu akibat daripada perbuatannnya. Laporan yang disediakan oleh perunding forensik psikiatri Dr Rabaiah Mohd Salleh, bagaimanapun menyebut bahawa keadaan mental Muhdalena kini stabil dan dia cukup sihat untuk membela diri dan dibicarakan di mahkamah - Bernama | ||||
Pahang siap sedia hadapi ribut Sonamu Posted: 07 Jan 2013 05:35 PM PST KUANTAN - Pahang sudah membuat persiapan bagi menghadapi ribut tropika atau Sonamu yang diramal melanda negeri ini Rabu dan Khamis ini, diikuti hujan sehingga 11 Januari. Mengikut ramalan, negeri ini dijangka mengalami keadaan air pasang rendah esok manakala air pasang tinggi Khamis ini. Malah angin kencang selaju 30 hingga 40 kilometer sejam turut dijangka berlaku dalam tempoh tiga hari bermula Rabu ini dengan ketinggian ombak 4.5 meter. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri Pahang, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail berkata, maklumat terkini daripada Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dijangka tidak lebat pada Khamis ini. Bagaimanapun, jika hujan lebat pada hari tersebut, beberapa daerah yang berada di persisiran pantai seperti Kuantan, Pekan dan Rompin mungkin berdepan banjir sekali lagi. "Buat masa ini kita mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi segala kemungkinan. "Malah bekalan makanan di pangkalan hadapan yang rosak akan diganti baru seperti di Maran dimaklumkan mengalami kerosakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri di sini, hari ini. Muhammad Saffian berkata, persediaan menghadapi kemungkinan banjir kali ini turut membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan memberi bantuan kecemasan. Selain itu katanya, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menyediakan tiga helikopter untuk memastikan penghantaran bekalan ke pusat pemindahan berjalan lancar. "Memandangkan sebelum ini berlaku kelewatan tiba keperluan di pusat pemindahan, jadi kita mendapatkan bantuan daripada TUDM selain Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang bersedia menghantar bantuan ke Pulau Tioman," katanya. Beliau berkata, sebanyak 181 pusat pemindahan banjir disediakan bagi tiga daerah berisiko iaitu 66 di Kuantan yang mampu menampung 20,000 mangsa banjir, 84 di Pekan (9,000 mangsa) manakala 31 di Rompin (4,000 mangsa). Dalam pada itu, Muhammad Saffian berkata, semua aktiviti berisiko seperti perlombongan, pembalakan dan menangkap ikan dibekukan buat seketika sehingga keadaan cuaca kembali normal. "Pekerja industri perlombongan, pembalakan dan nelayan diingatkan supaya mengelakkan diri daripada berada di kawasan berkenaan dalam tempoh jangkaan ribut tersebut. "Selain itu, pencinta aktiviti lasak juga dinasihatkan supaya tidak menjalankan aktiviti di hutan dan laut buat sementara waktu," katanya. | ||||
Pelajar Dirogol Dan Dipaksa Telan Air Mani Posted: 07 Jan 2013 05:26 PM PST KELAB GREENBOC Seorang pensyarah sebuah kolej swasta didakwa telah mengikat, memukul dan merogol pelajar sebelum memaksa dia menelan air mani. China Press melaporkan bahawa pensyarah berusia dalam 40-an telah memanggil gadis yang berusia 21 tahun untuk bertemu dengannya di pejabat beliau bagi membincangkan kerja kursus beliau. Semasa berada di bilik, pensyarah tersebut mengajak mangsa berhubungan badan namun ditolak. Namun pensyarah tersebut mengugut untuk mengagalkan pelajar tersebut. Kerana takut digagalkan, mangsa bersetuju untuk mengikuti pensyarah pergi untuk sarapan pagi dengan menaiki kereta pensyarahnya. Namun sebaik memasuki kereta, pensyarah tersebut telah mencekik leher pelajar tersebut dan merampas telefon bimbitnya. Pensyarah membawa mangsa ke rumahnya di Sentul di mana pelajar itu diikat, dibogelkan dan dirogol. Tak hanya dirogol, pelajar tersebut juga dipaksa untuk menelan air mani pensyarah tersebut. Beliau kemudian meninggalkan pelajar tersebut di stesen LRT. Pelajar, disertai oleh kakaknya, telah membuat laporan di balai polis Sentul, Kuala Lumpur – paapaada.blogspot/maklumat.my | ||||
4 polis dibelasah tahanan, sembur serbuk lada Posted: 07 Jan 2013 05:23 PM PST BUTTERWORTH - Empat anggota polis cedera dibelasah sembilan tahanan ketika dalam perjalanan ke Kompleks Mahkamah Butterworth dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam. Kesemua mereka akan menghadapi prosiding perbicaraan pagi semalam. Tahanan berkenaan kemudiannya meninggalkan empat anggota pengiring itu di tepi jalan sebelum bertindak melarikan van polis dinaiki untuk meloloskan diri. Dalam kejadian di susur keluar ke Pantai Bersih itu, pemandu van polis berkenaan yang dikenali sebagai Nazzwan cedera parah di kepala akibat dihentak dengan gari. Manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera ringan di kepala dan beberapa bahagian badan masing-masing selepas dibelasah tahanan. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu berlaku ketika keempat-empat anggota polis dari unit pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam perjalanan ke Mahkamah Butterworth. "Kesemua mereka dalam keadaan bergari diambil sebelumnya dari Penjara Pulau Pinang untuk proses reman dan pertuduhan berkaitan kes bunuh, samun dan mencederakan orang. "Pemandu van ditemani seorang anggota duduk di hadapan manakala dua anggota pengiring duduk di bahagian hadapan tengah van mengawasi semua tahanan yang ditempatkan di bahagian belakang," katanya. Menurut Datuk Abdul Rahim, ketika van melalui Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) berhampiran Bagan Ajam, beberapa OKT (orang kena tuduh) berpura-pura bergaduh sesama sendiri menyebabkan pemandu van memberhentikan kenderaan itu bagi meleraikan pergaduhan tersebut. "Ketika itulah salah seorang OKT melempar serbuk cili ke arah salah seorang anggota polis menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan OKT. "Pada masa yang sama, beberapa orang OKT bertindak menendang kesemua anggota polis berkenaan keluar dari kenderaan itu selain membelasah mereka di tepi jalan," katanya. Rahim berkata, OKT terbabit kemudiannya merampas kunci gari dari salah seorang anggota polis sebelum menaiki semula van dan melarikan diri bersama kenderaan itu. Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini semalam ketika melawat keempat-empat mangsa berkenaan yang menerima rawatan. Kejadian yang berlaku kira-kira dua kilometer dari Kompleks Mahkamah Butterworth itu bagaimanapun sempat dilihat oleh pengguna jalan raya yang kemudiannya memberikan bantuan kecemasan kepada anggota terbabit sebelum semuanya dihantar mendapatkan rawatan ke HSJ kemudiannya. Menurut Abdul Rahim lagi, sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu, polis telah melancarkan gerakan mengesan van dan OKT yang terlibat. "Tidak sampai 30 minit selepas operasi dilancarkan, pihak kita menemui semula van itu yang ditinggalkan di Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor iaitu kira-kira 20 kilometer dari lokasi kejadian. "Semasa ditemui dua OKT masih berada di lokasi van itu dan tidak mengikuti tujuh rakan mereka yang dipercayai melarikan diri ke kawasan ladang kelapa sawit di sekitar kampung berkenaan," katanya. Menurutnya, polis kini menjejaki Mohd Sharimy Md Nor, 28; Farid Akhtar 24; Mohd Khairul Nizam Abdul Rani, 25; Hamizani Harun, 37; Hisham Abd Rahman, 39; Mohd Fairuz Adam, 31; dan Mohd Noor Mustafa, 28. "Kita telah melancarkan gerakan mengesan kesemua OKT yang melarikan diri termasuk mengadakan sekatan jalan raya di beberapa kawasan di sekitar Tasek Gelugor. "Kita juga minta kerjasama orang awam melaporkan kepada polis sekiranya mereka ternampak atau mengetahui lokasi OKT ini bersembunyi dan jangan mengambil tindakan sendiri atau cuba menahan kerana mereka merbahaya," katanya. Rahim menambah, keempat anggota polis berkenaan akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana cuai dan Seksyen 224 kanun sama kerana membiarkan tahanan lari dari jagaan yang sah. Manakala tujuh suspek terbabit dicari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan mencederakan. Katanya, jika kelalaian menjadi puncanya hingga OKT terbabit berjaya meloloskan diri pihaknya akan mengambil tindakan ke atas empat anggota pengiring terbabit. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan